Anda di halaman 1dari 5

SPSK PK19-1

SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN HANG TUAH 1


JALAN HANG TUAH
55200 KUALA LUMPUR

DOKUMENTASI PROGRAM MENTOR MENTEE TAHUN 2016

1.0 PENGENALAN/PRAKATA

Untuk mencapai kecemerlangan, sesuatu usaha yang jitu haruslah dilakukan. Sejajar dengan
misi dan visi sekolah yang menitikberatkan pencapaian cemerlang murid-murid dari segi
kurikulum, kokurikulum dan perkembangan sahsiah. Bagi mencapai tujuan ini, semua pihak
perlu menggembling tenaga bagi menjayakannya. Perubahan dan kemajuan dalam bidang
pendidikan yang pesat dan sentiasa berubah mengikut peredaran masa menuntut kita warga
pendidik agar sentiasa bersedia menghadapi apa jua rintangan. Sehubungan dengan itu, salah
satu program ke arah kecemerlangan yang boleh membantu ialah Program Mentor Mentee.

2.0 LATAR BELAKANG


Secara khususnya program ini bertujuan untuk meningkatkan kecemerlangan murid tahun 6
yang akan menduduki peperiksaan UPSR.

2.1 TARIKH PELAKSANAAN


Program ini akan diadakan Februari 2016 hingga seminggu sebelum UPSR

2.2 JAWATANKUASA PELAKSANA


Semua guru SK Jalan Hang Tuah 1

2.3 OBJEKTIF
1. Membantu dan membimbing murid-murid (mentee ) mengesan potensi dan
menanam keyakinan diri untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam UPSR
2015.
2. Memantau perkembangan pelajaran Mentee dari semasa ke semasa agar mencapai
sasaran yang ditetapkan oleh Ketua Panitia ataupun sekurang-kurangnya berada
pada tahap lulus.
Hak Cipta Terpelihara @ Pejabat Pendidikan Wilayah Bangsar & Pudu
| 1 Januari 2014 – Keluaran 01 |Pindaan 00
SPSK PK19-1

3. Mewujudkan perhubungan mesra di antara murid-murid dan guru-guru SKTB dan


seterusnya guru-guru boleh membantu menyelesaikan masalah mereka khususnya
yang berkaitan dengan pelajaran.
4. Melahirkan murid-murid SKTB yang mempunyai sahsiah yang terpuji.
5. Muwujudkan sikap hormat dan sayang murid-murid terhadap rakan mereka, guru-
guru dan sekolah.

2.4 PROSEDUR PELAKSANAAN

Majlis peringkat sekolah ini diadakan pada hari Jumaat, 29 Januari 2016bermula jam 7.30
pagi hingga10.00 malam. Program ini akan melibatkan kerjasama daripada semua guru
Sekolah Kebangsaan Jalan Hang Tuah 1.Berikut adalah atur cara program penyerahan mentor
mentee.

Atur Cara Pelaksanaan Program


- Pendaftaran
- Ucapan aluan pengacara majlis
- Ucapan guru besar
- Penyerahan mentee kepada mentor.
- Ceramah Motivasi oleh Ustaz Baktiar Fitri Bin Abdul Hamid
- Bersurai.

Program ini diadakan Februari 2016 hingga seminggu sebelum UPSR.

Semua guru yang terlibat sebagai Mentor diminta dapat memberi kerjasama dan komitmen
terhadap tugas mereka dalam membimbing Mentee yang telah ditetapkan terdiri daripada 2
orang murid untuk seorang guru. Berikut adalah tatacara pelaksanaan program mentor mentee
spanjang tahun 2016 :

1. Perjumpaan diadakan mengikut kesesuaian masa mentor.

i) Perjumpaan pertama ( Perjumpaan suai kenal )

ii)Perjumpaan seterusnya khusus untuk membincangkan masalah atau perkembangan


pelajaran Mentee.

2. Jika Mentee terlibat dengan sebarang urusan luar pada hari berkenaan, bolehlah diubah ke

Hak Cipta Terpelihara @ Pejabat Pendidikan Wilayah Bangsar & Pudu


| 1 Januari 2014 – Keluaran 01 |Pindaan 00
SPSK PK19-1

tarikh lain pada minggu berkenaan. Mentor haruslah memberitahu Mentee jika ada

sebarang perubahan hari perjumpaan.

3. Tempat perjumpaan ditetapkan oleh Mentor.

3.0 HURAIAN PENILAIAN TUGASAN / AKTIVITI

Program mentor mentee dapat berjalan dengan lancar mengikut atur cara yang telah
ditetapkan pada malam penyerahan mentee kepada mentor . Semua guru dapat
memberikan kerjasama yang baik dan mengambil bahagian dalam atur cara program ini.
Ibu bapa murid- murid juga telah memberikan kerjasama dan memberikan komen yang
positif tentang perjalanan program ini. Sambutan pada malam penyerahan mentee
kepada mentor sangat mengalakkkan. Ibu bapa yang hadir amat menunjukkan
kotmitmen dan tanggjungjawab yang tinggi untuk menyokong pelaksanaan program ini.
Hampir kesemua ibu bapa hadir dalam majlis ini dan ia menunjukkan satu peningkatan
yang sangat mengalakkan dalam program yang dilaksanakan ini. Program Mentor
Mentee ini akan dilaksanakan bermula februari hinggalah seminggu sebelum UPSR.
Berdasarkan kepada penilaian dan pemerhatian program yang lepas, guru sangat
memberikan kotmitmen yang tinggi dalam membimbing mentee ke arah kejayaan yang
tinggi untuk meningkatkan prestasi murid.

4.0 PENCAPAIAN AKTIVITI

 Program Mentor Mentee berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Pada malam
penyerahan mentee kepada mentor telah menunjukkan satu peningkatan kehadiran yang
sangat mengalakkan. Sambutan itu menunjukkan komitmen yang sangat tinggi dalam
kalangan guru-guru serta kerjasama yang kukuh dari pihak ibu bapa murid tahun 6. Guru
mentor akan membuat penilaian berterusan dari semasa ke semasa berdasarkan keputusan
ujian, peperiksaan semester dan UPSR Mentee. Seterusnya, perkembangan sahsiah
Mentee akan dibuat melalui pemerhatian di dalam dan di luar bilik darjah dan juga
berdasarkan laporan guru-guru lain. Selain itu, penilaian ini juga dibuat berpandukan
buku log semasa perjumpaan mingguan bersama Mentee. Program ini akan dilaksanakan
oleh guru-guru SK. Jalan Hang Tuah 1 dengan penuh komitmen sehinggalah murid tahun
6 menduduki peperiksaan UPSR.
Hak Cipta Terpelihara @ Pejabat Pendidikan Wilayah Bangsar & Pudu
| 1 Januari 2014 – Keluaran 01 |Pindaan 00
SPSK PK19-1

5.0 KEMAJUAN/ MASALAH

 Terdapat beberapa orang murid dan ibu bapa tidak hadir yang mengikuti program
penyerahan mentee kepada mentor. Ini menunjukkan bahawa ibu bapa dan murid kurang
memberikan perhatian yang serius dalam meningkatkan kejayaan dan keemerlangan
murid tahun 6 yang akan bakal menduduki peperiksaan UPSR. Namun, hanya sebilangan
atau segelintir sahaja dan secara kesesluruhannya, program ini amat memberangsangkan
dan mengalakkan. Selain itu, program ini akan dilaksanakan sehingga akhir tahun dan ia
juga memberikan kekangan dari segi masa. Ini kerana komitmen pengurusan sekolah juga
perlu dilaksanaan oleh guru-guru. Namun keadaan ini tidak dapat dielakkan tetapi akan
dilaksanakan dengan penuh rasa bersungguh-sungguh oleh guru-guru Sk Jalan Hang Tuah
1. Segala masalah yang akan berlaku dapat diatasi dengan jayanya. Ini kerana komitmen
guru dapat diberikan sepenuhnya demi kejayaan murid tahun 6.

6.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Masalah yang akan berlaku pada kebiasaannya adalah kekangan masa oleh guru dan juga
murid. Hal ini kerana kekangan dari segi program, aktiviti-aktiviti berkaitan sekolah juga
mungkin akan mengganggu peluang perjumpaan antara mentor atau mentee. Oleh itu, guru-
guru yang dilantik sebagai mentor akan mengambil peluang sebaiknya masa yang ada untuk
membimbing mentee masing-masing.

7.0 PENUTUP

Program Mentor Mentee tahun 2016 telah dijalankan dengan baik. Ibu bapa juga berpuas hati
dengan pengurusan program Mentor Mentee tahun 2016 ini. Masalah dan kekangan yang
dihadapi semasa program ini akan diatasi dengan sebaik mungkin. Cadangan
penambahbaikan telah dikenal pasti dan akan dinilai bagi meningkatkan lagi kualiti program
akan dibuat cadangan penambahbaikkan dengan kata-kata sepakat daripada guru-guru
mentor.

Hak Cipta Terpelihara @ Pejabat Pendidikan Wilayah Bangsar & Pudu


| 1 Januari 2014 – Keluaran 01 |Pindaan 00
SPSK PK19-1

Disediakan oleh, Tarikh : 05 FEBRUARI 2016

.........................................................
(Nurul Nadiah Binti Abu Bakar)
AJK DOKUMENTASI

.........................................................
(Aini Munirah Binti Alias)
AJK DOKUMENTASI

Disemak oleh, Tarikh : 05 FEBRUARI 2016

..........................................................
( En Nezir Khan B. Repikh Ali )
PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
SK JALAN JALAN HANG TUAH 1

Disahkan oleh, Tarikh : 05 FEBRUARI 2016

..........................................................

( En. Shaharuddin Bin Eusop )


GURU BESAR
SK JALAN JALAN HANG TUAH 1

Hak Cipta Terpelihara @ Pejabat Pendidikan Wilayah Bangsar & Pudu


| 1 Januari 2014 – Keluaran 01 |Pindaan 00

Anda mungkin juga menyukai