Anda di halaman 1dari 2

TAJUK : MELOR DAN MELATI

Disebuah kampung iaitu Kampung Sang Berjanggut terdapat seorang


perempuan yang bernama Melor. Melor berusia 12 tahun dan menetap dihujung
kampung.

Melor merupakan seorang perempuan yang cantik. Dia tidak mempunyai


kawan kerana dia seorang yang pendiam. Apabila Melor keluar ke Pekan, tiada
sesiapa pun yang suka kepadanya kerai dia ialah seorang budak kampong.

Melor tinggal bersama ibu dan neneknya. Ayah Melor, Pak Hashim telah lama
meninggal dunia kerana mendapat serangan jantung. Melor seorang anak yatim. Dia
juga miskin tetapi tetap tabah dengan dugaan yang dilaluinya.

Kawan-kawan Melor, selalu memandah rendah terhadapnya kerana dia


seorang budak yang miskin. Melor berasa sedih kerana kawan-kawan melayannya
sebegitu. Melor seorang murid yang pandai. Dia ingin berkawan dengan mereka
tetapi dia berasa takut.

Pada permulaan sesi persekolahan, datang seorang budak baru iaitu Melati.
Dia seorang budak yang pandai dan memiliki keluarga yang berada. Melor teringin
berkawan dengan Melati kerana dia seorang yang peramah. Melati duduk
bersebelahan Melor dan mereka saling berkenalan.

Melor berasa gembira kerana mendapat kawan baru. Melati juga ingin
berkawan dengan Melor. Mereka berdua menjadi sahabat baik. Bagai isi dengan
kuku. Melati seorang murid yang aktif. Dia mewakili sekolah dalam pelbagai acara.

Melati kini sibuk dengan aktiviti sehingga mengabaikan persahabatanya


dengan Melor. Melor berasa kecil hati kerana Melati tidak lagi mahu berkawan
dengan Melor. Melati sudah menjadi terkenal di sekolah kerana dia seorang budak
yang pandai dan berada.

Apabila aktiviti itu tamat, Melati segera ke sekolah untuk menemui Melor di
sana.

“ Kenapa awak menjauhkan diri daripada saya?” Kata Melati kepada Melor.
“ Bukan begitu, saya tidak menjauhkan diri daripada awak pun, tetapi berkecil
hati kerana awak telah mengabaikan saya.” Jawab Melor.

Melati meminta maaf kepada Melor kerana telah mengabaikannya. Mereka


berdua berbaik semula dan menjadi kawan baik sehingga dewasa.

NUR IFFA NAJWA BT AHMAD RENEE

SK TITI TO’ BANDAR, PERLIS

Anda mungkin juga menyukai