Anda di halaman 1dari 3

Google classroom 2020-02-02

7. Mudah disemak pentadbir


Dengan adanya akses pentadbir sebagai guru bersama
bagi setiap kelas, maka pentadbir dapat menyelia
perjalanan, tugasan dan komunikasi setiap kelas di
sekolah.

8. Mudah memberi perhatian khusus


Setiap murid adalah unik. Dengan Google Classroom,
guru boleh menghantar mesej secara peribadi kepada
mana-mana murid. Hal ini sangat membantu guru
dalam memberikan perhatian khusus kepada murid-
murid tertentu. Setiap murid juga ada senarai semua
tugasan dan rekod markah.

9. Mudah memberi maklumbalas


Setiap tugasan ada ruang maklumbalas guru. Dengan
itu, murid dapat mengetahui perkara yang mereka perlu
baiki.

10. Mudah buat pengumuman


Pada bahagian Class Stream, guru boleh membuat
sebarang pengumuman sama seperti News Feed dalam
Facebook.

11. Mudah menyimpan bahan


Tiada pelantar untuk mengumpul semua bahan? Ramai
guru hanya simpan semua dalam Google Drive dan
berikan link kepada murid. Namun Google Classroom
telah menyusun lebih baik dari segi direktori bahan
PdPc di bahagian Materials.

12. Mudah menyemak kalendar


Murid boleh semak kalendar untuk melihat tarikh tamat
tugasan, aktiviti dan membina sendiri perancangan
mereka.

13. Mudah memilih murid


Guru hanya perlu pergi ke bahagian Selector, guru
boleh memilih murid secara rawak bagi tujuan
penilaian, pengundian dan bermacam-macam lagi.

14. Mudah membuat pembelajaran terbeza


Guru boleh memberikan tugasan berlainan untuk murid
yang berlainan. Hal ini sangat membantu pembelajaran
terbeza.

15. Mudah mendapatkan notifikasi


Sebarang pengumuman dan tugasan akan masuk dalam
bentuk notifikasi di telefon pintar dan juga email murid.
Dengan itu murid tidak ketinggalan, Malah murid juga
boleh buka Google Classroom app dan rujuk di
bahagian notifikasi.

16. Mudah mengitar semula hantaran


Sebarang hantaran pengumuman atau tugasan boleh
diguna semula malah untuk kelas yang berlainan.

17. Mudah membuat Pop Quiz


Guru boleh membuat kuiz ringkas yang boleh dijawab
terus oleh murid.

18. Mudah dijalinkan dengan aplikasi-aplikasi kuiz


popular
Aplikasi kuiz seperti Kahoot dan Quizizz mudah
dijalinkan bersama dengan Google Classroom. Markah
akan terus direkodkan bersama profil murid.

19. Mudah membuat perbincangan umum


Guru boleh bertanyakan pendapat dan mendapatkan
respon murid.

20. Mudah diakses di mana-mana sahaja


Google Classroom boleh diakses di semua peranti
Android dan komputer yang mempunyai pelayar
internet. Hanya gunakan gmail sebagai ID.

Anda mungkin juga menyukai