Anda di halaman 1dari 3

Teks ucapan majlis permuafakatan tahun 6 2020

SERI MURNI HIASAN TAMU


INDAH MEKAR TEPIAN MUARA
HARI INI KITA BERTEMU
MOGA KEKAL MENJALIN MESRA.

Dari Johor hendak ke Pekan,


Singgah di Lipis membeli haruan,
Semanis senyuman kami hamparkan,
Buat bingkisan salam pertemuan.

Selamat pagi dan Salam Sejahtera.

Yang Berusaha, Guru Besar SK Sungai Kapit, Mohd. Sabli bin Hj. Badi

Yang Dihormati, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru

Yang Dihormati, Guru-guru Penolong Kanan.

Barisan guru tahun 6 Sekolah Kebangsaan Sungai Kapit,

Dan seterusnya Para ibu – bapa dan waris murid tahun 6 2020.

Buah pauh si bunga rampai,


Kilauan bintang sungguh mengasyikkan,
Orang jauh sudahlah sampai,
Selamat datang kami ucapkan.

Alhamdulillah, marilah sama-sama kita melafazkan setinggi ucapan kesyukuran ke


hadrat -Nya pada pagi yang barakah ini kita dapat sama-sama berkumpul bagi
melangsungkan Program Permuafakatan Tahun 6 SK Sungai Kapit tahun
2020..Bagi seluruh warga SK Sungai Kapit., pihak majlis mengalu-alukan kehadiran
tuan-tuan dan puan-puan ke majlis kita pada hari ini. Semoga dengan kehadiran
semua, maka majlis ini akan menjadi lebih bermakna untuk kebaikan anak-anak kita di
tahun 6.

Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan
bermunajat, memohon berkat agar segala urusan mendapat rahmat. Untuk itu, majlis
mempersilakan Ustaz Kamal Bin Japaar bagi memimpin bacaan doa.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Kamal Bin Jaapar atas bacaan doa
sebentar tadi.
Hadirin yang dihormati,

Tirai ucapan pada pagi ini, dimulakan dengan ucapan oleh Yang Berusaha Guru
Besar SK Sungai Kapit, En Mohd. Sabli bin Hj. Badi Untuk itu, Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan Guru Besar bagi menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Sekalung penghargaan kepada Yang Berusaha Guru Besar SK Sungai Kapit, Mohd.
Sabli bin Hj. Badi , atas kesudian menyampaikan ucapan sebentar tadi.

Hadirin sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Yang dihormat penolong kanan 1, En


Kenyulong Anak Sengkuai bagi menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya,
majlis mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Dihormati, En Kenyulong Anak
Sengkuai atas ucapan sebentar tadi.

Hadirin sekalian,

Seterusnya, majlis berbesar hati menjemput Yang Berusaha Guru Besar SK Sungai
Kapit untuk menyampaikan sumbangan kepada murid tahun 6.

Hadirin sekalian

Kini, tibalah kita ke acara yang seterusnya iaitu ikrar dan aku janji murid tahun 6 _.
Untuk itu, Majlis dengan rasa takzim mempersilakan Nazuri Anak Ronny bagi
memimpin bacaan ikrar.

Dengan bacaan ikrar itu tadi, murid-murid tahun 6 diminta untuk berbincang dengan
waris masing-masing bagi tujuan penetapan target upsr. Murid dan ibu bapa seterunya
diminta untuk menandatangani surat aku janji bersama guru kelas.
Seterusnya, pihak majlis dengan berbesar hatinya menjemput dan mempersilakan ibu bapa,
penjaga untuk mengajukan soalan kepada guru mata pelajaran di belakang dewan, sekiranya
terdapat soalan, mahu pun kekeliruan berhubung mata pelajaran anak-anak anda.

Hadirin yang dikasihi..

Tiap yang bermula pasti ada pengakhirannya. Maka majlis kita telah sampai ke
penghujungnya. Sekalung ucapan terima kasih di atas kesudian para ibu bapa untuk
sama-sama kita menghadiri Majlis permuafakatan murid tahun 6 ini.

Ucapan salam pengakhir kata


Segala yang ada dikongsi bersama
Apa yang kurang maaf dipinta
Sudilah berkunjung di lain masa

Apa yang baik datangnya dari Tuhan, apa yang buruk juga datangnya dari Allah tetapi di atas
kelemahan dan kekhilafan kami. Semoga bertemu lagi, Sekian.

Anda mungkin juga menyukai