Anda di halaman 1dari 1

Antara tujuh perkara penting yang saya dapat semasa perbincangan kuliah tersebut ialah,

yang pertama, matlamat dan objektif adalah sesuatu perkara yang berbeza. Malah, bagi
menjamin kecemerlangan dalam sesuatu perkara atau program atau sesi yang dijalankan
matlamat dan objektif mestilah jelas agar perkara yang dijalankan tidak menyimpang daripada
tujuan yang dikehendaki. Yang kedua, prinsip-prinsip dalam sesi kaunseling perlulah sentiasa
diambil berat. Hal ini demikian kerana, prinsip-prinsip kaunseling ini dapat membantu proses
kaunseling dapat dijalankan dengan sebetulnya. Ketiga, dalam sesi kaunseling yang
diadakan, kaunselor perlulah dapat membezakan antara bimbingan dan kaunseling, supaya,
guru kaunselor dapat melakukan proses yang bersesuaian terhadap klien. Keempat pula,
berdasarkan prinsip dalam kaunseling, bahawa klien hendaklah dilayan dengan mesra dan
diterima sebagai individu. Hal penting untuk setiap kaunselor mengetahui perkara ini agar
dapat mengelakkan sifat diskriminasi kaunselor terhadap klien dalam sesi kaunseling.
Seterusnya, berdasarkan perbincangan tersebut, perlu diketahui bahawa kaunseling
merupakan sebuah proses yang teratur yang melibatkan perbincangan rapi dalam atasi
masalah klien, oleh hal yang demikian, kaunselor perlu menerapkan penggunaan teknik yang
sebetulnya agar proses kaunseling dapat dilakukan dengan teratur. Malah, antara matlamat
paling penting bagi saya ialah dengan membantu klien untuk berfikiran dengan lebih rasional.
Perkara ini memainkan peranan yang amat penting agar dapat memudahkan proses
kaunseling dan membantu mempercepatkan proses kaunseling.

Anda mungkin juga menyukai