Anda di halaman 1dari 4

CHIN YUNYI ( 4 Chi )

KELEBIHAN BERSENAM

Selamat pagi dan salam sejahtera diucapkan kepada tuan pengerusi majlis, barisan panel
hakim yang bijaksana, barisan guru-guru dan seterusnya rakan-rakan yang saya hormati dan
sanjungi. Pada hari yang berbahagia ini saya ingin menyampaikan sebuah syarahan yang
bertajuk “Kelebihan Bersenam”.

Bersenam memberi banyak kebaikan kepada kita. Semua orang boleh bersenam.
Bersenam menjadikan badan kita sihat malahan otak menjadi cergas. Bila badan sihat kita
susah untuk mendapat penyakit. Kita mestilah bersenam kerana bersenam memberi banyak
kelebihan kepada kita secara umum dan khususnya.

Antara kelebihan bersenam adalah dapat mengisi masa lapang dengan melakukan
aktiviti yang berfaedah. Bersenam adalah aktiviti yang seronok. Bersenam mesti dilakukan
sekurang-kurangnya tiga kali dalam seminggu. Bersenam boleh dilakukan bersama rakan
mahupun keluarga. Kita mestilah bersenam kerana bersenam dapat meningkatkan stamina
tubuh badan dan menjadikan badan kita lebih bertenaga.

Selain itu, kelebihan bersenam adalah mengelakkan masalah obesiti. Obesiti


bermaksud berat badan berlebihan. Umumnya kita ketahui, tubuh badan yang besar akan
menyebabkan kita tidak dapat melakukan aktiviti harian dengan efisyen. Tahukah kawan-
kawan, bahawa aktiviti bersenam boleh mengurangkan berat badan kita. Oleh itu, jadikanlah
aktiviti bersenam sebagai rakan baik anda.

Seterusnya, bersenam boleh dijadikan sebagai aktiviti riadah bersama keluarga.


Keluarga adalah orang yang kita sayangi. Bersenam bersama keluarga sudah pasti akan
menjadi aktiviti yang menyeronokkan untuk semua orang. Contohnya, pada setiap hujung
minggu kita boleh melakukan aktiviti senamrobik bersama-sama keluarga dan sanak saudara.
Sudah pasti ikatan kekeluargaan dapat dieratkan sekaligus meningkatkan kualiti kesihatan
secara holistik.

Kesimpulannya, marilah kita bersama-sama menjadikan aktiviti bersenam sebagai


salah satu amalan harian kita. Kelebihan yang didapati melalui aktiviti ini sudah tentu mampu
memberi impak positif dalam diri setiap orang. Hal ini bertepatan dengan konsep yang
dibawakan oleh KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN (KBS) iaitu Ke Arah Malaysia
Cergas, Sihat dan Bersatu’

Sekian terima kasih


LAI KEN HAN (4 Chi)

AMALAN GAYA HIDUP SIHAT

Selamat pagi dan salam sejahtera diucapkan kepada tuan pengerusi majlis, barisan panel
hakim yang bijaksana, barisan guru-guru dan seterusnya rakan-rakan yang saya hormati dan
sanjungi. Pada hari yang berbahagia ini saya ingin menyampaikan sebuah syarahan yang
bertajuk “Amalan Gaya Hidup Sihat”.

Pada dasarnya, semua orang menginginkan hidup yang sihat, bebas dari penyakit dan
juga tekanan. Perlu kita ingat bahawa kesihatan adalah perkara yang paling mahal di dunia.
Kegagalan kita untuk menjaga kesihatan akan menyebabkan pelbagai masalah kepada diri
kita sendiri.

Antara amalan gaya hidup sihat yang perlu kita praktikkan adalah dengan
mengamalkan pemakanan yang seimbang. Badan kita umumnya memerlukan karbohidrat,
protein, vitamin, lemak dan kalsium dalam kuantiti yang betul. Kita haruslah mematuhi
saranan pemakanan yang telah digariskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) iaitu
melalui Piramid Makanan.

Amalan gaya hidup sihat yang kedua ialah menjadikan amalan bersenam sebagai rutin
harian. Hadirin semua, bersenam terbukti memberi banyak manafaat kepada manusia. Kita
dapat meningkatkan stamina dan mengurangkan jumlah kolestrol dalam darah melalui
aktiviti bersenam. Oleh itu kawan-kawan, apakah lagi alasan kita untuk malas bersenam?

Seterusnya, amalan gaya hidup sihat yang ketiga adalah dengan menjaga kebersihan
diri. Punca utama penyakit adalah melalui jangkitan kuman dan bakteria. Hanya ada satu
cara untuk mengurangkan risiko jangkitan ini, iaitu melalui amalan menjaga kebersihan. Kita
perlu mandi, memakai pakaian yang bersih dan sentiasa mencuci tangann untuk memastikan
kebersihan diri sentiasa ditahap yang optimum.

Akhir sekali, kita perlulah melakukan aktiviti riadah dan rekreasi sebagai salah satu
terapi untuk memastikan minda kita sentiasa berada dalam keadaan sihat dan bebas
tekanan. Kita boleh meluangkan masa untuk berkelah bersama keluarga sebagai salah satu
aktiviti reakreasi yang paling mudah dan menyeronokkan. Kita juga boleh menjadikan aktiviti
membaca buku sebagai aktiviti riadah minda untuk menghilangkan tekanan.

Kesimpulannya, marilah kita bersama-sama mengamalkan amalan gaya hidup sihat


yang telah saya sebutkan sebentar tadi. Sebagai generasi harapan bangsa, adalah menjadi
tugas kita untuk membentuk komuniti yang sihat sebagai asas kecemerlangan pembangunan
Negara. Sekian terima kasih.
Ng Jing Wei ( 4 Jian )

KEBERSIHAN DIRI ASAS KESIHATAN

Selamat pagi dan salam sejahtera diucapkan kepada tuan pengerusi majlis, barisan panel
hakim yang bijaksana, barisan guru-guru dan seterusnya rakan-rakan yang saya hormati dan
sanjungi. Pada hari yang berbahagia ini saya ingin menyampaikan sebuah syarahan yang
bertajuk “Kebersihan Diri Asas Kesihatan”.

Menjaga kebersihan diri adalah tanggungjawab setiap manusia. Kesihatan yang


optimum tidak akan dapat dicapai jika kita gagal menjaga kebersihan diri. Kita perlu sedar
bahawa kebersihan perlu menjadi aspek utama dalam kehidupan harian kita. Amalan menjaga
kebersihan diri perlulah diterapkan dalam diri setiap masyarakat sejak dari kecil lagi.
Seperti pepatah “ melentur buluh biarlah dari rebungnya”.

Antara cara menjaga kebersihan diri adalah dengan mandi sebanyak dua kali sehari.
Kita perlu mandi dengan lebih kerap jika badan kita berpeluh contohnya selepas menyertai
aktiviti sukan atau gotong-royong. Mandi dapat menghilangkan kotoran yang terdapat pada
kulit badan kita. Tambahan pula, mandi juga dapat mengelakkan badan kita daripada berbau
busuk.

Selain itu, kita mestilah mengosok gigi setiap kali selepas bangun pagi dan sebelum
tidur. Tujuan utama adalah untuk memastikan gigi kita bebas dari sisa makanan yang boleh
menyebabkan bakteria membiak dalam mulut. Bakteria yang membiak dalam mulut boleh
menyebabkan bau mulut yang kuat dan kurang menyenangkan.

Seterusnya, kita perlulah memotong kuku dan memastikan tangan setiasa di cuci
dengan sabun anti bakteria. Bakteria dan kuman adalah punca utama penyakit. Tangan dan
kuku adalah bahagian tubuh yang paling mudah menyebarkan bakteria dan kuman. Oleh itu
adalah menjadi kewajipan kita untuk mempraktikkan amalan mencuci tangan mengikut
prosedur 7 langkah yang digariskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Akhir sekali, kita harus mestilah memakai pakaian yang bersih dan sesuai mengikut
cuaca. Malaysia ialah sebuah Negara yang beriklim panas dan lembab sepanjang tahun.
Pakaian yang sesuai untuk rakyat Malaysia ialah baju yang diperbuat daripada kain kapas.
Hal ini dikatakan demikian kerana kain kapas dapat menyerap peluh dengan baik disamping
memberi kesan sejuk pada tubuh si pemakai.

Kesimpulannya, marilah kita bersama-sama menjaga kebersihan diri bagi memastikan


kesihatan dapat dikekalkan setiap masa. Ingatlah bahawa menjaga kebersihan adalah
tanggungjawab setiap individu yang ada di muka bumi ini.

Sekian terima kasih.


CARA MENJADI MURID CEMERLANG

Selamat pagi dan salam sejahtera diucapkan kepada tuan pengerusi majlis, barisan panel
hakim yang bijaksana, barisan guru-guru dan seterusnya rakan-rakan yang saya hormati dan
sanjungi. Pada hari yang berbahagia ini saya ingin menyampaikan sebuah syarahan yang
bertajuk “Cara Menjadi Murid Cemerlang”.

Menjadi murid yang cemerlang adalah impian semua orang. Murid yang cemerlang
bukan sahaja bijak dalam pelajaran tetapi juga mampu cemerlang dalam bidang kokurikulum,
sahsiah dan akhlak. Hal ini selaras dengan dasar kerajaan untuk melahirkan modal insan
kelas pertama.

Antara cara untuk menjadi murid yang cemerlang adalah belajar dengan bersungguh-
sungguh. Murid yang baik sudah tentu akan memberi perhatian ketika guru mengajar dalam
kelas. Mereka juga akan sentiasa mengulangkaji pelajaran dengan lebih awal sebelum kelas
bermula

Seterusnya, cara untuk menjadi murid cemerlang yang kedua adalah dengan
mengamalkan amalan membaca buku. Kita bolehlah membaca buku pada masa lapang. Buku
dapat meningkatkan pengetahuan kita bertepatan dengan slogan ”membaca jambatan ilmu.
Hal ini juga adalah bertepatan dengan saranan kementerian pendidikan Malaysia (KPM)
untuk menjadikan rakyat Malaysia sebagai Bangsa yang membaca.

Selain itu, untuk menjadi murid yang cemerlang, kita wajarlah mempunyai sahsiah
dan akhlak yang baik. Contohnya, sentiasa menepati masa dan berdisiplin. Kita akan dapat
menguruskan masa dengan baik jika mempunyai disiplin yang tinggi. Kita juga akan disenangi
oleh orang sekeliling kerana mempunyai akhlak yang terpuji.

Kesimpulannya, kita haruslah berusaha untuk menjadi murid yang cemerlang dengan
cara mengikuti saranan yang telah saya nyatakan tadi.

Anda mungkin juga menyukai