Anda di halaman 1dari 3

SEJARAH AWAL PENUBUHAN KUISAS

KUISAS (dulu KISDAR) adalah hasil cetusan idea Duli Yang Maha Mulia Paduka
Seri Sultan Perak Darul Ridzuan ke-34, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Sultan Yussuf
Izzuddin Shah pada tahun 1986. Ia kemudiannya direalisasikan pada tahun 1999 dengan
kampus sementara yang terletak di Jalan Datuk Seri Shaari, Off Jalan Raja DiHilir, Ipoh dan
dirasmikan oleh baginda pada 16 Oktober 1999. KISDAR telah ditubuhkan di bawah
Enakmen Bil. 3 Tahun 2000, Enakmen Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan. Enakmen ini
telah dibentang dan diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Perak ᄃ pada 19 November
2001 dan telah diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak pada 6
Mac 2002.

Pada 8 Februari 2006, Kerajaan Negeri Perak telah meluluskan kerja-kerja pembinaan
kampus tetap KISDAR (sekarang KUISAS) di atas sebidang tanah yang diwakafkan
Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah di Chandan Putri, Bukit Chandan, Kuala
Kangsar. Kampus tetap dengan kos pembinaan mencecah RM66 juta ini kemudiannya siap
pada tahun 2008.

Pada 16 Julai 2009, Sultan Perak Sultan Azlan Shah telah merasmikan kampus tetap
KISDAR di Bukit Chandan. Sultan Perak berharap KISDAR akan dinaiktaraf menjadi kolej
universiti Islam pada satu masa nanti.

Sekarang, KISDAR dikenali umum sebagai Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah
(KUISAS) yang dirasmikan oleh Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Azlan
Muhibuddin Shah pada bulan April 2012.

PENGERTIAN ISLAM

Islam adalah sebagai Ad-Din yang merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia
yang terkandung di dalamnya aqidah, amalan-amalan dan hukum-hukum berhubungan
dengan rohani dan jasmani, fardiyyah dan jamaiyyah, agama dan politik dan segala urusan
hidup di dunia dan akhirat. Secara khususnya Islam sebgaimana yang dikemukakan oleh
ulama-ulama berdasarkan kepada Al-Quran dan AsSunnah adalah:- Islam bererti tunduk dan
menyerah diri kepada Allah swt serta mentaatiNya yang lahir dari kesedaran dengan tidak
dipaksa kerana ketundukan yang seperti itu tanpa perhitungan pahala dan dosa.
KONSEP TASAWWUR ISLAM

Perkataan tasawwur berasal daripada perkataan bahasa Arab yang bermula dengan
kata dasar sawwara. Hasil daripada kata dasar ini menerbitkan perkataan tasawwur yang
bererti memberikan suatu tanggapan kepada rupa yang dapat dikhayalkan dan menjelaskan
gambaran sebenar ke atas sesuatu serta menghasilkan rupa dalam akal. Daripada definisi
tersebut, tasawwur bermaksud memberikan gambaran sebenar ke atas apa yang disampaikan
kepada akal fikiran dan seterusnya menjadi sebati dalam diri untuk difahami. Apabila
perkataan tasawwur dipadukan dengan perkataan islam, maka ia membentuk tasawwur islam
yang bererti gambaran bentuk islam hakiki. Hal ini menunjukkan tasawwur islam bertujuan
menjelaskan prinsip-prinsip asas islam secara keseluruhan dan seterusnya menggambarkan
agama islam sebagai suatu tasawwur yang menganggap manusia sebagai agama yang bersifat
fleksibel dan global. Tasawwur Islam dalam Konteks Syumul Tasawwur Syumul ialah suatu
tasawwur yang menganggap manusia sebagai salah satu daripada makhluk-makhluk Allah
yang amat lemah dan kehidupannya bergantung kepada rahmat Allah SWT. Justera itu,
keimanan manusia kepada Allah SWT perlu mengatasi segala kepercayaan pada perkara-
perkara lain. Manusia juga perlu mengingati kepercayaan dan ketaatan kepada Allah SWT
secara lengkap dan sempurna kerana Allah SWT sentiasa menilai segala perkataan, perbuatan
dan tingkah laku manusia setiap masa. Ini bertepatan dengan perkataan syumul yang
bermaksud sempurna, lengkap, menyeluruh dan ia selaras dengan matlamat islam yang
berorientasikan kepada dua bentuk penghayatan iaitu kehidupan di dunia dan kebahagiaan di
akhirat. Ini diakui oleh al-Syahid Hassan al-Banna dalam bukunya Risalah Islam ada
menyebutkan, ³Islam merupakan suatu perutusan yang mempunyai jangka masa yang panjang
dan meliputi setiap zaman. Pengisian lebarnya merangkumi segala bangsa di seluruh pelosok
dunia. Manakala tunjangannya meliputi semua urusan dunia dan akhirat.´ Islam adalah agama
yang syumul. Ini sesuai dengan fitrah islam yang menyediakan segala keperluan yang
diperlukan oleh manusia. Daripada perkara-perkara yang sekecilnya sehinggalah kepada
perkara-perkara yang besar, segalanya sudah diberikan panduan di dalam al- Quran dan al-
Sunnah. Sebagai contoh, Islam sudah mengemukakan panduan berkenaan perkara-perkara
kecil seperti adab-adab makan, minum, tidur, mandi meliputi hal-hal yang lebih global seperti
sistem dalam ekonomi, politik, sosial dan pendidikan. Bukan itu sahaja, malah Islam sudah
memberi panduan bagaimana memelihara jasad dan roh seseorang manusia dan kaitan di
antara hubungan manusia dengan Allah SWT, hubungan manusia dengan manusia dan
hubungan manusia dengan makhluk yang lain.

Perkataan tasawwur ada disebut dalam beberapa ayat Al-quran. Antaranya ialah firman Allah
SWT yang bermaksud:

“Dialah yang membentuk rupa kamu dalam Rahim (ibu kamu) sebagaimana yang
dikehendaki-Nya.”

(Surah Ali ‘Imran 3:6)

“Allah telah menjadikan bumi sebagai tempat penetapan untuk kamu, dan langit sebagai
bumbung yang kukuh binaannya, dan Ia membentuk kamu lalu memperelokkan rupa kamu,
serta dikurniakan kepada kamu dari benda-benda yang baik lagi halal. Yang
demikian(kekuasaanNya dan kemurahanNya ialah Allah, Tuhan kamu; maka nyatalah
kelebihan dan kemurahan Allah, Tuhan sekalian alam”.

(Surah al-Mu’min 40:64)

Anda mungkin juga menyukai