Anda di halaman 1dari 7

4.

1 PENGENALAN

Hujah dan penghujahan merupakan komunikasi lisan dan tulisan . Ianya merupakan
komunikasi lisan dan tulisan yang memerlukan seseorang itu mengemukan soalan Ya
atau Tidak dan ianya memerlukan sokongan hujah berdasarkan jawapan yang diberikan
. Menurut Richard dan MalColm (1992) “argumentation comes into play when you and
those with whom you are communicating become interested in justifying claims” .
Berhujah menggunakan bahasa yang bersistem dan mudah ditafsir dan sekaligus
memberikan kefahaman kepada orang yang dilawan berhujah . Sekiranya pertanyaan
yang ditanya dijawab dengan kurang tepat ianya tidak boleh dikira sebagai berhujah
kerana tidak mematuhi syarat dan peraturan . Modal insan bermaksud sumber intelek yang
ada pada diri setiap manusia. Ia menunjukkan seseorang yang berkemahiran, berilmu,
berpengetahuan dan mampu menyumbang kebaikan kepada dunia hari ini. Modal insan
merupakan sumber yang penting dalam membangunkan sesebuah negara. Personaliti unggul
pula bermaksud manusia yang berhemah tinggi, ilmu pengetahuan, pencapaian, ketokohan dan
keintelektualan yang tinggi.

4.2 DEFINISI

Definisi Hujah.

Hujah dapat difahami secara ilmiah berdasarkan definisi yang diberikan oleh tokoh dalam bidang
sains pemikiran. Jika diperhatikan antara satu definisi dengan satu definisi yang lain tidak jauh
berbeza. Secara umum, hujah diterima sebagai satu set pernyataan yang mesti dibuktikan
kebenarannya. Antara definisi yang diberikan oleh tokoh-tokoh sains pemikiran adalah seperti:

“A process or reasoning in which the truth of some proposition(the conclusion) is shown, or is


elleged to be shown, to depend on the truth of others(the premises).”

(Black, M, 1971)
“..penghujahan ialah satu bentuk pemikiran yang menggunakan pernyataan-pernyataan
tertentu untuk menyokong pernyataan-pernyataan lain(kesimpulan).”

(Chaffe, 1990)

“Argumentation as the advicing, supporting, criticizing and modifying of claims...”

(RIchard and MalColm,1992)

Definisi Berani.

Menurut kamus dewan, berani merupakan gagah (bukan pengecut), perkasa, tidak takut dan
tabah menghadapi bahaya.

Definisi Intelektual.

Menurut kamus dewan, intelektual merupakan golongan terpelajar, cerdik pandai dan
cendiakawan. Intelektual juga merupakan orang yang mempunyai kempampuan yang tinggi
untuk berfikir dengan menggunakan akal budi.

4.3 Pernyataan Masalah

Setelah kami mengkaji tentang bagaimana kemahiran berhujah mampu melahirkan modal insan
yang berani dan intelektual, kami telah mendapati terdapat beberapa masalah yang dikenal
pasti dalam kemahiran berhujah ini. Antaranya ialah:
4.3.1 Tidak mempunyai kemhiran

i. Tidak mempunyai kemahiran berkomunikasi.

Kemahiran komunikasi merupakan asas kecekapan mengeluarkan pernyataan. Seseorang itu


perlu bernas dalam mengemukakan fakta, dan maklumat tentang sesuatu perkara secara lisan.
Ia juga mampu beretorik dengan bersahaja dan menarik. Oleh itu, kemahiran berkomunikasi
amat penting dalam kemahiran berhujah ini.

ii. Tidak mempunyai kemahiran menaakul

Kemahiran menaakul mempunyai nilai yang tinggi dalam berhujah. Kemahiran menaakul beerti
memberi makna. Mengkonseptualisasikan, membentuk gambaran yang lebih jitu terhadap
perkara yang bersifat abstrak, menggemburkan isu yang tersirat dan pemikiran yang bersifat
intelektual( Abd. Rahim, 1999)

iii- Tidak mempunyai kemahiran mentafsir.

Mentafsir memerlukan seseorang itu mengemukakan kebenaran dan kesahihan sesuatu data
dan fakta yang digunakan. Kemahiran ini juga melibatkan beberapa proses kognitif lain seperti
keupayaan membuat kategori, menyemak idea, fakta, makumat, bukti serta daripada himpunan
pernyataan tersebut kita dapat mengemukakan alasan dan sebab musabab tentang sesuatu
perkara yang dihujahkan.

4.3.2 Kurang ilmu pengetahuan

Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka edisi keempat, ilmu ditakrifkan sebagai suatu bentuk
pengetahuan sama ada dalam perkara dunia, akhirat, zahir, batin dan sebagainya. Orang yang
berilmu pula merujuk kepada seseorang yang mempunyai banyak ilmu dan dapat membezakan
antara baik dan jahat, benar dan salah. Hal ini jelas menunjukkan bahawa ilmu sangat penting
bagi melahirkan modal insan yang berani berhujah di khalayak ramai. Jika kurang ilmu, maka
idea bernas untuk dijadikan modal berhujah tidak akan terhasil. Tanpa adanya idea, seseorang
modal insan akan kebuntuan dan sering bersikap pasif sekaligus menyebabkan ‘cepat mati akal’.
Ilmu boleh diperluaskan dengan memperbanyak bacaan ilmiah dari pelbagai cabang ilmu
dengan tujuan mengilap akal dan pemikiran agar mampu menjana pelbagai idea yang kritis dan
kreatif. Ilmu yang tepat dan mantap dapat menampilkan modal insan yang berani melontarkan
hujah dalam apa jua topik prbincangan.

4.3.3 Kurang Keyakinan

Seterusnya, kurang keyakinan diri juga membuatkan seseorang kurang berani untuk
berhujah atau melontarkan pendapat sendiri. Kurang keyakinan ini berpunca daripada pelbagai
asbab yang mempengaruhi minda seseorang untuk menjadi takut, gugup dan tidak yakin dengan
hujah yang dipegang. Antara puncanya adalah kerana kurangya pengalaman seseorang dan
latihan dalam melahirkan dan mengeluarkan pendapat serta hujah diri sendiri mengenai sesuatu
isu. Pengalaman dapat mengajar dan mematangkan pemikiran dan kata - kata individu ketika
bercakap di khalayak ramai. Latihan yang secukupnya sedikit sebanyak melatih seseorang untuk
mencabar diri menentang dan berhujah dengan penuh berhikmah terhadap sesuatu fakta atau
topik perbincangan yang dirasakan kurang tepat. Sepertimana yang sering diperkatakan
“practice makes perfect”.

Salah satu asbab lain adalah kerana kurangnya motivasi dalam diri untuk melontarkan idea
masing - masing. Setiap indvidu memiliki tahap motivasi ekstrinsik yang berbeza. Menurut Arlina
(2006), motivasi ekstrinsik adalah cenderung meletakkan ‘locus of control’ di luar diri dan
berdasarkan kepuasannya yang datang daripada luar diri pelajar. Orang yang merasakan dirinya
tidak cerdik, akan segan dan merendah diri ketika berucap. Mereka tidak percaya dengan
potensi diri yang dimiliki. Apalagi ketika mereka dibandingkan dengan kemampuan rakan - rakan
yang dirasakan jauh lebih baik.

4.3.4 Kurang informasi


Kurang maklumat atau informasi merupakan ceteknya ilmu pengetahuan seseorang
individu itu. Kita semua sedia maklum bahawa ilmu pengetahuan merupakan asas untuk
menyampaikan hujah.

Pengetahuan ialah asas hujah. Katakan kita berhujah tentang ‘Hukum Hudud’ dan
pelaksanaannya di Malaysia. Untuk membahasnya dengan berkesan, seseorang itu,
mesti memiliki ilmu pengetahuan yang luas tentang ‘Hukum Hudud’ dan sistem
pelaksanaannya pada zaman Rasulullah S.A.W hingga kini. Dalam erti kata lain,
seseorang itu mestilah mengetahui dan menguasai sistem perundangan islam dengan
cukup mantap. Selain itu, ia juga mesti mengetahui latar sejarah dan perkembangan
hukum dan sistem keadilan di Malaysia sejak sebelum merdeka lagi. Pengetahuan
tentang isu yang dibahaskan akan dapat menyediakan seseorang itu dengan hujah
balas daripada pihak lawan.

4.3.5 Kurang pergaulan

Kurang pergaulan seseorang itu akibat masalah-masalah yang dihadapinya sendiri.


Kita semua seharusnya bersedia dan sedar akan prinsip-prinsip berpergaulan.

Antara masalah yang dihadapi seseorang itu adalah penguasaan diri terhadap nilai-
nilai diri, moral dan agama. Akibatnya seseorang itu kurang pengatahuan terhadap akan
isu semasa dan isu sekeliling yang sedang berlaku. Kurang penguasaan terhadap
agama membuatkan seseorang itu kurang dari segi adab dan akhlak ketika bergaul dan
membuatkan seseorang itu tidak sedar akan kesan-kesannya. Selain itu, kebebasan
emosional seseorang itu juga merupakan antara kesan masalah kurang bergaul.
Kebanyakkan individu pada masa kini telah banyak terpengaruh dengan isu-isu atau
gejala barat dan ianya membuatkan emosional seseorang itu terganggu. Ianya juga
membuatkan seseorang itu bebas untuk bersuara tanpa mengikut prinsip-prinsip
pergaulan antara satu sama lain.

4.3.6 Masalah Komunikasi


Masalah komunikasi berlaku apabila berlaku halangan semasa proses
berkomunisasi . Antara halangan yang sering berlaku semasa proses berkomunikasi
ialah

Halangan terhadap penghantar ( persekitaran , sikap , nilai dan harapan )


Halangan terhadap pemahaman (bahasa , tahap intelek , persepsi terhadap mesej ,
panjang komunikasi dan kesan terhadap status )
Halangan terhadap penerimaan ( prejudis dan konflik antara penerima dan pengirim )

4.3.7 Berfikiran negatif

Kebanyakan masyarakat sekarang terlalu mudah berfikiran negatif malah kadang kala
sikap mereka juga turut cenderung ke arah yang sama . Antara yang dapat dilihat ialah
sikap takut mencuba . Kekangan ini jelas terpancar apabila mereka hanya berani
meluah atau menyuarakan pendapat mereka melalui laman sosial seperti “facebook”
“wechat” dan sebagainya . Mereka tidak mahu tampil ke hadapan untuk menyuarakan
pendapat masing-masing di khalayak ramai . Selain itu, mereka terlalu takut dengan
tanggapan orang lain terhadap diri mereka . Bahkan mereka turut berfikir pendapat
mereka akan ditolak mentah-mentah dan tidak dapat diterima oleh orang lain . Sikap
malu yang tidak bertempat juga menjadi punca kepada masalah ini . Kebanyakan
masyarakat sekarang bukannya tidak pandai ataupun tidak mempunyai pendapat tetapi
mereka terlalu malu untuk menyuarakan pendapat mereka secara spontan . Malahan
kadang-kadang , pendapat seseorang yang pemalu ini jauh lebih bernas dan tidak boleh
diterima pakai berbanding dengan orang yang berani bersuara tetapi tidak mempunyai
fakta yang tepat .

4.4 Pernyataan Hujah

Berdasarkan kajian yang dijalankan, kami mendapati bahawa berhujah mampu


melahirkan insan yang berkualiti dan intelektual berdasarkan beberapa faktor. Antaranya
ialah:

I. Mampu membina keyakinan diri.

Secara umum keyakinan diri boleh ditafsirkan sebagai kemampuan individu


mempercayai dan yakin di atas kemampuan dirinya untuk melakukan sesuatu. Ianya tidak
bergantung kepada penampilan diri, suara yang lantang atau pakaian yang boleh menarik
perhatian orang ramai .Seseorang yang mempunyai keyakinan diri tidak bergantung kepada
penerimaan orang lain. Mereka tidak peduli apa yang orang lain mungkin akan katakan.
Orang yang mempunyai keyakinan diri memanfaatkan peluang yang datang kepada mereka.
Oleh itu keyakinan diri mampu melahirkan modal insan yang bijak pandai dalam berhujah.

II- Meningkatkan ilmu pengetahuan

Ilmu pengetahuan adalah antara sumber-sumber utama kepada pembangunan diri seseorang.
Jika seseorang itu mempunyai tahap ilmu pengetahuan yang tinggi tentang selok-belok sesuatu
perkara untuk dihujah, sudah pasti keyakinan dalam diri seseorang itu akan bertambah.

Berhujah dapat meningkatkan ilmu pengetahuan .Hal ini kerana , penghujah perlu mencari
maklumat untuk mendapatkan info bagi tajuk yang akan dihujahkan . Secara tidak langsung
penghujah dapat menambahkan ilmu pengetahuan tentang sesuatu perkara dan ini
membolehkan lahirnya modal insan yang berintelektual.

Anda mungkin juga menyukai