Anda di halaman 1dari 31

BAB 1: PENGENALAN

1.1 PENDAHULUAN
Latihan industri adalah salah satu komponen utama dalam kurikulum pembelajaran
di semua peringkat pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT). Semua pelajar peringkat
sarjana muda di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) disyaratkan lulus latihan industri
sebelum diperakui untuk penganugerahan Ijazah Sarjana Muda di USAS. Pelajar akan
ditempatkan di industri tertentu pada tempoh tertentu untuk mendedahkan mereka kepada
suasana pekerjaan sebenar.

Latihan indusri adalah penempatan pelajar pada tempoh tertentu di industri atau
organisasi luar di dalam negara agar pelajar dapat mempraktiskan ilmu pengetahuan yang
dipelajari mengikut bidang masing-masing sebelum dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda.
Matlamat kursus latihan industri adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran
pelajar dalam bidang masing-masing di samping satu usaha kearah melahirkan graduan
yang berketrampilan baik dan berdaya saing.

1.2 OBJEKTIF

Objektif sebenar Latihan Industri adalah seperti berikut:


i. Untuk mendedahkan para pelajar kepada situasi dan alam pekerjaan yang
sebenar kerana semasa menjalani latihan ini.
ii. Para pelajar akan berinteraksi dengan para pekerja industri dan secara tidak
langsung dapat menunjukkan keyakinan apabila berhadapan dengan masyarakat
sekeliling. 
iii. Memberi pendedahan kepada pelajar tentang ilmu pengetahuan, pengalaman
dan persekitaran pekerjaan yang tidak diperoleh semasa belajar.
iv. Mengeratkan hubungan antara universiti dengan industri dalam bidang
penyelidikan, pengajaran, latihan dan khidmat rundingan.
v. Para pelajar mampu berkomunikasi dan berinteraksi dengan berkesan semasa
menjalani latihan industri.
1.3 HASIL PEMBELAJARAN

Setelah tamat menjalani latihan industri, pelajar mampu untuk :


i. Mempraktiskan teori dan ilmu pengetahuan yang dipelajari di tempat latihan
industri.
ii. Menggunakan pelbagai kemudahan dan teknologi untuk melincinkan perlaksanaan
tugas di organisasi.
iii. Memberi pandangan secara kritis, kreatif, berkeyakinan dan mampu menyelesaikan
masalah secara professional.
iv. Bekerja secara berkumpulan dengan berkesan dan cekap.
v. Berkomunikasi dengan berkesan, sama ada secara lisan atau bertulis, dengan
pelbagai pihak.
vi. Menunjukkan sikap yang konsisten dengan etika professional dan tanggungjawab
sosial.
vii. Menunjukkan komitmen dalam pembelajaran sepanjang hayat dan pembangunan
professional.

2
BAB 2: LATAR BELAKANG ORGANISASI

2.1 PENGENALAN ORGANISASI

Petroliam Nasional Berhad atau lebih dikenali sebagai PETRONAS ialah sebuah


syarikat minyak dan gas hak milik Malaysia sepenuhnya, ia telah ditubuhkan pada 17 Ogos
1974. Syarikat ini dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia dan telah mendapat hak
keseluruhan terhadap sumber-sumber minyak dan gas yang terdapat di Malaysia.
PETRONAS juga diamanahkan dengan bertanggungjawab membangunkan dan menambah
nilai kepada sumber minyak dan gas yang sedia ada di Malaysia

 Fortune Global 500 telah meletakkan PETRONAS sebagai sebuah syarikat ke-95


terbesar di dunia pada tahun 2008, dan ke-80 terbesar pada tahun 2009. Ia juga meletakkan
PETRONAS sebagai syarikat perbadanan yang ke-13 paling banyak membuat keuntungan
di dunia. Sejak diperbadankan, PETRONAS semakin berkembang menjadi syarikat minyak
dan gas dengan kepentingan perniagaan di 31 buah negara. Sehingga akhir Mac 2005,
Kumpulan PETRONAS mempunyai 103 buah anak-anak syarikat.

Antara salah satu anak syarikat PETRONAS adalah PETRONAS Gas Berhad
(PGB), syarikat ini terlibat dalam penyediaan pemprosesan gas yang terbesar di Malaysia.
PGB juga memiliki dan mengendalikan Paip Gas Semenanjung yang mepunyai panjang
sebanyak 2550 kilometer dari Kerteh di Terengganu ke Johor Bharu  di Selatan
dan Kangar di Utara Semenanjung Malaysia.

Rajah 2.1: Bangunan syarikat PETRONAS

3
2.2 LATAR BELAKANG ORGANISASI.

PETRONAS Gas Berhad atau PGB telah beroperasi selama 30 tahun dan masih
kukuh sehingga hari ini. Di awal penubuhannya pada tahun 1983, perniagaan PGB telah
berkembang dengan pesat walaupun menghadapi pelbagai cabaran pada masa itu. Namun,
hari ini PGB telah membuktikan bahawa ia semakin berkembang maju sebagai syarikat
infrastruktur dan utiliti gas terkemuka di Malaysia dan juga di 65 buah negara yang lain
yang terdiri di dalam benua Afrika, Asia Pacific, Eropah, Latin America dan North
America.

Perniagaan utama PGB adalah Pemprosesan Gas & Utiliti serta Transmisi Gas
kekal. Perniagaan ini merupakan sumber pendapatan utama dalam syarikat. Sejak tahun
1998, loji Utiliti PGB di Kertih, Terengganu dan Gebeng, Pahang telah menghasilkan,
membekalkan dan memasarkan produk utiliti perindustrian di Malaysia dan di luar negara

PGB menandatangani perjanjian dengan PETRONAS Carigali Sdn Bhd pada tahun
2007 untuk pengurusan projek dan pelaksanaan Projek Paip Gas Sabah-Sarawak (SSGP)
yang telah siap sepenuhnya pada tahun 2013. Pada tahun 2009, PGB meneroka perniagaan
kuasa dengan pembentukan Kimanis Power Sdn. Bhd, iaitu sebuah syarikat usahasama
dengan NRG Consortium (Sabah) Sdn Bhd.

Pembukaan Terminal Pembasmian Gas Cecair (LNG) di Sungai Udang, Melaka


pada tahun 2013 telah membuka jalan bagi pengimportan LNG untuk menampung
peningkatan permintaan gas di Malaysia.

2.2.1 VISI DAN MISI SYARIKAT PETRONAS GAS BERHAD

Visi:

a. Menjadi Syarikat Infrastruktur Gas dan Utiliti Utama.


Misi:
a. Kami adalah Entiti Perniagaan.
b. Infrastruktur Gas Dan Utiliti adalah perniagaan teras kami.
c. Kami beroperasi dengan selamat, boleh dipercayai dan berdaya bersaing.
d. Kami Optimumkan Rantaian Nilai Gas untuk memaksimumkan pulangan bagi
pemegang saham kami.

4
Rajah 2.2: Logo PGB

2.2.3 Alamat PETRONAS Gas Berhad

Jadual 2.2.3: Alamat PETRONAS Gas Berhad

Alamat Menara Berkembar Petronas, Menara 1, Pusat Bandaraya Kuala


Lumpur (KLCC), 50088 Kuala Lumpur, Wilayah Perseketuan Kuala
Lumpur.

Nombor Telefon 03-2331 7866

2.2.4 JADUAL BEKERJA SEPANJANG LATIHAN INDUSTRI MENGIKUT


WAKTU PEJABAT

Berikut adalah jadual kerja saya sepanjang saya menjalani latihan industri di PETRONAS
Gas Berhad selama 4 bulan.

Jadual 2.2.2 Jadual Bekerja di Petronas Gas Berhad

Isnin – Jumaat (Flexi Hour)


7.00 pagi – 4.00 petang
8.00 pagi – 5.00 petang
9.00 pagi – 6.00 petang

5
2.3 AKTIVITI ORGANISASI

2.3.1 Menghasilkan Pemprosesan Gas dan Utiliti

Pemprosesan Gas adalah salah satu segmen perniagaan utama PGB dan dikendalikan oleh
Bahagian Pemprosesan Gas dan Utiliti (GPU). PGB mempunyai enam loji pemprosesan
gas di Terengganu yang terletak di dua kawasan iaitu di Pemprosesan Gas Kertih (GPK),
Kertih dan Gas Pemprosesan Santong (GPS), Santong. Gas pemprosesan ini mempunyai
kapasiti gabungan untuk memproses lebih daripada 2,000 juta kaki padu piawaian sehari
untuk menyalurkan gas.

Di GPK dan GPS mempunyai logi untuk memproses gas dari luar pesisir Timur
Semenanjung Malaysia ke dalam gas jualan, etana, propana dan butana bagi pihak
PETRONAS yang kemudiannya dibekalkan kepada pelanggan PETRONAS menerusi
rangkaian saluran paip Pemanfaatan Gas Semenanjung (PGU). Hasilnya, PGB menerima
bayaran pemprosesan gas dari logi pemprosesan gas ini. Di antara hasilnya ialah perjanjian
kontrak caj tempahan tetap di antara GPK dan GPS di bawah Perjanjian Pemprosesan Gas
(GPA) selama 20 tahun dengan PETRONAS.

2.3.2 Mengendalikan aktiviti pengangkutan gas

Pengangkutan Gas dikendalikan oleh Bahagian Transmisi Gas dan Pembasmian (GTR), di
mana PGB mengurus talian paip transmisi gas yang meliputi sebahagian besar dari
Malaysia Barat yang dikenali sebagai rangkaian saluran paip PGU. PGB mengendalikan
rangkaian saluran paip dari Pusat Kawalan utama yang terletak di Segamat, Johor dan gas
jualan diangkut ke pelanggan PETRONAS dalam sektor kuasa dan bukan kuasa melalui
talian paip 2,551 km PGU .Rangkaian saluran paip PGU PGB kini mempunyai kapasiti
untuk mengangkut sehingga 3,000 gas. PGB juga mengangkut jumlah jualan gas kecil
untuk pelanggan PETRONAS menerusi sistem pengagihan gas mereka di Miri dan Bintulu,
Sarawak, serta menguruskan saluran paip gas di Kimanis, Sabah. PGB menerima bayaran
pengangkutan gas berdasarkan tempahan kapasiti berikutan Perjanjian Pengangkutan Gas
(GTA) selama 20 tahun dengan PETRONAS.

6
2.3.3 Mengendalikan utiliti di Loji Kerteh dan Gebeng.

Utiliti dikendalikan oleh Bahagian GPU yang terdiri daripada dua kompleks - Utiliti Kertih
(UK) di Terengganu dan Utiliti Gebeng (UG) di Pahang. Logi Utiliti ini menyediakan
bekalan elektrik, wap, industri gas dan produk sampingan yang lain seperti ‘electricity’,
‘steam’, ‘industrial gaseous’ dan produk lain seperti ‘liquid oxygen’, ‘liquid nitrogen’,
‘demineralised water’, ‘raw water’, ‘cooling water’ dan ‘boiler feed water’ ke pelbagai
kilang petrokimia yang beroperasi di Kompleks Petrokimia Bersepadu Kertih (Kertih
Integrated Petrochemical Complex) KIPC di Kawasan Perindustrian Terengganu dan
Gebeng di Pahang. PGB menerima pendapatan utiliti berdasarkan jumlah produk yang
dijual kepada pelanggan. PGB telah memperluas perniagaan utiliti mereka dengan
menceburi bidang penjanaan kuasa di Kimanis, Sabah melalui syarikat usaha sama 60%
dengan Kimanis Power Sdn Bhd. Kimanis Power Sdn Bhd telah memulakan operasi loji
kuasa sepenuhnya dari akhir tahun 2014.

2.3.4 Melakukan aktiviti pembasmian semula untuk membuat aktiviti komersil.

Pembasmian semula dikendalikan oleh Bahagian Transmisi Gas dan Pembasmian (GTR) .
PGB mengendalikan dan mengekalkan Terminal Regasifikasi gas asli cecair (LNG) Sungai
Udang di Melaka (RGTSU), dan memulakan operasi komersil pada bulan kedua 2013 dan
menjadi pengendali Terminal Regasifikasi LNG di Pengerang, Johor (RGTP). Kemudahan
itu menerima kapal yang membawa LNG PETRONAS yang diimport dari seluruh dunia,
menyimpannya dalam dua unit penyimpanan terapung dan menukar LNG menjadi gas
sebelum disambungkan ke rangkaian saluran paip PGU untuk diedarkan kepada pelanggan
PETRONAS. PGB menerima yuran pembaharuan berdasarkan kapasiti yang ditanggung
jamin dari Perjanjian Perkhidmatan Penyelarasan (RSA) selama 20 tahun dengan
PETRONAS.

7
2.4 CARTA ORGANISASI

2.4.1 CARTA ORGANISASI KESELURUHAN PETRONAS GAS BERHAD (PGB)

Rajah 2.4: Carta Organisasi Keseluruhan PGB

2.4.2 CARTA ORGANISASI BAGI JABATAN KOMERSIL DAN UTILITI

8
Omar
Ketua Jabatan

Siti Zaleha bt M Radzuan b Rashidah bt


Yasin Shari Bahanan
Rajah 2.4.2: Carta organisasiEksekutif
Jabatan Komersil dan Utiliti Supervisor
Eksekutif jualan Pemasaran

9
BAB 3: TUGASAN LATIHAN INDUSTRI

3.1 TUGASAN DAN OBJEKTIF

Latihan industri ini berjalan sepanjang empat bulan tempoh pengajian satu semester, iaitu
sepanjang 16 minggu (empat bulan). Sepanjang tempoh ini, saya ditempatkan di dalam
Jabatan Komersil dan Utiliti. Di jabatan ini saya berpeluang mempelajari pelbagai lapisan
ilmu dan pengurusan di pentadbiran Komersil dan Utiliti daripada staf yang sudah lama
bekerja di situ, malah mereka juga tidak lokek untuk memberi ilmu pengetahuan kepada
saya.

3.1.1 Membuat tuntutan bagi wang yang dibelanjakan untuk kegunaan pejabat.
Huraian Tugasan: Membuat tuntutan wang untuk Jabatan Komersil dan Utiliti.
Objektif / tujuan: Membantu staf untuk mendapatkan kembali wang yang telah
dikeluarkan oleh mereka untuk perjalanan ke sesuatu tempat atas urusan kerja. Di
samping wang yang mereka keluarkan untuk membeli makanan ketika perjumpaan
atau perbincangan di kalangan staff//pekerja di dalam pejabat.
Saya ditugaskan untuk membuat tuntutan wang yang telah dibelanjakan untuk kegunaan
pejabat/ organisasi di dalam jabatan komersil kepada PETRONAS. Sebagai contoh, di
jabatan Komersil, majoriti staf akan bekerja di luar kawasan terutamanya di Pahang dan
Terengganu kerana terdapat 2 loji utama PGB di dua buah negeri ini, sekiranya staf di
dalam jabatan komersil bertugas di luar kawasan ini, saya akan membuat tuntutan wang
yang diminta oleh mereka untuk kos perjalanan, penginapan, dobi, dan tol kepada
PETRONAS.
Di samping itu sekiranya mereka telah membelanjakan wang mereka terlebih dahulu untuk
membeli makanan ketika menghadiri perjumpaan melibatkan hal kerja, mereka dapat
membuat tuntutan atas wang yang telah dibelanjakan dengan menyimpan resit tersebut dan
cetak jadual perjumpaan sebagai bahan bukti.

10
3.1.2 Menyemak invois
Huraian tugasan: Menyemak invois untuk setiap bulan bagi syarikat PETRONAS
Gas Berhad dengan teliti.
Objektif/ tujuan: Untuk mengelakkan sebarang kesilapan atau mengenal pasti invois
yang berlebihan dari produk yang diterima.
Saya ditugaskan untuk menyemak invois yang diterima dari pembekal kepada Petronas.
Setiap bulan kami akan mendapat invois dari pembekal yang menyediakan produk kepada
PGB. Invois adalah senarai produk (argon gas, liquid nitrogen, liquid oxygen) dari
pembekal utama Petronas, iaitu Linde Sdn Bhd atau dikenali juga sebagai Industrial Gases
Solutions Sdn Bhd (IGS) yang dihantar kepada loji utama PGB, iaitu yang terletak di
Kerteh, Terengganu dan Gebeng, Pahang. Invois ini akan dihantar oleh Linde/ IGS ke
PETRONAS Gas Berhad, Kuala Lumpur untuk pembayaran bagi harga produk kepada
syarikat mereka. Sebelum pembayaran dibuat, saya ditugaskan untuk menyemak dahulu
senarai harga dan jumlah yang perlu dibayar oleh PGB kepada LINDE / IGS dengan teliti
untuk mengelakkan pembayaran lebih daripada jumlah produk yang diterima atau dikenali
juga sebagai missing invoice. Setelah dianilisis terdapat beberapa invois yang menyatakan
lebihan harga berbanding produk yang diterima dikeluarkan oleh pembekal atas kesilapan
teknikal. Sekiranya terdapat lebihan invois, saya akan menyemak dan membuat dokumen
yang melibatkan jumlah “missing invoice” ke dalam Microsoft Excel, kemudian saya akan
memberitahu supervisor untuk beliau memaklumkan kepada ketua jabatan komersil.

3.1.3 Membuat digital signature.


Huraian Tugasan: Membuat digital signature menggunakan aplikasi snipping tools.
Objektif/ tujuan: Mempercepatkan urusan bagi pelanggan PGB untuk mendapatkan
tandatangan bagi pengesahan ketika ketua jabatan atau eksekutif bekerja di luar
bandar.
Saya ditugaskan oleh eksekutif pemasaran untuk membuat digital signature menggunakan
aplikasi snipping tool di dalam computer. Digital signature sangat penting bagi eksekutif
atau ketua jabatan ketika mereka bekerja di luar kawasan, kebiasaannya invois akan
diterima dari pembekal ketika mereka bekerja di luar kawasan, jadi mereka akan meminta
tolong kepada saya untuk membuat digital signature kepada mereka supaya surat dapat

11
dibalas kepada pembekal atau pelanggan PETRONAS secepat mungkin. Cara membuat
digital signature adalah eksekutif atau ketua jabatan akan tandangan di atas kertas kosong,
kemudian mereka akan scan dan menghantar ke email saya, setelah mendapat tandatangan
mereka, saya akan membuka aplikasi snipping tool di komputer, kemudian tekan butang
(ADD/+) , seetelah itu crop tandatangan yang mereka hantarkan ke email saya tadi.
Dengan cara ini lebih memudahkan pekerjaan mereka dan membuat para pembekal dan
pelanggan tidak menunggu untuk kami membalas surat mereka dengan mengambil masa
yang lama.

3.1.4 Membuat panggilan untuk Biomass Energy Sdn Bhd dan Industry Gases
Solution (IGS)
Huraian/ tugasan: Membuat panggilan kepada mereka untuk temujanji.
Objektif/ Tujuan: Melawat loji syarikat mereka untuk melihat hasilan produk di
samping untuk merapatkan hubungan di antara syarikat.
Saya ditugaskan untuk menghubungi syarikat Biomass Energy Sdn Bhd dan Industrial
Gases Solutions (IGS) bagi mengatur temujanji untuk melawat loji pemprosesan mereka.
Tujuan untuk melawat loji syarikat mereka adalah untuk melihat produk yang telah mereka
hasilkan. Di samping itu, dapat merapatkan hubungan di antara syarikat mereka dan juga
PGB. Hal ini sangat penting kerana mereka merupakan pelanggan utama yang telah
berurusan dengan PGB lebih dari 10 tahun.

3.1.5 Membuat surat kontrak, persetujuan dan kontrak tambahan


Huraian/ tugasan: Menulis surat kontrak, persetujuan dan kontrak tambahan
kepada pelanggan PGB.
Tujuan: Untuk memaklumkan kepada pelanggan jika terdapat sebarang pertukaran
harga produk yang PGB hasilkan.
Pada setiap tahun berlaku perubahan kepada harga produk berikutan dengan ekonomi masa
dan juga “Goods and Service Tax” (GST). Contohnya, pada tahun 2015, Mantan Perdana
Menteri Malaysia ke-6, Dato’ Seri Najib Razak telah mengumumkan cukai GST bermula
pada 1 April 2015 menggantikan “Sales and Service Tax”. Jadi berikutan dengan
perubahan harga yang telah ditambah GST, PGB harus menaikkan harga produk. Jadi,
untuk memaklumkan kepada pelanggan berikutan dengan perubahan harga, surat kontrak,
12
persetujuan dan kontrak tambahan akan ditulis dan dihantar kepada pelanggan.
Kebiasannya, perubahan harga akan berlaku pada setiap tahun berikutan dengan ekonomi
semasa dan kos bahan mentah yang semakin tinggi, jadi saya telah mengedit atau
mmperbaiki surat kontrak, persetujuan dan kontrak tambahan pada tahun ini yang telah
ditulis oleh eksekutif pemasaran berikutan dengan harga semasa di samping mengira
purata bulanan. Secara tidak lansung, saya menambahkan ilmu pengetahuan dan
pengalaman saya di alam pekerjaan pada masa depan untuk menulis surat-surat penting ini
kepada pelanggan syarikat.

3.1.6 Mencatit hasil perbincangan dalam menysuarat/ menulis minit mensyuarat.


Tugasan/ Huraian: Mencatit hasil perbincangan dalam perjumpaan di Kuala
Lumpur Convection Centre bersama dengan staff PGB dari Kerteh dan Gebeng dan
membuat minit menysuarat hasil dari perbincangan tersebut.
Tujuan: Untuk rujukan ketua jabatan dan staf Jabatan Komersil dan Utiliti.
Ketika berlansungnya perbincangan untuk perjumpaan ‘cost to serve’, saya ditugsakan
untuk mencatit hasil perbincangan mereka bagi rujukan saya untuk menulis minit
mensyuarat di mana ketua jabatan telah mengarahkan untuk saya melakukannya. Minit
mensyuarat terusebut akan diserahkan kepada ketua jabatan untuk beliau membuat
penilaian. Setelah beliau berpuas hati, maka minit mensyuarat tersebut akan diserahkan
kepada beliau semula untuk rujukan atau kegunaan masa hadapan (rujukan, imbas kembali,
bukti dan lain-lain)

13
3.2 PROSEDUR BAGI SEMUA TUGASAN

3.2.1 Membuat tuntutan bagi wang yang dibelanjakan untuk kegunaan pejabat.
Langkah untuk membuat claim/tuntutan adalah seperti berikut:
i- Log in ke akaun My Passport PETRONAS.
ii- Masukkan maklumat staff yang ingin membuat tuntutan.
iii- Ikut arahan yang diberikan dalam portal petronas di bahagian “travel &
expense”.
iv- Setelah selesai masukkan data, PETRONAS akan meminta kelulusan dari
Ketua Jabatan terlebih dahulu.
v- Setelah ketua jabatan meluluskan, staff akan mendapat wang yang saya telah
claim/tuntut untuk mereka.

Kebiasaannya tuntutan dibuat untuk kos minyak, penginapan dan makanan sepanjang
perjalanan mereka ke sana. Di samping itu, claim/tuntutan juga dibuat untuk pembelian
kuih muih atau makanan lain dari luar untuk perjumpaaan di pejabat untuk perbincangan
staff berkaitan dengan hal kerja.

3.2.2 Menyemak invois

Langkah untuk menyemak invois adalah seperti berikut:

i- Invois diterima oleh ketua Jabatan Komersil Dan Utiliti. Invois yang diterima
terdapat lebih kurang 100 muka surat.
ii- Ketua jabatan memberi invois kepada saya untuk menyemak invois tersebut.
iii- Setelah saya menyemak invois, saya akan mengenal pasti invois yang tidak ada
dalam senarai produk yang kami terima atau missing invoice. Untuk mengenal
pasti missing invoice sangat penting kerana untuk mengelakkan petronas
membayar harga yang tidak sepatutnya kepada pembekal.
iv- Setelah invois disemak, saya akan berikan invois tersebut supervisor Jabatan
Komersil Dan Utiliti untuk berikan missing invoice kepada ketua jabatan untuk
disemak dengan lebih teliti sebelum diserahkan kepada pembekal yang
menyediakan invoi tersebut semula.

14
3.2.3 Membuat digital signature menggunakan aplikasi snipping tools.

Langkah untuk membuat digital signature menggunakan aplikasi snipping tools


adalah seperti berikut:
i. Eksekutif atau ketua jabatan akan membuat tandangan mereka di atas kertas
kosong.
ii. Eksekutif atau ketua jabatan scan dan menghantar ke email saya.
iii. Setelah menerima email, saya akan membuka aplikasi snipping tool di
computer.
iv. Kemudian tekan butang (ADD/+) , seetelah itu crop tandatangan yang
mereka hantarkan ke email saya tadi dan paste kepada surat yang mereka
ingin tandatangan.

3.2.4 Membuat panggilan untuk Biomass Energy Sdn Bhd dan Industry Gases
Solution (IGS)
Langkah untuk menghubungi Biomass Energy Sdn Bhd dan Industry Gases
Solution (IGS) adalah seperti berikut:
i. Membuat paggilan ke syarikat untuk Biomass Energy Sdn Bhd dan Industry
Gases Solution (IGS)
ii. Bertanyakan jadual mereka jika ada kelapangan waktu atau masa kepada
staf Jabatan Komersil melawat loji syarikat mereka untuk melihat cara
mereka menghasilkan produk yang telah dijual ke PETRONAS Gas Berhad.
iii. Mengucapkan terima kasih sebelum menamatkan paggilan.

3.2.5 Membuat surat kontrak, persetujuan dan kontrak tambahan.


Langkah untuk membuat surat kontrak, persetujuan dan kontrak tambahan adalah
seperti berikut:
i. Staf jabatan Komersil memberi saya contoh surat kontrak, persetujuan dan
kontrak tambahan yang telah ditulis pada tahun sebelum ni untuk rujukan
saya.

15
ii. Saya menulis surat berpandukan dari surat yang mereka beri berikutan
dengan perubahan baru seperti perubahan harga berikutan ekonomi semasa.
iii. Setelah selesai menulis, saya akan memberi kepada ketua jabatan untuk
beliau membuat semakan.
iv. Setelah disemak, saya akan kurierkan surat tersebut menggunakan
perkhidmatan ‘ABX Courier’ bagi menghantar surat kepada pelanggan.

3.2.6 Mencatit hasil perbincangan dalam menysuarat/ menulis minit mensyuarat.

Langkah untuk membuat mencatit hasil perbincangan dalam menysuarat/ menulis


minit mensyuarat adalah seperti berikut:
i. Menghadiri mensyuarat.
ii. Mencatit nota dalam perbincangan mereka.
iii. Setelah perbincangan selesai, saya akan merujuk kembali nota yang ditulis
untuk membuat minit mensyuarat kepada ketua jabatan.
iv. Menulis minit mensyuarat mengikut format yang ditetapkan.
v. Setelah selesai, saya menghantar minit mensyuarat tersebut kepada ketua
jabatan untuk beliau membuat semakan dan jika beliau sudah berpuas hati,
beliau akan menyimpan minit mensyuarat tersebut untuk kegunaan pada
masa depan bagi rujukan semula.

16
3.3 APLIKASI BIDANG ILMU PENGETAHUAN

3.3.1 Kemahiran Rundingan


Dalam subjek Kemahiran Rundingan ada menerangkan bagaimana langkah untuk
berunding dengan pelanggan. Jadi subjek Kemahiran Rundingan sangat berkaitan dengan
pengalaman saya sepanjang menjalani latihan industri di PGB kerana setiap minggu saya
dan staf akan berjumpa dengan pelanggan PGB. Pengurus dan eksekutif Komersil dan
Utiliti banyak membantu saya dengan mengajar cara untuk berkomunikasi dengan
pelanggan sama ada dari dalam atau luar negara, iaitu Jepun dan China. Di samping itu
subjek Kemahiran Rundingan juga mengajar bagaimana untuk berunding harga dengan
pelanggan sekiranya terdapat sebarang perubahan harga berikutan dengan ekonomi
semasa.

Di samping itu, jabatan komersil sering menerima invois dari pembekal untuk setiap bulan.
Kebiasannya invois sampai sebanyak 100 helai muka surat. Jadi kami perlu memeriksa
invois yang diterima supaya PGB tidak membayar jumlah harga untuk produk yang tidak
wujud kepada pembekal atau dikenali juga sebagai missing invoice. Kebiasannya terdapat
banyak lebihan invois di antara RM20,000- RM25,000. Setelah mengesan jumlah invois
yang hilang, saya akan menghubungi pembekal dan meminta kenyataan dari mereka
mengapa terdapat banyak lebihan missing invois, adakah ia dari kesilapan digital atau
teknikal yang sengaja atau tidak disengajakan. Cara untuk berunding dengan mereka
adalah dengan bertanyakan soalan terlebih dahulu dan cuba merapatkan jurang di antara
organisasi agar mereka lebih mudah untuk berterus terang dan tidak berasa tersinggung
dengan pertanyakan yang saya ajukan.

Di samping itu dalam subjek Kemahiran Rundingan juga mengajar bagaimana hendak
berunding dengan pelanggan baru secara berkesan agar mereka lebih tertarik untuk
melabur di dalam syarikat PGB.

17
3.3.2 Pengurusan Kewangan
Kursus ini telah memberikan pendedahan bahawa Petronas Gas Berhad menggunakan
konsep LLP (Limited Liability Partnership) iaitu menggunakan khidmat firma yang
professional dalam bidang akaun, undang-undang dan seni bina. Hal ini dibuktikan dengan
setiap kali invoice dibuat, staf akan merujuk kepada jabatan akaun terlebih dahulu untuk
mengelakkan sebarang kesalahan. Di samping itu, setelah surat kontrak tambahan dan
perjanjian ditulis, staf akan merujuk kepada jabatan undang-undang sebelum CEO PGB
tandatangan. Setiap jabatan di dalam PGB sangat membantu antara satu sama lain
terutamanya jabatan akaun dan undang-undang jadi ini membuktikan PGB merupakan
sebuah syarikat yang menggunakan konsep LLP.

3.3.3 Etika Perniagaan


Kursus ini memberikan pendedahan kepada saya bahawa PGB menggunakan mitos
“survival of the fittest”. Mitos yang dalam kursus ini menceritakan sifat persaingan yang
kompetitif tidak bermaksud anda perlu mengambil tahu tentang pesaing anda, kerana ia
akan menjejas peluang anda untuk terus maju di masa depan. Di dalam PGB, pengurus dan
staf hanya fokus kepada visi dan misi untuk terus maju dan mara di seantara dunia dan
tidak mengambil tahu keadaan pesaing mereka walaupun terdapat segelintir pelanggan
PGB yang telah membuat perjanjian dengan pesaing PGB untuk menamatkan kontrak dan
mulakan kontrak baru bersama pesaing kerana harga produk yang lebih rendah. Sekiranya
perkara ini terjadi, PGB akan terus memperbaiki kualiti produk bagi memenuhi kehendak
pelanggan yang sedia ada.

3.3.4 Pengurusan Sistem Maklumat


Kursus ini memberikan pendedahan kepada saya bahawa PGB menggunakan Enterprise
Resource Planning (ERP). ERP adalah proses aliran maklumat yang menguruskan dan
menyelaraskan aktiviti yang beterusan dari perusahaan, termasuk perancangan produk,
pembuatan dan pengedaran, perakaunan dan kewangan, jualan, sumber manusia dan
sokongan pelanggan. Kelebihan ERP termasuk penyepaduan lengkap sistem maklumat di
seluruh jabatan, pengurusan projek yang lebih baik dan perkhidmatan pelanggan yang
lebih baik. Di PGB, setiap jabatan menggunakan sistem ERP untuk memperbaiki

18
perkhidmatan yang sedia ada di setiap jabatan. Antara jabatan yang banyak memberi
sumbangan ERP dalam PGB adalah Jabatan Pemasaran, Jabatan Akaun/Kewangan,
Jabatan Sumber Manusia, Jabatan Jualan/Komersil dan Jabatan Sokongan Pelanggan.

3.3.5 Pengurusan Inovasi


Kursus ini memberikan pendedahan kepada saya bahawa PGB telah menggunakan konsep
‘self-assesment’, konsep ini menerangkan tentang kajian komprehensif, sistematik dan
aktiviti yang teratur dari hasil kajian organisasi terhadap model peningkatan berterusan.
Proses ini membolehkan organisasi membezakan dengan jelas kekuatan dan area kawasan
sekitarnya untuk penambahbaikan dalam memunculkan pelan tindakan yang telah
dirancang oleh organisasi. Di dalam PGB, konsep self-assesment sering digunakan kerana
PGB sering merancang dan membuat penambahbaikan pelan tindakan mereka yang baru
seiring dengan kehendak ketua jabatan bagi mengukuhkan kekuatan organisasi.

3.3.6 Pengurusan Pemasaran


Kursus ini memberikan pendedahan kepada saya bahawa PGB telah menggunakan strategi
pemasaran dengan memperkenalkan ‘flexible pricing’ atau harga fleksibel. PGB
mengenakan cas yang berbeza kepada pelanggan yang yang berbeza dan harga yang
berbeza untuk barangan yang dibeli dalam kuantiti yang sama. Ia akan berlaku sekiranya
pelanggan dapat membuat penawaran harga dengan organasi atau tempoh masa bagi
kontrak mereka dengan PGB. Strategi ini membolehkan penjual untuk memenuhi harga
pesaing atau untuk memenuhi kehendak pelanggan yang sering tawar0menawar untuk
mendapatkan harga yang lebih rendah.

3.3.7 Kaedah Penyelidikan Perniagaan.


Kursus ini memberikan pendedahan kepada saya bahawa PGB telah menggunakan konsep
kaedah kaji selidik dengan ‘mail survey’ , ‘telephonic survey’ dan ‘internet survey.’ Tujuan
soal selidik diadakan adalah untuk mengumpul dan mengkaji data yang diberikan sama ada
positif atau sebaliknya. Staff PGB akan sentiasa berkomunikasi dengan pelanggan sama
ada dengan email dan telefon untuk bertanyakan tentang pendapat mereka atas kualiti
produk dan memujuk untuk memanjangkan lagi tempoh kontrak jika pelanggan tidak

19
keberatan. Melalui ‘internet survey’, para pelanggan atau orang luar yang berminat dengan
aktiviti organisasi PGB boleh melayari laman web https://www.petronasgas.com . Laman
web ini banyak menceritakan latar belakang PGB seperti sejarah penubuhan, produk yang
dihasilkan, tadbir urus korperat dan lain-lain lagi.

3.3.8 Perkembangan Personaliti


Kursus ini memberikan pendedahan kepada saya bahawa PGB telah menggunakan konsep
Perspektif Humanistik. Istilah humanistic psychology diberi oleh Abraham Maslow untuk
menggambarkan penekanan yang diberi ke atas potensi kreativiti dalam manusia yang
membantu mereka menyedari matlamat yang paling tinggi dalam hidup mereka.
Perkembangan ini telah diberi pelbagai label seperti self actualization, selfhood atau self
realization di mana ia bermaksud kearah kesempurnaan kendiri. Di PGB, staf bebas untuk
menonjolkan bakat dan potensi kreativiti mereka kepada syarikat. Orang bawahan juga
bebas untuk menyuarakan pendapat mereka kepada pihak atasan dan pihak atasan akan
menerima pendapat itu secara terbuka. Hal ini kerana dalam konsep ini manusia dilihat
sebagai mempunyai keinginan untuk berusaha secara semula jadi ke arah kebahagian dan
kreativiti. Jadi syarikat menganggap bahawa di antara pelbagai pendapat staf mungkin ada
di antara pendapat tersebut akan menjadikan syarikat lebih maju dan cemerlang kerana
sudah menjadi lumrah setiap manusia untuk mencapai kebahagian dan kecemerlangan
dalam diri dan organisasi.

20
SUMBANGAN KEPADA ORGANISASI LATIHAN

3.4.1 Membuat Scorecard untuk Jabatan Komersil dan Utiliti bagi setiap bulan
jumlah jualan mereka
Saya ditugaskan untuk membuat scorecard untuk Jabatan Komersil dan Utiliti Tujuan saya
ditugaskan untuk membuat scorecard ini adalah untuk rujukan jabatan saya melihat jumlah
jualan gas (gas dihasilkan di Kerteh, Terengganu dan Gebeng, Pahang) yang telah dicapai
sebelum menjelang tahun 2023. Mereka akan menganalisa peningkatan dan penurunan di
dalam jualan mereka bagi setiap bulan atau tahun. Di dalam scorecard ini jabatan saya
telah mensasarkan peningkatan jualan gas di syarikat PETRONAS Gas Berhad sebanyak
RM3Billion sebelum menjelang tahun 2023. Jadi untuk mencapai target ini, mereka
haruslah mengekalkan nilai kontrak semasa sebanyak RM1.6Billion setiap tahun kepada
pelanggan tetap PETRONAS Gas Berhad yang terdiri daripada syarikat IPK, KANEKA,
KTSB dan PAP pada tahun 2018

3.4.2 Menjadi pengacara majlis untuk perjumpaan ‘Cost to Serve’ di Kuala


Lumpur Convention Centre.

Saya ditugaskan untuk menjadi pengacara majlis bagi perjumpaan ‘Cost to Serve’ yang
diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). Di dalam perjumpaan ini staf PGB
dari Gebeng, Pahang, Kertih, Terengganu telah berkumpul untuk berbincang tentang
penambahbaikan kualiti produk dan harga pemasaran. Jamuan disediakan di dalam majlis
ini dan saya menjadi pengacara majlis serta ditugaskan juga untuk mencatit hasil
perbincangan mereka untuk membuat minit mensyuarat yang telah diarahkan oleh ketua
jabatan komersil.

3.4.3 Mengemas bilik filing dan mengasingkan fail lama dan fail baru di tempat
yang berbeza.
Ketua jabatan sentiasa melawat ke dalam bilik filing untuk mencari maklumat di dalam fail
di bilik tersebut. Jadi saya telah mengemas bilik filing bersama staf dengan mengasingkan

21
fail baru dan fail lama di tempat yang berasingan supaya ketua jabatan lebih mudah untuk
mencari fail yang dikehendakinya. Ketua jabatan sentiasa merujuk fail yang baru dan lama
untuk mengenal pasti sebarang pertukaran yang telah dibuat sebelum ini sama ada dari segi
jualan, harga, produk dan invois dari pelanggan PGB.

3.4.4 Merincih Dokumen lama Yang Tidak Diperlukan.

Terdapat lambakan dokumen lama di dalam bilik fail dan keadaan ini menyebabkan
ruangan penyimpanan dokumen tersebut menjadi terhad. Saya perlu merincih (memotong
kertas kecil-kecil) dokumen tersebut kerana walaupun dokumen tersebut sudah lama, ia
masih lagi menjadi rahsia syarikat dan tidak boleh dibuang begitu sahaja tanpa merincih
terlebih dahulu. Oleh itu saya diberikan arahan untuk merincih dokumen tersebut agar
ruangan di dalam pejabat kelihatan kemas tanpa timbunan dokumen yang tidak digunakan
lagi.

22
BAB 4: PENUTUP

PETRONAS adalah sebuah syarikat minyak dan gas yang multinasional dan dimiliki
sepenuhya oleh kerajaan Malaysia. Sumber aliran wang keluar masuk ke dalam
PETRONAS merupakan salah satu sumber mata wang utama di Malaysia. Fortune telah
memberikan pengiktirafan bahawa Petronas sebagai syarikat ke-75 terbesar di dunia pada
tahun 2013 dan syarikat ke-12 paling menguntungkan di dunia serta paling
menguntungkan di Asia. Namun begitu, PETRONAS juga mempunya kekuatan dan
kelemahan yang tersendiri. Kekuatan dan kelemahan PETRONAS dihuraikan pada 4.1.1
dan 4.1.2.

4.1 KEKUATAN DAN KELEMAHAN INDUSTRI

4.1.1 KEKUATAN PETROLIAM NASIONAL BERHAD (PETRONAS)

i. PETRONAS merupakan syarikat minyak dan gas negara bertaraf


multinasional yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia.

Saya mendapati kekuatan PETRONAS adalah berpunca dari spektrum aktiviti petroleum
yang sangat luas dan pelbagai. Sebagai contoh, PETRONAS menjalankan aktiviti
perniagaan huluan yang merangkumi aktiviti carigali, pembangunan dan pengeluaran
minyak mentah dan gas asli dan aktiviti perniagaan hiliran meliputi penapisan,
perdagangan dan pemasaran minyak dan produk petroleum mentah di pasaran tempatan
dan antarabangsa, serta melalui pembuatan dan pemasaran produk-produk petrokimia.Oleh
itu syarikat PETRONAS masih kukuh sejak dari tahun penubuhannya pada 17 Ogos 1974
sehingga hari ini kerana banyak menjalankan aktiviti perniagaan yang pelbagai.

ii. PETRONAS mendapat hak keseluruhan terhadap sumber-sumber minyak


dan gas di Malaysia dan telah diamanahkan untuk membangunkan dan
menambahnilai sumber-sumber tersebut.
Atas kepercayaan dari kerajaan Malaysia, PETRONAS telah mendapat hak keseluruhan
terhadap sumber-sumber minyak dan gas di Malaysia dan diberikan amanah untuk

23
membangunkan dan menambahnilai sumber-sumber yang sedia ada. Oleh itu syarikat
PETRONAS masih kuat dan utuh bertapak di Malaysia dan dan terkenal di persada dunia.
iii. Fortune Global 500 telah meletakkan PETRONAS sebagai sebuah syarikat ke
80 terbesar di dunia. 
Hal ini merupakan salah satu kekuatan yang utama bagi syarikat Petronas untuk masih
kukuh sehingga ke hari ini.. Sejak diperbadankan, Petronas semakin berkembang menjadi
syarikat minyak dan gas dengan kepentingan perniagaan di 31 negara. Sehingga akhir Mac
2005, Kumpulan Petronas mengandungi 103 pemilikan sendiri anak-anak syarikat, 19
syarikat kelengkapan milik bahagiannya dan 57 syarikat bersekutu dimiliki separuh dari
syarikat tersebut. Di samping itu,  Fortune Global 500 juga meletakkan Petronas sebagai
syarikat perbadanan ke-13 paling banyak membuat keuntungan di dunia dan yang paling
banyak keuntungan di Asia.

4.1.2 KELEMAHAN PETROLIAM NASIONAL BERHAD (PETRONAS)

i. Kejatuhan harga minyak dunia yang menyebabkan ramai pekerja tetap


dbuang kerja.

Kejatuhan harga minyak di dunia berikutan dengan ekonomi semasa telah menjejaskan
kedudukan PETRONAS. Dengan kejatuhan harga minyak negara telah menyebabkan
penyusutan keuntungan lebih dari 80%. Hal ini memberikan impak yang besar kepada
petronas sehingga syarikat ini terpaksa mengurangkan perbelanjaan dengan menghentikan
beberapa projek di dalam Malaysia. Di samping itu, terdapat ramai pekerja tetap telah
dibuang kerja kerana syarikat terpaksa mengurangkan kos. Malah dengan penurunan haga
minyak juga tellah meninggalkan kesan yang mendalam terhadap ekonomi negara kita.
Namun PETRONAS sedia untuk memperbaiki semula ekonominya berbanding tahun lepas
yang telah menjadi sejarah hitam kepada petronas ketika kejatuhan harga minyak dunia.

ii. Kekurangan pekerja.

Faktor kekurangan pekerja merupakan salah satu kelemahan di jabatan ‘commercial plant
& utilities’, Hal ini kerana di jabatan ‘commercial plant & utilities’ hanya mempunyai lima
orang pekerja sahaja. Akibat kekurangan pekerja, staf yang sedia ada terpaksa membuat
24
pelbagai kerja yang telah diarahkan oleh ketua jabatan. Hal ini telah menyebabkan mereka
terpaksa menghabiskan kerja dengan secepat mungkin dan pulang ke rumah dengan lewat
pada setiap hari.

4.2 CADANGAN
Setelah menjalani latihan industri di PETRONAS selama 4 bulan, saya mempunyai
beberapa cadangan berdasarkan dari pengalaman yang saya lalui sepanjang menjalani
latihan industri di sini. Berikut adalah cadangan dan huraian hasil dari latihan industri di
organisasi ini.
i. PETRONAS perlu menambahkan bilangan pekerja baru.

PETRONAS perlu menambahkan bilangan pekerja baru untuk bekerja di sektor organisasi
mereka. Secara tidak lansung, pekerja yang sedia ada tidak perlu membuat kerja yang
berlebihan dan pulang ke rumah dengan lewat lagi. Malah, sekiranya PETRONAS
menambahkan bilangan pekerja untuk bekerja di sektor organisasi mereka, PETRONAS
dapat mengurangkan kadar pengangguran graduan di Malaysia.
ii. PETRONAS perlu sentiasa peka dengan kehadiran pekerja mereka ke
pejabat.

Di samping itu, PETRONAS perlu sentiasa peka dengan kehadiran pekerja mereka ke
pejabat. Hal ini kerana terdapat di antara pekerja yang datang ke pejabat dengan punch
card di tingkat bawah, akan tetapi tidak masuk ke pejabat, malah pergi ke tempat lain
seperti gym, surau (bukan pada waktu solat) , perpustakaan dan lain-lain lagi. Ketua
jabatan perlu sentiasa memastikan kehadiran kakitangan mereka di tempat kerja untuk
menghasilkan pekerja yang berkomitmen, tidak membuang masa dan berwawasan tinggi
untuk menaikkan lagi taraf kedudukan syarikat PETRONAS di Malaysia dan juga di mata
dunia.

25
BIBLIOGRAFI

Athos. A.G & Gabarrob J.J (1978). Interpersonal Behaviour: Communication and
Understanding in Relationship. Eanglewood Cliffs, NJ: Prentice Hall

Bangs, D. H. 2002. Business Planning Guide: Creating a Winning Plan for Success.
Chicago. IL, USA: Dearborn Trade, A Kaplan Professional Company.

Burk, J., & Lehman, R. 2004. Financing Your Small Business. Naperville, IL, USA:
Sphinx

Publishing, an Imprint of Sourcebooks, Inc. Grayson, D. and Hodges, A., Corporate Social
Opportunity (Greenleaf, Sheffield, 2004)

Schwartz, Beverly. Rippling: How Social Entrepreneurs Spread Innovation Throughout


the World. (Jossey Bass, 2012, ISBN 978-1-118-13859-5).

26
LAMPIRAN

Ini merupakan portal bagi keseluruhan jabatan di PETRONAS untuk mendapatkan info
terkini

Ini merupakan portal bagi staf di dalam Jabatan PETRONAS Gas Berhad sahaja.

27
Ini adalah portal MyPassport di mana staf boleh membuat tuntutan untuk wang yang telah
mereka belanjakan untuk kegunaan pejabat.

Ini adalah contoh missing invoice yang telah saya semak dan mempunyai jumlah yang
agak banyak.

28
Pintu masuk ke dalam pejabat dan staf perlu punch card di sini

Sekitar permandangan luar dari tingkat 51 dari dalam KLCC

29
Ini adalah pantri yang memudahkan para pekerja untuk makan atau membuat minuman.
Pelbagai jenis minuman telah disediakan oleh PETRONAS.

Ini adalah bilik untuk fotostet, printing, menyimpan pelbagai jenis saiz kertas dan lain-lain.

30
Gambar di sekitar perbincangan cost to serve di KLCC Convex

Hari terakhir menerima anugerah tamat latihan di PGB dari wakil Penyelia Industri.

31

Anda mungkin juga menyukai