Anda di halaman 1dari 1

Kurang informasi

Kurang maklumat atau informasi merupakan ceteknya ilmu pengetahuan seseorang individu itu. Kita
semua sedia maklum bahawa ilmu pengetahuan merupakan asas untuk menyampaikan hujah.

Pengetahuan ialah asas hujah. Katakan kita berhujah tentang ‘Hukum Hudud’ dan pelaksanaannya di
Malaysia. Untuk membahasnya dengan berkesan, seseorang itu, mesti memiliki ilmu pengetahuan
yang luas tentang ‘Hukum Hudud’ dan sistem pelaksanaannya pada zaman Rasulullah S.A.W hingga
kini. Dalam erti kata lain, seseorang itu mestilah mengetahui dan menguasai sistem perundangan
islam dengan cukup mantap. Selain itu, ia juga mesti mengetahui latar sejarah dan perkembangan
hukum dan sistem keadilan di Malaysia sejak sebelum merdeka lagi. Pengetahuan tentang isu yang
dibahaskan akan dapat menyediakan seseorang itu dengan hujah balas daripada pihak lawan.

Kurang pergaulan

Kurang pergaulan seseorang itu akibat masalah-masalah yang dihadapinya sendiri. Kita semua
seharusnya bersedia dan sedar akan prinsip-prinsip berpergaulan.

Antara masalah yang dihadapi seseorang itu adalah penguasaan diri terhadap nilai-nilai diri, moral
dan agama. Akibatnya seseorang itu kurang pengatahuan terhadap akan isu semasa dan isu sekeliling
yang sedang berlaku. Kurang penguasaan terhadap agama membuatkan seseorang itu kurang dari segi
adab dan akhlak ketika bergaul dan membuatkan seseorang itu tidak sedar akan kesan-kesannya.
Selain itu, kebebasan emosional seseorang itu juga merupakan antara kesan masalah kurang bergaul.
Kebanyakkan individu pada masa kini telah banyak terpengaruh dengan isu-isu atau gejala barat dan
ianya membuatkan emosional seseorang itu terganggu. Ianya juga membuatkan seseorang itu bebas
untuk bersuara tanpa mengikut prinsip-prinsip pergaulan antara satu sama lain.

Masalah Komunikasi

Masalah komunikasi berlaku apabila berlaku halangan semasa proses berkomunisasi . Antara
halangan yang sering berlaku semasa proses berkomunikasi ialah

Halangan terhadap penghantar ( persekitaran , sikap , nilai dan harapan )


Halangan terhadap pemahaman (bahasa , tahap intelek , persepsi terhadap mesej , panjang komunikasi
dan kesan terhadap status )
Halangan terhadap penerimaan ( prejudis dan konflik antara penerima dan pengirim )

Anda mungkin juga menyukai