Anda di halaman 1dari 7

ALIRAN PEMIKIRAN NATURALIS DAN INTUISIONIS

pemikiran berasaskan
keadaan sebenar
Naturalis manusia lebih teliti
daripada binatang

pemikiran yang wujudnya


secara spontan
Intuisionis bertindak secara bijak

Rajah 1: Jenis- jenis Aliran Pemikiran

ALIRAN PEMIKIRAN NATURALIS

Aliran pemikiran naturalis merupakan aliran pemikiran yang menggambarkan


sesuatu dalam keadaannya yang sebenar. Naturalis perlu diketahui sebelum memahami
cara bagaimana mereka harus hidup. Manusia boleh berfikir dan bertindak secara rasional
dengan menggunakan akal daripada haiwan. Oleh itu, kita boleh menyatakan bahawa
manusia mempunyai pemikiran tersebut daripada binatang. Kecenderungan individu untuk
menerima apa sahaja keadaan sebenar dapat dikatakan berfikiran naturalis. Dengan
pemikiran naturalis beberapa situasi boleh diutarakan. Contohnya, seseorang pelajar
hendak mencuba untuk membunuh diri dengan jatuh dari tingkat atas sesebuah institut
tetapi nasibnya dia kurang mengalami kecederaan. Dalam mengelakkan pelajar tersebut
mengulangi perbuatan tersebut, pihak berkuasa tersebut berfikiran naturalis untuk
memberikan kaunseling kepada pendidik tersebut. Begitu juga dengan peperangan di Syria
yang sedang berlaku antara kerajaan Syria dengan rakyatnya. Di negara Syria, seramai 400
orang telah dianiyai oleh kerajaan Syria manakala seramai 150 orang daripada kalangan
masyarakat tersebut adalah kanak- kanak dan bayi. Secara berfikiran naturalis, jika negara-
negara lain di dunia ini bersatu dalam menentang kekejaman ini, maka perbuatan ini dapat
dielakkan dan dapat menghidupkan rakyat- rakyat Syria. Di sini, penulis ingin menjelaskan
bahawa fikiran naturalis pada rakyat secara global dapat menakutkan pengganas serta
menjadikan negara itu tenteram.

ALIRAN PEMIKIRAN INTUISIONIS

Perkataan ‘intuisi’ berasal daripada perkataan Latin intueor yang bermakna ‘saya
memandang tepat kepada sesuatu’. Ia merupakan satu proses ‘melihat’ atau ‘memahami’
secara intelek dan spontan. Para intuisionis pernah mengatakan bahawa pengetahuan ini
boleh diperoleh melalui fahaman atau pengertian langsung. Pemikiran intuisionis ada kaitan
dengan gerak hati. Dengan itu, seseorang akan melakukan perkara tertentu apabila mereka
merasainya dalam hati. Dengan kata lain, pemikiran intuisionis ialah sejenis pengetahuan
yang lebih tinggi dan berbeza daripada yang diperoleh secara individu. Kemunculan idea
yang meledak secara tiba- tiba dalam memberikan tafsiran terhadap sesuatu perkara boleh
dikaitkan dengan aliran pemikiran ini. Pemikiran aliran instuisionis juga boleh dicontohi
dengan beberapa situasi. Antara salah satunya ialah sebuah kumpulan samseng sedang
membuli Roshan dan kawannya. Dalam situasi ini, Roshan dan rakannya mengelakkan diri
daripada bergaduh atau bertentangan dengan mereka. Dalam situasi ini, boleh dikatakan
bahawa Roshan dan kawannya berfikir secara spontan bagi mengelakkan pergaduhan
dengan kumpulan samseng tersebut. Begitu juga dengan perompak yang mencuba untuk
meragut beg tangan daripada seseorang wanita. Dalam keadaan ini, orang perempuan
tersebut akan berfikiran intuisionis dengan memberikannya supaya menjaga nyawa sendiri.
Maka, pemikiran tersebut dimuncul dalam sesuatu keadaan supaya manusia mengambil
keputusan yang relevan.
JENIS- JENIS NILAI DALAM PENDIDIKAN MORAL DAN KESANNYA TERHDAP
KEHIDUPAN

JENIS- JENIS NILAI PERANAN

NILAI EKSTRINSIK & NILAI INSTRINSIK Nilai- nilai ini menunjukkan hubungan antara nilai.
Nilai ekstrinsik mengutamakan nilai lain untuk
mencapai sesuatu tahap manakala nilai instrinsik
hanya berpegang pada nilai sendiri.

NILAI SUBJEKTIF & NILAI OBJEKTIF Kedua- dua nilai ini menunjukkan pandangan
seseorang terhadap nilai. Nilai subjektif diamalkan
melalui pendapat orang lain manakala nilai objektif
berdasarkan satu kriteria yang disenangi oleh
semua orang.

NILAI RELATIF & NILAI MUTLAK Nilai- nilai tersebut digunakan untuk menunjukkan
apa yang dinilai. Nilai relatif merupakan nilai yang
tidak tertentu manakala nilai mutlak diterima
secara umum.

Rajah 2: Konteks Nilai- nilai dalam Pendidikan Moral

NILAI INSTRUMENTAL (EKSTRINSIK)

Nilai ektrinsik adalah nilai yang memerlukan kepada nilai lain untuk mencapai sesuatu
matlamat. Kualiti yang diterima atau ditolak sebagai alat mencapai sesuatu matlamat,
misalnya berani, rajin, dan hormat- menghormati (Hena Mukherjee, 1992). Sebagai
contohnya, Nila sentiasa mengunjungi kedua- dua ibu bapanya yang telah uzur. Dalam
situasi ini, Nila tidak betul- betul menyayangi ibu bapa tetapi dia tentu mengunjungi mereka
kerana dia memerlukan harta pusaka mereka. Seterusnya, katakanlah seseorang pemimpin
negara X mengucapkan kata- kata manis kepada rakyat iaitu menyediakan kemudahan-
kemudahan tertentu, memberikan bonus- bonus yang lumayan kepada penjawat awam dan
sebagainya. Dalam situasi ini, kerajaan X ingin mengharapkan undi- undi rakyat untuk
mengukuhkan kedudukannya dalam pimpinan negara X.

NILAI INSTRINSIK

Nilai yang tidak perlu bergantung kepada nilai lain untuk mencapai matlamatnya kerana nilai
itu sendiri merupakan matlamat akhir merupakan instrinsik. Kualiti bagi nilai ini diterima atau
ditolak semata- mata ia berniat baik atau buruk dan tanpa mengira kesannya, misalnya baik
hati, kasih sayang, keadilan dan sebagainya. Fadhilah sentiasa mengunjungi nenek di
kampung kerana dia amat menyayanginya. Dalam kehidupan kita juga terdapat orang
seperti Fadhilah yang mana sentiasa menunjukkan kasih sayang di mana kita dapat
meluahkan segala perasaan dengan mereka. Orang yang terpenting dan tidak pernah
membenci kita dalam kehidupan kita ialah ibu kita. Ibu sentiasa menunjukkan kasih sayang
yang tulen walaupun beliau memarahi bagi tujuan tertentu. Oleh itu, nilai ini merupakan
luahan hati secara langsung.

NILAI SUBJEKTIF

Nilai subjektif dimaksudkan dengan kualiti yang diterima atau ditolak oleh seseorang individu
dengan berdasarkan kepada pandangannya sendiri terhadap sesuatu benda atau perkara.
Sebenarnya, nilai subjektif adalah berpunca daripada dalaman individu. Nilai ini dapat
membayangkan keinginan, minat dan harapan terhadap sesuatu benda atau perkara.
Tambahan pula, nilai subjektif dapat memantulkan perasaan gemar atau tidak gemar bagi
individu terhadap sesuatu perkara atau benda. Terdapat beberapa contoh bagi nilai
tersebut. Antaranya ialah pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menetapkan undang-
undang dan peraturan jalan raya yang sama rata kepada semua pengguna jalan raya.
Peraturan ini ditetapkan bagi tujuan tertentu seperti mengurangkan kadar kemalangan jalan
raya. Apabila sesetengah pemandu tidak mematuhi peraturan tersebut, maka mereka
terlibat dalam kemalangan. Hal ini kerana mereka mungkin berpendapat bahawa peraturan
hanya merugikan masa, tidak penting dan sebagainya. Apabila dikaitkan dengan kehidupan,
Tuhan memberikan hak yang sama kepada semua individu dan individu tersebutlah
memahami dan mengaplikasikan dalam kehidupan sendiri.

NILAI OBJEKTIF

Nilai yang bebas daripada pilihan peribadi dimaknakan dengan nilai objektif. Nilai ini diterima
atau ditolak berdasarkan pengalaman dalaman yang dialami atau berpunca daripada aspek
luar yang dipersetujui oleh orang ramai. Nilai objektif ini berfungsi bagi menerangkan
bahawa setiap barangan atau objek tersebut mempunyai bentuk dan kegunaan
tersendirinya. Misalnya, aktiviti penebangan hutan semakin meluas di merata- rata tempat.
Hal ini disebabkan binatang- binatang seperti gajah, harimau, ular dan sebagainya
kehilangan tempat tinggal. Namun, pokok- pokok masih diperlukan bagi memproseskan
kertas dan perabot. Oleh itu, penebangan hutan diperlukan walaupun haiwa- haiwan
kehilangan tempat.

NILAI RELATIF

Nilai Relatif boleh didefinisikan sebagai nilai yang diterima atau ditolak dengan berdasarkan
peraturan masyarakat untuk mencapai matlamat masyarakat. Nilai relative tidak sempurna
dan berbeza antara masyarakat yang berlainan. Jadi, nilai relatif ini boleh berubah mengikut
semasa dan fahaman mengenai benar atau salah bagi suatu topik yang dibincangkan.
Sebagai contoh, perhubungan seks antara seseorang pasangan kekasih sebelum nikah
atau perkahwinan adalah tidak diterima oleh masyarakat. Namun, perkara ini sentiasa
berlaku di negara Malaysia pada masa kini. Jikalau masyarakat mengetepikan individu-
individu yang melakukannya, maka itu dapat menjadi pengajaran kepada golongan muda
yang akan datang. Dari segi makanan pula, orang yang makan sayur- sayuran (vegetarian)
tidak harus makan makanan yang berdarah seperti telur, ayam,ikan dan sebaginya. Tetapi,
terdapat juga individu yang makan telur dan ayam bagi mendapatkan protein. Hal ini
berkaitan dengan individu- individu tertentu.

NILAI MUTLAK

Nilai mutlak bermaksud nilai yang dihargai dan tidak terikat pada sesuatu kebiasaan bagi
sesebuah masyarakat. Segala idea atau fakta diuji terbukti samada ia baik ataupun buruk.
Nilai ini kekal sepanjang masa dan juga di semua tempat serta hampir sama bagi semua
situasi norma masyarakat. Sebagai contohnya, kadar penggunaan sosial media dalam
kalangan masyarakat sedunia adalah tinggi. Kelemahannya adalah komunikasi secara
bersemuka antara manusia telah berkurang. Ini dapat mengingatkan setiap insan supaya
mengurangkan luangan masa dalam media sosial dan berinteraksi dengan keluarga atau
orang tercinta.
SIFAT- SIFAT INDIVIDU BERMORAL DAN KEPERLUAN HIDUP BERDASARKAN
BEBERAPA PRINSIP ASAS INSAN BERMORAL

Pendidikan moral mampu menjadikan seseorang individu yang berakhlak mulia dari
segi aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan juga sosial. Seseorang yang memiliki sifat-
sifat moral dapat mengembangkan nilai- nilai murni dalam pemikiran dan juga perlakuan.
Terdapat tiga jenis prinsip moral iaitu prinsip autonomi, prinsip keadilan dan juga prinsip
altruisme.

Prinsip autonomi merupakan salah satu konsep yang melibatkan pertimbangan serta
kebebasan dalam memilih untuk melakukan sesuatu tindakan. Seseorang yang bertindak
mengikut arahan orang lain, maka dia tidak diklasifikasikan sebagai individu yang bermoral.
Hal ini disebabkan dia tidak berkelakuan seorang yang adil dan rasional. Jika setiap individu
benar- benar bebas melakukan sesuatu mengikut pilihannya dan tidak disekat oleh orang
lain secara langsung atau tidak langsung sama ada melalui proses undang- undang atau
tidak, maka ini bermaksud tiada seorang pun yang mempunyai hak untuk menghalangnya
daripada membuat sesuatu yang disukainya. Sebagai contoh, individu Y melibatkan diri
dalam gejala- gejala sosial seperti membunuh, mencuri dan sebagainya. Seterusnya, prinsip
autonomi tidak merangkumi perkara- perkara yang boleh meruntuhkan kebajikan orang lain.
Sebagai contoh, Siew Mei tidak mahu mengikuti teman lelakinya ke mana- mana tempat
sebelum berkahwin bagi menjaga nama baik kedua- dua ibu bapa.

Seringkali kita menggunakan prinsip keadilan untuk merujuk kepada peraturan dan
undang-undang dalam sesebuah masyarakat. Sebagai contoh, kita menerima keputusan
yang dibuat oleh seorang hakim sebagai adil jika ia berlandaskan undang- undang. Sesuatu
tindakan juga dianggap adil jika ia berlandaskan undang- undang moral yang diterima umum
oleh masyarakat seperti menghormati kepercayaan, kebudayaan dan agama di antara satu
sama lain. Misalnya, di dalam bilik darjah guru sewajarnya menghukum semua pelajar
jikalau mendapati kumpulan pelajar tersebut telah bergaduh. Dalam perspektif ini, guru akan
menunjukkan sifat keadilan dalam menangani masalah pelajar.

Akhir sekali, prinsip ‘altruisme’ didefinisikan sebagai prinsip etika yang penting
sebagai rujukan semasa melakukan sesuatu tindakan moral. Dalam buku ‘The Possibility of
Altruism’ menjelaskan perkataan altruism sebagai ‘sesuatu sikap atau perbuatan yang
menyenangkan orang lain”. (Nagen Thomas, 1970). Seseorang yang memperolehi sifat
altruism dalam diri sendiri dapat melahirkan sifat empati iaitu berkebolehan meletakkan diri
dalam kedudukan orang lain dan juga percaya pada orang lain. Sebagai contohnya,
masyarakat Malaysia dapat memperkukuhkan perpaduan dengan berkerjasama. Oleh itu,
ketiga- tiga prinsip tersebut dapat melahirkan insan yang mulia dan sejahtera.

Anda mungkin juga menyukai