Anda di halaman 1dari 8

9/10/2019 Mohd Hanafi Zainal: Pandu Arah Kembara

More annurkyu@gmail.com Dashboard Sign Out


BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS » « PYZAM.COM

MOHD HANAFI ZAINAL

A N D A A D A L A H P E L AWAT Y G K E :

Get A FREE Hit


Counter
hit counter code html

FLASH COUNTER

Melaka 2
T U E S D AY, D E C E M B E R 1 5 , 2 0 0 9
Sibu 2
Pandu Arah Kembara Kuala Lipis 2
1.0 PENGENALAN
Asia/Paci c Regi 2
• Orienteering ialah satu cabang pengetahuan berkaitan dengan teknik-
teknik pergerakan dari satu tempat ke tempat yang lain dengan Seremban 2
menggunakan kemahiran membaca peta dan kompas. Kuching 3
• Orienteering adalah sukan rekreasi yang memerlukan imbangan
diantara koordinasi fizikal dan mental dengan baik. Peserta perlu
mengemudikan arah dirinya dari satu titik kawalan ke satu titik Live 1
kawalan yang lain dengan berpandukan kepada peta dan kompas yang Today 5
diberikan yang telah ditandakan diatas peta dan ditentukan Total 206
dipermukaan bumi mengikut susunan tertentu. FREE Tra c
• Orienteering bermaksud peta, hutan dan adventure. Sukan ini boleh
diibaratkan gabungan antara sukan merentas desa (cross-country),
pandu arah dan acara mencari harta karun (tressure-hunt). Ia meliputi
berbagai bidang latihan, kaedah mainan dan pertandingan disamping
menyediakan ruang eksplorasi, cabaran dan risiko tersendiri.
M Y FA C E B O O K
Di samping menggunakan kompas dan peta, kita juga boleh
Mohd Hanafi
menggunakan panduan angin untuk menentukan arah.
Walaubagaimanapun, cara ini memerlukan pengetahuan penelitian
yang betul kerana cara ini kelazimannya bergantung kepada keadaan
cuaca dan hari yang terang.

• Antara panduan yang lazim dan kerap digunakan ialah pergerakan


matahari dari timur ke barat pergerakan bintang arah ke barat;
kumpulan bintang yang dapat menunjuk arah ke utara; pengaliran air
mata air ke sungai dan mengalir terus ke kuala/laut yang selalunya ada
terdapat perkampungan dan arah tiupan angin.

2.0 JENIS-JENIS ORIENTEERING

Terdapat empat kaedah orienteering dijalankan mengikut ketetapan


Create Your Badge
Persekutuan Orienteering Antarabangsa (IOF) iaitu Foot-O, MB-O,
Ski-O dan Trail-O. Di negara ini, hanya kaedah Foot-O yang mudah
untuk dilakukan, antaranya adalah CLOCK

• Orienteering Merentas Desa (Cross-Country Orienteering)


• Orienteering Bermarkah (Score Orienteering)
• Orienteering Jalanraya (Street Orienteering)
• Orienteering Bukit (Mountain Orienteering)
• Orienteering Malam (Night Orienteering)
• Orienteering Berganti-ganti (Relay Orienteering)

2.1 Kebaikan sukan orienteering


• Sukan untuk semua BLOG ARCHIVE
• Meningkatkan kecergasan fizikal
► 2010 (3)
• Meningkatkan kecergasan mental & daya tumpuan
▼ 2009 (4)
• Memberi cabaran & keseronokan
• Membina sikap positif & keyakinan diri ▼ December (1)
• Menggunakan persekitaran yang sihat Pandu Arah Kembara
• Meningkatkan kemahiran pembacaan peta & kompas
► November (3)
• Memupuk sifat keberanian & ketenangan dalam keadaan cemas

hanafizainaliptek.blogspot.com/2009/12/pandu-arah-kembara.html 1/8
9/10/2019 Mohd Hanafi Zainal: Pandu Arah Kembara
CALENDAR

3.0 TERMINOLOGI DAN ALATAN


Dalam aktiviti orienteering ini perlu tahu terminologi alatan alatan
yang digunakan bagi menjalankan aktiviti ini antara alatan-alatan yang
digunakan adalah seperti berikut:

i. Titik kawalan (Control point)


• Suatu tanda kedudukan yang telah ditentukan diatas peta yang perlu
dilawati oleh peserta.
• Biasanya merupakan ciri-ciri mukabumi atau ciri-ciri buatan manusia
yang jelas.
• Titik kawalan bukanlah “check-point” kerana ia tiada penjaga dititik
ini.

JOM SEMBANG

ii. Penanda kawalan (Control marker)


• Tujuannya bagi membantu peserta tiba kedestinasi yang betul.
• Suatu objek yang diperbuat daripada kain berwarna merah muda dan
putih sebagai tanda yang diletakkan di Titik kawalan (dalam
lingkungan 10m).
• Mempunyai kod kawalan tersendiri dan penebuk lubang (puncher)
yang unik.
• Peraturan IOF tidak membenarkan No. 1 hingga 40 dijadikan sebagai
No. Kod Kawalan.

iii. Kad kawalan (Control card)


• Setiap peserta perlu membawa bersama-sama kad kawalan ketika
menyertai acarasebagai bahan bukti atau pengesahan.
• Dalam kad ini akan dicatatkan nama peserta serta masa bermula
(start time) dan tersedia petak-petak untuk ditebuk apabila sampai di
titik kawalan nanti. Kad ini perlu diserahkan kepada penjaga masa
digarisan penamat untuk dicatatkan masa penamat.

iv. Peta utama (Master map)


ShoutMix chat widget
• Peta yang telah ditandakan dengan landasan dan disertakan dengan
keterangan kawalan.
• Landasan ini akan disediakan oleh Perancang Landasan. ABOUT ME
v. Keterangan kawalan (Control description)
HANAFI IPTEK
• Keterangan asas sebagai panduan titik-titik (control description)
kawalan berkenaan. Butir-butir yang disenaraikan adalah siri titik VIEW MY COMPLETE
PROFILE
kawalan, kod kawalan dan keterangan mengenai kedudukan titik
kawalan.
• Diperingkat antarabangsa, keterangan tidak ditulis dalam bentuk
‘teks’ tetapi dalam bentuk kod/gambarajah.

vi. Landasan (Course)


• Landasan adalah panduan arah perjalanan dari permulaan titik
kawalan ke titik kawalan yang lain hingga kepenamat. Landasan ini
akan dilukis diatas peta utama dan akan disalin oleh peserta
kemudiannya.
• Tanda yang berkenaan landasan adalah
- Titik permulaan ditandakan dengan tiga segi.
- Titik kawalan dengan tanda bulatan.
- Titik penamat dengan tanda 2 bulatan bertintih.
- ‘Leg’ adalah perjalanan diantara 2 titik kawalan

vii. Kompas (Compass)


• Alat bantu yang kedua terpenting dalam sukan orienteering.
• Ia digunakan hanya untuk menentukan arah sahaja.

4.0 PENGETAHUAN ASAS


Untuk memastikan aktiviti orienteering ini dapat dibuat dengan
mudah dan betul, maka seseorang itu perlu mempunyai pengetahuan
asas berkaitan dengannya, iaitu:

i. Teknik membaca peta


ii. Teknik membaca kompas
iii. Boleh menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling

hanafizainaliptek.blogspot.com/2009/12/pandu-arah-kembara.html 2/8
9/10/2019 Mohd Hanafi Zainal: Pandu Arah Kembara

4.1 Teknik Membaca PetaTopo

Peta adalah lukisan bagi gambaran bentuk mukabumi bagi sesebuah


kawasan yang dilihat dari udara. Peta adalah sumber maklumat bagi
kawasan berkenaan. Mempunyai tajuk, kontor, skala, petunjuk, garisan
melaras dan kod warna yang akan memberi kemudahan dan tangkapan
yang tepat mengenai rupa bumi kawasan berkenaan.

Membaca peta ialah proses menafsirkan maklumat yang tergambar di


atas peta kepada maklumat sebenar yang diwakilinya. Peta merupakan
satu gambaran yang dapat dilihat dari udara ke atas sesuatu tempat
atau kawasan yang menggambarkan keadaan tempat itu di segi jenis
tanaman, bangunan, jalanraya, sungai, paya, hutan tanah tinggi dan
sebagainya. Peta yang selalu digunakan untuk aktiviti orienteering
ialah peta topographi.

4.2 Jenis-jenis peta


Terdapat beberapa jenis peta yang digunakan dalam aktiviti
orienteering. Antara peta-pta yang diterbitkan ialah peta topo, peta
panduan jalanraya, peta khusus, atlas, peta imejan satelit dan peta
orienteering. Peta-peta ini menunjukan tempat dan bearing tempat
yang hendak ditujui. Peta yang sesuai digunakan ialah peta
orienteering. Kandungan dalam peta orienteering ialah mempunyai
tajuk peta, Arah Utara Mempunyai skala - samada 1:5000, 1:10000,
atau 1:15000,petunjuk peta, garisan melaras utara-selatan, Kredit –
kerjaukur, kartografi, tarikh cetakan, penaja dan sebagainya.

4.3 Warna-warna dalam peta


Terdapat 6 warna yang ditentukan mengikut standard IOF. Warna
tersebut adalah :-
• Hitam - ciri-ciri buatan manusia & batu
• Perang - kontor & jalanraya
• Kuning - keadaan tumbuhan : lapang dan terbuka
• Putih - keadaan tumbuhan : berpokok/boleh berlari
• Hijau - keadaan tumbuhan :berjalan/redah
• Biru - kawasan ber

4.4 Bentuk muka bumi


Garisan kontor dalam peta akan menerangkan maksud paras
ketinggian yang samarata bagi keadaan mukabumi berkenaan. Antara
yang perlu diketahui adalah :-
• Susuh bukit (spur) - sejalur tanah yang menganjur keluar
• Ceruk (re-entrant) - berlawanan dengan susuh bukit
• Permatang (ridge) - tanah tinggi yang memanjang
• Pelana (saddle) - suatu lekukan yang terletak diantara dua bukit
• Knol (tanah yang lebih besar dari busut tetapi kecil dari anak bukit)

4.5 Maklumat Peta


Maklumat yang diperolehi dari peta dibahagi kepada dua iaitu:

i. Maklumat bingkai - iaitu maklumat yang terdapat di luar dari


gambar peta seperti gambarajah 1 dibawah

ii. Maklumat gambar peta - iaitu maklumat yang menerangkan


gambaran sebenar keadaan muka bumi dan kegunaan tanah.

4.5.1 Maklumat gambar peta


Dalam aktiviti pandu arah maklumat yang amat penting untuk
diketahui dan difahami ialah penafsiran garisan kontur yang
menggambarkan keadaan rupa bumi sesuatu kawasan sama ada
berbukit, permatang, lurah, tanah rata, ataupun sungai.
Keadaan rupa bumi diterangkan dengan garisan kontur di mana jarak
kenaikan antara garis kontur dipanggil selang koritur biasanya sama
ada 25 kaki, 50 kaki atau 100 kaki. lanya menggambarkan kenaikan
ketinggian mengikut jarak menegak dan bukan mengikut cerun atau
lereng bukit. Selain menggambarkan ketinggian, kontur juga
menggambarkan bentuk dan keadaan cerun. Jika keadaan kontur
rapat-rapat, ini berertibahawa cerun adalah curam. Jika jarak antara

hanafizainaliptek.blogspot.com/2009/12/pandu-arah-kembara.html 3/8
9/10/2019 Mohd Hanafi Zainal: Pandu Arah Kembara
garisan kontur sama, maka ia menggambarkan cerun yang seragam.
Selalunya garis kontur berbentuk "V" menunjukkan lurah dan "U"
menunjukkan permatang. Arah "V" selalunya menuju ke atas bukit.
Keadaan ini boleh diterangkan seperti di gambarajah 3.

4.5.2 Skala
Skala adalah nisbah satu unit sukatan di atas peta dengan unit sukatan
yang sama di atas tanah. Dalam lain perkataan ianya adalah kaitan di
antara jarak di atas peta dengan jarak di permukaan bumi yang
sebenarnya yang ditunjukkan oleh skala peta itu. Contohnya skala peta
1 : 50,000 bermaksud setiap satu unit sukatan di atas peta mempunyai
persamaan jarak 50,000 kali pembesaran di atas tanah seperti 1 em di
atas peta bersamaan dengan 50,000 em (5 km) di atas tanah.

4.5.3 Garisan Grid


Semua peta mempunyai garisan grid yang membahagibahagikan peta
itu dengan garis-garis melintang dan membujur. Tiap-tiap garisan
melintang (Utara) dan membujur (Timuran) mempunyai nilai masing-
masing yang diwakili oleh dua angka sahaja. Angka yang terkecil ialah
00 sementara yang terbesar ialah 99. Garisan girid ini dibuat bagi
membantu kita menentukan dengan cepat dan tepat lokasi di mana
kita berada. Pembacaan garisan grid ini dibuat dengan menyebut
angka timuran dahulu dan diikuti dengan angka utara contohnya 98-
99 garis bujur (timuran) dan 48-49 garis lintang (utara).

4.5.4 Utara peta


Dalam aktiviti pandu arah, arah utara di dalam peta adalah merupakan
arah magnetik utara yang ditunjukkan oleh kornpas. Untuk mendapat
arah utara atas peta seseorang itu hanya diperlukan meletakkan
kompas di atas peta sehingga jarum magnetik utaranya selari dengan
tanda utara di dalam peta tersebut.

5.0 Mengukur Jarak


Sukatan jarak yang lurus di atas peta boleh diukur dengan
menggunakan kayu pembaris ,manakala jarak berliku menggunakan
benang . Jarak yang diperolehi ditukarkan dengan skala yang terdapat
pada peta untuk mendapat jarak sebenar.

5.1 Kompas
Kompas adalah alat pengemudian arah yang mempunyai jarum
magnetic merah hitam serta ditandai dengan ukuran sama dalam mil
atau darjah. Ia merupakan alat bantu dalam sukan orienteering.
Kompas digunakan bagi menentukan arah sesuatu tempat sama ada di
atas peta atau di permukaan bumi. Ketetapan sesuatu kompas adalah
bergantung kepada kepekaan jarumnya yang mudah dipengaruhi
keadaan sekeliling terutama badan besi dan magnet. Dua jenis kompas
yang selalu digunakan ialah kompas prismatik dan kompas silva.
Kompas dari jenis silva adalah yang paling sesuai untuk digunakan di
dalam aktiviti orienteering.

5.1.1 Jenis kompas


Terdapat berbagai jenis kompas dan jenama yang dikeluarkan untuk
tujuan navigasi. Antaranya adalah Kompas Tentera, Kompas
Orienteering, Kompas Marin, Kompas Kiblat, Kompas Digital. Kompas
orienteering pula terdapat dalam berbagai bentuk dan jenama
antaranya baseplate compass, thumb compass dan clip compass. Ianya
direkacipta agar lebih mudah dan praktikal. Dua jenama yang popular
adalah Suunto buatan Finland dan Silva buatan Sweden

5.2 Mengukur, bearing di atas peta


Pengukuran bearing dari satu titik kawalan ke titik kawalan yang lain
yang ditandakan di atas peta boleh dibuat melalui beberapa peringkat
contohnya di antara titik K dan titik L.

a) Letakkan kompas di atas garis penghubung diantara titik K dan titik

hanafizainaliptek.blogspot.com/2009/12/pandu-arah-kembara.html 4/8
9/10/2019 Mohd Hanafi Zainal: Pandu Arah Kembara
L yang ditanda di peta. Jika garisan penghubung sukar dilihat kerana
dilindungi oleh kompas, aturkan supaya satu daripada bahagian tepi
kornpas selari dengan garisan penghubung K dan L. Pastikan anak
panah mara menghala ke arah titik yang hendak dicari bearing. Dalam
contoh ini titik yang bearingnya hendak dicari ialah L. Oleh itu anak
panah mara hendaklah menghala ke L dan bukan ke K.
b) Tanpa mengubah kedudukan kompas di atas peta, pusingkan dial
sehingga anak panah kompas dan garisan girid selari dengan garisan
penghubung K dan L.Pada masa yang sama jarum utara kompas
hendaklah sama arah dengan utara peta.
c) Bacaan bearing K ke L didapati dari garisan indeks.

5.3 Mencari Bearing Objek Di Atas Tanah


Cara mencari bearing kompas dengan menggunakan kompas
orienteering adalah seperti berikut:

a) Hendaklah berdiri menghala ke arah objek yang akan dicari


bearingnya.
b) Kompas hendaklah diletakkan di atas tapak tangan dengan
kedudukan tapak tangan rata. Tentukan kedudukan anak panah mara
menghala ke arah objek yang hendak dicari bearing. Selepas itu
pusingkan badan anda perlahan-Iahan sehingga anak panah mara
betul-betul menghala kepada objek yang tuju.
c) Tanpa membuat apa-apa perubahan kedudukan kornpas,pusingkan
dial sehingga jarum kornpas bertindih selari dengan anak panah
kompas. Tentukan utara jarum kompas sehala dengan utara anak
panah. Bearing kepada objek tersebut diperolehi pada bacaan yang ada
di garisan indeks.

5.4 Menentukan Kedudukan Peta dengan menggunakan kompas

a) Peta diletakkan di atas permukaan yang rata. Kemudian letakkan


pula kompas di atas peta tersebut di mana anak panah kompas
menghala ke utara peta dan selari dengan garisan grid timuran di peta.
Kemudian pusingkan peta sehingga jarum kompas bertindih selari
dengan anak panah kompas. Dalam keadaan sedemikian peta
diorientasikan sejajar dengan bumi.

6.0 Panduan Lazim bagi Pengembara


Bagi pengembaraan yang tidak menggunakan peta dan kompas,
terdapat cara lain yang boleh digunakan untuk menunjuk arah.
Walaubagaimanapun cara ini memerlukan pengalam dan penelitian
yang terang dan jelas. Di antara panduan lazim yang biasa digunakan
ialah:

a) Matahari
Matahari terbit di sebelah timur dan terbenam di barat. Arah ini boleh
diketahui melalui bayang-bayang. Jika kita dapat mengetahui arah
barat dan timur, maka bolehlah kita tentukan arah yang hendak kita
tuju.

b) Bulan
Bulan juga terbit di sebelah timur. Oleh yang demikian dapatlah kita
mengetahui arah mata angin dengan berpandukan bulan pada waktu
malam

c) Bintang
Bintang bergerak arah ke barat , bintang-bintang tertentu yg menunjuk
kea rah utara.

d) Sungai
Air mengalir kehilir, selalunya ke hilir sungai ada terdapat
perkampungan. Oleh yang demikian, jika kita menghilir sungai, kita
akan berjumpa dengan manusia, dan dari situ dapatlah kita
menentukan semula arah.

6.1 BERGERAK KE TEMPAT DITUJU


6.1.1 Perancangan Perjalanan
Sebelum bergerak ke tempat yang dituju sedikit perancangan perlu
dilakukan untuk memastikan perjalan akan menjadi lebih mudah dan

hanafizainaliptek.blogspot.com/2009/12/pandu-arah-kembara.html 5/8
9/10/2019 Mohd Hanafi Zainal: Pandu Arah Kembara
selamat. Beberapa perkara yang perlu diberi perhatian dalam
perancangan adalah seperti berikut:

a) Tentukan arah di atas peta dengan jelas dan tepat.


b) Dalam apa keadaan, kita hendaklah tahu dan cekap meramal
sesuatu yang boleh ditemui di hadapan kita.
c) Kita hendaklah mencatit apa-apa yang luarbiasa atau mercutanda
yang boleh ditemui di sepanjang perjalan sebagai rujukan.
d) Bagi kawasan tinggi dan berbukit-bukau, mengikut permatang akan
memudahkan perjalanan.

e) Bagi kawasan landai dan rata, menyusur sungai menjadi lebih


mudah, walaubagaimanapun patut mengambil perhatian bahawa
kawasan sungai biasanya berpaya, berbelit dan mudah banjir.

Setelah menetapkan tempat yang hendak dituju dan merancang


perjalanan untuk sampai ke tempat tersebut, kita hendaklah sentiasa
menjaga arah haluan perjalan yang disesuaikan dengan keadaan muka
bumi dan tumbuh-tumbuhan, supaya ianya tidak menyimpang
daripada matlamat asal. Jika kehilangan haluan kita hendaklah
berhenti dengan segera, berehat sebentar, tenangkan fikiran dan
menyemak semula arah laluan.

6.1.2 Kaedah Pergerakan


Bergerak dalam kumpulan.
a) Hendaklah bergerak dengan tertib dan formasi yang teratur.
b) Adakan perbincangan sebelum perjalanan dibuat.
c) Hendaklah bergerak dalam pasangan, jangan berpecah terutamanya
pada waktu malam gelap. Tiap pandangan hendaklah sentiasa berada
dalam jarak yang mudah dilihat dan didengar panggilannya.
d) Jika bergerak dalam kumpulan yang besar, boleh mengarahkan satu
kumpulan kecil untuk mencari jalan, rintis dan (jika perlu)
menyediakan tapak khemah untuk rehat.
e) Ketua kumpulan jangan bergerak terlalu cepat. Jika ada rintangan
perhatikan semua telah melepasinya dan mendapatkan rehat yang
cukup.
f) Adalah lebih baik melangkah dengan seragam dan bergerak perlahan
kerana ini kurang memenatkan. Sebaik-baiknya hendaklah
melenggang dan jangan memasukkan tangan di dalam saku.
g) Kerapkali mengambil rehat dan bertanya keadaan setiap orang. Jika
membawa galas, hendaklah sentiasa dibetulkan dan disusun semula
supaya kemas dan seimbang.

6.1.3 Bergerak waktu malam


Berjalan di waktu malam di kawasan yang kurang diketahui sangat
membahayakan kerana penglihatan yang terhad dan kurang jelas.
Keadaan ini boleh menyebabkan kita mudah kehilangan arah yang
dituju. Oleh yang demikian, penggunaan kompas untuk memandu
pergerakan amatlah perlu. Di samping itu hendaklah sentiasa
menggunakan pendengaran dan hiduan, di samping melangkah
dengan perlahan dan menguji tempat dipijak sebelum bergerak.

6.1.4 Bergerak di kawasan bukit dan gunung

Di kawasan berbukit dan melereng, adalah baik bergerak di kawasan


yang tinggi iaitu mengikut permatang. Perjalanan mengikut sungai
adalah memakan masa kerana ianya mungkin menempoh jeram,
tebing tinggi dan batu licin yang sukar hendak dilalui dengan berjalan
kaki. Di kawasan lereng curam, langkah hendaklah dipendekkan.
Penggunaan tali atau pun pemegang semasa menuruni lereng licin
amatlah digalakkan. Bagi lereng yang terlalu curam, bergerak
mengikut arah zigzig adalah digalakkan untuk mengelakkan berlaga
lutut. Semasa menuruni lereng yang curam, lutut hendaklah sentiasa
dibengkokkan, dan gunakan tumit untuk mencari tapak.
6.1.5 Bergerak di dalam hutan
Berjalan dalam kawasan hutan ada kalanya perlu membuat rintis dan
menebas tumbuhan untuk memudahkan perjalanan. Jika perlu
menebas tebang pokok kecil, hendaklah dibuat seberapa rapat ke tanah
supaya pokok tumbang tidak menghalang jalan dan tidak terdapat
tunggul yang boleh membahayakan, terutamanya jenis buluh. Jika
terdapat tumbuhan duri Mengkuang dan Asam paya yang tebal, jangan
cuba dirintis tetapi sebaik-baik buatlah susuran.

hanafizainaliptek.blogspot.com/2009/12/pandu-arah-kembara.html 6/8
9/10/2019 Mohd Hanafi Zainal: Pandu Arah Kembara

6.1.6 Menyeberangi sungai


Panduan berikut boleh diikuti untuk keselamatan
a) Kuala sungai selalunya luas dan dalam, dan terikat dengan keadaan
air pasang surut. Cuba elakkan dari menyeberangi kawasan ini kecuali
ada perahu atau rakit.
b) Sebelum menyeberang semak dahulu kedalaman air dan kekuatan
aras.
c) Ulu sungai walaupun tidak luas, airnya selalu laju, ada terdapat
jeram, tebing, curam dan berbatu-batu.
d) Jangan mengharung air jika terlau sejuk, ini mung kin
menyebabkan terjadinya ketegangan otot. Boleh menyeberang jika air
kurang dari paras lutut dan segera keringkan seluar selepas sampai ke
darat.
e) Gunakan kayu untuk mengukur kedalaman dan kelajuan air.
f) Jika berseluar panjang hendaklah dilipat untuk mengurangkan
tolakan/tarikan air.
g) Hendaklah menyeberang secara mengereng di kawasan air dalam,
jika air laju hendaklah membelakarigkan tebing yang dituju kerana
tolakan air laju akan memudahkan kita menyeberang.

6.1.7 Panduan Jarak dan Tempoh Masa Perjalanan


Dalam keadaan biasa, kelajuan perjalan yang diambil adalah berbeza
dari satu situasi yang lain. Bagi membantu kita merancang perjalanan
untuk sampai ke sasaran, panduan kelajuan berikut bolehlah
digunakan.

tanah lapang ………………………………… 4 - 5 kmj


mendaki …………………………………………2 -2.5 kmj
meredah hutan rata……………………… 2.5 - 3.5 kmj
meredah hutang lereng ………………… 1 - 1.5 kmj
meredah lalang tebal ………………………0.5 - 0.8 kmj
meredah resam tebal……………………… 0.1 - 0.3 kmj
meredah hutan pava dalam…………… 0.1 - 0.2 kmj

7.0 TINDAKAN APABILA SESAT JALAN

Tanda-tanda awal yang menunjukkan berlakunya kejadian sesat jalan


ialah apabila kita didak sampai ke tempat yang dituju dalam masa yang
sewajarnva. Dalam keadaan ini
Langkah-Iangkah berikut perlulah diambil:

a) Hentikan perjalanan dan berehat dahulu. Jangan panik.


b) Teliti peta dan bandingkan dengan perjalanan yang telah dibuat.
c) Berpatah balik ke belakang ke titik kawalan atau lokasi terakhir jika
kita tidak dapat memastikan di tempat sebenar kita berada.
d) Jika selepas berpatah balik ke lokasi akhir juga tidak dapat
membantu mencati sasaran, maka gunakan deria untuk menetap dan
mencari kawasan yang ada manusia. Gunakan kompas untuk
mengambil bearing ke arahnya.
e) Jika anda masih gagal, carilah aliran air atau anak sungai dan
mengikutnya sehinqqa ke sungai dan berjumpa perkampungan.

7.2 Langkah pencegahan daripada sesat jalan


Langkah-Iangkah berikut hendaklah diberi perhatian yang
mengelakkan dari berlakunya sesat jalan.

a) Jangan terburu-buru semasa bergerak.

b) Selalu semak arah perjalanan menggunakan peta dan kompas

hanafizainaliptek.blogspot.com/2009/12/pandu-arah-kembara.html 7/8
9/10/2019 Mohd Hanafi Zainal: Pandu Arah Kembara
dengan keadaan muka bumi yang ditempuhi.

c) Lakarkan laluan perjalanan dari satu titik ke titik kawalan yang lain
dan menandakan ciri-ciri muka bumi yang ditemui

d) Jika mengesyaki sebarang kesilapan berlaku, maka pergerakan


hendaklah dihentikan segera. Selepas semakan dan pembetulan ke atas
bacaan kompas dan peta dibuat, perjalanan bolehlah diteruskan.

SELAMAT BERKEMBARA

Sekian dari saya : En. Mohd Hanafi Zainal


Jab. Sains Sosial
IPGM Kampus Pend. Teknik KL

POSTED BY HANAFI IPTEK AT 1:46 PM

0 COMMENTS:

Post a Comment

Newer Post Home Older Post

Subscribe to: Post Comments (Atom)

FOLLOWERS

Followers (0)

SEARCH THIS BLOG

Search

hanafizainaliptek.blogspot.com/2009/12/pandu-arah-kembara.html 8/8

Anda mungkin juga menyukai