2019
ANJURAN :
UNIT KOKURIKULUM
SK SENA
KERTAS KERJA PERKHEMAHAN PERDANA UNIT BERUNIFORM KALI KE-16
SK SENA TAHUN 2019
1.0 PENGENALAN
Perkhemahan Perdana Unit Beruniform Kali Ke-16 Tahun 2017 anjuran unit Ko-kurikulum
SK Sena, merupakan salah satu agenda tahunan sekolah yang paling utama. Program ini
dijalankan sebagai salah satu inisiatif pihak sekolah untuk menyahut seruan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Berdasarkan kepada anjakan PPPM
ketiga iaitu untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai, pihak sekolah perlu
memperkembang murid secara holistik dengan mengukuhkan keperluan penyertaan murid
dalam badan beruniform.
Perkhemahan Perdana Unit Beruniform Kali Ke-16 ini menyediakan platform bagi 5 unit
beruniform di SK Sena untuk menimba pengalaman melalui pembelajaran di luar bilik
darjah. Peserta-peserta perkhemahan akan dapat berkongsi pengetahuan dan kemahiran,
bertukar-tukar idea dan pengalaman, membina keyakinan diri, serta menjalinkan hubungan
kerjasama yang erat melalui aktiviti-aktiviti mencabar yang akan dijalankan dalam
perkhemahan ini.
Harapan pihak sekolah agar perkhemahan ini dapat melahirkan murid yang seimbang dari
segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek (JERI), seiring dengan pernyataan Falsafah
Pendidikan Negara, serta misi sekolah yang berbunyi “Memberi Pendidikan Berkualiti
Secara Bersepadu bagi Melahirkan Modal Insan Cemerlang Berlandaskan Misi Nasional”.
2.0 RASIONAL
2.1 Memupuk unsur-unsur asas pembangunan kemanusiaan secara terus kepada para peserta
apabila mereka mengalami sendiri situasi yang memerlukan amalan terpuji seperti
bertolak ansur, bertoleransi, tolong- menolong, berdisiplin dan lebih mengutamakan
kepentingan bersama daripada kepentingan diri sendiri.
2.2 Mendedahkan para peserta kepada cabaran dalam aspek fizikal, mental dan kerohanian
yang secara langsung akan memantapkan semangat juang dan keyakinan diri masing-
masing.
2.3 Memberi kesempatan kepada para peserta untuk menggembleng daya inovasi dan
kreativiti mereka dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi.
3.0 MATLAMAT
3.1 Melahirkan generasi pelajar yang seimbang dalam aspek intelek, rohani, emosi dan
jasmani serta berpotensi untuk memberi sumbangan kepada kesejahteraan dan kemajuan
diri sendiri, masyarakat, bangsa, negara dan agama.
3.2 Memberikan para peserta pengalaman, pengetahuan dan kemahiran melalui pelbagai
aktiviti yang berkonsepkan kemahiran kongnitif, afektif dan psikomotor yang menarik
dan mencabar.
4.0 OBJEKTIF
4.1 Melahirkan ahli yang berdisiplin dan bersemangat juang untuk memastikan
kecemerlangan yang seimbang dalam bidang kurikulum dan ko-kurikulum.
4.2 Memberi pendedahan dan pengalaman kepada ahli-ahli tentang aspek perkhemahan
secara menyeluruh.
4.3 Memupuk semangat bekerjasama dan berdikari serta meningkatkan motivasi dan
keyakinan diri setiap peserta.
4.4 Melatih para peserta berkomunikasi antara satu sama lain.
5.0 TEMA
Berdikari untuk Bermandiri
8.0 TARIKH
1-3 Mac 2019 (Jumaat - Ahad)
11.0 SASARAN
11.1 Semua murid Tahun 4-6 sahaja.
11.2 Jumlah peserta bagi setiap unit beruniform adalah 20 orang. Jika terdapat unit yang
tidak dapat memenuhi kuota yang ditetapkan, pihak pengelola berhak memberikan
peluang tersebut kepada ahli unit lain yang difikirkan layak dan berminat.
11.3 Yuran Penyertaan setiap peserta ialah RM10.00.
11.4 Anggaran bilangan peserta
Bil Unit Jumlah Peserta
a. Pengakap 20
d. Tunas Kadet Remaja Sekolah 20
g. Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia 20
i. Persatuan Tunas Puteri Malaysia 20
j. Pergerakan Puteri Islam 20
Jumlah Keseluruhan 100
Malam Kebudayaan
Pn. Christie Paihan (K)
Kembara Malam
Kem Komanden
& AJK Urusetia
Refleksi Diri Menyediakan borang soal selidik
Pn. Fairuz Mohd Zain (K)
dan AJK Urusetia
Majlis Penutupan Menyediakan tentatif
Ustz. Nur Zahiah binti Wahab*(K) Mengatur pemeriksaan barisan oleh perasmi
Pn. Muna Dalila Zafrani Ramli Menjalankan raptai ringkas
Juruacara Majlis Penutupan Menyediakan teks juruacara
Pn. Connie C. Ah Gang (K) Melatih peserta yang dilantik sebagai juruacara
untuk mengendalikan majlis penutupan
13. Urusetia Memilih 20 AJK urusetia dari Tingkatan 5.
En. Samson Philippinus (K) Mengurus kutipan bayaran, borang, dan surat AJK
Pn. Rosmini Sumsuddin urusetia.
Menyediakan jadual bertugas AJK urusetia
Menyediakan bilik uruestia.
Menyediakan papan kenyataan untuk menyebarkan
maklumat seperti peraturan pertandingan atau
aktiviti kepada peserta
Menyediakan keputusan bagi setiap pertandingan
dan serahkan kepada AJK sijil dan hadiah.
Menjaga peralatan sekolah / pusat kokurikulum
yang diletakkan di kaunter urusetia
14. Kebersihan Memastikan kebersihan terjaga sewaktu
Pn. Sally Semion (K) perkhemahan diadakan
Pn. Justina Pinsin Menyelaras aktiviti gotong royong dan persiapan
untuk pulang
Menilai tapak perkhemahan yang paling bersih
15. Publisiti Menyediakan dn melekatkan poster perkhemahan di
Pn. Margaret Sia (K) papan kenyataan
Menghubungi pihak media massa
Mereka bentuk dan menempah banner / backdrop
16. Kerohanian Merancang dan melaksanakan aktiviti kerohanian
Murid Beragama Islam termasuklah solat, kuliah subuh, kuliah Maghrib
Ustz. Widayati @ Mimi Ismail (K) Menyediakan jadual bertugas sebagai Imam dan
Ust. Mohd Tarmizi Haron bilal bagi setiap waktu solat
Murid Bukan Beragama Islam
Pn. Chin Mee Na (K)
Memastikan peserta bukan Islam mengamalkan
ajaran agama masing-masing atau mengadakan
aktiviti Moral
17. Peralatan Mengenal pasti alat-alat yang diperlukan sepanjang
En. Hassan Abd. Hamid (K) perkhemahan
En. Jimru Sangin Memastikan peralatan mencukupi untuk setiap
pertandingan / aktiviti
Menyelenggara tempat mandi murid lelaki &
perempuan
Menyediakan peralatan sistem siaraya sepanjang
perkhemahan berlangsung
(laptop, mikrofon, amplifier, hailer)
Persiapan majlis perasmian penutupan
18. Bacaan Doa Membaca doa sebelum dan selepas kem
Ust. Mohd Tarmizi Haron (K) Menyediakan teks doa majlis perasmian penutupan
untuk wakil peserta.
Murid:
Puteri Islam
Pn. Hjh. Normaziah bt
Muhammad (K)
& semua GP Puteri Islam
Pengakap
Pn. Siti Rozianah Abd Rahman
(K)*
& semua GP Pengakap
Masa Tentatif
NyanyianLagu
- Negaraku
Sabah Tanah Airku
- BacaanDoa
- Penyampaian Hadiah
- Kraf Perkhemahan
- Pertandingan Kawad
- Pertandingan Masakan Solar
- Pertandingan Memasak
- Malam Kebudayaan
- Unit Terbaik
- Peserta Terbaik (Perempuan)
- Peserta Terbaik (Lelaki)
- Nyanyian Lagu
Lagu Sekolah
Lagu Aku Negaraku
- Tayangan Multimedia
- Bersurai