Anda di halaman 1dari 5

Pengerusi Kelab Rakan Akua KDRI,

Institut Pendidikan Guru (IPG),


Kampus Dato’ Razali Ismail,
21030, Kuala Nerus,
Terengganu.

Pengarah
Jabatan Pengairan dan Saliran Terengganu,
Tingkat 6, Wisma Negeri,
20626, Kuala Terengganu,
Terengganu. 16 MAC 2019

Tuan,

PERASMIAN PROGRAM ‘AQUA DAY KDRI” DI IPGKDRI

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2. Sukacita saya maklumkan bahawa Kelab Rakan Akua KDRI menjemput Tuan Pengarah Jabatan
Pengairan dan Saliran Terengganu untuk menyempurnakan Majlis Pelancaran Program Aqua Day KDRI yang
akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 7 April 2019

Masa : 8.00 pagi

Tempat : Dewan Al-Farabi, IPG Kampus Dato Razali Ismail

3. Untuk pengetahuan pihak tuan, program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada siswa
tentang tanggungjawab yang dipikul sebagai seseorang individu untuk menggunakan air secara berhemah dan
memberi kesedaran tentang kepentingan melestarikan sumber air.

4. Selain itu, pihak kami juga ingin menjemput pihak Jabatan Pengairan dan Saliran Terengganu untuk
mengadakan pameran berkaitan pelestarian air dan juga menjadi salah satu panel dalam forum yang bertajuk
“Isu Pencemaran Air, Salah Siapa?”.

5. Bersama-sama surat ini, kami lampirkan tentatif program dan aturcara setiap majlis yang bakal diadakan
untuk makluman pihak tuan. (Sila rujuk Lampiran A dan Lampiran B)

6. Sehubungan dengan itu, besarlah harapan kami agar pihak tuan dapat meluangkan masa untuk
menyempurnakan program ini.
Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

____________________

(NURLIYANA INSYIRAH BINTI MOHD GHAZALI)

Pengerusi,
Kelab Rakan Akua KDRI,
IPG Kampus Dato Razali Ismail,
21030, Kuala Nerus,
Terengganu.
LAMPIRAN B

ATUR CARA MAJLIS PELANCARAN

PROGRAM AQUA DAY KDRI

IPG KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL (IPGKDRI) 2019


______________________________________________________________
TARIKH : 7 APRIL 2019
HARI : KHAMIS

MASA : 8.00 PAGI


TEMPAT : DEWAN AL-FARABI, IPGKDRI
DIRASMIKAN OLEH : PENGARAH JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN TERENGGANU

8.00 pagi : Ketibaan para pensyarah dan pelajar


8.15 pagi : Ketibaan Pengarah JPS, Pengarah IPGKDRI, Pensyarah Penasihat
Kelab Rakan Akua KDRI dan Pengerusi Kelab Rakan Akua KDRI dan
tetamu-tetamu jemputan yang lain

: Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Selamat Sultan


: Ucapan pengacara majlis
: Bacaan Doa
: Ucapan alu-aluan- Pensyarah Penasihat & Pengarah IPGKDRI
: Ucapan Perasmian –Pengarah JPS

: Gimik Pelancaran
: Bersurai

10.00 : Makan Pagi


LAMPIRAN A

TENTATIF PROGRAM
AQUA DAY KDRI: PELESTARIAN AIR IPGKDRI

TARIKH: 7 APRIL 2019

Tengah Petang
TARIKH
Pagi hari

12.30
8.00 9.00 10.00 10.30 2.00 3.30 4.30
Majlis Majlis Rehat Gotong-royong Makan, Forum “ Isu Majis Bersurai
pelancaran pelancaran pembersihan rehat & Pencemaran Air, penutup
“Aqua Day penubuhan sekitar IPGKDRI solat Salah Siapa?” Aqua
07.04.2019 KDRI” oleh Kelab dan pembasmian zohor oleh panel dari Day
(Ahad) Pengarah Rakan tempat JPS dan SATU KDRI
JPS Akua KDRI pembiakan aedes.
Pameran
ATUR CARA MAJLIS PENUTUP

PROGRAM AQUA DAY KDRI

IPG KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL (IPGKDRI) 2019


______________________________________________________________
TARIKH : 7 APRIL 2019
HARI : KHAMIS

MASA : 3.30 PETANG


TEMPAT : DEWAN AL-FARABI, IPGKDRI

3.30 petang : Ketibaan para pensyarah dan pelajar


3.15 petang : Ketibaan Pengarah JPS, Pengarah IPGKDRI, Pensyarah Penasihat
Kelab Rakan Akua KDRI dan Pengerusi Kelab Rakan Akua KDRI dan
tetamu-tetamu jemputan yang lain

: Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Selamat Sultan


: Ucapan pengacara majlis
: Bacaan Doa
: Ucapan penutup- Pengarah IPGKDRI & Pengerusi Rakan Akua KDRI

: Persembahan (Puisi Tari Bertemakan Air oleh Kelab Kebudayaan


KDRI)

: Penyerahan hamper kepada pemenang (Fotografi Terbaik Aqua Day


KDRI)

: Penyerahan sijil kepada ahli kelab Rakan Akua KDRI

: Penyampaian Cenderamata kepada pihak JPS, SATU dan KKM.

4.30 petang : Bersurai

Anda mungkin juga menyukai