Anda di halaman 1dari 5

7/18/2019 Surat Kiriman Rasmi Contoh Dan Format - Permohonan.

my

Home › SEKOLAH › Surat Kiriman Ra…

SEKOLAH

Surat Kiriman Rasmi Contoh Dan Format


Contoh Dan Format Surat Kiriman Rasmi. Bagaimana cara membuat surat rasmi?
Berikut dikongsikan contoh surat kiriman rasmi beserta format buat panduan mereka
yang memerlukannya termasuk ibu bapa dan pelajar. Surat merupakan satu
instrumen komunikasi konvensional yang masih digunakan secara meluas di Malaysia
terutama surat kiriman rasmi. Namun kecanggihan teknologi menyebabkan penulisan
surat telah secara beransur digantikan dengan applikasi atas talian atau online untuk
beberapa urusan rasmi.

Surat rasmi dikarang untuk kegunaan pelbagai tujuan seperti surat permohonan
pekerjaan, mohon rayuan dan makluman perkara. Dokumen bertulis ini dilihat bukan
sahaja sekadar instrumen penyampaian khabar ataupun berita. Ianya juga bertindak
sebagai dokumen bertulis yang digunakan dalam membuat perjanjian, transaksi
maklumat dan sebagainya. Surat merupakan satu elemen dalam memastikan urusan
pentadbiran yang efektif dan efisien. Oleh itu, surat perlu di buat dan dikelolakan
dengan cermat serta mematuhi format rasmi.

Contoh Surat Kiriman Rasmi Beserta Format Penulisan

Umum sedia maklum, surat rasmi adalah satu karangan yang berformat dan ditulis
dalam urusan rasmi sahaja. Tujuan penulisan surat rasmi adalah untuk :-

1. Surat permohonan : Memohon pekerjaan, bantuan, lawatan sambil belajar


2. Aduan dan bantahan : Kerosakkan jalan, pencemaran
3. Surat pesanan : Memesan buku cerita , uniform sekolah
4. Surat rayuan : Rayuan kemasukan kolej vokasional, derma dan bantuan
kewangan
5. Makluman tidak hadir ke sekolah
6. Surat Jemputan : jemputan sebagai penceramah

https://www.permohonan.my/surat-kiriman-rasmi-contoh-dan-format/ 1/5
7/18/2019 Surat Kiriman Rasmi Contoh Dan Format - Permohonan.my
A. Teknik Penulisan Surat Kiriman Rasmi

Untuk menulis surat rasmi, anda perlu mengikut teknik penulisan yang betuk seperti
berikut :-

1. Elakkan kesalahan ejaan


2. Menggunakan ejaan dan tanda baca dengan betul : huruf besar, huruf kecil,
koma, noktah dan sebagainya
3. Gunakan bahasa yang mudah, tepat dan padat
4. Elakkan bahasa kiasan dan unkapan peribahasa.

B. Format Penulisan Surat Kiriman Rasmi

Surat rasmi adalah bersifat formal dan ditulis untuk kepentingan umum. Ianya
mempunyai format yang berbeza dengan surat kiriman tidak rasmi. Untuk
menghasilkan surat rasmi yang betul, anda perlu mematuhi format penulisan surat
seperti berikut :-

i) Alamat, Tarikh Dan Perkara

Alamat pengirim : Letakkan di sudut kiri surat


Garisan melintang : Selepas alamat pengirim
Alamat penerima : Gariskan baris akhir alamat (negeri penerima)
Tarikh : Diletakkan di sebelah kanan surat iaitu sebaris dengan baris akhir alamat
penerima.
Panggilan hormat / gelaran penerima : Perlu diletak tanda koma dihujungnya.
Tajuk atau Perkara : Gariskan dan gunakan huruf besar pada setiap perkataan
tanpa noktah di hujungnya.

ii) Isi Surat

Perenggan pertama : Ditulis dari tepi surat dan tidak bernombor.


Para Perenggan kedua dan seterusnya : Diletakkan nombor (contoh: 2. )
Perenggan penutup : Ditulis dari tepi surat dan tidak bernombor.
Pengakuan dan tanda tangan pengirim : Diletakkan di sudut kiri bawah surat.
Nama pengirim : Gunakan huruf besar iaitu dalam kurungan.
Jawatan pengirim – selepas nama pengirim.

C. Contoh Surat Kiriman Rasmi

Berikut dikongsikan 2 contoh surat rasmi buat panduan mereka yang ingin membuat
satu karangan surat rasmi untuk tujuan tertentu.

Persatuan Pengakap,
Sekolah Kebangsaan Taman Sutera,

80150 Johor Bahru,

Johor Darul Takzim


__________________________________________________________

Tuan Guru Besar,


Sekolah Kebangsaan Taman Sutera,
80150 Johor Bahru,

https://www.permohonan.my/surat-kiriman-rasmi-contoh-dan-format/ 2/5
7/18/2019 Surat Kiriman Rasmi Contoh Dan Format - Permohonan.my

Johor. 05 Mei
2017

Tuan,

Memohon Mengadakan Perkhemahan Tahunan Pengakap

Berhubung perkara di atas, Saya Muhammad bin Abu Bakar, Setiausaha Pasukan
Pengakap Sekolah Kebangsaan Taman Sutera ingin memohon untuk mengadakan
Perkhemahan Tahunan Pasukan Pengakap.

2. Untuk makluman pihak tuan, Ahli Jawatankuasa Persatuan Pengakap sekolah telah
merancang untuk mengadakan aktiviti perkhemahan tahunan. Butir-butir
perkhemahan adalah seperti ketetapan berikut ;

Tarikh : 6 Jun hingga 9 Jun 2017

Tempat : Padang Sekolah

Peserta : 45 orang ahli pengakap

3. Tujuan perkhemahan ini diadakan adalah sebagai aktiviti tahunan pertubuhan ini.
Selain itu, perkhemahan ini diadakan untuk memberikan pengalaman di samping
dapat memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan murid seperti berdisiplin,
bekerjasama, berdikari dan sebagainya.

4. Kami berharap pihak tuan dapat menimbang permohonan ini. Kami juga berharap
pihak tuan dapat memberi maklum balas secepat mungkin agar kami dapat membuat
persediaan awal. Sekiranya tarikh yang kami cadangkan itu tidak bersesuaian, maka
pihak tuan bolehlah mencadangkan tarikh yang lain.

Kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai dan kami dahului dengan ucapan
ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

Muhammad
…………………………………
(MUHAMMAD BIIN ABU BAKAR)
Setiausaha Persatuan Pengakap
Sekolah Kebangsaan Taman Sutera.

Contoh Surat Kiriman Rasmi No 2

Persatuan Matematik,
Sekolah Kebangsaan Taman Perling,
Persisiran Perling 1

81200 Johor Bahru,


Johor Darul Takzim.

__________________________________________________________

https://www.permohonan.my/surat-kiriman-rasmi-contoh-dan-format/ 3/5
7/18/2019 Surat Kiriman Rasmi Contoh Dan Format - Permohonan.my

Tuan Pengarah,
Yeo Hiap Seng (M) Berhad,
6 Miles Jalan Kota Tinggi,
Pandan, 81100, Johor Bahru,
Johor 21 APRIL
2017

Tuan,

Memohon Kebenaran Untuk Melawat Kilang

Persatuan Matematik dari Sekolah Kebangsaan Taman Perling ingin memohon


kebenaran pihak tuan untuk mengadakan satu lawatan sambil belajar ke kilang tuan.

2. Kami mendapati kilang tuan merupakan kilang yang terbesar dan dilengkapi
jentera-jentera yang tercanggih. Kami tertarik untuk mengetahui proses menghasilkan
pelbagai produk makanan dan minuman. Kami juga ingin mengetahui tentang proses
pemasaran produk itu.

3. Kami bercadang mengadakan lawatan ke kilang tuan pada 15 Mei 2017.


Rombongan kami terdiri daripada tiga puluh orang murid dan tiga orang guru. Kami
dijangka tiba ke kilang tuan kira-kira pukul 11.00 pagi dengan sebuah bas sekolah.

4. Sekiranya tarikh tersebut tidak sesuai, sila hubungi kami supaya kami dapat
menukar tarikh yang lebih sesuai secepat mungkin. Kami berharap agar mendapat
keizinan daripada pihak tuan. Kerjasama daripada pihak tuan amat dialu-alukan.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

Ahmad

(AHMAD BIN ABDULLAH)


Setiausaha,
Persatuan Matematik,
SK Taman Perling.

Semoga perkongsian Contoh dan format Surat Rasmi boleh dijadikan buat anda
dalam membuat surat bertulis untuk tujuan rasmi. Gunakan teknik yang dikongsikan
agar surat rasmi anda dapat menarik perhatian penerima surat.

#CARA #CONTOH #PELAJAR

https://www.permohonan.my/surat-kiriman-rasmi-contoh-dan-format/ 4/5
7/18/2019 Surat Kiriman Rasmi Contoh Dan Format - Permohonan.my

https://www.permohonan.my/surat-kiriman-rasmi-contoh-dan-format/ 5/5

Anda mungkin juga menyukai