Anda di halaman 1dari 41

PENCERAKINAN MAKLUMAT

LINGUISTIK DALAM KAMUS


MELAYU-INDONESIA
Ibrahim Ahmad

Abstrak
Artikel ini memaparkan pencerakinan maklwnat linguistik d~lam kamus
Melayu-Indonesia. Pendekatan deskriptif perbandingan telah digunakan
untuk menelusuri titik persamaan dan perbezaan pencerakinan maklwnat
linguistik dalam kamus Melayu-Indonesia. Fokus artikel tertumpu
kepada penggarapan beberapa unsur dalam disiplin linguistik mengikut
pandangan beberapa orang tokoh metaleksikografi seperti R.R.K.
Hartmann, F.J. Hausmann dan F.E. Wiegand. Maklwnat linguistik yang
terkandung di dalam kamus meliputi maklwnat diakronik (etimologi),
sinkronik (ejaan, sebutan, nahu), definisi, paradigmatik (sinonirn,
homonim, antonim), sintagmatik (contoh ayat), dan diasistematik (la-
bel penggunaan). Antara kamus Melayu-Indonesia yang telah dipilih
sebagai narasumber kajian termasuklahKamus Dewan danKamus Besar
Bahasa Indonesia. Artikel ini dapat menampilkan beberapa dapatan
penting yang mencetuskan ketidakseragaman dan kerancuan dalam
kamus-kamus Melayu-Indonesia. Semua ini mengacu kepada usaha
memberikan input kepada dunia perkamusan Melayu-Indonesia.

Abstract
This article is to demonstrate the treatment of linguistics information
in Malay-Indonesian dictionaries. Descriptive comparative approach
have been used to identifY the similarities and differences in the treat-
ment oflinguistics information in Malay-Indonesian dictionaries. This
article focused on the treatment of certain elements in linguistics dis-
cipline from the view of several prominent metalexicographers such
as R.R.K. Hartmann, FJ. Hausmann and FE. Wiegand. Linguistics
information in the dictionaries includes diachronic information (ety-
mology), synchronic information (spelling, pronunciation, grammar),
definition, paradigmatic information (synonyms, antonyms, ham-

752
PENCERAKINAN MAKLUMAT LINGUISTIK DALAM KAMUS MELAYU-INDONESIA

onyms), syntagmatic information (usage examples), diasystematic in-


formation. Several dictionaries have been selected including Kamus
Dewan and Kamus Besar Bahasa Indonesia. This article reveals some
findings that create certain irregularities and dissimilarities in the
Malay-Indonesian dictionaries. Hence several inputs have been put
forward for the benefit of the Malay-Indonesian dictionaries.

PENDAHULUAN
Bidang perkamusan berkembang sewaktu disiplin linguistik mula bertunas.
Sejak bermulanya tradisi tulisan, penyusunan kamus menjadi agenda penting
dalam pembinaan tamadun awal. Hanya pada abad ke-19 baru lahir kajian
bahasa secara ilmiah di dunia Barat, fakta-fakta mengenai bahasa diselidiki
dengan teliti dan objektif (John Lyons, 1968:23). Sesungguhnya, kamus
boleh disusun oleh seseorang yang bukan ahli bahasa; tetapi ini tidak
bermakna tidak ada pengetahuan linguistik yang diterapkan di dalam kamus.
Semua kamus, secara tegasnya mengamalkan dan memindahkan beberapa
petunjuk bahasa, walaupun tanpa disedari oleh ahli leksikografi tersebut.
Mengikut Quemada (dalam Bejoint, 2000: 173), setiap kerja leksikografi
memancarkan teori linguistik apabila penyusunnya secara sedar atau tidak
telah mengaplikasikannya.
Sungguhpun ahli linguistik moden telah mencapai kejayaan dalam
kajian saintifik tentang bahasa, ahli leksikografi kurang memanfaatkan
penemuan linguistik tersebut dalam kerja penyusunan kamus. Pencantuman
antara bidang linguistik dengan bidang leksikografi masih belum 'solem-
nized, let alone consummated' (II son, 1985: 162). Ahli bahasa cenderung
berfikir bahawa ahli leksikografi ialah orang yang meraba-raba dalam lautan
kata tanpa mempunyai gambaran yang jelas tentang bentuk keseluruhan
lautan kata tersebut (ibid. : 162).
Dilema ahli leksikografi untuk menerapkan teori linguistik dengan
amalan penyusunan kamus telah digambarkan oleh tokoh-tokoh metalek-
sikografi seperti yang berikut:
1. Sejak sekian lama, bidang leksikografi terpinggir dalam wacana ke-
ilmuan. Kamus berkembang dipandu oleh kesantaian dan konvensi serta
selalunya bersifat komersial daripada bersifat mementingkan pen-
capaian kesarjanaan. Ahli leksikografi tidak berusaha secara jujur untuk
membiasakan diri dengan teori linguistik dan mengaplikasikannya di
dalam kamus.

753
IBRAHIM AHMAD

2. Ahli linguistik moden pada peringkat awal mengabaikan bidang


leksikon. Aliran Bloomfield melihat leksikon (kamus) sebagai 'appen-
dix ofgrammar, a list of basic irregularities' (1933:274).
3. Sungguhpun ahli leksikografi bersedia untuk memuatkan prinsip
linguistik dalam kerja, mereka menghadapi dua masalah:
a. Sepanjang satu alaf disaksikan kemunculan beberapa aliran
linguistik seperti transformasi generatif, tagmemik, stuktural, dan
sebagainya. Dalam dekad mutakhir ini, muncul pula teori prototaip
(makna tidak dicerap dalam fitur tertentu tetapi secara menyeluruh
sebagai suatu bentuk seperti yang tergambar dalam teori Gestalt).
Ahli leksikografi mendapati agak sukar untuk mengaplikasikan
beberapa teori linguistik yang cepat berkembang kerana situasi
penyusunan kamus merupakan suatu proses yang panjang atau
suatu tradisi yang dibina sedikit demi sedikit.
b. Biarpun dengan satu aliran linguistik, ahli linguistik yang berbeza
menangani masalah yang sama secara berbeza, misalnya kritikan
ahli leksikografi tradisional berhubung dengan kelas kata. Ada
yang menyenaraikan enam kelas kata, dan ada yang menyenaraikan
19 kelas kata. Dalam keadaan ini, ahli leksikografi berada dalam
keadaan yang sukar dan hanya mampu mengambil sikap kesantaian
dan konvensi (A.M.Kasimi, 1977:3-5).

Waiau bagaimanapun, senario ini telah berubah sejak dua dekad


belakangan ini. Para penerbit mula merujuk ahli bahasa untuk men-
dapatkan nasihat dan maklumat. Para ahli leksikografi mula berminat
dengan teori linguistik. Mereka mula menyedari bahawa bidang
linguistik boleh memainkan peranan penting dalam usaha penyusunan
kamus. Pengabaian bidang leksikografi oleh ahli bahasa terlerai apabila
sekumpulan ahli bahasa dan ahli leksikografi bertemu dalam satu
persidangan di Universiti Indiana pada 1960. Sejak itu, wujud kerja-
sama yang erat antara bidang leksikografi dengan linguistik
(Doroszewski, 1973:35). Ini diikuti dengan persidangan lain di Exeter
pada 1979. Kemudian muncul ahli bahasa terkenal seperti William
Labov, Uriel Weinrich, Dwight Bolinger, Randolph Quirk, dan Anna
Wierzbicka yang menulis tentang kamus. Sesetengah daripada ahli
bahasa juga terlibat dalam penyusunan kamus seperti David Crystal,
John Sinclair, dan Igor Mel 'Cuk. Terdapatjuga ahli leksikografi yang
menjadi ahli metaleksikografi a tau ahli bahasa seperti Patrick Hanks,

754
PENCERAKlNAN MAKLUMAT LINGU ISTIK DALAM KAM US MELAYU-INDONESIA

Robert Ilson, Sidney Landau, R .R.K. Hartmann, Anthony Cowie, dan


Rosamund Moon.
Dalam konteks dunia leksikografi Melayu, minat dan sumbangan yang
ditunjuk.kan oleh ahli linguistik bermula sekitar 1970-an. Antara tokoh
bahasa yang aktif menulis dan memperkatakan dunia leksikogafi Melayu
ialah Asmah Haji Omar dan Abdullah Hassan. Beberapa makalah tentang
perkamusan telah dihasilkan dan menjadi rujukan penting untuk para ahli
leksikografi dan ahli metaleksikografi Melayu. Di Indonesia, Harimurti
Kridalaksana dan Anton Moliono banyak menyorot tentang tradisi
penyusunan kamus dan pembinaan leksikon Indonesia. Pertemuan pertama
yang menghimpunkan ahli linguistik dan pengamal kamus Melayu adalah
dalam Seminar Perkamusan Melayu yang diadakan pada 20- 21 Disember
1994. Pertemuan tersebut telah rnencetuskan revolusi baru dalam dunia
leksikografi Melayu. Bidang leksikografi mula mendapat tempat sebagai
suatu wacana penting dalam dunia keilmuan Melayu dan mula diajarkan
sebagai satu subjek elektif di peringkat sarjana muda dan sarjana. Hatta,
sudah wujud institusi tertentu seperti Pusat Leksikologi dan Leksikografi
di Universitas Indonesia. Senario ini menjanjikan harapan yang lebih
gemilang dalam dunia leksikografi Melayu/lndonesia.

Kerangka Teori
Sebagai wadah kosa kata sesuatu bahasa, kamus harus memuatkan seluruh
maklumat sama ada maklumat mikro mahupun maklumat makro bagi
memenuhi fungsinya sebagai rujukan utama kosa kata. Semua jenis
pembuktian linguistik terhidang kepada pekamus, termasuklah introspeksi
dan diskusi, dapatan soal selidik dan sedutan korpus (sama ada dalam kad
secara manual atau melalui pangkalan data berkomputer).
Maklumat linguistik merupakan istilah kolektif untuk kategori maklu-
mat yang dipersembahkan oleh penyusun kamus dan diruj uk oleh pengguna
berasaskan bahasa. Jenis maklumat linguistik dalam entri mungkin berupa
maklumat diakronik (etimologi), ortografi (ejaan), fonologi , nahu (kelas
kata), semantik (definisi), dan maklumat pragmatik (label penggunaan).
Agihan, julat, status dan kualiti maklumat linguistik yang termasuk dalam
karya rujukan berubah-ubah dan berbeza-beza mengikut masyarakat penutur
dan budayanya.
Dalam kerangka maklumat linguistik mengikut paradigma kategori
maklumat kamus, kedudukannya adalah seperti yang berikut:

755
IBRAHIM AHMAD

Kategori Contoh

-Diakronik Etimologi
-Sinkronik Ejaan, Sebutan,
Nahu
Maklumat
Linguistik -Pemerian Definisi, Sinonim
-Diasistematik Label
Penggunaan
-Ilustratif Ayat, Kolokasi

Maklumat -Grafik Gambar rajah


Piktorial Lukisan
Kategori
Maklumat -Personal Nama, Eponim
Kamus
Maklumat -Geografi Toponim
Onomastik -Dan lain-lain

Maklumat -Deskriptif Tatanama


Ensiklopedik -Fakta Klasifikasi,
Peristiwa
-Penomboran Statistik

Maklumat lain -Nota


-Rujuk Silang
1-Dan lain-lain

(Hartmann & James, 1998:74)

Terdapat lima maklumat penting yang disenaraikan oleh Hartmann


sebagai kategori maklumat kamus, iaitu maklumat linguistik, maklumat
piktorial, maklumat onomastik, maklumat ensiklopedik, dan maklumat lain.
Maklumat linguistik termasuk sebagai suatu juzuk dalam kategori maklumat
kamus. Waiau bagaimanapun, kerangka Hartmann tentang kategori
maklumat kamus banyak berasaskan kerangka jenis maklumat dalam
struktur mikrokamus oleh Hausmann & Wiegand (1989:343).

756
PENCERAKINAN MAKLUMAT LINGUISTIK DALAM KAMUS MELAYU-INOONESIA

identifikasi sinkronik -ejaan


-lafaz
I .. -kelas kata
-fleksi
-aspek

-identifikasi diakronik - - - • - etimologi

-label diasistematik

-maklumat pemerian -definisi


-deskripsi linguistik
-deskripsi ensiklopedik

-maklumat sintagmatik -binaan


I ..
-kolokasi
-contoh
-petikan

-maklumat paradigmatik -sinonimi


-antonimi
-homonimi
. -analogi
-paronimi
-pembentukan kata

-maklumat semantik lain

-nota (nota pengguna)

-ilustrasi bergambar
Jenis
Maklumat [Subjek Kamus]
dalam
Struktur -peranti arahan
-rujuk silang (mediostruktur)
-representasi simbol
[bentuk kamus & subjek kamus]

Hausmann & Wiegand (1989:343)

757
IBRAHIM AHMAD

Maklumat yang terkandung dalam struktur mikrokamus yang digariskan


oleh Hausmann & Wiegand dilihat agak komprehensif meliputi maklumat
sinkronik, maklumat diakronik, maklumat label diasistematik, maklumat
pemerian, maklumat paradigmatik, maklumat sintagmatik, maklumat
semantik lain, nota pengguna, dan ilustrasi bergambar. Sebahagian besar
pola yang termasuk dalamjenis maklumat struktur mikro ini mencorakkan
kategori maklumat linguistik.
Untuk memaparkan pencerakinan maklumat linguistik dalam kamus,
beberapa buah kamus telah dipilih. Antaranya termasuklah Kamus Dewan
Edisi Ketiga (KD) dan Kamus Besar Bahasa Indonesia Edisi Ketiga (KBBI)
yangmenjadi sumberrujukan paling autoritatif, dan metabahasanya bersifat
umum yang ditujukan untuk penutur asli bahasa Melayu.

Pencerakinan Maklumat Linguistik dalam Kamus


Sebagai wadah (repository) sesuatu bahasa, kamus mencakup apa-apa
sahaja maklumat linguistik yang merentas pelbagai disiplin ilmu. Ini
meliputi semantik, nahu, pragmatik, sebutan, ejaan, dan sebagainya.
Urdang ( 1963: 5 94) mengakui peri pentingnya teori linguistik kepada
ahli leksikografi, tetapi mengingatkan bahawa 'lexicography in prac-
tice is a form of applied linguistics and, although more theoreticians
would be a welcome addition to the field, they must remember that theo-
ries should be interpretable above all in term of practicality.' Ini
bermakna, kepraktisan dalam kerja-kerja perkamusan banyak bergantung
pada keterampilan penyusunnya. Seseorang penyusun kamus bukan
sahaja perlu mantap dari segi pengetahuan ilmu linguistiknya, malah
mempunyai kreativiti dan bersifat inovatif dalam mengolah kerjanya
secara sistematik.

1.0 Maklumat Diakronik


Fitur penggunaan yang dihubungkan dengan kata atau frasa berdasarkan
tempoh waktu tertentu dalam sejarah sesuatu bahasa. Maklumat sedemikian
ditandai di dalam kamus melalui label penggunaan secara skala kronologi
daripada 'arkaik' atau 'usang' dan seterusnya 'kontemporari' serta 'terkini'
(Hartmann & James, 1998:38). Namun, yang menjadi tumpuan dalam
maklumat diakronik di dalam kamus ialah unsur etimologi. Maklumat
etimologi merupakan salah satu kategori maklumat linguistik yang
dipersembahkan oleh pekamus dan dirujuk oleh pengguna kamus.

758
PENCERAKINAN MAKLUMAT UNGUISTIK DALAM KAMUS MELAYU-INOONESIA

Etimologi
Maklumat etimologi amatlah penting kerana seseorang tidak dapat meng-
gunakan sesuatu kata secara berkesan tanpa mengetahui asal usulnya. Seperti
yang dinyatakan dalam Webster's New World Dictionary (1970), "etimology
has been made a strongfeature ofthis dictionary because it is believed that
insight into the current usage ofa word can be gained from full knowledge
of the word history and that a better understanding of language generally
can be achieved from knowing how word are related to other word in En-
glish and to word in other Inda-European languages". Di Britain, kamus
terawal yang memuatkan maklumat etimologi ialah Nathanniel Bailey: A
Universal Etymological English Dictionary pada 1721. Kamus ini dianggap
yang pertama menangani etimologi secara serius.
Berg ( 1991: 19) berpendapat bahawa etimologi mungkin mengandungi
beberapa elemen maklumat tentang kata entri, antaranya:
a. asal usul atau derivasi.
b. huraian atau komentar tentang bentuk varian.
c. huraian tentang asal usul fonetik.
d. padanan atau persamaan pada bentuk kata sesuatu bahasa lain atau
apa-apa yang termasuk dalam bahasa lain.
e. fakta pelbagai yang berhubungan dengan dunia sejarah, peng-
gunaan, sebutan, dan sebagainya.
f. rujuk silang pada komponen lain pada entri yang sama (seperti
petikan, makna) atau pada kata entri lain.
g. rujukan pada sumber luaran, terutama pada kamus bahasa asing,
untuk penjelasan sejarah atau perkembangan praketerangan
(anteseden) bentuk kata.

Terdapat tiga tujuan perlunya maklumat etimologi·dimuatkan di dalam


kamus:
a.Untuk menyalurkan maklumat kepada pengguna kamus tentang
sejarah bahasa.
b. Untuk meningkatkan pemahaman sama ada dari segi asal usul
bahasa secara umum atau dalam konteks bahasa ibunda secara
khusus.
c. Kamus merupakan perakam budaya bagi seseorang yang bertutur
dalam bahasanya sendiri, di samping menyediakan bukti kepada
sejarah budaya tersebut dan hubungannya dengan yang lain
(Drysdale, 1989:527).

759
IBRAHIM AHMAD

Entri etimologi berkemungkinan mengandungi apa-apa sahaja, daripada


suatu kenyataan ringkas sumber terdekat kepada esei yang kompleks,
menelusuri sejarah sesuatu kata daripada bentuk asalnya dalam sesuatu
bahasa melalui langkah pertengahan, dan kognat signifikan kepada asal
usul terakhimya. Collins English Dictionary (1994) menggarap maklumat
etimologi seperti yang berikut:
0
pencil (pens l) ... [C14: from Old French pincel, from Latinpenicillus
painter's brush, frompeniculus a little tail, from penis tail]
Begitu juga dengan Oxford Dictionary of English (2003) yang
menerapkan unsur etimologi dalam entri expire:
expire ORIGIN late Middle English.from old French expirerfrom Latin
exspirare 'breathe out' from ex- 'out' + spirare 'breathe'
Dalam perkamusan Melayu, ada percubaan untuk menerapkan
maklumat etimologi, terutama dalam kamus khusus seperti Kamus Etimologi
Bahasa Indonesia (1987) susunan Sri Sukesi Adiwinarta dan Kamus
Etimo/ogi Bahasa Melayu (1997) susunan Chong Mun Wah. Untuk kamus
umum, sehingga kini belum ada satu pun kamus yang menerapkan maklumat
etimologi. Yang ada, sekadar maklumat sumber asal usul sesuatu kata Kamus
Dewan dan Kamus Besar Bahasa Indonesia yang merupakan dua buah kamus
paling autoritatif sehingga kini, hanya memuatkan maklumat sumber sesuatu
kata dengan label kependekan tertentu, misalnya dalam Kamus Dewan
digunakan label Ar, lg, Port, Lat, dan sebagainya. Begitu juga dalam Kamus
Besar Bahasa Indonesia yang hanya memuatkan sumber kata itu berasal
dengan label kependekan lg, Bid, Cn, It, Jp, Lt, Yn. Ini bermakna, label
kependekan ini tidak menunjukkan sejarah asal usul kata tersebut.

2.0 Maklumat Sinkronik


Maklumat sinkronik merujuk bahasa kontemporari. Menurut Hausmann &
Wiegand (1989:341 ), maklumat sinkronik diperlukan untuk mengenal pasti
bentuk lema dan paradigma morfologinya. Dalam kajian ini, skop maklumat
sinkronik merujuk ejaan, sebutan, kelas kata, dan pembentukan kata.

Ejaan
Maklumat ejaan amat penting dalam mengatur keseluruhan entri sebuah
kamus. Ejaan merupakan asas pembentukan maklumat ortografi yang
dipersembahkan oleh pekamus dan dirujuk oleh pengguna kamus. Ini
termasuklah beberapa prinsip sistem tulisan itu diasaskan (sama ada huruf

760
PENCERAKINAN MAKLUMAT LINGUISTIK DALAM KAMUS MELAYU-INDONESIA

atau aksara), dan cara penggunaannya untuk membentuk struktur mak:ro


sesuatu karya rujukan.
Usaha pertama menulis ejaan bahasa Melayu dalam huruf rumi dimula-
kan oleh Marsden pada 1812 melalui bukunya, A Grammar ofthe Malayan
Language. Ini kemudian diikuti dengan ejaan Shellabear pada 1901
berasaskan kajiannya, The Evolution of the Malay Spelling. Pada 1902,
dibentuk pula Jawatankuasa Ejaan yang dipengerusikan oleh R.J. Wilkinson.
Sistem ejaan ini kemudian dinamakan Ejaan Wilkinson. Pada zaman
Pendudukan Jepun, dibentuk pula Ejaan Fajar Asia. Sebelum merdeka,
ejaan rasmi ialah Ejaan Sekolah. Ejaan Sekolah telah diubahsuai oleh Za 'ba
menerusi Petua-petua Ejaan Rumi. Huraian secara mendalam sistem ejaan
ini dijelaskan dalam bukunya, Pelita Bahasa Melayu LIL III.
Di Indonesia, sistem ejaan rumi yang awal dibuat oleh Ch. Van
Ophuijsen pada 1901 dengan bantuan Engku Nawawi dan Moehammad
Taib. Ini diikuti Sistem Ejaan Baru Soewandi 1947 yangjuga diberi jolokan
sebagai Ejaan Republik. Pada 1959, Ejaan MALINDO antara Malaysia
dengan Indonesia diperkenalkan. Pada 1972, MABBIM dibentuk dan
memperkenalkan sistem ejaan rumi yang diselaraskan. Di Malaysia, sistem
ejaan ini dikenali sebagai Sistem Ejaan Rumi Baru dan di Indonesia sebagai
Sistem Ejaan yang Disempurnakan. Penyelarasan sistem ejaan ini
dipengaruhi oleh faktor prinsip linguistik, kefleksibelan, dan sentimen
sejarah-agama (Asmah Haji Omar, 1993 :317). Kedua-dua sistem ini diterima
pakai sehingga hari ini dan menjadi landasan penyusunan pelbagai jenis
kamus.
Jika dilihat dari aspek ejaan dalam variasi nasional bahasa Melayu
Malaysia (BMM) dan bahasa Indonesia (BMI), akan terserlah perbezaan
yang ketara, misalnya:

Ejaan BMM dalam KD Ejaan BMI dalam KBBI


ghaib gaib
ghain gain
Ghafar Gafar
ghairah gairah
ghazal gazal
ghulam gulam

Selain itu, terdapat konsep 'ejaan lazim' yang diterima pakai oleh bahasa
Melayu Malaysia dan bahasa Indonesia. Ejaan ini tidak akan dapat
diselaraskan untuk selama-lamanya (Abdullah Hassan, 1989:71). Contoh:

761
IBRAHIM AHMAD

Ejaan BMM dalam KD Ejaan BMI dalam KBBI


bahawa bahwa
cuba coba
erti arti
dakwat dawat

Ejaan BMM dalam KD Ejaan BMI dalam KBBI


kaedah kaidah
kahwin kawin
khuatir khawatir
kerana karena
khabar kabar
rasm1 resmi
wang uang

Seterusnya, bahasa Melayu Malaysia mendapat pengaruh daripada bahasa


lnggeris dan bahasa Melayu Indonesia daripada bahasa Belanda. Latar
-'· yang berbeza ini memberikan kesan kepada
belakang pengaruh bahasa
sistem ejaan masing-masing. Contohnya:

Ejaan dalam KD Ejaan dalam KBBI


ais es
bas bus
eksport ekspor
fakulti fakultas
kelab klub
mod en modem
priori ti prioritas
stesen stasiun
televisyen telivisi
universiti universitas

Sebutan
Penerapan elemen sebutan dalam kamus telah bermula sejak bermulanya
tradisi penyusunan kamus. Kitab al-Ain (791M) susunan al-Khalil ibn
Ahmad al-Farahidi dianggap mempunyai susunan anagramatikal fonetik
(Haywood, 1989:2439). Di Britain, antara kamus terawal dan tersohor yang

762
PENC'ERAKINAN MAKLUMAT L!NG UISTIK DAL.AM KAMUS MELAYU-INDONESIA

memuatkan maklumat sebutan ialah Critical Pronouncing Dictionary of


the English Dictionary ( 1791) oleh John Walker. Walker memuatkan
maklumat sebutan selepas entri, dan membahagikan setiap kata yang
bertanda italik dengan penyukuan serta menempatkan nombor superskrip
pada setiap vokal untuk menyatakan nilainya seperti yang tersebut pada
senarai di awal bukunya.
Dasar umum sebutan baku bagi bahasa Melayu berdasarkan ejaan, iaitu
sebutan menurut perlambangan huruf dan penyukuan kata serta fungsinya
dalam ayat. Dasar sebutan ini disebut juga sebagai sebutan fonemik, iaitu
kata-kata dieja sebagaimana yang diucapkan, dan diucapkan sebagaimana
yang dieja, dan tidak ada huruf yang senyap (K.L. Pike, 1968:57). Hakikat
ini dikongsi bersama dalam bahasa Indonesia yang berpegang teguh pada
konsep sebutan fonemik.
Memandangkan tiadanya transkripsi sebutan kerana sifatnya yang
berasaskan sistem ejaan fonemik, maka hanya tanda pepet dan tanda taling
!el diperlukan untuk membezakan sebutan. Realiti yang berlaku dalam
bahasa Melayu Malaysia dan bahasa Melayu Indonesia memperlihatkan
beberapa kata yang mempunyai tanda taling l e! dalam bahasa Melayu
Malaysia, tidak berlaku dalam bahasa Melayu Indonesia, misalnya:

a. Sebutan kata asli yang mempunyai tanda taling le I .

Kata Sebutan dalam KD Sebutan dalam KBBI


gamelan /gamelan/ Tiada sebutan
sebar /sebar/ Tiada sebutan
wenang /wenang/ Tiada sebutan

b. Sebutan kata serapan asing yang mempunyai tanda taling I e /.

Kata Sebutan dalarn KD Sebutan dalarn KBBI


alergi tiada sebutan /alergi/
elegan /elegan /elegan/
klien tiada sebutan /klien/
koheren /koheren/ /koheren/
label tiada sebutan /label/
legenda /legenda/ /legenda/
sperma tiada sebutan /sperma/

763
IBRAHIM AHMAD

Tatababasa
Tatabahasa ialah cabang linguistik yang berkaitan dengan struktur kata dan
konstituennya (morfologi) serta kesesuaiannya di dalam ayat dan teks
(sintaksis). Tatabahasa juga mengacu kepada keseluruhan sistem sesuatu
bahasa, termasuk fonologi dan semantik. Tatabahasa dan perkamusan
merupakan bahagian yang saling melengkapi dalam keseluruhan deskripsi
sesuatu bahasa.
Jackson (dalam Ilson, 1985:54) berpendapat bahawa terdapat empat
maklumat tatabahasa yang perlu ada dalam entri sesebuah kamus:
1. Maklumat tentang fleksi/infleksi yang dimiliki oleh butir leksikal,
terutama yang tidak dapat dirumuskan daripada kenyataan umum
tatabahasa.
11 . Setiap unsur dalam kamus secara tradisi disediakan dengan label
kelas kata seperti kata nama dan kata adjektif.
111 . Entri kamus dimuatkan dengan maklumat sintaksis, yakni kata kerja
yang ditandai sebagai transitif atau intransitif.
1v. Tatabahasa, terutama sintaksis, maklumatnya dimuatkan secara
implisit dengan tujuan contoh ilustrasi yang mungkin membentuk
sebahagian daripada entri kamus.

Kelas Kata
Kelas kata termasuk dalam komponen tatabahasa yang membentuk ciri
tertentu struktur mikroleksikografi. Kelas kata ialah golongan kata yang
dipadankan mengikut tatabahasa dan fungsi semantiknya. Kelas kata atau
golongan kata dapat dikenal pasti melalui tiga cara, iaitu melalui maknanya,
bentuknya, dan fungsinya. Waiau bagaimanapun, cara mengenal makna,
bentuk, dan fungsi tersebut memerlukan penelitian yang sungguh-sungguh.
Tidak semua warga pengguna bahasa dapat memahami dan mengenal kelas
kata tanpa mendapat jawapan daripada sumber utamanya, iaitu kamus.
Kamuslah yang seharusnya dapat membantu pengguna bahasa mengenal
kelas kata yang menjadi ciri penting pengolahan sesuatu kata masukan.
Hatta, untuk mendalami penguasaan bahasa, terutama dari segi tatabahasa,
mengenal kelas kata itu menjadi suatu perkara dasar.
Sepanjang tradisi perkamusan Melayu, penggarapan kelas kata,
khususnya dalam kamus ekabahasa Melayu, masih berada di titik
persimpangan. Walaupun sudah ada beberapa dapatan dan kajian yang
dilakukan oleh tokoh-tokoh bahasa tempatan, penggarapannya masih tidak

764
PENCERAKINAN MAKLUMAT LINGUJSTIK DALAM KAMUS MELAYU-INDONESJA

dapat dilakukan, termasuklah kamus ekabahasa Dewan Bahasa dan Pustaka.


Sehingga kini, maklumat kelas kata dalam Kamus Dewan terungkap
secara implisit berdasarkan turunan kata yang dijana melalui entri dasamya.
Namun, ketiadaan kelas kata tidak banyak membantu pengguna kamus kerana
ada entri dan subentri yang tidak selaras dengan kata pemula takrif. Yang
signifikan ialah maklumat kelas kata yang mendasari sesuatu kata boleh
berubah setelah mengalami proses pengimbuhan. Malah melalui bukti korpus,
dapat menampilkan beberapa dapatan yang lebih sahih tentang jenis dan
jumlah kelas kata yang sehingga kini tidak disepakati oleh pakar-pakar bahasa.
Setakat ini, kamus ekabahasa di Indonesia sudah mula menerapkan
kelas kata sebagai satu medan maklumat penting di dalam kamus, misalnya
Kamus Besar Bahasa Indonesia mempunyai tujuh kelas kata, iaitu nomina,
adjektiva, adverbia, numerelia, partikel, pronomina dan verba. Di dalam
Kamus Bahasa Indonesia Kontemporer pula, terdapat 14 kelas kata, iaitu
adjektiva, adverbia, artikula, demostrativa, interjeksi, interogativa,
konjungtiva, nomina, numereli, partikel, preposisi, pronomina, verba
intransitif, dan verba transitif.
Di Malaysia, Kamus Pe/ajar Delta (1987) menggunakan 15 kelas kata,
iaitu adjektif, adverba, kata depan, kata ganti, kata kerja transitif, kata kerja
intransitif, kopula, kata majmuk, kata nafi, kata nama, ordinal, kata
penghubung, penjodoh bilangan, kata bantu, dan kata bilangan.

Pentingnya Kelas Kata dalam Penyusunan Kamus


Dari segi pertimbangan leksikografi, kelas kata adalah amat penting untuk
membantu penyusun kamus mengolah sesuatu kata masukan. Kelas kata
ialah angkubah penting yang menentukan kesejajaran antara kata masukan
dengan batasan makna dan huraian yang diberikan. Dalam proses
memerihalkan makna sesuatu kata masukan, pemahaman tentang kategori
kelas kata tersebut sama ada kata nama, kata adjektif, kata kerja, kata tugas
atau sebagainya adalah amat penting, misalnya, jika kelas kata sesuatu kata
entri ialah kata nama, maka huraian makna kata tersebut seharusnya diolah
mengikut pola kata nama. Contohnya:
rumah n bangunan untuk tempat tinggal (KBBI)

Selain itu, apabila kata masukan itu mengalami pengimbuhan, ada


kemungkinan kelas kata tersebut akan berubah daripada kata nama kepada
kata kerja dan sebaliknya, misalnya kategori ke1as kata yang mendasari
sesuatu kata masukan dapat berubah setelah mengalami proses pengimbuhan

765
IBRAHIM AHMAD

seperti yang berlaku dalam entri rumah:


rumah n bangunan untuk tempat tinggal (KBBI)
berumah v mempunyai rumah
berumahkan v menjadikan sebagai rumah
perumahan n kumpulan beberapa buah rumah
serumah n seisi rumah

Kelas kata juga dapat menentukan sama ada sesuatu kata entri berhomonim
atau berpolisemi, misalnya:
KD KBBI
akan I akan adv
2 akan p
bagi 1 bagi p
2 bagi n

Kamus Besar Bahasa Indonesia meletakkan entri akan dan bagi sebagai
kata masukan yang berhomonim, manakala Kamus Dewan meletakkannya
sebagai poliserni. Alasannya, kelas kata partikel (meliputi kata depan, frasa
preposisional, kata sambung, kata sandang, kategori fatis) yang mendasari
entri akan dan bagi mempunyai status yang berbeza daripada kelas kata
adverba dan kata nama. Partikel ialah kata yang tidak dapat diderivasikan
kerana partikel hanya mengandungi makna nahu dan bukannya makna
leksikal (Harimurti, 1993: 155). Pengertian ini menyebabkan entri akan dan
bagi mempunyai kelas kata partikel yang dipisahkan sebagai homonim
dalamKamus Besar Bahasa Indonesia. Namun, penerapan sedemikian agak
tidak konsisten apabila entri untuk, ofeh, dan ten tang yang bertaraf partikel
mempunyai derivasi.

Pembentukan Kata
Pembentukan kata merupakan cabang sains bahasa yang mengkaji sesuatu
pola apabila unit leksikal baharu dibentuk (Marchand, 1969:2). Bagi
Harimurti ( 1998: 13 ), terdapat lapan proses yang terl ibat dalam pembentukan
kata, iaitu:
1. Derivasi sifar (semua kata kecuali 1200 morfem terikat atau
prakategori) seperti juang, temu, embara, kendara. Konsep ini
merupakan proses atau hasil perubahan fungsi atau kelas kata tanpa
apa-apa penambahan.

766
PENCERAKJNAN MAKLUMAT LINGUISTIK DALAM KAMUS MELAYU-INDONESIA

2. Pengimbuhan.
3. Penggandaan.
4. Pemajmukan/Komposisi:
a. majmuk subordinat bebas konteks.
b. majmuk subordinat terikat konteks.
c. majmuk kordinatif.
d. majmuk dengan proleksem.
e. majmuk sintesis.
(majmuk idiomatik, majmuk separa idiomatik, majmuk bukan
idiomatik).
5. Kependekan:
a. singkatan/pemendekan.
b. pangkasan.
c. kontraksi.
d. akronim.
6. Pembentukan terbalik.
Pembentukan kata melalui penerbitan yang bertentangan dengan
pola biasa, misalnya:
mungkir <-pungkir tipis <-nipis
minta<-pinta zakat<-jekat
mohon <-pohon cemburuan <-kemburuan
zalim <-lalim
7. Metanalisis, misalnya:
anjur teranjur- >telanjur- >terlanjur
antar- >terantar->telantar->terlantar
lentang-> telentang- >terlentang
8. Kombinasi proses, misalnya: ketidakadilan.
Proses 1: gramatilisasi leksem tidak dan adil (berasingan)
menjadi kata.
Proses 2: Kombinasi dua kata menjadi frasa tidak adil pada
peringkat sintaksis.
Proses 3: leksikalisasi frasa tidak adil menjadi kombinasi
leksem.
Proses 4: Kombinasi leksem tidak adil pada apitan ke-an
menjadi ketidakadilan.

767
IBRAHIM AHMAD

Di samping itu, kata onomatopia turut menyumbang kepada pembentukan


kata baharu. Bloomfield (dalam Jackson, 2000:44) membahagikannya
kepada imitatif dan simbolik (rima dan aliterasi).
Kata ialah unit terkecil dalam sintaksis tetapi menjadi satuan terbesar
dalam morfologi, ditandai oleh morfem sebagai unit-unit nahuan yang
menjadi unsur bagi sesuatu kata. Kata yang menjadi entri dalam kamus
mempunyai ciri bebas, mempunyai kelas, makna leksikal, bentuk yang utuh
dan berkemungkinan boleh diperluas status katanya. Berdasarkan
Tatabahasa Dewan ( 1996:61 ), bentuk-bentuk yang terhasil daripada proses
pembentukan kata terdiri daripada bentuk kata tunggal, kata terbitan, kata
majmuk dan kata ganda.
Kata tunggal ialah kata yang tidak menerima sebarang imbuhan atau
tidak berkait dengan sebarang morfem yang lain. Kata tunggal terbentuk
daripada beberapa proses seperti proses derivasi sifar/zero (Harimurti,
1989:12).
leksem -> proses morfologi -> kata
leksem tunggal -> derivasi zero-> kata tunggal

Lipka (1992:85) berpendapat bahawa derivasi sifar merupakan proses


yang produktif dalam bahasa kontemporari apabila banyak leksem baharu
dibentuk. Di samping itu, kata tunggal terbentuk melalui proses
pengakroniman, penyingkatan dan penyisipan, serta beberapa gejala lain
seperti aferesis, apokop, sinkop, protetis, metatesis, epentesis, dan
sebagainya (Amdun Husain, 1994; Darwis Harahap, 1995). Kata asli
berubah bentuk menjadi kata tunggal baharu melalui proses penambahan,
penghilangan atau pertukaran huruf di awal, di tengah, atau di belakang
melalui proses aferesis, apokop, sinkop, protetis, epentesis, metatesis,
dan sebagainya. Kata tunggal terdiri daripada ekasuku kata (hak, khat),
dwisuku kata (aku, uda), tiga suku kata (niaga, haluan), dan empat suku
kata atau lebih (keluarga, sederhana). Kata tunggal yang merupakan
morfem bebas ini menjadi kata dasar atau kata masukan utama dalam
kamus. Yang berikut disenaraikan beberapa bentuk kata tunggal dan
statusnya' di dalam kamus.

Status tersebut berupa lema (lem) yan g merupakan kata masukan utama dalam kamus,
sublema (subl.) yang merupakan bahagian turunan kata yang dij ana daripada lema,
prakategori (prak.) yang merupakan morfem dasar yang belum mempunyai kelas, tetapi
mempunyai makna leksikal yang terikat pada imbuhan atau morfem dasar lain, frasa

768
PENCERAKINAN MAKLUMAT LINGUISTIK DALAM KAMUS MELAYU-INDONESIA

Kata Tunggal KD Status KBBI Status

a. ekasuku born lern born lern


born
b. dwisuku dua lern dua lern
dua
c. trisuku rnentua lern rnentua lern
rnentua
d. empat suku keluarga lern keluarga lern
e. akronim NATO lern NATO lamp
Nato
fkependekan DNA lern DNA lamp
DNA
g. aferesis/pang- lip an lern lip an lern
kasan depan
halipan - > lipan
h. hap/ogi begini lern begini lern
bagai ini->begini
i. apokop/pang- bapa lern bapa lern
kasan belakang
bapak-> bapa
j. sinkop baru lern baru lern
baharu ->baru
k. metatesis banteras lern banteras lern
berantas-
-> banteras
/. protetis helang lern helang lern
elang - > helang

entri (f.e) yang merupakan kelompok beberapa kata atau frasa, variasi (var.) yang
merupakan bentuk yang digunakan sebagai pilihan sama ada variasi ejaan atau variasi
leksikal, rujuk silang (r.s) yang merupakan peranti untuk menghubungkan kata dengan
kata lain yang mempunyai keterikatan makna dalam sesebuah kamus, lampiran (lamp.)
yang merupakan maklumat tambahan yang kedudukannya di bahagian belakang teks
kamus.

769
IBRAHIM AHMAD

Kata terbitan pula merupakan bentuk perkataan yang terhasil melalui


pengimbuhan. Proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar
meliputi awalan yang hadir sebelum kata dasar, akhiran sesudah kata dasar,
apitan yang hadir secara mengapit kata dasar, dan sisipan yang hadir di
celah kata dasar. Keempat-empat jenis imbuhan yang diimbuhkan pada
kata dasar ini mempunyai kedudukan penting dalam kamus. Morfem
imbuhan bukan sahaja berfungsi membentuk kata, bahkan juga mengolah
kelas kata. Di sinilah timbulnya konsep turunan kata, urutan kata atau
denvasi dalam kamus.
Kata majmuk dihasilkan melalui proses merangkaikan dua kata dasar
atau lebih yang membawa maksud tertentu serta dibezakan daripada frasa
kerana ketaksisipan oleh unsur di antara unit. Harimurti (1989: 104-105)
berpendapat bahawa paduan kata majmuk dibezakan daripada frasa atas
ciri ketaktersisipan, (buta warna), ketakterluasan, dan ketakterbalikan
(kemas kini). Terdapat tiga bentuk kata majmuk, iaitu yang terdiri daripada
rangkaian kata bebas seperti ambit alih, warga kota, yang berbentuk istilah
seperti batu hara dan yang mendukung makna idiomatik seperti kambing
hitam. Di dalam kamus, kedudukan kata majmuk ada yang diletakkan
sebagai kata masukan utama kerana dieja sebagai satu perkataan atau kerana
menjana kata terbitan. Waiau bagaimanapun, terdapat perbezaan dari segi
ketetapan penentuan kata majmuk dalam entri kamus seperti di dalam Kamus
Dewan dan Kamus Besar Bahasa Indonesia:

Contoh KD Status KBBI Status

kala jengking Kala f.e kalajengking lem


-jengking

kerjasama kerjasama lem kerja f.e


-sama

sapu tangan sapu f.e saputangan


- tangan lem

tanggungjawab tanggungjawab lem tanggung f.e


- jawab

warganegara warganegara lem warga f.e


- negara

770
PENCERAKJNAN MAKLUMAT LINGUISTIK DALAM KAMUS MELAYU-INDONESIA

Kata ganda pula terbentuk melalui proses menggandakan kata dasar


atau morfem dasamya diulang sehingga berlaku perubahan makna nahuan
kepada morfem dasar tersebut. Terdapat lima jenis kata ganda, iaitu kata
ganda penuh, kata ganda semu, kata ganda separa, kata ganda berentak,
kata ganda berimbuhan (awalan, akhiran , apitan, dan sisipan, serta kata
ganda separa berimbuhan) . Kata ganda penuh terhasil dengan menggan-
dakan keseluruhan kata dasar. Kata ganda penuh (buku-buku, baring-baring,
hampir-hampir, sungguh-sungguh) juga diertikan sebagai pengulangan
leksem (Harimurti, 1989:89) . Kata ganda semu terbentuk dengan
menggandakan seluruh kata dasar kerana kata dasamya tidak bermakna
jika tidak digandakan, misalnya kata ganda agar-agar, anai-anai, dan labah-
labah tidak terbit daripada kata agar, anai, dan labah (Asraf, 1995 :202).
Walaupun proses pembentukannya sama seperti kata ganda penuh, terdapat
perbezaan dari segi pemilihan dasar. Kata dasar dalam kata ganda penuh
adalah kata yang mempunyai makna, tetapi dalam kata ganda semu, dasamya
tidak mcmbawa maknajika ia tidak digandakan.
Kata ganda separa dihasilkan dengan menggandakan sebahagian
daripada kata dasar. Penggandaan pada kata dasar lazirnnya melibatkan
suku kata pertama, dan letaknya pada bahagian hadapan kata dasar (Nik
Safi ah et al., 1996:78). Bunyi vokal dalam suku kata yang digandakan
berubah menjadi /e/ pepet. Bagi Harimurti ( 1989:89), kata ganda separa
atau kata ulang dwipurwa ialah pengulangan suku pertama pada leksem
dengan pelemahan vokal (bebola, dedaun, lelaki, sesawi, tetikus). Kata
ganda berentak dihasilkan dengan menggandakan kata dasar mengikut
rentak bunyi tertcntu dalam kata dasar itu. Seluruh kata dasar digandakan
dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah (Nik Safiah et al. , 1996:78).
Manakala Harimurti (1989 :89) pula berpendapat bahawa kata ganda
berentak atau dwilingga salin swara ialah pengulangan leksem dengan
variasi fonem, rnisalnya kata ganda berentak pengulangan vokal (kuih-muih,
suka-duka, sayur-mayur), kata ganda berentak pengulangan konsonan (batu-
batan, gunung-ganang, kayu-kayan), dan kata ganda berentak bebas
(saudara-mara, lintang-pukang).
Kata ganda berimbuhan merupakan kata ganda yang menerima imbuhan
sama ada awalan (berangan -angan, mengangguk-angguk), akhiran (bau-
bauan, sayur-sayuran), apitan (keanak-anakan. sehari-harian), atau sisipan
(awan-gemawan, gilang-gemi/ang). Di samping itu, terdapatjuga pendapat
yang membahagikan kata ganda berimbuhan kepada duajenis, iaitu imbuhan
hanya terdapat pada unsur pertama yang disebut sebagai kata ganda progresif
(meminta-minta, menjerit-jerit). Yang kedua, kata ganda regresif apabila

771
IBRAHIM AHMAD

imbuhannya hanya terdapat pada unsur kedua (bantu-membantu, cetak-


mencetak). Pengolahannya di dalam kamus ada yang diberikan tataran
sebagai entri utama, sublema dan rangkai kata:

Kata Ganda KD Status KBBI Status

a. Kata Ganda Penuh


duduk-duduk
pagi-pagi duduk sub I duduk sub I.
duduk-duduk duduk-duduk
pagi sub I pagi sub I.
pagi-pagi pagi-pagi

b. Kata Ganda Semu


agar-agar agar;agar-agar prak agar-agar Lem
anai-anai anai ;anai-anai prak anai-anai tern
biri-biri biri;biri-biri,bebiri prak biri-biri tern
dari-dari dari;dari-dari,dedari Prak dari-dari tern

c. Kata Ganda Separa


telabi telabi--+ tabi r.s tetabi-+ tabi r.s
tetangit telangit, tangit-tangit lem telangit-+ langit-langi1 lem
tetikus tetikus tern tetikus tern

d. Kata Ganda
Berentak
cola-cat a cota:--cata prak cola-cata tern
hida-dina hina
- -dina f.e hina f.e
- dina

e. Kata Ganda
Berentak (menjana
kata terbitan)
olang-aling otang; berolang-aling prak olang-aling lem
pontang-panting terolang-aling mengotang-aling
pontang-panting lem pontang-panting lem
berpontang-panting berpontang-panting

f. Kata Ganda Regresif


i. Awatan
a. beR- bondong sub I. bondong sub I.
berbondong-bondong berbondong-bondong

772
PENCERAKINAN MAKLUMAT LINGUISTIK DALAM KAMUS MELAYU-INOONESIA

KataGanda KD Status KBBI Status

b. meN- ada sub I. ada subI.


mengada-ada mengada-ada

c. se- kali sub I. kali subl.


sekali-kali sekali-kali

II Kata Ganda
Regresif balas sub I. balas subI.
balas-membalas balas-membalas

iii. akhiran bu ah sub I. buah sub I.


-an buah-buahan buah-buahan

iv. apitan cinta sub I. cinta sub!.


a. beR---an bercinta-cintaan bercinta-cintaan

b. meN- -- kan kisah sub I. pisah sub!.


memisah-misahkan memisah-misahkan

c. mem-
peR-kan amat sub!. amat sub!.
memperamat- memperamat-
amatkan amatkan

d. ke---an biru biru


kebiru-biruan subI. kebiru-biruan sub!.

e. se--an hari subI. hari subI.


sehari-harian sehari-harian

f. se--nya baik baik


sebaik-baiknya sub I. sebaik-baiknya sub I.

v. sisipan ayun ayun


-em ayun-temayun sub I. ayun-temayun subI.
tu run f.e tu run
- -temurun turun-temurun

vi . suku kata akhir pertama sub I. pertama subl.


pertarna-tama pertama-tama

773
!BRAHIM AHMAD

Kata Ganda KD Status KBBI Status

g. Kata Ganda Separa


Berimbuhan
pepohonan po hon po hon
pohon-pohonan, sub I. pohon-pohonan sub I.
pepohonan pepohonan
wewangian wewang1an lem wangi sub I.
wewangian

Selain itu, terdapat satu bentuk kata yang disebut sebagai kata gabung.
Pembentukan kata gabung ini berasaskan morfem terikat yang mempunyai
makna leksikal seperti singkatan semu, proleksem/imbuhan asing, aloleks,
dan penggalan yang bergabung dengan kata, prakategori, atau proleksem
lain (Amdun Husain, 1994: 60). Contohnya, makroekonomi, mikrocip,
jurumudi, hidrologi dan sebagainya. Kata gabung membentuk sebagai entri
utama di dalam kamus.
Konsep proleksem/imbuhan asing ialah bentuk yang mempunyai makna
leksikal seperti kata, tetapi tidak dapat berdiri sendiri apabila tidak
bergabung dengan kata lain dan tidak dapat mengalami pengimbuhan.
Mengikut Harimurti (1989: 19), unsur proleksem seperti eka-, pra-, dan
pasca- merupakan bentuk yang terikat pada pola dasar, mempunyai kelas
dan makna leksikal, tetapi tidak boleh mengalami peluasan. Di dalam kamus
Melayu, unsur proleksem ditangani secara berbeza sehingga ada yang
diberikan tataran sebagai bentuk bebas atau bentuk terikat. Ini dapat dilihat
dalam Kamus Dewan dan Kamus Besar Bahasa Indonesia:

Entri KD KBBI

anti- awalan yang bermaksud melawan melawan, menentang


dwi- dua (diimbuhkan kepada kata dasar) Dua
eka esa, satu satu, tunggal
maha- (dalam kata majmuk) sangat 1. sangat, amat, teramat;
2. besar
panca- lima (biasanya dalam kata majmuk) 1. lima; 2. tangan
swa- (digunakan dalam kata majmuk) sendiri sendiri
tuna- awalan yang bermaksud tidak mempunyai rosak, tidak merniliki
-1sme akhiran pada kata nama yang merujuk ke-
percayaan, gerakan politik, dan sebagainya

774
PENCE RAKINAN MAKLU MAT U NGU ISTIK DALAM KAM US MELAY U- INDONESIA

Konsep singkatan semu mengacu kepada bentuk singkatan yang


mempunyai makna leksikal , mempunyai kelas dan padanan penuh serta
berpotensi diperluas (Amdun Husain, 1994:44). Perkataan mini, maksi,
makro, dan mikro berasal daripada bentuk penuhnya minimum, maksimum,
makron , dan mikron. Di dalam kamus, singkatan semu diberikan tataran
sebagai bentuk bebas atau bentuk terikat. Ini dapat dilihat dalam Kamus
Dewan atau Kamus Besar Bahasa Indonesia seperti di bawah ini:

Entri KD Entri KBBI

makro kata gabung yang bermaksud makro- l.besar; 2. panjang


besar, banyak,atau panjang.
mikro halus, kecil mikro- I . kecil; kecil sekali; 2 ...
. .
rmm sangat kecil atau sangat mini- berukuran kecil, berdimensi
kecil

3.0 Maklumat Pemerian Makna/Definisi


Definisi merupakan salah satu komponen dalam struktur mikrokamus yang
memuatkan huraian tentang makna kata. Definisi merupakan suatu per-
cubaan untuk membentuk makna sesuatu leksem dan membezakan makna
leksem yang berkaitan daripada leksem lain dalam medan semantik yang
sama. Patokan ini diterima secara objektif oleh para ahli leksikografi dan
ahli metaleksikografi lainnya.
Terdapat beberapa kaedah definisi yang dikemukakan oleh para peneliti
kamus. Ada yang mencadangkan kaedah sinonim, kaedah referensial,
kaedah analitik, kaedah parafrasa, kaedah hibrid, kaedah peraturan, kaedah
antroposentrik, kaedah folk definition ' dan sebagainya. Setiap kaedah
definisi tersebut mempunyai kekuatan yang tersendiri dan bergantung pada
jenis kamus yang disusun. Jika kamus yang disusun merupakan kamus aktif
atau kamus yang mempunyai fungsi pengekodan, kaedah sinonim atau
kaedah parafrasa dianggap paling sesuai. Ini seperti kamus dwibahasa yang
ditujukan untuk golongan penterjemah atau profesional. Jika kamus yang
disusun merupakan kamus pasif atau kamus yang mempunyai fungsi
pengenyahkodan, kaedah definisi hibrid dianggap paling sesuai . Ini seperti
kamus umum yang ditujukan untuk penutur ash sesuatu bahasa atau
golongan pelajar.

775
IBRAHIM AHMAD

Beberapa Masalah Definisi di dalam Kamus Melayu


Terdapat beberapa kelemahan yang berlaku dari segi kaedah pentakrifan di
dalam kamus Melayu. Isu yang kerap diperkatakan ialah unsur kelingkaran
makna dalam definisi kamus. Unsur kelingkaran makna merujuk huraian
makna yang berlegar-legar daripada satu kata kepada satu kata tanpa definisi
yangjelas (Nor Hashimah Jalaludin, 2000:2), misalnya dalamKamus Dewan:

Entri Definisi

bodoh sul<ar mengerti atau mempelajari sesuatu


bebal bebal, dungu, tolol
dungu tumpul otak, bodoh
tolol tongong, bebal, bodoh, tolol, dongok
tongong bp bodoh sangat, bebal
dongok bp bodoh, bingung, dungu, pandir, tolol
bingung 2. tolol, bodoh, tongong, dungu
pandir 3. bodoh, dungu, tolol
bahlul bodoh, tolol
bangang i bangang,bodoh,tongong,bodoh,dungu

Sebenarnya, Kamus Dewan meneruskan tradisi kelingkaran makna yang


diamalkan oleh kamus ekabahasa sebelumnya, terutamanya Kamus Umum
Bahasa Indonesia susunan W.J.S. Poerwadarminata. Takrifan sedemikian
mengganggu tahap keterbacaan kamus walaupun prinsip kebolehgantian
secara sinonim diamalkan. Makna yang diberikan berkait-kait antara satu
sama lain tanpa dijelaskan ciri-ciri pembezanya dengan kata entri.
Begitu juga definisi secara sinonim, iaitu pemerian makna entri yang
dijelaskan dengan menggunakan perkataan atau frasa yang sama erti.
Pendekatan ini ada perangkapnya, lebih-lebih lagi apabila mentakrifkan
kata-kata yang sukar dan mempunyai konsep tertentu, misalnya:

Entri Definisi

bumiputera anak negeri, peribumi


peribumi penduduk ash, bumiputera
daif cacat, hina, lemah
kisah hal, cerita, kejadian, riwayat

776
PENCERAKINAN MAKLUMAT LINGUISTIK DALAM KAMUS MELAYU-INDONESIA

Yang rnernbezakan definisi yang baik atau tidak ialah kernampuan


karnus tersebut menyarnpaikan rnakna dalam bahasa yang difaharni oleh
penggunanya. Ini tidak berlaku dalam takrif yang menggunakan kaedah
sinonim. Entri bumiputera mempunyai konotasi yang berbeza daripada anak
negeri dan peribumi jika dilihat daripada bukti korpus. Begitu juga dengan
entri peribumi mempunyai konotasi yang berbeza daripada penduduk asli
dan bumiputera. Bagi Zgusta ( 1971 :56), sernua perkataan dalam entri kamus
mesti dihuraikan bagi rnengelakkan kctaksaan rnakna serta kelingkaran
makna di dalam karnus.

Struktur Pemerian Makna


Terdapat beberapa prinsip dalam struktur pemerian makna. Ini digambarkan
oleh beberapa orang sarjana seperti Zgusta, Landau, Krishnamurty, Ayto,
dan Newell.
L Genus (genus proximum)-kata generik dalam set hierarki.
ILCiri pembeza!differentiae specifica - perkataan yang mengungkap-
kan komponen semantik kata entri yang dapat rnernbezakannya
daripada kata lain dalam set leksikal yang dianggotainya.
m. Komen (diperkenalkan oleh Newell yang menekankan maklumat
julat kolokasi sesuatu entri).

kicap kn cecair (genus)/ berwarna hitam yang rnasin rasanya (ciri


pembeza)I, dibuat daripada perarnan air kacang soya yang
dicarnpur garam, biasanya digunakan dalam masakan (komen)/
paku kn benda keras (genus) yang tajam hujungnya serta berkepala (ciri
p embeza)/, dibuat daripada besi, biasanya digunakan untuk
rnelekatkan dua benda seperti papan (komen )/

Rames Krishnainurty (dalam Sinclair, 1987:66) berpendapat bahawa


prinsip utama definisi rnenyediakan kata genus dan kemudiannya
menyalurkan ciri-ciri pembeza yang mencukupi (sufficient differentiae)
adalah untuk membezakan kata entri dengan sinonim semu. Begitu juga
dengan pendapat J.R. Ayto (dalam Hartmann, 1983: 94-95) bahawa ahli
leksikografi harus melihat definisi analitik terdiri daripada 'genus' yang
menunjukkan kelas superordinat bagi kata yang hendak ditakrif dan
' pernbeza' yang rncmbezakannya daripada yang lain dalarn kelas yang
sama. Ahli leksikografi harus berusaha mencari keseimbangan antara
kuasa takrif maksimum kata genus (tidak terlalu umum) dengan yang

777
IBRAHIM AHMAD

tidak terlalu khusus. Selepas memisahkan genus atau kelas superordinat,


perlu menganalisis ciri semantik yang dikongsi bersama oleh definiendum
dengan anggota kelas lain.

Beberapa Pertimbangan dalam Pemerian Makua


Terdapat beberapa pertimbangan yang perlu diambil kira sewaktu membuat
pemerian makna. Pertama, semua perkataan dalam definisi mesti dihuraikan.
Definisi leksikal seharusnya tidak mengandungi kata atau leksem yang sukar
difahami berbanding <lengan kata yang diberikan dalam definisi. Dalam
hal ini, kaedah definisi hibrid boleh digunakan untuk mengelak berlakunya
pentakrifan secara sinonim. Kedua, aspek yang pen ting dalam definisi ialah
pemerian makna mesti sejajar dengan kelas kata entri. Oleh sebab itu,
maklumat nahu, terutamanya aspek kelas kata, perlu ada di dalam kamus.
Tanpa kelas kata, agak sukar bagi penyusun kamus menunjukkan hubungan
antara entri dengan objek yang ditakrifkan serta sukar bagi pengguna kamus
mengesan sesuatu entri yang mempunyai status kelas kata yang berbeza
mengikut kata yang ditakrifkan. Ketiga, huraian sesuatu entri harus
mengelakkan definisi yang berbelit-belit atau yang tidak masuk akal. Kaedah
sedemikian boleh berlaku kepada kamus yang bersifat pedagogi atau untuk
golongan pelajar. Apabila banyak kata diperlukan untuk mendefinisikan
sesuatu kata entri, hasilnya kadang-kadang menjadi dangkal atau tidak sesuai
dengan keadaan (Carter, 1998: 153).
Selain itu, beberapa pertimbangan lain perlu diambil kira seperti mem-
beri keutamaan kepada makna teras sesuatu kata entri. Prinsip keboleh-
gantian yang diperkenalkan oleh Stein (dalam Nor Azizah, 2000:3) perlu
diterapkan dalam huraian, dan harus reflektif dengan fungsi nahuan. Sesuatu
huraian harus mudah, ringkas dan tuntas bagi mengelakkan ketaksaan dalam
huraian. Seterusnya, definisi harus menerangkan makna, dan cara sesuatu
entri digunakan dengan betul dalam ayat. Ini amat penting, terutamanya
bagi kamus yang mempunyai ciri-ciri preskriptif. Dalam konteks bahasa
Melayu yang masih dalam proses pemantapan, suatu bentuk piawai
diperlukan agar entri yang dihuraikan mempunyai fungsi membantu
pengguna kamus menggunakan ayat dengan betul.

4.0 Maklumat Paradigmatik


Maklumat paradigmatik terdiri daripada item leksikal yang boleh diganti
dengan item leksikal lain dalam sesuatu ayat secara menegak. Saussure

778
PENCERAKINAN MAKLUMAT LIN GU ISTIK DALAM KAMUS MELAYU-!NDONES!A

menyebutnya sebagai hubungan asosiatif. Dengan kata lain, maklumat


paradigmatik merakamkan hubungan antara kata atau frasa yang berasaskan
penggantian berbanding dengan urutan tatabahasa seperti sinonim, antonim,
homonim.

Sinonim
Sinonim bermaksud persamaan makna, iaitu sesuatu makna boleh diper-
katakan dengan menggunakan satu leksem atau lebih leksem yang lain.
Dua leksem dikatakan sinonimjika kedua-duanya mempunyai maksud yang
sama. Dua leksem dikatakan sinonimjika kedua-duanya boleh digunakan
atau ditukar ganti dalam semua konteks.
Contohnya:
lawakjenaka, kelakar (Kamus Sinonim Utusan)
laun lambat, lamban, perlahan
teratak dangau, gubuk, pondok

Hubungan makna kata-kata ini bersifat dua hala dalam kamus. Jika
entri lawak bersinonim denganjenaka, kelakar juga begitu;jenaka, kelakar
bersinonim dengan lawak.
Perilaku kata-kata yang bersinonim adalah seperti yang berikut:
i. Ada kata yang bersinonim pada bentuk dasar, tetapi tidak pada
bentuk terbitannya.
gugur- > luruh
keguguran (anak)- >tiada sinonim dengan keluruhan anak
ii. Ada kata yang tidak bersinonim pada bentuk dasar, tetapi ber-
sinonim pada bentuk terbitannya.
pusat- >tiada
berpusat- > bertumpu, berpunca
iii. Ada kata yang tidak bersinonim dalam pengertian literal/harfiah,
tetapi bersinonim dari segi kiasan.
putih (tiada pengertian literal)
putih- > ki bersih, murni. suci
Waiau bagaimanapun, kesamaan makna disifatkan oleh para sarjana
bahasa sebagai tidak mutlak. Sinonim jati tidak wujud dalam mana-mana
bahasa. Bagi Palmer ( 1976: 12), hal ini terjadi kerana dalam sesuatu bahasa,
tidak ada alasan untuk mempertahankan dua kata yang maknanya sama. Ini
disebabkan oleh dua faktor:

779
IBRAHIM AHMAD

a. Faktor Ekonomi
Sesuatu bahasa tidak mampu mempunyai situasi satu makna diwakili oleh
dua atau tiga perkataan. Sebaliknya, sesuatu bahasa memerlukan sesuatu
perkataan yang mungkin boleh digunakan bagi merujuk makna yang berlainan.

b. Faktor Leksem Lama dan Leksem Baharu


Jika ada sinonimjati dalam sesuatu bahasa, mungkin berlaku perbezaan makna
untuk kedua-dua leksem kerana setiap leksem digunakan dalam konteks yang
berlainan. Yang mungkin berlaku ialah pengkhususan semantik.
Namun demikian, kaedah pentakrifan secara sinonim masih digunakan
dalam kamus umum seperti Kamus Dewan, Kamus Umum Bahasa Indone-
sia dan Kamus Za 'ba. Waiau bagaimanapun, pada dekad mutakhir ini,
pentakrifan secara sinonim digabungkan dengan kaedah lain seperti
pentakrifan secara hibrid. Setiap entri di dalam kamus akan diberikan
huraian, diikuti dengan sinonimnya Qika ada). Ini adalah untukmengelakkan
berlakunya kelingkaran makna yang menjadi masalah besar dalam kamus
Melayu-Indonesia sebelum ini.

Antonim
Perkataan antonim berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud kata
yang mempunyai makna yang bertentangan dengan kata lain atau leksem
yang berpasangan secara bertentangan, misalnya:
jauh besar jaraknya, tidak dekat (KD)
tinggi besar jaraknya di bahagian bawah,jauh ke alas, lawan rendah

Hubungan makna antara dua perkataan yang berantonim bersifat dua


hala. Jauh berantonim dengan dekat atau tinggi berantonim dengan rendah.
Antonim dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu antonim bergred, antonim
komplementari, dan antonim berlawan (Jackson, 2000:99).

i. Antonim Bergred
Kategori ini biasanya terdiri daripada kata adjektif. Antonim ini tidak
merujuk kuantiti mutlak, tetapi merujuk kualiti bandingan, misalnya:

kecil besar

benar salah

780
PENCERAKINAN MAKLUMAT LINGUISTIK DALAM KAMUS MELAYU-INDONESIA

tinggi rendah

kecil besar

ii. Antonim Komplementari


Antonim komplementari ialahjenis antonim yang dinafikan. Antonim ini
berlaku apabila wujud satu leksem yang menafikan satu leksem yang lain.
Kategori antonim ini tidak mempunyai bandingan. Dalam hubungan ini,
adalahjelasjika sesuatu perkataan dirujuk oleh perkataan lain, perkataan
tersebut tidak boleh digunakan dalam konteks yang sama. Definisinya
didasarkan pada implikasi logik bersama-sama dengan jawapan Ya atau
Tidak.

hidup mati (jika tidak hidup, maknanya mati)

lelaki perempuan (jika tidak lelaki, maknanya perempuan)

iii. Antonim Berlawan


Antonim berlawan merujuk perkataan yang berlawanan. Perhubungan yang
wujud ialah leksem ini menunjukkan konsep berlawan yang sebenar. Kedua-
dua leksem yang berlawanan ini mempunyai persepsi yang berlawanan untuk
dua perkataan.

guru murid ( dia guru saya bermaksud saya anak muridnya)

suarni isteri ( dia suarni saya bermaksud saya isteri dia)

Kaedah antonim masih diterapkan di dalam kamus Melayu-Indonesia


seperti Kamus Dewan, Kamus Pe/ajar Bahasa Malaysia (KPBM) dan
Kamus Umum Bahasa Indonesia (KUB!). Alasannya, kaedah ini merupakan
salah satu cara untuk menyatakan ciri pembeza (differentiae specifica)
kepada sesuatu entri untuk membezakannya daripada entri lain yang
seperangkat maknanya. Namun kaedah ini telah dikritik kerana mengambil
cara mudah untuk menunjukkan ciri pembeza dalam entri yang ditakrifkan.
Tambahan pula, kaedah ini tidak dapat memberikan gambaran yang tepat
tentang ciri-ciri pembeza yang sebenamya kerana ia dianggap subjektif
dan mengundang kelingkaran makna. Seharusnya, setiap entri yang ditakrif-

781
IBRAHIM AHMAD

kan bukan sahaja perlu ada ciri pembezanya, malah perlu mempunyai unsur
genus dan maklumat komen agar sesuatu entri yang ditakrifkan dilihat
sebagai suatu entiti yang lengkap.

Homonim
Homonim mendukung satu atau lebih perkataan yang sama bentuk dari
segi ejaan dan sebutan tetapi setiap satu perkataan tersebut mempunyai
makna yangjauh berbeza antara satu sama lain.
Misalnya: kopi 1 minuman (KD)
kopi 11 kacang bendi
kopi 111 salinan

Homonim terdiri daripada homonim mutlak dan homonim separa.

i. Homonim mutlak
a. kata-kata yang tiada kaitan makna.
b. semua bentuknya sama.
c. bentuk yang sama mempunyai persamaan dari segi nahu.
Misalnya; 1 api-api sejenis serangga
2 api-api sejenis tumbuhan

ii. Homonim separa


Kata yang memenuhi satu atau dua daripada tiga perkara di atas.
Kata yang berhomonim juga dikaitkan dengan bentuk homograf dan
homofon. Jika homonim mendukung ejaan dan sebutan yang sama, tetapi
berbeza maknanya, homograf pula mempunyai persamaan dari segi ejaan,
tetapi berbeza sebutan dan maknanya, misalnya:
perang perkelahian besar
perang /perang/wama merah kehitam-hitaman
rendang sejenis masakan
rendang /rendang/ pohon

Homofon atau heteronim pula dicirikan oleh sebutan yang sama, tetapi
mempunyai ejaan dan makna yang berbeza, misalnya:
bank organisasi kewangan masa waktu
bang azan massa jumlah yang banyak

782
PENCERAKINAN MAKLUMAT LINGUISTIK DALAM KAM US MELAYU-INDONESIA

Menurut Ullmann ( 1983: 176- 180 ), terdapat tiga sumber homonimi, iaitu
a. Persetumpuan fonetik
Dua atau tiga leksem yang asalnya berbeza bentuk tetapi sama bunyinya
dalam sesuatu bahasa.

b. Pencapahan makna
Dua makna leksem daripada sesuatu leksem yang berkembang ke arah
yang berbeza sehingga tidakjelas lagi hubungan makna antara leksem
terse but.

c. Pengaruh asing
Kata-kata asing yang terserap ke dalam sesuatu bahasa akan
menghasilkan homonimi dalam bahasa tersebut.
Namun terdapat entri yang bertaraf homonim di dalam Kamus Besar
Bahasa Indonesia, ditangani sebagai polisemi dalam Kamus Dewan,
misalnya:

KBBI KD
1 bah bagian isi buku bah 1 Ar pintu; 2 bahagian dlm. buku
2 bah ark pintu
1 balung daging yg tumbuh balung 1 daging yg tumbuh; 2 hantu
2 balung hantu

Hal ini menyuguhkan persoalan penting untuk mencari rumus terbaik


membezakan entri yang berhomonim atau berpolisemi.

5.0 Maklumat Sintagmatik


Maklumat sintagmatik memaparkan hubungan antara kata atau frasa
berdasarkan urutan tatabahasa berbanding dengan pemilihan semantik
seperti hubungan sintaksis, kolokasi, idiom, frasa atau contoh ayat
(Hartmann & James, 1998: 135). Hubungan sintagmatik memperlihatkan
unsur bergabung secara mengufuk antara leksem.

Contoh
Contoh merupakan kata atau frasa yang digunakan dalam karya rujukan
untuk menggambarkan bentuk atau makna tertentu dalam konteks yang

783
IBRAHIM AHMAD

luas, seperti ayat. Istilah contoh boleh juga diasosiasikan dengan 'contoh
ilustratif', 'contoh kontekstual', 'ilustrasi verbal', 'sedutan/citation', dan
'petikanlquotation '. Kerap kali maklumat contoh dikesampingkan dalam
mandala leksikografi kerana dianggap kurang penting dalam kategori
rnaklumat linguistik. Waiau bagaimanapun, Landau (2001; 166) menganggap
contoh ilustratif atau frasa rekaan yang memberi contoh kepada makna
ialah sebahagian yang amat penting dalam huraian kamus. Ia tidak harus
dianggap sebagai hiasan semata-mata. Petikan ilustratif dapat menyampai-
kan banyak maklumat tentang kolokasi, pelbagai cara penggunaan, konotasi,
konteks tatabahasa, dan makna tertentu.
Terdapat beberapa pandangan tentang fungsi contoh dalam kamus (A.M.
Kasimi, 1977: 89-96; Drysdale, 1987:213-223):
a. Untuk membuktikan bahawa kata atau makna tertentu wujud dalam
sesuatu bahasa.
Para perintis leksikografi Arab memuatkan contoh untuk merakam-
kan leksikon menyeluruh sesuatu bahasa supaya membuktikan
kewujudan beberapa kata langka yang dimuatkan di dalam kamus.
b. Untuk menyalurkan maklumat dalam definisi.
Sesuai dengan konsep takrif dalam kamus ekabahasa yang
menggunakan takrif sedutan berasaskan data korpus, contoh ayat
dipaparkan untuk menggambarkan makna yang tersurat atau tersirat
di dalam entri kamus, misalnya:
disiplin kn kepatuhan atau ketaatan kepada tatatertib dan peraturan:
murid-murid itu menunjukkan - yg cukup baik (KPBM)
c. Untuk membezakan sesuatu makna dengan makna yang lain.
Contoh ayat amat penting untuk menggambarkan entri yang
mempunyai pecahan makna. Ini berlaku dalam entri yang ber-
polisemi dan berhomonimi.
dunia kn 1 bumi dan segala yg terdapat di permukaannya: - kita
ini bu/at;
2 bidang atau lapangan sesuatu pekerjaan dsb: dia lebih
terkenal dim - sukan berbanding - perniagaan
tuju I arah; hala:ja/an itu mana -nya?
tuju II mantera ataujampi untuk membuat orang supaya sakit atau
mati:
orang itu mati kerana kena -
(KPBM)
d. Untuk menggambarkan pola tatabahasa.

784
PENCERAKINAN MAKLUMAT LINGUISTIK DALAM KAMUS MELAYU-INDONESIA

Bahasa Melayu merupakan bahasa derivatif. Apabila sesuatu kata


mengalami pengimbuhan, status kelas katanya turut berubah
daripada kata nama kepada kata kerja dan seterusnya. Maklumat
nahu dalam kamus Melayu dapat digambarkan seperti yang berikut:
kubu kn benteng tempat menahan serangan musuh: mereka
membuat - di alas bukit
berkubu kk bertahan dalam kubu: tentera musuh - di tebing sungai
itu
berkubukan kk menggunakan sesuatu sebagai kubu: penduduk
kampung itu - batang pisang daripada serangan ikan todak
Di samping itu, contoh penggunaan dapat menggambarkan bentuk pasif
dan imperatif. Setakat ini, sebahagian besar ayat contoh adalah dalam bentuk
aktif. Walau bagaimanapun, bentuk pasif dan imperatif dimasukkan secara
implisit di dalam kamus, misalnya Kamus Dewan:

Entri Contoh Bentuk Pasif/Imperatif

Memahamkan 1. memberitahu (supaya difahami): Mingguan Malay-


sia difahamkan bahawa sidang penting itu akan turut
mengkaji segala masalah; 2. menyelamkan (supaya
difahami): lihat peta ini dan perhatikan serta fahamkan.

Menyerikan Menjadikan berseri, menyinarkan, menyemarakkan


(majlis dsb ): majlis itu diserikan dgn pencak silat; po hon
rendang yg sedang diserikan oleh bunga yg memerah
cerah.

e. Untuk menunjukkan kolokasi tipikal.


Unsur kolokasi wujud apabila terdapat bukti penggunaan dua atau
tiga item leksikal secara berulang, misalnya:
kaki;
- ayam tidak memakai kasut: dia - ayam sahaja ke kebun; -
bangku orang yang tidak pandai main bola: dia enggan bermain
kerana - bangku; - gaduh orang suka bergaduh: orang yang -
gaduh tidak sesuai dibuat kawan
f. Untuk menyatakan laras yang bersesuaian dan tahap stilistiknya.
Tahap stilistik mencakup variasi sosial yang bersifat bahasa for-
mal, bahasa percakapan, slanga, dan sebagainya.

785
IBRAHIM AHMAD

ketai bp kalah paling teruk (dlm permainan pakau) : - sungguh


dia hari ini.

Maklumat Diasistematik
Dalam konteks leksikografi, aplikasi label diasistematik merupakan suatu
kaedah yang menyeluruh untuk menentukan keterbatasan penggunaan
sesuatu kata atau frasa yang dihuraikan melalui suatu julat antara hubungan
label penggunaan. Maklumat label diasistematik termasuk dalam kategori
maklumat linguistik di samping maklumat lain seperti maklumat piktorial,
maklumat onomastik, dan maklumat ensiklopedik. Kategori label
diasistematik termasuk dalam maklumat linguistik yang menjadi salah satu
juzuk dalam kategori maklumat kamus.
Sungguhpun ada pendapat yang mengatakan bahawa pelabelan merupa-
kan penyimpangan maklumat daripada bahagian penting sesuatu kata yang
dihuraikan di dalam kamus, peranannya cukup penting sebagai salah satu
komponen dalam metabahasa sesebuah kamus.
Apakah yang dimaksudkan sebagai label? Label terdiri daripada kata
tunggal atau peranti penjimat ruang. Di samping itu, label terdiri daripada
keterbatasan konteks penggunaan atau julat serta kelaziman konteks
penggunaan. Label boleh diaplikasikan dalam setiap kategori maklumat
kamus, terutamanya struktur mikro yang meliputi ejaan, sebutan, pecahan
makna, dan sebagainya.
Fungsi label di dalam kamus cukup besar. Burchfield ( 1986: 19) menye-
but label sebagai agen pengukuhan dan tiang tanda bantuan. Ada beberapa
fungsi penting pelabelan di dalam kamu's. Pertama, melakukan pembatasan
dari segi konteks penggunaan, misalnya dari aspek keformalan (formal,
tak formal, slanga), tempoh (arkaik, kuno, jarang), dan sikap (derog,
eufemisme). Kedua, sebagai amaran supaya berhati-hati apabila mengguna-
kannya. Banyak label di dalam kamus mempunyai fungsi peringatan atau
nasihat dan bertujuan untuk mengingatkan pembaca bahawa label tersebut
secara normatif tidak termasuk dalam teras sesuatu bahasa dan perhatian
perlu diberikan terhadapnya.
Beberapa jenis label yang terkandung di dalam kamus disenaraikan
oleh ahli metaleksikografi seperti yang berikut. Kipfer ( 1984: 144) meme-
cahkan label bahasa di dalam kamus kepada label status berasaskan tempo-
ral (slanga, substandard, bukan standard) dan label status berasaskan stilistik
(arkaik, usang, kuno ). Di samping itu, Kipfer menyenaraikan label regional

786
PENCERAKINAN MAKLUMAT LINGUISTIK DALAM KAMUS MELAYU-INDONESIA

dan label subjek yang mcnyatakan bidang khusus yang mendukung makna
tertentu. Benson et al. ( 1986:214-216) menyenaraikan empat kategori, iaitu
label bidang, label temporal (obsolete, archaic, old -fashioned), label re-
gional (dialectal, regional), dan label stilistik (colloquial, informal, neu-
tral standard, standard, substandard, vulgar, taboo, derogatory). Berg
(1991: 16- 17) pula menyenaraikan lima kategori, iaitu label status (obso-
lete, rare, slang, colloquial), label regional (U.S. Kanada, Australia), label
nahu, label semantik (figuratif, spesifik, trans/) dan label subjek (bidang
ilmu seperti biologi, kimia). Empat kategori tersebut mempunyai unsur
variasi bahasa seperti status, kawasan, semantik, dan subjek.
Di dalam kamus Melayu-Indonesia,jenis-jenis label digolongkan seperti
yang berikut:

Bil. NamaKamus Jenis Label

1. Kamus Dewan a. label diatopik


- variasi Nasional (Indonesia (Id), Brunei (Br)
- bahasa asing (Arab (Ar), Cina (Cn)
- variasi Regional (Dialek/bahasa daerah)
(Johor (Jh), Jawa (Jw), Kedah (Kd), Minangkabau
(Mn), Ng Sembilan (NS), Sa bah (Sb)

b. label variasi sosial


- stilistik (bahasa percakapan)
- sikap (bahasa dalam, bahasa kasar)
- temporal (sastera lama (sl), + (arkaik, kuno)
c. label bidang ilmu
Ekonomi (Eko ), linguistik (Lin), Perubatan (Ubat)

2. Kamus Besar
Bahasa Indon esia a. label diatopik
- variasi nasional (Malaysia (Mal)
- variasi regional (dialek/bahasa daerah)
(Bali (Bl) , Jawa (Jw), Madura (Mdr), Minangkabau
(Mk), Sunda (Sd)
- bahasa asing
(Arab (Ar), Belanda (Bid), Inggris (Ing), Jepang
(Jp), Parsi (Parsi)

787
IBRAHIM AHMAD

Bil. NamaKamus Jenis Label

b. label Variasi Sosial


- Sti/istik (bahasa percakapan (cak)
- sikap (ragam hormat (hor), kasar (kas)
- temporal (arkaik (ark), klasik (kl)

c. Label Nahu (kelas kata)


adverbia (adv), nomina (n), pronomina (pron)

d. label bidang ilmu


(anatomi (anat),fi/safat (/ii), komputer (komp)

KESIMPULAN
Pencerakinan maklumat linguistik di dalam kamus Melayu-Indonesia
terutama Kamus Dewan dan Kamus Besar Bahasa Indonesia menampilkan
banyak persamaan. Fenomena yang sama turut berlaku dalam kamus-kamus
ekabahasa lain. Ini dapat dilihat seperti yang berikut: 2

Nama etimo Ejaan Sebutan Nahu Defmisi/ Contoh Sinonim/ Label


Kam us -logi (kelas padanan antonim pengguna-
kata) an
KD3 - + + - + + + +
(1994)
K. Za'ba - + - - + + + +
(2001)
K. Mel - + - - + + + +
Global
(1996)
KBBI - + + + + + + +
(2001)
KUBI - + + - + + + +
(2003)

2 Kamus Za 'ba (K. Za 'ba), Kamus Melayu Global (K.Mel Global), Kamus Umum Bahasa
Indonesia (KUB!). Kamus Dewan Edisi Ketiga (KD3), Kamus Besar Bahasa Indonesia
(KBB!).

788
PENCERAKINAN MAKLUMAT LINGUISTIK DALAM KAMUS MELAYU-INDONESIA

Berdasarkan jadual di atas, aspek nahu dan etimologi perlu diberikan


perhatian. Sehingga kini, belum ada kamus Melayu-lndonesia yang
memuatkan maklumat etimologi. Begitu juga dengan maklumat nahu,
terutama dari aspek kelas kata kecuali Kamus Besar Bahasa Indonesia.
Apa pun, kamus Melayu-Indonesia sedang mengalami transformasi dan
beberapa permasalahan yang timbul sedang ditangani. Kini, Dewan Bahasa
dan Pustaka sedang menyusun Kamus Umum Bahasa Melayu Dewan yang
metabahasanya mencakup pelbagai maklumat linguistik, termasuk nahu
(kelas kata) dan etimologi. Mudah-mudahan kewibawaan kamus Melayu-
lndonesia akan lebih terserlah dan menjadi rujukan penting kepada pengguna
bahasa.

RUJUKAN
Abdullah Hassan, 1989. 30 Tahun Perancangan Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Amdun Husain, 1995. "Kerelevanan Fonologi dalam Leksikografi" dim. Rampak
Serantau. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Amdun Husain, 1994. Morfologi dalam Pembinaan Bahasa Melayu. Disertasi
Sarjana Sastera. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Asmah Haji Omar, 1993. Essays on Malaysian Linguistics. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Asmah Haji Omar, 1993. Nahu Melayu Mutakhir, Edisi Keempat. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ayto, J.R., 1983. "On Specifying Meaning" dim. R.R.K. Hartmann (ed.) Lexicog-
raphy: Principles and Practise. London: Academic Press.
Bejoint, H., 2000. Modern Lexicography: An Introduction. Oxford University Press.
Benson, M. et al., 1986. Lexicographic Description of English. John Benjamins
Publishing Company.
Berg, D. L., 1991. A Users Guide to the Oxford English Dictionary. Oxford Uni-
versity Press.
Bloomfield, L., 1933. Language. New York: Holt, Rinehart & Winston.
Burchfield, R. W., 1986. "The Oxford English Dictionary" dim. R.F. Uson (ed.)
Lexicography: An Emerging International Profession. London: Manchester
University Press.
Carter, R., 1998. Vocabulary: Applied Linguistic Perspectives. London & New
York: Routledge.
Darwis Harahap, "Perubahan Makna dan Bentuk" dim. Jurnal Dewan Bahasa,
39:7, him. 633-646, 1995.
Doroszewski, W., 1973. Elements ofLexicologyand Semiotics. The Hague: Mou-
ton.

789
IBRAHIM AHMAD

Drysdale, P.D., 1989. "Etymological Information in the General Monolingual Dic-


tionary" dim. F.J. Hausmann et al. Dictionaries: An International Encyclo-
pedia of Lexicography. Berlin & New York: Walter de Gruyter.
Drysdale, P.D., 1987. "The Role of Examples in a Learner's Dictionary" dim. An-
thony Cowie (ed.) The Dictionary and Language Learner. Tubingen: Max
Niemeyer Verlag.
Harimurti Kridalaksana, 1986. Ke/as Kata dalam Bahasa Indonesia. Jakarta: PT
Gramedia.
Hartmann, R.R.K., 2001. Teaching and Researching Lexicography. Pearson Edu-
cation Limited.
Hartmann, R.R.K.; James, G., 1998. Dictionary ofLexicography. London and New
York: Routledge.
Hartmann, R.R.K. (ed.), 1983. Lexicography: Principles and Practise. London:
Academic Press.
Hasan Alwi et al., 1998. Tata Bahasa Baku Bahasa Indonesia. Jakarta: Balai Pustaka
Hausmann, F.J. & Wiegand, F. E., 1989. "Component Parts and Structures of Gen-
eral Monolingual Dictionaries: A Survey" dim. F.J. Hausmann et al. Dictio-
naries: An International Encyclopedia ofLexicography. Berlin & New York:
Walter de Gruyter.
Haywood, J.A., 1989. "Arabic Lexicography" dim. F.J. Hausmann et al. Dictio-
naries: An International Encyclopedia ofLexicography. Berlin & New York:
Walter dr Gruyter.
Ibrahim Ahmad, "Penerapan Kata Ganda dalam Kamus-Kamus Melayu" dim. Jurnal
Bahasa, 1:2, hlm. 158-192, 2001.
Uson, R.F., 1985. 'The Linguistic Significance of Some Lexicographic Conven-
tions" dim. Applied Linguistic, 6:2, hlm. 162-172.
Jackson, H., 2002. Lexicography: An Introduction. London & New York: Routledge.
Jackson, H. & Ze' Amvela, E., 2000. Words, Meaning and Vocabulary: An Intro-
duction to Modern English Lexicology. London & New York: Casal.
Kasimi, A. M., 1977. Linguistics and Bilingual Dictionaries. Leiden: E.J. Brill.
Kipfer, B. A., 1984. Workbook on Lexicography. Exeter.
Kridalaksana, Harimurti, 1998. Introduction to Word Formation and Word Classes
in Indonesian. Depok: Fakultas Sastra Universitas Indonesia.
Kridalaksana, Harimurti, 1989. Pembentukan Kata dalam Bahasa Indonesia.
Jakarta: T Gramedia.
Krisnamurty, R., 1987. "The Process of Compilation" dim. J.M. Sinclair(ed.) Look-
ing Up An Account ofthe COBUILD Project Lexical Computing. London &
Glasgow: Collins.
Landau, S., 2001. (2nd Edition). The Art and Craft of Lexicography. Cambridge
University Press.
Lipka, L., 1992. An Outline of English Lexico/ogy. Max Niemeyer Verlag Gmbh.
Lyons, J., 1968. Introduction to Theoretical Linguistics. Cambridge: Cambridge

790
PENCERAKINAN MAKLUMAT LINGUISTIK DALAM KAMUS MELAYU-INDONESIA

University Press.
Marchand, H. , 1960. The Categories and 1j;pes of Present-Day English Word-
Formation. Winsbadens. Harrasowitz.
McArthur, T. , 1996. The Oxford Companion to the English Language (Abridge
Edition) . Oxford University Press. ·
Mohd. Asraf Abdul Wahab (Asraf), 1995. 'Beberapa Masalah Perkamusan Melayu"
dim. Dewan Bahasa, 39:3, 196-209.
Newell, L.E., 1995. Handbook on Lexicographyfor Philippine and other languages.
Manila.
Nik Safiah Karim et al., 1996. Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Nor Azizah Abu Bakar, 2000. "Metabahasa dan Pengungkapan Definisi dalam
Kamus Melayu" dim. Dewan Bahasa, 44: 8, 863-875 .
Nor Hashimah Jalaludin, 2001 . "Kamus Dewan: A Critical Analysis". Kertas Kerja
dim 2.nd Malaysian International Conference on Language, Literature and
Cultures (MICOLLAC 2000) pada 17-19, Kuala Lumpur.
Palmer, F.R., 1981 . Semantics. London: Cambridge University Press.
Pike, K.L., 1968. Phonemics: A Technique for Reducing Languages to Writing.
Ann Arbor: The University of Michigan Press.
Sinclair, J.M. (ed.), 1987. Looking Up - An Account of the Cobuild Project in
Lexical Computing. Glasgow: Collins Elt.
Svensen, B., 1993. Practical Lexicography. Oxford: Oxford University Press.
Ullmann, S., 1983. Semantics: An Introduction to the Science ofMeaning. Oxford:
Basil Blackwell.
Urdang, L., 1963. "Review of Problems in Lexicography" dim. Language, 39,
586-594.
Zainal Abidin Ahmad (Za'ba), 1965. Pelita Bahasa Melayu Penggal I. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Zgusta, L. , 1971. Manual of Lexicography. Mouton: Hague.

791
IBRAHIM AHMAD

SENARAI KAMUS YANG DIRUJUK


A Malay-English Dictionary, 1959. Susunan R.J. Wilkinson. London: Macmillan
& Co Ltd.
Collins COBUJLD English Language Dictionary for Advanced Learners, 2001.
London: HarperCollins Publishers.
Collins English Dictionary, 1994. Glasgow: HarperCollins Publishers.
Kamus Bahasa Melayu, 1960. Susunan R.O. Winstedt. Kuala Lumpur: Marican &
Sons.
Kamus Bahasa Melayu Nusantara, 2003. Brunei Darussalam: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Kamus Besar Bahasa Indonesia, Edisi Ketiga., 2001. Jakarta: Balai Pustaka.
Kamus Dewan Edisi Pertama, 1970. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamus Dewan Edisi Kedua, 1989. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamus Dewan Edisi Ketiga, 1994. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamus Etimologi Bahasa Indonesia, 1987. Susunan Sri Sukesi. Jakarta: Dep.
Pendidikan & Kebudayaan.
Kamus Etimologi Bahasa Melayu, 1997. Susunan Chong Mun Wah. Shah Alam:
Penerbit Fajar Bakti.
Kamus Indonesia, 1951. Susunan E. St. Harahap. Bandung: G. Kolff & Co.
Kamus Linguistik Edisi Ketiga, 1989. Susunan Harimurti Kridalaksana. Jakarta:
P.T. Gramedia.
Kamus Linguistik, 1997. Susunan Ramli Md. Salleh et al. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Kamus Melayu Global, 1996. Susunan Hasan Hamzah. Kuala Lumpur: Piramid
Perdana {M) Sdn. Bhd.
Kamus Pe/ajar Bahasa Malaysia, 1987. Susunan Amdun Husain et al. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamus Pe/ajar Delta: Dwibahasa, 1987°. Susunan Lutfi Ahas & Awang Sariyan.
Petaling Jaya: Delta.
Kamus Umum Bahasa Indonesia , Edisi Ketiga, 2003 . Susunan W.J.S.
Poerwadarminta, diolah kembali oleh Pusat Bahasa. Jakarta: Balai Pustaka.
Kamus Umum Bahasa Indonesia, 1994. Susunan J.S. Badudu & Sutan Mohammad
Zain. Jakarta: Pustaka Sinar Harapan.
Kamus Za 'ba, 2001. Susunan HB Hamzah et al. Kuala Lumpur: Pustaka Antara.
Longman Dictionary of the English language, 1992. Harlow Essex: Longman.
Oxford Dictionary of English (Second Edition), 2003 .0xford University Press.
The Oxford English Dictionary, 1989. Oxford University Press.
Websters New World Dictionary, 1970. Massachusetts: Merriam-Webster Inc.
Websters Third New International Dictionary ofthe English language, 1981.
Springfield Mass: G & C Merriam Company.
'

792

Anda mungkin juga menyukai