Anda di halaman 1dari 4

LEPAS MC SERAHKAN.

Dhar: ehhh Pui awak dari mana ni? Nampak macam serabut je.
Pui: Oh sayakan JPP. Saya ke HEP sebab ada aduan masalah pelajar.
Dhar: Masalah pelajar? Maksud awak melibatkan akta 174?
Pui: eh tak. Macam biasalah kesalahan disiplin. Awak pun tahukan perangai segelintir
kawan2 kitakan.
Dhar: Maksudya?
Pui: haaa mari sini saya tunjukkan contohnya (sambil tangan melayang)

SITUASI 1
Dhar: Ohhhh memang kawan-kawan kita ni bermasalah. Etika pemakaian pun tak nak
ikut. (tangan tepuk dahi).

Pui: Itulah. Awak pun tahu etika pemakaian ni wajib kita patuhi. Bukankah kita sebagai
bakal guru, kita patut tunjukkan contoh yang baik kepada bakal murid kita nanti.
Pakaian yang kemas, kasut bertutup, menutup aurat dan sopan. Bagi perempuan yang
bukan islam, seharusnya memakai skirt di bawah paras lutut dan tidak ketat. Nanti
terjelir lidah pelajar ib ni. (sambil gelak).

Dhar: Haa betul tu Pui. Saya pon tengok macam-macam gaya kawan2 kita sekarang.
Ada yang acah K-pop.

Pui: Haaa ada lagi tau. Biar saya tunjukkan awak kesalahan seterusnya.

Dhar: (terkejut) ada lagi???

SITUASI 2 (main fon banyak)

Pui: aiyooo tengoklah pelajar sekarang ni tak hormat langsung pensayarah di hadapan
kelas.
Dhar: Itulah. Saya pun sedih dengan sikap mereka ni. Sepatutnya sebagai seorang
bakal guru, kita patutnya menghormati pendidik kita. Pui, cuba awak bayangkan satu
hari nanti, awak mengajar di hadapan, anak murid awak sibuk menyembang, main,
mesti awak sedihkan?. (tambah ayat pasal result jatuh sebab banyak main fon, layan
tiktok, instagram, snapchat, Mobile legend)

Pui: Mestilah!! Saya penat mengajar, murid buat kerja lain.

Dhar: Haaaa, saya ada jugak dengar cerita panas ni. Membaraaa. Nak tahu> jom saya
saya tunjukkan situasi seterusnya.

Pui: wahhhh. Saya tak sabar nak tahu ni.

SITUASI 3

Dhar: wah! Bukan main hebat dengan rakan kita sekarang ni. Mereka ni bkn tak tahu
dgn peraturan keluar masuk asrama. Tapi, mereka masih degil. Setiap masa nak kena
ingatkan

Pui: haa betul tu, tengok lah mcm yang saya tunjuk tadi. Sudahlah keluar pakai baju
ketat, tak tinggal kad resident dan tulis nama, bahaya tau tak. Lagi satu, balik lewat plak
tu. Mereka ni tak sedar kad resident ni penting, andai kata belaku apa-apa kemalangan,
boleh tuntut insurans.

Dhar: ya saya sokong. Sebagai seorg bakal guru juga, kita perlu tunjuk cth yang baik
kepada masyarakat sekeliling kerana perwatakan kita sering menjadi ikutan. Kalau guru
pakai pakaian sopan ketika keluar, maruah seorg guru itu boleh tercemar kerana
masyarakat memandang tinggi kepada warga pendidik.

Pui: haa ada lagi masalah kawan-kawan kita ni tentang peraturan kenderaan di institut.

Dhar: maksud awak mcm mna?

Pui: mari sini saya tunjukkan apa kesalahannya


SITUASI 4

Dhar: aiyoyoyo, ini banyak masalah laa. Peraturan mudah pon tak mahu ikut. Dah tahu
bawa kenderaan, pergilah mohon kebenaran di HEP, baru HEP tidak ambil tindakan
terhadap kenderaan tersebut.

Pui: perkara ni dah bnyak kali dah disebut oleh felo dan pensyarah. Tapi itulah ibarat
masuk telinga kanan keluar telinga kiri (buat gaya).

Dhar: haa ini yang saya nak tekankan ni, setiap pelajar hanya boleh meletakkan
kenderaan di tempat yang dibenarkan sahaja wajarlah pun kereta budak tu kena rantai.
Kalau dah bawa kenderaan tu, mereka tak sepatutnya membawa kenderaan dengan
laju dan membahayakan keselamatan org lain. Haah. Awak tengok dkat ipg kita sendiri
kan ada kawasan yang bahaya seperti bukit di pondok pengawal keselamatan tu. Dekat
situ pelajar selalu bawa laju, bahaya tau kadang-kadang ada kanak-kanak yang selalu
bermain di kawasan kediaman guru.

Pui: betul. Tapi, saya ada satu lagi kesalahan yang pelajar ib selalu buat. Nak tahu mari
sini saya tunjukkan.

SITUASI 5

Dhar: Tapikannn. Kitakan susah nak keluar. Terutamanya kalau hujan. Kalau KKAA tu
mana ada cafe kat bawah. Penat tau nak keluar. Saya mana ada kereta

Pui: Dharshini. Peraturan tetap peraturan. Ada sebab kenapa warden tak bagi kita bawa
peralatan elektronik macam periuk nasi tu, microwave, peti sejuk, dapur gas. Cuba
bayangkan kalau berlaku kebakaran, tambah pula waktu tu semua tengah tidur. Macam
mana kita nak lari. Mau terbakar kita.

Dhar: Ya betul juga tu, malang tidak berbau. Lebih baik cegah daripada rawat. Nanti
kita yang susah. Banyak pulak nyawa yang melayang. Tapikan satulah yang saya nak
tegur pasal bilik ni. Kita bakal guru kenalah kemas, jaga kebersihan Ini tidak, baju lagi
tinggi daripada orang, boleh lemas tau.

Pui: Betul betul betul (gaya upin ipin). Awak tahu Dhar, bilik yang kemas memberi aura
postif kepada diri kita tau! Pergi kelas pun rasa semangat. Kalau bilik bersepah? Mesti
rasa serabut, nak belajar pun malas.

Dhar: Ya saya setuju dengan pendapat awak. Awak semua setuju tak? Saya yakin, ada
antara kalangan kita semua ni (tunjuk) berperangai macam ni. Jadi, kita kena ubah
perangai buruk tersebut, kerana guru merupakan suri teladan murid-murid di sekolah
nanti. (pandai la tambah, camour pepatah melayu sikit).

Pui: (tengok jam) emmm saya dah lapar laaa. Awak la ni ajak saya membawang. Jom
kita ke B2. Saya belanja awak. Tapi air kosong jelah

Dhar: ohhh boleh juga. Boleh kita sambung membawang.

DONE

Dhar : Sebelum kita akhiri program hari ini, mari kita panggil barisan pelakon dari siruasi
1 hingga ke situasi lima ke pentas...woooooo

Setiausaha dan n.setiausaha: Marzwani dan Farhanis dari keas c4 dan c7 ke pentas
yeajhhhhhhhhh

Dan tepukan yang paling gemuruh sekali kepada Penolong dan Pengarah program
simulasi akta Julai 2018 Muhmd Syami dan Nabilah dari kelassss c4 dan c7 ke pntas.
Beri tepukan.

(Tunduk, dhar dengan pui pun tunduk)

Then serah kepada emcee

Anda mungkin juga menyukai