Anda di halaman 1dari 6

1.

0 Pengenalan

Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan satu proses yang melibatkan interaksi
aktif antara guru dan murid (Tuan Jah & Faridah, 2011).

Analoginya, untuk mewujudkan interaksi tersebut, guru seharusnya bijak dalam


menggunakan serta mengaplikasikan, pelbagai teknik dan kaedah pembelajaran yang
menarik. Oleh itu, inisiatif dan kreativiti guru seperti penerapan elemen Seni dalam
Pendidikan yang melibatkan komponen seni visual, seni muzik dan seni pergerakan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran dilihat merupakan satu perkara yang sememangnya
akan meransang dan menyuntik semangat murid untuk belajar.

Bukan itu sahaja, melalui cara ini juga, secara tidak langsung objektif pembelajaran
yang telah ditetapkan oleh guru akan mudah untuk dicapai.

2.0 Kit Persembahan Belajar SuKaBuka

Penambahbaikan terhadap corak serta gaya pengajaran merupakan perkara yang tidak
boleh dipandang enteng oleh guru. Hal ini kerana, sekiranya guru sentiasa mengamalkan
corak pengajaran yang sama setiap kali proses pengajaran dan pembelajaran, lama-
kelamaan murid akan mula untuk berasa bosan.

Oleh yang demikan, dengan penciptaan dan hasil daripada kit persembahan Belajar
SuKaBuka ini, guru boleh mengaplikasikan penggunaan kit ini terutamanya untuk kegunaan
murid Tahun 1 dalam subjek Bahasa Melayu. Nama SuKaBuka terhasil daripada gabungan
perkataan 'Suku Kata Terbuka' yang telah diakronimkan.

.1 Masalah Menyebut Bunyi Vokal dan Suku Kata Terbuka

Kit persembahan yang bertajuk Belajar SuKaBuka telah direka dan dicipta untuk
menyelesaikan masalah pembelajaran murid Tahun 1, terutamanya dalam
masalah menyebut bunyi vokal dan suku kata terbuka (kvkv).
Rasionalnya dalam penghasilan kit ini adalah kerana, terdapat segelintir
murid Tahun 1 yang tidak menerima pendedahan awal yang mencukupi,
contohnya tidak mengikuti prasekolah ataupun Taman Bimbingan Kanak-Kanak
(TABIKA) seperti, mereka yang duduk di kampung dan masyarakat orang asli.
Selain itu, masalah dalam menyebut bunyi vokal ([a],[e],[ᵊ],[i],[o],[u]
termasuk ᵊ pepet) juga dapat dikenalpasti apabila ada segelintir murid yang

1
masih keliru dalam membezakan cara sebutan huruf vokal (fonetik) dengan
nama huruf vokal itu sendiri (fon). Contohnya, vokal a sepatutnya dibunyikan [a],
tetapi masih ada murid Tahun 1 yang menyebut bunyi vokal a sebagai 'a'.
Rentetan daripada masalah ini, murid juga akan sukar untuk menyebut perkataan
suku kata terbuka kerana perkataan tersebut banyak melibatkan penggunaan
huruf vokal.
Bukan itu sahaja, kit ini juga boleh digunakan sebagai Alat Bantu Mengajar
(ABM) untuk aktiviti bagi Standard Pembelajaran 1.2.2 bagi Kemahiran Membaca
Tahun 1.

.2 Objektif Kit Persembahan Belajar SuKaBuka

Berdasarkan daripada penghasilan kit persembahan Belajar SuKaBuKa, terdapat


dua objektif yang telah dihasratkan untuk dicapai oleh murid pada akhir proses
pengajaran dan pembelajaran.
Objektif yang pertama ialah, murid dapat menyebut kelima-lima huruf vokal
(termasuk ᵊ pepet) iaitu [a],[e],[ᵊ],[i],[o],[u] dengan sebutan yang betul dan tepat.
Hal ini kerana, dalam kit persembahan Belajar SuKaBuka, satu QR Code telah
ditampal yang berkaitan dengan cara penyebutan huruf vokal bahasa Melayu.
Selain itu, untuk mengelakkan kekeliruan murid dalam membezakan huruf vokal
dan huruf konsonan, kelima-lima huruf vokal juga telah diwarnakan dengan
warna merah.
Objektif yang kedua pula ialah, murid dapat menyebut sekurang-kurangnya
tiga perkataan yang mempunyai dua suku kata terbuka (kvkv) dengan tepat
berdasarkan gambar yang diberikan. Hal ini kerana, gambar yang telah
disediakan dibelakang kit merupakan ransangan kepada murid untuk mengeja,
seterusnya menyebut perkataan yang mempunyai dua suku kata terbuka (kvkv)
dengan lebih mudah.

3.0 Kekuatan Kit Persembahan Belajar SuKaBuka


Kit persembahan Belajar SuKaBuka sememangnya mempunyai kekuatan dan kelebihannya
yang tersendiri. Oleh itu, penggunaan kit ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran
bahasa Melayu tidak boleh diragukan lagi.

2
.1 Mesra Pengguna dan Mudah Dikendalikan

Kit Persembahan Belajar SuKaBuka merupakan kit yang sangat mesra


pengguna dan mudah dikendalikan oleh guru mahupun murid.
Hal ini kerana, pada awalnya guru hanya perlu mengimbas QR Code yang
terdapat dibelakang kit, lalu menayangkan video (muzik) tersebut kepada murid
sebagai penerangan awal. Seterusnya, guru atau murid perlu memilih salah satu
gambar (seni visual) yang disediakan di belakang kit, lalu mengeja kembali
gambar tersebut menggunakan huruf-huruf yang terdapat di dalam kit. Huruf dan
gambar tersebut kemudiannya, perlu digantung (pergerakan) menggunakan
penyangkut kecil yang telah disediakan, pada belakang papan kertas yang direka
khusus untuk murid mengeja dan menyebut perkataan yang mempunyai dua
suku kata terbuka dengan lebih mudah. Kelebihan yang ada pada kit ini
sememangnya secara tidak langsung telah menjadikan proses pengajaran dan
pembelajaran lebih mudah dan lancar, kerana guru tidak lagi perlu mencari dan
menyediakan bahan tambahan untuk pengajaran.
Selain itu, kit ini juga mudah dibawa kerana mempunyai berat yang sangat
ringan dan tidak berbahaya kepada guru dan murid, khususnya murid Tahun 1.
Bukan itu sahaja, kit ini juga merupakan kit yang berbentuk hands-on dan turut
boleh digunakan di luar bilik darjah kerana kit ini sangat meminimumkan
penggunaan internet.

.2 Huruf Vokal dan Konsonan yang Bervariasi Warna

Warna memainkan peranan yang penting dalam sesuatu perkara. Aplikasi warna
dalam penciptaan kit ini dilihat sebagai salah satu kekuatan kerana, elemen ini
mungkin jarang diterapkan pada kit persembahan yang lain.
Hal ini kerana, huruf-huruf yang terdapat dalam kit ini diwarna mengikut
fungi dan kehendak yang tertentu, contohnya, huruf-huruf vokal (a,e,i,o,u)
diwarnakan dengan warna merah, manakala huruf-huruf konsonan (selain
a,e,i,o,u) diwarnakan sama ada dengan warna biru, hijau, kuning atau jingga.
Rasional terdapat penggunaan warna-warna ini adalah untuk mengelakkan
murid daripada keliru untuk membezakan huruf vokal dan huruf konsonan. Maka,
apabila pengaplikasian variasi warna diterapkan pada kit ini, murid akan lebih
faham dan mudah untuk mengingati huruf vokal.

3
Selain itu, pemilihan warna juga amat dititikberatkan. Hanya warna asas
dan warna sekunder sahaja digunakan bagi menepati standard pemahaman
murid Tahun 1.

.3 Menarik Minat Murid Tahun 1

Satu pemerhatian dan ujikaji telah dijalankan bertempat di SK IPG Dato' Razali
Ismail untuk menguji kekuatan dan ketahanan kit ini.
Berdasarkan daripada pemerhatian tersebut, didapati responden adik Adly
Azhar daripada kelas Tahun 1, amat menyukai kit persembahan ini. Apabila
soalan diujarkan kepada responden mengenai kit ini, responden menyatakan
bahawa kit ini sangat cantik kerana disertakan dengan gambar yang menarik dan
warna-warna huruf yang mudah difahami.
Bukan itu sahaja, responden dilihat mampu untuk mengeja setiap gambar
yang ditunjukkan dengan tepat berdasarkan pada bantuan huruf-huruf yang
digantung pada papan kertas.

4.0 Kelemahan Kit Persembahan Belajar SuKaBuka

Walaupun kit persembahan Belajar SuKaBuka mempunyai kekuatan dan kelebihannya yang
tersendiri, kit ini masih terikat pada kelemahan yang tidak dapat dielakkan.

.1 Tertumpu Kepada Dua Suku Kata Terbuka Sahaja (kvkv)


Salah satu kelemahan yang terdapat pada kit ini ialah, hanya tertumpu pada dua
suku kata terbuka sahaja, contohnya, raja dan cili.
Hal ini kerana, dalam bahasa Melayu masih terdapat lagi pelbagai pola
suku kata terbuka seperti vkv, kvkvkv dan kv. Akan tetapi, kit ini hanya
mengkhususkan kepada pola suku kata terbuka kvkv sahaja.
Oleh itu, rentetan daripada kelemahan kit ini, murid hanya akan didedahkan
dan diajar dengan skop suku kata terbuka yang kecil dan tidak menyeluruh.
Bukan itu sahaja, kit ini juga tidak mencakupi segala isi yang terkandung dalam
pengajaran suku kata terbuka.

4
5.0 Penambahbaikan Kepada Kit Persembahan Belajar SuKaBuka

Berdasarkan kepada kekuatan dan kelemahan yang didapati hasil daripada penciptaan kit
persembahan Belajar SuKaBuka, terdapat beberapa penambahan yang boleh dilakukan
menambahbaik kualiti dan kegunaan kit ini.

Antara penambahbaikan yang boleh dilakukan ialah, kandungan yang terdapat


dalam kit Belajar SuKaBuka boleh diperbanyakkan lagi. Contohnya, dengan
mengaplikasikan pelbagai pola suku kata terbuka seperti kv, kvkvkv dan vkv.

Bukan itu sahaja, penggunaan internet atau QR Code juga boleh diperluas lagi untuk
menarik minat murid. Hal ini kerana, murid pada masa kini amat menggemari sesuatu yang
berbentuk maya dan ICT. Antara elemen ICT yang boleh ditambah melibatkan permainan
interaktif yang akan digunakan oleh guru untuk menilai kefahaman murid dengan lebih
mendalam.

6.0 Penutup

Kesimpulannya, sudah terang lagi bersuluh bahawa kit persembahan Belajar SuKaBuka ini
banyak mempunyai kelebihanya yang tersendiri apabila diaplikasikan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.

Diharapkan supaya, dengan penciptaan kit ini, proses pengajaran dan pembelajaran
untuk murid Tahun 1, terutamanya melibatkan topik suku kata terbuka akan lebih efektif.

5
6

Anda mungkin juga menyukai