Arahan: Guru perlu mengamalkan sikap profesionalisme pada setiap masa. Pilih satu isu semasa yang terdapat dalam bidang pendidikan di Malaysia. Bincangkan isu tersebut dan buat hubung kait isu tersebut dengan amalan profesionalisme keguruan.
Isu semasa berkaitan amalan profesionalisme keguruan
Sikap profesionalisme guru merangkumi amalan profesional seperti amalan refleksi,
penulisan jurnal refleksi dan pembinaan portfolio. Kualiti peribadi pula merangkumi sikap dan sahsiah, interpersonal dan intrapersonal, integriti dan akauntabiliti guru, hubungan profesional, komunikasi, kolaborasi dan etika profesion keguruan. Isu semasa yang bercanggah dengan amalan profesionalisme guru ialah guru bertindak membelasah seorang pelajar lelaki di sebuah sekolah di Alor Setar, Kedah. Perkara ini amatlah bertentangan dengan amalan profesionalime keguruan yang mementingkan guru bertindak secara berhemah sekiranya mahu mengambil tindakan atas kesalah an pelajar. Sewajarnya, guru tersebut berhubung dengan pelajar terlebih dahulu dan meminta penjelasan terhadap kesalahan yang telah dilakukan. Sekiranya pelajar tersebut ingkar untuk berbincang, maka masalah tersebut haruslah disera hkan kepada Unit Disiplin dan Kaunseling untuk diselasaikan. Tindakan yang diambil oleh guru tersebut telah menjatuhkan maruah sekolah dan mencemarkan imej guru. Oleh itu, setiap guru perlulah akur dan menghayati amalan keguruan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi mengelakkan tindakan yang diambil melanggar Kod Etika Keguruan.