Anda di halaman 1dari 3

Assalamualaikum.

Yang dihormati, En. ……………………………………….. / ……………………………..

1. Yang saya hormati, En. Mohd Ramlee bin Mohd Izat, YDP PIBG SK. Seri
cempaka

2. Yang Berusaha Pn.Hjh Dhalfizah Pk hem , en. Mohd faizal PK Kokurikulum seri
cempaka.

3.     Guru- guru, Para Ajk PIBG  sekolah, para ibu bapa dan murid-murid sekalian.

Telebih dahulu, saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat  Ilahi kerana dengan


limpah kurnianya , dapat kita bersama-sama meraikan Temasya sukan sekolah kali
-33.

Tahniah diucapkan kepada barisan guru-guru dan juga barisan PIBG SK. Seri
cempaka kerana bertungkus lumus  merealisasikan Temasya Sukan Sekolah pada
hari ini.

Hadirin Sekalian,

Terima kasih diucapkan kepada para ibu bapa yang hadir pada hari ini. Sokongan
yang sebeginilah yang selalu kita harapkan daripada semua ibu bapa Sk. Seri
cempaka .Ini membuktikan bahawa para ibu bapa sekolah ini amat prihatin dengan
aktiviti-aktiviti yang sekolah adakan untuk anak-anak kita. Tahniah daripada pihak
sek.

Tuan-Tuan dan puan,


Temasya Sukan Sekolah diadakan pada setiap tahun adalah untuk  membina
semangat kesukanan anak-anak kita. Ianya bukan sekadar satu temasya bagi
mengukur kemampuan anak-anak kita bertanding dalam acara-acara sukan  tetapi
temasya ini juga membina keyakinan diri serta suntikan kreativiti dan inovasi
dalam kalangan murid-murid. INI sangat penting bagi mengiktiraf keboleh
mampuan berfikir dalam menjana kemenjadian murid yang cemerlang dan
bersahsiah mulia.

Hadirin sekalian,

Temasya sukan sekolah ini adalah salah satu daripada usaha sekolah dalam
memastikan akses pendidikan yang berkualiti selaras DGN sek kebangsaan seri
cempaka yg di lantik sebagai sekolah ts25 agar setiap murid berupaya memberi
kesan berganda dalam bidang pembelajaran. Ini secara tidak langsung dapat
melonjakkan  pencapaian murid-murid dalam bidang pembelajaran khasnya. 

Badan sihat otak cerdas  boleh dikaitkan dengan  aktiviti-aktiviti jasmani yang


diadakan di sekolah. Elemen ini sangat dititik beratkan oleh pihak sekolah bagi
melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, intelektual  dan rohani.
Inilah modal insan yang bersifat holistik yang bakal kita lahirkan pada hari ini dan
juga pada masa akan datang.

Insya Allah. Saya mengharapkan tuan-tuan dan puan-puan SEBAGAI


PEMEGANG TARUH ATAU STEAK HOLDER dapat memberikan sokongan
kepada anak-anak  untuk bergiat cergas dalam aktiviti kokurikulum kerana potensi
dan penglibatan pelajar dalam bidang kokurikulum akan membantu pelajar
mencipta kecemerlangan dalam bidang kurikulum. Momentum seperti inilah yang
kita perlukan agar anak-anak kita sentiasa cerdas dan cergas sama ada di sekolah
mahupun di rumah. Maka akan lahirlah pelajar minda kelas pertama yang
senantiasa kita harapkan.

Dengan adanya kerjasama dua hala ini, saya berharap agar sekolah SK. Seri
cempaka akan terus cemerlang dalam bidang Kokurikulum khasnya. Saya juga
berharap agar warga pendidik dan murid –murid dapat bersama-sama menguatkan
tekad dan usaha bagi memastikan bidang kokurikulum akan terus cemerlang pada
masa akan datang.

Sebelum saya akhiri kalam, saya mengucapkan selamat bertanding kepada murid-
murid saya. Kalah atau menang bukan ukuran tetapi semangat kesukanan yang
kental itu yang perlu ada dalam setiap jiwa anak-anak.

Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai