Anda di halaman 1dari 1

Strategi pengajaran dan pembelajaran yang dipilih oleh guru Sejarah tersebut adalah

strategi berpusatkan guru. Dalam strategi ini guru Sejarah tersebut bertindak mengawal
keadaan dan berperanan sebagai ketua. Pendekatan ini merupakan satu pendekatan yang
mudah dirancang dan diurus.
Antara kekuatan yang terdapat dalam PdP tersebut adalah murid-murid dapat memperoleh
maklumat dan ilmu pengetahuan yang tepat. Fakta-fakta sejarah yang telah diberitahu oleh
guru tersebut adalah agak padat dan tepat. Fakta-fakta Sejarah yang padat dan tepat ini
dapat meningkatkan kefahaman murid terhadap topik pembelajaran iaitu Maksud Sejarah.
Antara kelemahan yang terdapat dalam PdP ini adalah:
1. menyekat keupayaan murid-murid untuk berfikir secara kritikal
2. membataskan keupayaan murid untuk belajar atau bekerja dalam kumpulan. 
3. Komunikasi sehala.
4. Murid pasif dan mendengar sahaja.
5. Sifat sosial kurang dipupuk.

Cadangan Penambahbaikan
Kenal pasti adakah guru ini menerapkan elemen 4C dan elemen KBAT serta kaedah
pengajaran abad ke-21 dalam PdPnya

Anda mungkin juga menyukai