Anda di halaman 1dari 4

Standard Guru Malaysia (SGM) menggariskan kompetensi professional yang patut

dicapai oleh guru, dan keperluan yang patut disediakan oleh agensi dan institusi latihan
perguruan bagi membantu guru mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan. Hal ini
bertujuan untuk menjadi panduan kepada guru, pendidik guru, agensi dan institusi latihan
perguruan dalam usaha untuk melahirkan dan melestarikan guru berkualiti. Standard Guru
Malaysia digubal bagi mengenal pasti tahap kompetensi professional guru dalam aspek
amalan nilai profesionalisme keguruan, pengatahuan dan kefahaman, serta kemahiran
pengajaran dan pembelajaran bagi menjamin tahap kompetensi guru yang ditetapkan ini
tercapai dan selaras dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang
memartabatkan profesion keguruan. Selain itu, SGM juga digubal bertujuan untuk mengenal
pasti tahap penyediaan dan pelaksaan keperluan latihan oleh agensi dan institusi latihan
perguruan bagi menjamin tahap kompetensi guru yang ditetapkan tercapai. Antara pihak-
pihak yang menggunapakai perkara ini adalah guru, pendidik guru di Institusi Latihan
Perguruan, Pengurus dan Pentadbir Institusi Latihan Perguruan, Guru Besar dan Pengetua
Sekolah serta Agensi Latihan Perguruan. Dalam merealisasikan Standard Guru Malaysia
ini,guru selaku pendidik di sekolah-sekolah perlu membuat rujukan kepada SGM ini dalam
apa jua urusan yang melibatkan pendidikan.

Bagi mecapai hasrat yang kerajaan bagi melahirkan pelajar yang berkemahiran
tinggi dan dapat bersaing di peringkat globle guru merupakan element penting dalam
mencapai hasrat kerajaan. Hal ini kerana guru merupakan watak penting dalam membentuk
para pelajar. Oleh itu guru haruslah memainkan perana penting dalam mencorakkan stail
pengajaran yang berkesan agar segala matlamat dalam dunia pendidikan dapat dicapai
secara optimum.

Standard Guru Malaysia merupakan medium penting bagi guru sebagai rujukan
untuk meningkatkan lagi kemahiran mereka sebagai guru ataupun sebagai penanda aras
bagi guru. SGM juga mempunyai kelebihan dan juga kelemahan jika dibandingkan dengan
negara luar. Hal ini kerana murid-murid yang dihasratkan oleh kerajaan masing-masing
adalah berbeza. Antara contoh standard guru yang dapat dibandingkan adalah “American
professional standard for teacher“ berdasarkan ketiga-tiga elemen standard guru Malaysia
iaitu amalan nilai profesionalisme guru, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran
pengajaran dan pembelajaran.

Antara kelebihan Stadard Guru Malaysia adalah SGM mempunyai nilai


profesionalisme keguruan. Amalan nilai profesionalisme keguruan ini memperincikan
kompetensi amalan nilai profesionalisme keguruan berdasarkan domain diri, domain
profesion dan domain sosial, yang perlu ada pada seseorang guru (SGM, 2009). Hal ini
penting bagi seorang guru bagi mempunyai jiwa seorang guru. Jika semua guru mempunyai
jiwa seorang pendidik tidak mungkin hasrat KPM bagi melahirkan pelajar yang seimbang
dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (PPPM 2011-2025). Nilai profesionalisme
kegururan dalam SGM adalah menyeluruh dari segi ketuhanan, kemasyarakatan dan
kenegaraan. Hal ini menunjukkan bahawa profesion seorang guru di Malaysia haruslah
menyeluruh bagi melahirkan pelajar yang terbaik. Domain diri merujuk kepada pengangan
nilai diri guru yang sedia ada dan patut dikembalikan supaya guru boleh memberikan
sumbangan yang lebih berkesan kepada profesion keguruan bagi mencapai matlamat
sistem pendidikan negara (SGM, 2009). Nilai-nilai yang fokuskan dalam domain ini ialah
kepercayaan kepada Tuhan, amanah, ikhlas, berilmu, kasih sayang, sabar, dan tahan lasak,
cergas, aktif dan sihat, kemahiran interpersonal dan intrapersonal, semangatsukarela dan
efisien. Semua nilai tersebut penting bagi seorang guru dimana guru perlu mempunyai nilai
tersebut untuk menumpuh cabaran bagi melahirkan insan bertamadun. Menurut Grimlett
dan MacKinnon (1992), penguasaan nilai-nilai di atas akan dapat membentuk satu asas
pengetahuan pedagogi pelajar. Pemahaman tentang apa yang pelajar percaya, apa yang
mereka perlu ambil berat dan apa tugas yang mereka inginkan adalah perlu untuk
memotivasikan pelajar supaya mereka berkerja kuat dan memperolehi kejayaan. Oleh itu
jelas lah bahawa guru memainkan peranan penting dalam melahirkan insan yang bakal
menentukan nasib negara.

Seterusnya jika dibandingkan dengan negara luar seperti amarika ,terdapat


kekurangan yang dapat dilihat dalam Standard Guru Malaysia. Antaranya , di Amarika
mereka menekankan kepada guru iaitu guru harus mahir dalam memilih kaedah penilaian
yang sesuai untuk keputusan pengajaran. Hal ini kerana guru yang memilih kaedah
penilaian yang sesuai dapat memberikan impak yang besar kepada pelajar. Guru perlu
mengetahui jenis maklumat yang disediakan oleh pelbagai alternatif penilaian dan kekuatan
dan kelemahan pelajar. Berbeza dengan Standard Guru Malaysia yang mementingkan guru
yang pengatahuan semata-mata. Guru yang memenuhi piawaian ini akan mempunyai
kemahiran konseptual dan aplikasi yang diikuti. Mereka akan dapat menggunakan konsep
kesilapan penilaian dan kesahihan apabila memilih pendekatan mereka untuk penilaian
kelas pelajar. Mereka akan memahami bagaimana data penilaian yang sah dapat
menyokong aktiviti pengajaran seperti memberi maklum balas yang sesuai kepada pelajar,
mendiagnosis keperluan pembelajaran kumpulan dan individu, merancang program
pendidikan individu, memotivasi pelajar, dan menilai prosedur pengajaran. Mereka akan
memahami bagaimana maklumat tidak sah boleh mempengaruhi keputusan pengajaran
mengenai pelajar. Mereka juga akan dapat menggunakan dan menilai pilihan penilaian yang
tersedia untuk mereka, dengan mempertimbangkan perkara-perkara lain, latar belakang
budaya, sosial, ekonomi, dan bahasa pelajar. Mereka akan sedar bahawa pendekatan
penilaian yang berbeza boleh menjadi tidak sesuai dengan matlamat pengajaran tertentu
dan mungkin memberi kesan yang agak berbeza pada pengajaran mereka. Oleh itu jelaslah
bahawa guru haruslah sentiasa membuat penilaian bagi setiap pengajaran yang telah
diberikan kepada pelajar.

Selain itu, standard kedua dalam SGM adalah pengetahuan dan kefahaman
merupakan kelebihan dalam SGM. Pengetahuan dan kefahaman yang mantap bagi seorang
guru akan menambahkan lagi keyakinan guru. Secara tidak langsung hasrat KPM untuk
menghasilkan modal insan kelas pertama. Standard ini memperincikan kompetensi ilmu
pengatahuan dan kefahaman tentang subjek pengkhususan, ilmu pendidikan, kurikulum dan
kokurikulum yang patut ada pada seseorang guru. Guru yang memiliki dan menguasi ilmu
yang mantap dapat meningkatkan profesionalisme keguruan, melaksanakan tugas dengan
cekap dan berkesan serta menjadikan lebih kretif dan inovatif. Jika dibandingkan dengan
standard guru amerika, meraka juga mementingkan guru untuk mempunyai pengatahuan
dan kefaham yang banyak sebelum mula mengajar. Hal ini kerana guruyang tidak
berpengatahuan yang meluas tidak dapat merialisasikan hasrat KPM. Jika ini berlaku
negara akan mengalami masalah pada masa hadapan. Mungkin negara kita akan mundur.
Oleh itu, guru patut memahami nilai-nilai pendidikan berasaskan rukun negara, tonggak dua
belas, nilai dan etika perkhidmatan awam, tatasusila profession keguruan, pelan integrity
nasional, dan dasar pendidikan untuk pelaksanaan pendidikan.

Namun begitu,terdapat kekurang yang terdapat dalam SGM jika dibandingkan dengan
Standard Guru Amerika. Antaranya adalah, di Amerika meraka menekan guru untuk mahir
dalam membangunkan prosedur penggredan murid yang sah yangmenggunakan penilaian
murid. Gred pelajar adalah sebahagian daripada amalan profesion untuk guru. Penggredan
ditakrifkan sebagai petunjuk tahap prestasi pelajar dan penilaian guru terhadap prestasi
tersebut. Dengan mengatahui gred pelajar juga kita dapat membuat perubahan ke arah
yang lebih baik. Kesilapan guru dalam menentukan gred pelajar akan memberikan impak
yang negatif kepada pelajar. Contohnya jika pelajar yang cemerlang dapat keputusan yang
buruk dalam peperiksaan disebabkan kesilapan guru menanda kertas ujiannya
menyebabkan motivasi pelajar untuk belajar jatuh. Hal ini akan menyebabkan pelajar malas
untuk belajar dan akan memusnahkan masa hadapan mereka. Oleh itu guru harus lah mahir
dalam menentukan gred pelajar agar tida ada sebarang kesilapan.

Seterusnya, kelebihan SGM ini adalah guru mempunyai kemahiran pengajaran dan
pembelajaran. Jika guru hanya mempunyai maklumat tetapi tiada kemahiran untuk
mengajara, tidak guna juga untuk mendidik modal insan. Guru yang terbaik adalah, guru
yang mempunyai tahap kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang tinggi. Kemahira
pengajaran dan pembelajaran menekankan kebolehan guru untuk membuat perancangan,
pelaksanaan dan penilaian pengajaran dan pembelajaran akademik dan kokurikulum.
Antara kemahiran yang perlu ada pada guru adalah kemahiran menyediakan perancangan
pengajaran dan pembelajaran berdasarakan sukatan pelaaran dan takwin dengan
mengambil kira perbezaan kebolehan, pengatahuan sedia ada, serta jangkaan pencapaian
murid. Hal ini secara langsung menyebabkan guru akan sentiasa mengajar dalam sukatan
yang betul. Selain itu kemahiran mengurus bilik darjah melibatkan pengurusan hubungan
kemanusiaan, masa, ruang, dan sumber untuk mencapai pembelajaran. Atau dengan nama
lain kemahiran guru mentadbir adalah penting bagi melancarkan lagi proses pembelajaran
itu berlaku.

Sebelum saya menjadi guru saya akan pastikan elemen-elemen SGM aka saya kuasi
dahulu sebelum menjadi guru. Amalan nilai profesionalisme keguruan akan saya terap
dalam jiwa saya sebagai seorang pendidik. Hal ini kerana kecintaan saya untuk mendidik
anak bangsa adalah sebahagian dariapada hidup saya. Saya akan pastikan saya dapat
lahirkan ramai modal insan yang dihendak oleh kerajaan. Selain ini, elemen yang ade dalam
SGM akan saya guna sepenuhnya dalam menjadi guru yang berkualiti yang mampu
membimbing murid-murid bukan sahaja dalam akademik malah dari segi kemahiran mereka
juga. Hal ini kerana saya ingin membantu negara dalam membangun generasi yang intelek
bagi menghadapi cabaran masa akan datang.

Kesimpulannya, standard guru Malaysia mempunyai kelebihan dan kekurangan apabila


dibandingkan dengan standard guru di negara lain berdasarkan ketiga-tiga standard yang
terdapat dalam SGM tersebut. penambahbaikan terhadap standard guru ini data dilakukan
bagi meningkatkan kualiti dan kompetensi guru di Malaysia bagi melahirkan generasi bijak
pandai yang seimbang berdasarkan matlamat falsafah pendidikan kebangsaan.
Penambahbaikkan ini boleh dilakukan dengan mengambil contoh daripada standard guru
negara lain seperti memartabatkan budaya orang asli, melibatkan dengan maklum balas
rakan sekerja dan juga penetapan matlamat yang tinggi bagi murid-murid. Secara tidak
langsung, guru dapat meningkatkan prestasi kerja mereka dengan adanya motivasi daripada
rakan sekerja, kefahaman budaya dan juga menggalakkan pemikiran kritis.

Anda mungkin juga menyukai