Anda di halaman 1dari 11

KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK,

KOMPLEKS PENDIDIKAN BANDAR ENSTEK, 71760 BANDAR ENSTEK

NILAI, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

LAPORAN AMALI 2:

PROTISTA

SCES 3034 KEPELBAGAIAN BIOLOGI

NAMA : WAN NASRI SOLIHIN BIN WAN AHMAD YANEE

KAD PENGENALAN: 960719-03-5887

KUMPULAN : 2 PISMP SAINS AMBILAN JUN 2015

KOD & KURSUS : SCES 3043 KEPELBAGAIAN BIOLOGI

NAMA PENSYARAH: PUAN JALIMAH BINTI YUNUS


AMALI 2
SCES 3043: KEPELBAGAIAN BIOLOGI
TAJUK: PROTISTA

Tugasan Amali :
Memeriksa slaid tersedia protista

Tujuan:
Memerhati organisma Protista dari segi morfologi.

Objektif:
1.Mengenal pasti beberapa jenis fungi dalam alam protista.
2.Mengetahui struktur asas fungi dan kepentingannya.
2.Mengetahui dan membincangkan mengenai sifat umum dan cara hidup fungi.

Pengenalan:
Organisma uniselular eukaryotic dikelaskan dalam alam Protista.Protista merujuk
kepada nama lain iaitu protozoa yang membawa maksud “haiwan”.Namun begitu,di
bawah alam protista,organisma eukaryotic mungkin menunjukkan kedua-dua ciri
iaitu haiwan atau tumbuhan serta gabungan ciri keduanya sekali.

Bahan dan Radas:


 Mikroskop
 Slaid Volvox
 Slaid Amoeba
 Slaid Algae:Chlamydomonas, w.m.
 Slaid Vorticella, w.m.
 Slaid Euglena
 Slaid Protozoa:Amoeba Proteus,Rhizopoda, w.m.
Prosedur Amali:

1.Beberapa slaid protista dan fungi yang disediakan diperhatikan di bawah


mikroskop dengan menggunakan kuasa pembesaran yang rendah dan kemudian
diperbesarkan agar slaid dapat diperhatikan dengan jelas.

2.Setiap slaid protista dan fungi,diperhatikan akan bentuk serta strukturnya.

3.Pemerhatian dicatat serta dilukiskan dengan jelas dan berlabel.

Pemerhatian

Fungi

Slaid Gambar slaid yang diperhatikan Bentuk dan struktur


dan skala pembesaran Yang diperhatikan
Volvox

40x

Amoeba

40x

Algae:Chlamydomonas
, w.m.

40x
Vorticella, w.m.

40x
Euglena

10x
Protozoa:Amoeba
Proteus,Rhizopoda,
w.m.

10x

Perbincangan
Rajah 1.1 : Struktur paramecium sp.

Walaupun organisma protista tergolong dalam organisma uniselular,ia


mempunyai nukleus seperti sel-sel yang lain dan turut mempunyai organel-organel
bermembran yang lain (Wikipedia, 2016).Keadaan ini menyebabkan organisma
protista mempunyai fungsi yang sangat kompleks walaupun memiliki saiz yang
sangat kecil.Selain itu,organisma protista turut menjalani serta mengalami proses-
proses kehidupan yang lain seperti bergerak,membiak,membesar dan
sebagainya.Organisma protista boleh dikelaskan kepada tiga jenis berdasarkan ciri
sel tersebut samada seperti sel tumbuhan,haiwan mahupun fungi.

Organisma protista kebanyakan dijumpai di tempat yang mempunyai


kelembapan yang tinggi samada di permukaan tanah mahupun di dalam air
(Encyclopedia Britannica, 2016). Antara contoh organisma protista termasuklah alga
merah Cyanidioschyzon merolae serta alga hijau seperti Chlamydomonas
reinhardtii.Bukan itu sahaja,organisma protozoa seperti photosynthetic euglenoids,
foraminiferans dan volvox turut digolongkan sebagai organisma protista.

Rajah 1.2 : Pergerakan organisma protista


Terdapat hampir 30 000 spesis protozoa yang telah dikenalpasti di alam ini.Oleh
yang demikian,spesies ini kebiasaanya dikelaskan berdasarkan cara pergerakan
(rajah 1.1).Terdapat empat cara pergerakan bagi organisma ini.Pertama adalah
dengan menggunakan kaki palsu yang dinamakan sebagai
pseudopodia.Kedua,menggunakan bebenanag panjang seperti ekor yang
dinamakan sebagai flagela.Ketiga,organisma bergerak menggunakan rerambut pada
badan sel yang dinamakan sebagai silia.Keempat,organisma yang langsung tidak
mempunyai alat pergerakan dan organisma ini tidak boleh bergerak.

Kaki palsu organisma protista atau psedopodia bukan sahaja bertindak sebagai
alat pergerakan.Namun begitu,ia juga penting dalam membantu menjalankan
fagositosis dan sistem pencernaan.Psedopodia bertindak membuat lingkungan
terhadap partikel-partikel kecil untuk membentuk vesikel.Partikel-partikel tersebut
kemudian diuraikan oleh enzim lisozim dan nutrien diserap oleh organisma protista
untuk mengekalkan kemandirian.

Rajah 1.3 : Aksopodia

Terdapat empat jenis bentuk pseudopodia kesemuanya iaitu lobopodia, filopodia,


reticulopodia, and axopodia (Campbell N. A. & Reece J. B., 2002) .Lobopodia,filopodia
dan reticulopodia secara umumnya mempunyai kesamaan dari segi strukturnya dan
pseudopodia ini kebanyakannya dimiliki oleh organisma amoeba.Namun begitu,ia
masih boleh dikenalpasti melalui bentuknya samada membentuk silinder,bercabang
mahupun tidak bercabang.Lopodia merupakan pseudopodia yang berbentuk rata
atau silinder.Antara organisma yang memiliki pseudopodia ini adalah amoeba
proteus.Filoopodia adalah organisma yang mempunyai pseudopodia yang
bercabang namun reticulopodia adalah sebaliknya.Aksopodia pula merupakan
pseudopodia yang mempunyai strukstur yang sangat kompleks.
Dalam reproduksi pula,organisma protista kebanyakan membiak melalui
reproduksi aseksual iaitu belahan dedua.Namun demikian,terdapat juga sebahagian
organisma protista yang boleh membiak menerusi pembiakan seksual ( Losos J. B.,
Mason K. A., Singer S. R., 2008).Protista yang mempunyai struktur sel seperti amoeba
dan protista yang mempunyai struktur sel seperti tumbuhan seperti euglena adalah
contoh organisma yang membiak menerusi kaedah belahan dedua.Hal ini membawa
maksud sel anak yang dihasilkan mempunyai maklumat kromosom yang sama
dengan sel induk.Selain itu,terdapat juga protista yang boleh membiak melalui kedua
dua kaedah yang dinyatakan iaitu paramecium.Paramecium akan mencari pasangan
untuk bersenyawa bagi menghasilkan sel anak yang mempunyai gabungan kedua
dua maklumat genetik induk.

Organisma protista adalah seperti bakteria.Ia mempunyai cara pemakanan atau


nutrisi yang tersendiri.Antara cara organisma protista mendapatkan nutrien adalah
adalah dengan cara nutrisi fotoautotrof dan heteretrof.Namun begitu,perlu diketahui
bahawa organisma protista tidak mengamalkan nutrisi kemoautotrof.Sebagai
contoh,alga menjalankan nutrisi fotoautotrof.Alga merupakan sejenis protista yang
mempunyai kloroplas dan boleh menjana tenaga sendiri melalui fotosintesis.Protista
selain alga pula kebanyakan mengamalkan nutrisi heterotroph iaitu dengan cara
memakan organisma lain secara fagositosis.

Soalan perbincangan

1.Bagaimana organisma Protista bergerak dan mendapat nutrient.


Organisma protista bergerak dengan cara masing-masing.Sebagai
contoh,amoeba bergerak menggunakan kaki khusus atau lebih dikenali sebagai
pseudopodia.Psedopodia mengalami pengecutan dan pengenduran yang mana
membolehkan badannya turut bergerak.Euglena pula bergerak menggunakan ekor
menyerupai bebenang halus yang terdapat pada hujung badannya atau lebih
dikenali sebagai flagela.Flagela berfungsi membantu melicinkan pergerakan apabila
euglena bergerak.Organisma yang tidak memiliki pseudopodia dan flagela pula
bergerak menggunakan rerambut pada bada atau disebut sebagai silia.Antara
organisma protista yang menggunakan silia untuk bergerak adalah paramecium.

Organisma protista adalah seperti bakteria.Ia mempunyai cara pemakanan atau


nutrisi yang tersendiri.Antara cara organisma protista mendapatkan nutrien adalah
adalah dengan cara nutrisi fotoautotrof dan heteretrof.Namun begitu,perlu diketahui
bahawa organisma protista tidak mengamalkan nutrisi kemoautotrof.Sebagai
contoh,alga menjalankan nutrisi fotoautotrof.Alga merupakan sejenis protista yang
mempunyai kloroplas dan boleh menjana tenaga sendiri melalui fotosintesis.Protista
selain alga pula kebanyakan mengamalkan nutrisi heterotroph iaitu dengan cara
memakan organisma lain secara fagositosis.

2.Banding bezakan struktur setiap kumpulan Protista.

Kumpulan Contoh Struktur


Heterotrof yang tidak Amoeba Mempunyai pseudopodia
mempunyai alat untuk pergerakan.
pergerakan.
Fotosintesis protista Euglena Mengandungi klorofil
Heterotrof yang Paramecium Mempunyai flagella dan
mempunyai flagella dan silia sebagai alat
cilia bergerak
Protista membentuk Plasmodium Hujung spora mempunyai
spora jisim organel yang
kompleks
Heterotrof yang terhalang Kulat air Berkoloni
pergerakan.

3.Huraikan perkaitan antara ‘sleeping sickness’ dengan organisma Protista.

Rajah : Trypanosoma brucei gambiense

Sleeping sickness atau dikenali sebagai Trypanosomiasis Africa adalah sejenis


penyakit yang disebabkan oleh jangkitan daripada protozoa jenis Trypanosoma
brucei gambiense.Penyakit ini adalah penyakit bawaan lalat tsetse fly.Penyakit ini
menyebabkan keradangan pada nodus limfa dan kelesuan yang teramat pada
otak dan saraf tunjang.Penyakit ini boleh menyebabkan pesakit mengalami maut
jika tidak dicegah dan dirawat.

4.Adakah organisma Protista boleh mendatangkan kebaikan dan keburukan?


jelaskan bersama satu contoh.

Terdapat beribu jenis organisma protista di alam ini.Sebahagian daripadanya


ada yang mendatangkan kebaikan dan ada sabahagian yang mendatangkan
keburukan seperti penyakit.Namun begitu,organisma protista lebih banyak
mendatangkan kebaikan daripada keburukan.Sebagai contoh,foraminifera sp
yang mana mempunyai kerangka luar dari zat kapur dan fosilnya dalam jumlah
yang tertentu dapat membentuk endapan tanah globigerina yang dapat digunakan
sebagai petunjuk adanya minyak dalam kerak bumi.
Rujukan

Campbell N. A. & Reece J. B., (2002). Campbell Biology Sixth Edition. United State,
Amerika: Benjamin Cummings.

Encyclopedia Britannica. (2016). protists. Retrieved from :

http://global.britannica.com/science/protist.

Losos J. B., Mason K. A., Singer S. R.. (2008). Biology Eight Edition. New York, Amerika:
McGraw Hill.

Wikipedia. (2016). Protist. Retrieved from: https://en.wikipedia.org/wiki/Protist.

Anda mungkin juga menyukai