Anda di halaman 1dari 5

Sumbangan Johannes Kepler dalam Astronomi

Dilahirkan pada Disember 1571, di Weil der Stadt di Swabia, di barat daya Jerman,
anak muda Johannes Kepler adalah seorang anak lelaki yang berasal daripada keluarga
yang miskin (David, 2009). Beliau dianugerahkan biasiswa daripada University of Tübingen.
Semasa menyambung pelajaran di sana beliau bercita-cita untuk menjadi menteri di
Lutheran. Pada masa inilah dia diperkenalkan kepada kerja Nicolaus Copernicus, yang telah
menulis bahawa planet-planet mengorbit matahari bukannya bumi (heliosentrik). Pada tahun
1594, Kepler menjadi profesor matematik di sebuah sekolah bagi melatih paderi di Graz,
Austria, serta menjadi ahli matematik daerah dan pembuat kalendar. Pada masa lapangnya,
beliau terus mengkaji astronomi dan astrologi hingga menulis satu artikel umum untuk
mempertahankan sistem copernican. Artikel itu telah menjadi hangat kerana menentang
fahaman kristian katolik sehingga ada yang memaksa agar Johannes Kepler ditangkap.
Selepas kejadian itu, beliau diupah untuk menjadi pembantu kepada Tycho Brahe. Tycho
Brahe merupakan ahli astronomi yang banyak mengumpul data tentang alam semesta
dengan hanya memerhati. Data-data ini disimpan dengan rapi olehnya dan tiada sesiapa
boleh merujuknya termasuklah Johannes Kepler. Setelah kematian Tycho Brahe, Johannes
Kepler mendapat hak untuk mengakses data tersebut lalu menyusunnya untuk mengkaji
alam semesta. Hal ini membolehkan beliau membuat penemuan baru sehingga
terbentuknya tiga Hukum Pergerakan Planet yang memberi sumbangan besar dalam dunia
astronomi.

Hukum Pergerakan Planet yang pertama yang ditemui oleh Johannes Kepler ialah
hukum orbit. Sebelum penemuan ini berlaku, kesemua astronomi seperti Nicolaus
Copernicus mempercayai bahawa setiap planet bergerak mengelilingi matahari dalam satu
bentuk bulatan yang sempurna. Tetapi, hukum orbit ini menyatakan bahawa orbit sesuatu
planet adalah berbentuk elips dan matahari berada di satu daripada dua titik(Kepler 1609).
Elips boleh dianggap sebagai satu bulatan yang tepat yang telah ditekan. Jarak antara dua
titik tersebut menentukan esentrisiti sesuatu elips itu. Sebagai contoh, jika nilai esentrisiti
sesuatu elips itu adalah 1 maka elips tersebut akan menjadi satu garisan lurus dan jika dua
titik tersebut sangat hampir antara satu sama lain dan nilai esentrisiti adalah 0 maka, akan
membentuk bulatan tepat. Sebagai contoh, esentrisiti bumi adalah 0.0167. Maka, bentuk
orbit bumi terbukti bukan satu bulatan yang tepat tetapi bulatan yang telah dipenyekkan
sedikit. Berdasarkan data yang diperoleh Johannes Kepler, beliau dapat menyimpulkan
bahawa setiap planet yang mempunyai nilai esentrisiti yang berbeza. Maka, setiap planet
mempunyai bentuk elips yang tersendiri untuk mengelilingi matahari. Hal ini juga akan
menyebabkan dua keadaan akan berlaku iaitu perihelion iaitu apabila planet berada dekat
dengan matahari dan aphelion iaitu planet berada jauh dengan matahari semasa sesuatu
planet mengelilingi matahari.

Rajah 1

Semasa menyusun semula data-data yang diperoleh daripada Tycho Brahe,


Johannes Kepler menyatakan bahawa setiap planet akan bergerak lebih laju apabila berada
berdekatan dengan matahari (perihelion) dan bergerak lebih perlahan apabila jauh dengan
matahari (aphelion). Hal ini membolehkan hukum kedua dicipta olehnya. Hukum kedua
pergerakan planet ialah hukum luas kawasan. Hukum ini menerangkan kelajuan mana-
mana planet yang mengelilingi matahari dalam bentuk elips. Secara asasnya, apabila dua
kawasan sektor yang mempunyai luas kawasan yang sama dibahagikan dalam elips, masa
untuk sesebuah planet itu mengelilingi matahari adalah sama di kedua-dua sektor tersebut
(Russell, 1964). Oleh itu, jika garisan boleh dilukis daripada pusat matahari ke pusat
sesebuah planet yang bergerak, planet tersebut akan melepasi setiap sektor dalam tempoh
masa yang sama. Sebagai contoh, jika garisan dapat dilukis daripada pusat matahari ke
pusat bumi semasa mengelilingi matahari, kita akan mendapati bumi akan melepasi setiap
sektor dalam masa 31 hari ataupun sebulan. Seperti yang boleh dilihat pada rajah 2,
semasa bumi berada hampir dengan matahari segi tiga kelihatan lebih pendek dan luas
manakala semasa berada jauh daripada matahari segi tiganya menjadi lebih tirus dan
panjang. Tetapi, pada hakikatnya luas kawasannya adalah sama. Hal ini menjadikan planet-
planet kelihatan bergerak lebih laju apabila menghampiri matahari dan bergerak perlahan
apabila menjauhi matahari.
Rajah 2
Hukum Pergerakan Planet yang ketiga muncul 10 tahun selepas hukum luas
kawasan tercipta. Hal ini kerana, Johannes Kepler mula menyedari tempoh pergerakan
sebuah planet dengan planet yang lain. Hukum pergerakan planet yang ketiga ini tidak sama
seperti hukumnya yang pertama dan kedua yang menerangkan tentang pergerakan
sesebuah planet sahaja. Tetapi, hukum ini membuat perbandingan antara planet yang
berlainan. Hukum Pergerakan Planet yang ketiga ini juga dikenali sebagai Hukum Tempoh
(Voelkel 2001). Hukum ini menjelaskan bahawa jika tempoh planet bergerak mengelilingi
matahari (T2) dibahagikan dengan jejari sesuatu planet (paksi semi major) kepada matahari
dikuasa tiga (R3), nilai tersebut adalah sama dengan nilai T2/R3 bagi planet atau objek yang
mengelilingi matahari yang lain. Sebagai contoh, rajah 3 menunjukkan nilai T 2/R3 bagi planet
Utarid, Zuhrah, bumi, Marikh, Musytari, Zuhal dan Uranus adalah secara umumnya adalah
sama.

Rajah 3
Rajah 3

Hal ini bermaksud T2 adalah berkadar terus dengan R3. Oleh itu, planet yang jauh daripada
matahari mengambil masa yang lebih panjang untuk mengelilingi matahari manakala planet
yang berada dekat dengan matahari mengambil masa yang lebih singkat untuk mengelilingi
matahari. Seperti pada rajah 4, pluto mengambil masa yang lebih panjang berbanding Utarid
untuk mengelilingi matahari.

Rajah 4
Kesimpulannya, penemuan yang dilakukan oleh Johannes Kepler ini memberi impak
yang amat besar kepada pemikiran saintifik para astronomi. Penemuan hukum pertama dan
kedua memainkan peranan penting untuk para astronomi memahami struktur alam semesta
dengan lebih jelas. Penemuan hukum ini juga menandakan pengakhiran kepada
pemahaman oleh ahli astronomi purba. Para astronomi mampu untuk membina satu model
alam semesta Copernicus yang lebih ringkas dengan mengabaikan pemahaman epicycle
yang berlaku pada sebuah planet. Pada sebelum ini, epicycle tidak mempunyai model
kerana epicycle hanyalah untuk melengkapkan pemahaman ahli astronomi yang terdahulu
tentang planet bergerak dalam bulatan yang tepat. Kesannya, ahli astronomi boleh
menerangkan alam semesta secara fizikal berdasarkan model tersebut buat pertama
kalinya. Menyediakan pengetahuan asas kepada newton untuk discover hukum gravity.
Katanya bukan disebabkan epal yang jatuh tetapi Kepler. NASA juga mengakui Johannes
Kepler adalah pengasas kepada mekanik angkasa. Hukum ketiga pula memberi impak yang
sangat besar kepada Sir Isaac Newton. Hal ini kerana, disebabkan oleh data-data dan
rumus yang dihasilkan oleh Johannes Kepler maka wujudlah hukum graviti yang amat
terkenal sehingga ke hari ini. Penemuan hukum ketiga ini juga membolehkan para astronomi
untuk mengira tempoh masa sesebuah planet mengorbit tetapi apa sahaja objek yang
berada di angkasa termasuk satelit yang mengelilingi bumi.

Rujukan

David, Love. (2009). Who was Johannes Kepler?,  Astronomy & Geophysics, Volume 50,
Issue 6, Pages 6.15–6.17.

Kepler, J. (1609).  Astronomia Nova (Linz, Germany); trans. Donahue, W. H. (1992) New


Astronomy (Cambridge Univ. Press, Cambridge, U.K.).

Russell, J. (1964). Kepler's Laws of Planetary Motion: 1609–1666. The British Journal for
the History of Science, 2(1), 1-24.

Voelkel, JR.(2001). The Composition of Kepler's Astronomia Nova (Princeton Univ.


Press, Princeton).

Anda mungkin juga menyukai