Anda di halaman 1dari 4

6.

0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Terdapat beberapa penambahbaikan yang boleh dilakukan untuk memantapkan pengajaran


guru di bilik darjah. Antaranya ialah guru perlulah menggunakan pelbagai teknik bagi mengajar
cara mendeklamasikan sajak selain guru menunjukkan caranya. Guru boleh menggunakan
video bagi mengajar tekik mendeklamasi sajak dengan betul dan tepat. Hal ini demikian kerana,
penggunaan video dapat merangsang pelbagai deria para murid dan dapat meningkatkan fokus
mereka terhadap video tersebut. Hal ini dapat memudahkan guru untuk mengajar teknik
mendeklamasi sajak kepada para murid. Penggunaan video dalam proses PdPc dapat
membina pemahaman murid dengan lebih berkesan (Ellis, 2004). Hal ini demikian kerana,
video merupakan gabungan grafik, teks sajak, bunyi dan pergerakan. Jadi, interaksi ini dapat
membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid lebih efektif (Jamalludin,
2003).

Selain itu, guru juga boleh menggunakan bintang untuk mengganti borang penilaian bagi
menilai persembahan para murid. Hal ini demikian kerana, penggunaan borang penilaian tidak
sangat sesuai bagi murid tahun 4. Murid tidak mempunyai pendedahan tentang borang
penilaian. Jadi, guru boleh menggunakan bintang untuk menilai persembahan murid.
penggunaan bintang sangat menyeronokkan para murid. Dengan itu, murid berusaha dengan
gigih untuk mempersembahan sajak dengan pergerakan yang lebih kreatif untuk mendapatkan
bintang daripada guru (Kamaruddin Tahir, 2005). Penggunaan bintang bagi membuat penilaian
sangat sesuai bagi semua peringkat umur (Borhan, 2001). Jadi, guru sentiasa peka terhadap
cara membuat penilaian agar murid dapat melibatkan diri dengan aktif.

7.0 PENUTUP

Tuntasnya, semua aktiviti yang dijalankan dalam langkah 1 amat sesuai dan
mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan serta berkesan. Aktiviti yang
disimulasikan oleh guru sesuai dengan pembelajaran abad ke-21. Teknik pemilihan aktiviti yang
baik dapat meningkatkan penglibatan murid secara aktif sepanjang proses PdPc. Dengan itu,
guru juga dapat mencapai objektif pelajaran yang telah ditetapkan dengan lebih mudah. Proses
PdPc yang sistematik dapat memupuk semangat patriotik dalam kalangan pelajar.
8.0 LAMPIRAN

Penggunaan aplikasi Random Name Picker


dalam langkah 1.

Guru memberi teks sajak kepada murid.

Guru memilih murid untuk mebuat


persembahan di hadapan bilik darjah.
Guru menunjukkan cara mendeklamasi sajak
kepada murid.

Murid mempersembahkan sajak dalam


kumpulan.
Rujukan

Borhan, L. (2001). Pembelajaran Koperatif yang berkesan. Fakulti Pendidikan Universiti


Malaya.
Ellis, T. 2004. Animation to Built Higher Cognitive Understanding: A Model for Studying

Multimedia Effectiveness in Education. Journal of Engineering Education. [Daripada:

2 Ogos 2005]. URL: http://www.findarticles.com/p/articles/mi-qa3886/isn9378665/print

Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir. 2003. Multimedia dalam pendidikan. Bentong: PTS

Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Kamaruddin Tahir. 2005. Kesan strategi koperatif dalam meningkatkan tahap pemahaman di

kalangan pelajar. Kuala Lumpur: Universiti Malaya

Anda mungkin juga menyukai