Anda di halaman 1dari 3

BIL PERKARA CATATAN

Mengambil Tuan-tuan, Puan-puan yang dimuliakan, sila mengambil


tempat tempat masing-masing kerana majlis akan bermula
sebentar saja lagi. Kerjasama dan perhatian dari tuan-
tuan dan puan-puan saya dahulukan dengan ucapan
terima kasih.

Kata-kata ‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬


aluan ‫الحمد هلل رب العالمين والصالة والسالم على أشرف األنبياء والمرسلين‬
‫وعلى آله وأصحابه أجمعين‬

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera.

Sayang kumbang mencari makan,


Terbang seiring di tepi kali;
Selamat datang kami ucapkan,
Moga diiring restu Ilahi.

Yang berbahagia En Rosmaizan Bin Rosnan,,Yang


Dipertua Pibg SMK Taman Desa Tebrau,

Yang berusaha cikgu Anuar Bin Embong,Pengetua Smk


Taman Desa Tebrau,.

Yang dihormati,cikgu Rahamah Binti Ayob, Penolong


Kanan pentadbiran Smk Tmn Desa Tebrau,

Cikgu Siti Normala Binti Jamari, Penolong Kanan Hal


Ehwal Murid,SMK Taman Desa Tebrau,

Cikgu Wan Azmi Bin Wan Abu Bakar, Penolong Kanan


Kokurikulum Smk Taman Desa Tebrau

Guru Penolong Kanan Petang, Puan Nor Akmam Binti


Mohd Razali

Guru-guru dan rakan-rakan seperjuangan yang dikasihi


sekalian.

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan


syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya
jua, maka kita diberikan luangan waktu untuk sama-sama
berkumpul dalam satu majlis yang penuh barkah ini, iaitu
Majlis Berbuka Puasa SMK Taman Desa Tebrau bagi
tahun 2019.

1
Baiklah, tanpa melengahkan masa lagi, majlis kita
Penyampaian diteruskan dengan penyampaian sumbangan duit hari
duit raya raya kepada pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan
dan juga kepada pelajar-pelajar yatim dan mualaf.
. Oleh itu,pihak majlis menjemput dan
mempersillakan yang berbahagia En Rosmaizan Bin
Rosnan,,Yang Dipertua Pibg SMK Taman Desa Tebrau
untuk penyampaian sumbangan duit hari raya..
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis kita dimulakan terlebih dahulu dengan


penyampaian duit hari raya kepada pelajar-pelajar yang
kurang berkemampuan

Yang pertama,__________
-----------,
Akhir sekali________________

Terima kasih diucapkan kepada En Rosmizan Bin


Rosnan,Yang dipertua SMK Taman Desa Tebrau atas
kesudian menyampaikan duit sumbangan hari raya
kepada pelajar-pelajar.

Majlis kita diteruskan lagi dengan penyampaian


sumbangan duit hari raya kepada pelajar-pelajar yatim
dan mualaf. Oleh itu,pihak majlis menjemput dan
mempersillakan yang berusaha cikgu Anuar Bin Embong,
pengetua SMK Taman Desa untuk menyampaikan
sumbangan duit hari raya tersebut.

Bagi pelajar-pelajar yatim dan mualaf,

Dijemput,yang pertama,_________________
_________,
Akhir sekali__________________

Alhamdulillah, terima kasih diucapkan kepada cikgu


Anuar Bin Embong, atas kesudian menyampaikan duit
sumbangan hari raya tersebut.

Diharapkan dengan sumbangan duit hari raya itu tadi,


dapat membantu pelajar-pelajar yang kurang
berkemampuan dan juga pelajar yatim serta mualaf yang
menuntut ilmu di sekolah ini. Diharapkan juga, majlis
seperti ini dapat mendidik kita semua agar saling
berkasih sayang serta hormat-menghormati antara satu
sama lain.

2
Bunga dedap di atas para,
Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Dengan ini pihak majlis sekali lagi mengucapkan ribuan


terima kasih kepada  tuan puan,  para guru dan rakan-
Penutup rakan yang telah memberikan segala kerjasama dan
sokongan  untuk menjayakan majlis pada petang ini.
Saya selaku juru acara memohon ribuan ampun dan
maaf atas segala kekurangan sewaktu mengendalikan
majlis ini. Diucapkan syukran kaysiran wa maas salamah,
wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum
warohmatullahi wabarakatuh.

Mohon para guru dan rakan-rakan untuk ke surau bagi


menunaikan solat maghrib secara berjemaah. Selepas
itu,dijemput semua untuk ke foyer untuk majlis berbuka
puasa.

Majlis turut mempersilakan tetamu VIP kita untuk


menikmati juadah berbuka puasa yang disediakan di bilik
Mesyuarat. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai