Anda di halaman 1dari 1

Langkah-langkah untuk Menjaga Alam Sekitar

Selamat sejahtera kepada Cikgu Maha. Hari ini saya akan membentangkan tajuk langkah-langkah
untuk menjaga alam sekitar.

Alam sekitar adalah penting dalam kehidupan manusia. Alam sekitar ini termasuklah kawasan-
kawasan tumbuhan hijau, udara dan air seperti sungai dan laut. Kini,alam sekitar semakin tercemar
kerana pembuangan sampah di sungai-sungai, penggunaan baja-baja kimia dan pelbagai lagi. Kita
haruslah mengambil langkah-langkah berikut untuk memulihara alam sekitar.

Langkah pertama untuk menjaga alam sekitar ialah melalui kempen alam sekitar. Contohnya,
kempen cintailah sungai, kempen kitar semula dan sahabat alam. Objektif kempen adalah untuk
mendedahkah kepentingan dan cara-cara menjaga alam sekitar. Kempen kitar semula pula dapat
menggalakkan pengguna supaya mengitar semula bahan-bahan yang boleh dikitar semula. Dengan
itu, masyarakat akan dapat berjimat-cermat dan dapat megurangkan pencemaran alam sekitar.

Langkah kedua bagi mengatasi pencemaran alam sekitar pula ialah melalui sekolah, balai rakyat
dan kelab remaja . Guru-guru sekolah haruslah bersikap prihatin terhadap alam sekitar dan bersifat
cinta akan alam sekitar. Hal ini penting supaya setiap guru dapat menanamkan perasaan cinta alam
sekitar kepada pelajar-pelajar melalui pendidikan moral di sekolah. Dengan itu, sikap sayangkan
alam sekitar akan dapat dipupuk dalam diri pelajar .

Langkah seterusnya ialah melalui penggunaan teknologi moden. Dengan menggunakan teknologi
moden kita dapat menjalankan aktiviti kitar semula bahan-bahan buangan dan sisa-sisa pepejal
seperti surat khabar, majalah lama, kain dan bahan-bahan plastik. Hal ini sudah tentu akan dapat
mengurangkan isu pencemaran. Penggunaan penapis udara oleh kilang-kilang perindustrian telah
dapat mengurangkan kadar gas toksik yang dilepaskan. Hal ini akan dapat mengurangkan kadar
pencemaran udara di sekeliling.

Kesimpulannya, pencemaran alam sekitar semakin hari semakin meningkat . Saya berharap setiap
individu dapat mengambil langkah-langkah untuk menjaga alam sekitar yang semakin tercemar ini .
Pihak kerajaan haruslah memainkan peranan penting dalam memulihkan dan memelihara alam
sekitar.

Sekian,terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai