Anda di halaman 1dari 18

Rahsia Anak Soleh & Solehah

http://www.rahsiaanaksoleh.com

Rahsia Anak Soleh & Solehah


Tips Mendidik Dan Membesarkan Anak

Ainul Kauthar binti Sayuti & Muhammad Bukhori bin Parman


[HAKCIPTA TERPELIHARA © 2010]

“Serulah manusia ke jalan tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang baik dan bantahlah mereka
dengan cara yang lebih baik…” (an-nahl:125)

1
Rahsia Anak Soleh & Solehah
http://www.rahsiaanaksoleh.com

PENDAHULUAN

Pendidikan Anak : Permulaan yang baik …………………………………………………………….. 5

Siapa Mendidik Anak Anda? ………………………………………………………………………………. 6

BAB 1 : ANAK SOLEH DAMBAAN IBU AYAH

Tatacara Mendidik Anak …………………………………………………………………………………… 10

Pendidikan Anak Bermula dari Sebuah Keluarga ………………………………………………. 12

Bilakah Masa yang Sesuai Untuk Mendidik Anak ……………………………………………… 14

Kanak-kanak Masa Kini ‘Berkulit Nipis’ …………………………………………………………….. 16

BAB 2 : ASYIKNYA MEREKA BELAJAR

Perkembangan Fizikal Sejak Lahir …………………………………………………………………… 18

Adakah kita ingin Anak Genius? ……………………………………………………………………… 20

BAB 3 : GENGGAM TANGANKU, RASAKAN CINTAKU

Persekitaran Anak ………………………………………………………………………………………….. 24

Mendidik Anak Dengan Cinta …………………………………………………………………………. 26

Kasih Sayang Bukan segalanya ……………………………………………………………………….. 31

Bila Anak Menangis ………………………………………………………………………………………... 32

2
Rahsia Anak Soleh & Solehah
http://www.rahsiaanaksoleh.com

Hadiah Yang Paling Berkualiti …………………………………………………………………………. 35

Anak Anda Bosan? …………………………………………………………………………………………. 37

Menghukum Anak? ……………………………………………………………………………………….. 38

BAB 4 : MEMBANGUN PERIBADI SOLEH SOLEHAH

Membina Keyakinan Dalam Diri Anak …………………………………………………………… 41

Bagaimana Memuji Anak ………………………………………………………………………………. 42

Peraturan Dalam Rumah ……………………………………………………………………………….. 46

Biarkan Anak Belajar ……………………………………………………………………………………… 49

BAB 5 : KERANA IBU, ANAK BERAKAR, TUMBUH DAN MEKAR

Perkembangan Yang Berbeza………………………………………………………………………… 52

Ceritakan Kepada Anak Anda ………………………………………………………………………… 54

Manipulasi Masa Menonton Televisyen ………………………………………………………… 56

PENUTUP

3
Rahsia Anak Soleh & Solehah
http://www.rahsiaanaksoleh.com

PENDAHULUAN
Ketika ini Saya mempunyai 2 orang anak. Anak sulung saya,
Abdullah Umar Al-Faruq berumur 4 tahun dan anak kedua saya,
Muhammad Al-Fatih berumur 1 tahun ketika saya menulis ebook
ini (MAC 2010).

Seringkali, ibu bapa tertekan dengan karenah anak yang sukar dikawal. Baik di
rumah mahupun di hadapan khalayak. Namun, karenah ana itu sering diberi
tindak balas yang serupa. Ketika anak mengamuk di pasaraya, ketika anak
menangis kerana mengantuk, ketika anak inginkan perhatian di rumah atau ketika
anak nakal dalam kereta, semua “respond” yang diberi kepada anak adalah sama.
MARAH atau PUKUL. Sesetengah ibu mencubit anak supaya anak diam.

Hakikatnya, anak masih kecil, tidak tahu baik atau buruk, benar atau salah.
Mereka hanya bertindak mengikut kadar pengetahuan mereka, dan mengikut
pemerhatian mereka. Namun kita membalas tingkah laku anak dengan
menganggap mereka sudah tahu hal itu memalukan, membahayakan,
menyusahkan dan sebagainya. Jadi, siapa yang perlu diperbetulkan dalam hal ini.
Sudah tentu ibunya dahulu kemudian barulah anaknya akan turut memperbaiki
tindakannya.

Saya akan cuba memberi sedikit panduan dan contoh dalam ebook ini mengenai
tindakan yang sepatutnya kita lakukan dalam menangani emosi dan tingkah laku
anak-anak yang pelbagai. SELAMAT MEMBACA!

4
Rahsia Anak Soleh & Solehah
http://www.rahsiaanaksoleh.com

Pendidikan Anak : Permulaan yang baik

Pendidikan anak itu bermula seawal mencari pasangan. Seorang lelaki mencari
isteri yang terbaik buat menjadi ibu kepada anak-anaknya, dan sebaliknya seorang
wanita mencari seorag suami buat menjadi ayah kepada anak-anaknya nanti.

Mencari pasangan hidup bukan cuma mencari seorang yang cantik atau kacak
sahaja, yang lebih penting dari itu adalah agama, keperibadian dan ilmu yang
membentuk dirinya. Seorang ibu yang penyayang, isteri yang tunduk jauh lebih
disenangi suami berbanding seorang isteri yang cantik namun tiada budi bahasa,
kasar dan tidak memperdulikan rumah tangganya.

Kalau ditanyakan kepada saya, apakah langkah paling besar yang saya telah ambil
dalam memastikan pendidikan anak saya, saya akan jawab, langkah itu adalah
bagaimana saya memilih “dia” sebagai isteri saya.

Kriteria yang saya letakkan adalah agama. Wajah itu kemudian, maka saya diuji
untuk itu. Tatkala pertama kali diperkenalkan dalam majlis ta’aruf untuk samada
menerima dia sebagai isteri, wajahnya kurang menyenangkan mata, namun
agamanya sangat saya sukai.

Saya mantapkan hati, sedang syaitan memujuk-mujuk agar menolak seorang


wanita yang kurang rupawan, agar menerima dirinya, kerana telah saya azamkan
yang agama adalah segala-galanya. Lalu Allah memberikan kedua-duanya.
Pertemuan kedua dia kelihatan begitu berbeza, anggun dan menyenangkan mata,
lalu hati ini tunduk dan bersyukur pada bertapa pemurahnya Yang Maha
Menguasai segala-galanya.

5
Rahsia Anak Soleh & Solehah
http://www.rahsiaanaksoleh.com

Dan kini, diriku cukup berpuas hati dengan dirinya, sebagai seorang isteri, seorang
ibu, seorang teman setia dalam perjalananku menuju kearah syurga, melalui
ranjau dan duri yang menyakitkan namun tersembunyi kebahagiaan yang hanya
terlihat oleh orang yang benar-benar PERCAYA.

Sabda Rasulullah s.a.w :


“ Apabila telah mati seorang anak Adam, maka putuslah amalnya
kecuali tiga perkara, iaitu : Sedekah jariah, Ilmu yang bermanfaat dan
anak yang soleh yang mendoakan kepadanya”.

Siapa Mendidik Anak Anda?

Saya terpanggil untuk menulis tentang pendidikan anak kerana telah banyak
persoalan dan juga keadaan yang saya lihat amat mengecewakan saya… Hal ini
kerana, pendidikan anak yang banyak digunakan oleh kaum ibu bapa seringkali
menemukan kegagalan. Walaupun saya tidak nafikan, ada ibu bapa yang berjaya
dan teknik mereka memang perlu dijadikan contoh.

Sedarkah para ibu bapa sekalian, apakah tujuan utama kita melahirkan anak atau
seorang insan yang tidak mengerti itu? Adakah semata-mata ingin mendapatkan
zuriat dan akhirnya hasil zuriat itu telah merosakkan masyarakat sosial dan
negara.

Saya tertanya-tanya, mengapa ramai ibu bapa menghabiskan banyak duit untuk
pendidikan anak mereka semata-mata, namun hasilnya, mereka menjadi lebih
liar, bukan lebih bijak. Dalam hal ini, mari kita sama-sama menilai diri kita sebagai

6
Rahsia Anak Soleh & Solehah
http://www.rahsiaanaksoleh.com

ibu bapa. Elakkan mencari kesalahan orang lain. Lihatlah apa yang telah kita
perbuat untuk anak kita.

Satu kesalahan para ibu bapa dalam memberi pendidikan kepada anak adalah,
melepaskan tanggungjawab pendidikan secara total kepada guru di sekolah,
tadika atau taman asuhan. Maka, tiada gunalah penulisan saya di sini sekiranya
pendidik utama anak-anak adalah orang asing iaitu bukan ibu bapa sendiri.

Melepaskan tali untuk kesenangan para ibu bapa bukanlah pilihan yang baik.
Malah dapat menghambat atau menghalang langsung perkembangan optimum si
anak. Ingatlah bahawa, pendidikan awal bermula di rumah. Tanggungjawab
seorang ibu bukanlah membebankan, namun ia adalah anugerah dan juga nikmat.
Tanyalah sendiri kepada para ibu bapa yang berjaya dengan susah payah
membesarkan anak-anak. Itulah kepuasan yang tiada tandingan.

Yakinlah bahawa usaha mendidik anak adalah usaha mulia dan bukan suatu yang
menjelekkan apatah lagi menghinakan. Saya menyeru para ibu bapa khususnya
dan juga bakal ibu bapa umumnya untuk mengembangkan potensi diri dalam
mengasuh dan mendidik anak.

7
Rahsia Anak Soleh & Solehah
http://www.rahsiaanaksoleh.com

BAB 1 : ANAK SOLEH DAMBAAN IBU AYAH

 Pendidikan anak-anak adalah ibadah jika dilakukan dengan ikhlas selain


tanggungjawab yang akan dihitung
 Apa yang dibiasakan sejak kecil akan menjadi tabiat anak setelah dewasa
 Kecacatan pada minda atau geniusnya seseorang anak bergantung kepada
layanan orang di sekelilingnya.
 Kanak-kanak mampu belajar lebih banyak apabila otaknya berkembang
dengan pesat
 Rangsangan otak yang tinggi akan mempercepatkan pertumbuhan fizikal
anak.

8
Rahsia Anak Soleh & Solehah
http://www.rahsiaanaksoleh.com

 Brain injured walaupun di tahap yang boleh menyebabkan kelumpuhan


mampu dipulihkan dengan betul pada peringkat awal kanak-kanak jika
diasuh dengan baik.
 Ajarkan anak-anak bahasa kedua dan ketiga sebelum 1 tahun untuk
mewujudkan sel-sel otak dalam unit bahasa.
 Fitrah kanak-kanak adalah belajar dengan cara meneroka alam. Apabila dia
disekat, dia akan merasakan bahawa belajar adalah perkara yang tidak
disenangi dan menjadi malas untuk belajar kelak.
 Belajar adalah keseronokan apabila tidak dipaksa, dihukum, ditakuti dan
disuruh bersaing. Kanak-kanak akan cepat belajar apabila berada dengan
kakak atau abangnya yang sedang mengulang kaji pelajaran.

9
Rahsia Anak Soleh & Solehah
http://www.rahsiaanaksoleh.com

Tatacara Mendidik Anak

“al-insan abdul ihsan”,


“ Manusia itu adalah hamba kepada kebaikan”. Semua orang suka
kepada orang yang bersikap baik padanya dan benci pada orang yang
bersikap buruk padanya. Siapa pun dia. (pepatah arab)

Suatu pepatah arab ada mengatakan “al-insan abdul ihsan”, “manusia itu adalah
hamba kepada kebaikan”. Semua orang suka kepada orang yang bersikap baik
padanya dan benci pada orang yang bersikap buruk padanya. Siapa pun dia.”.:

Jiwa seseorang memang lebih menggemari berbuat sesuka hati dan mengikuti
perasaan mereka. Kalau perkara ini tetap terjadi pada seorang yang sudah pun
boleh berfikir dengan waras, apatah lagi kanak-kanak yang baru setahun jagung
usianya.

Bayangkan diri kita di pejabat. Pagi itu kita sampai lambat ke pejabat kerana ada
sedikit kekecohan yang berlaku di rumah. Tiba di pejabat, bos panggil masuk ke
dalam bilik dan memarahi kita dengan suara yang kuat. semua orang dengar.
Memang salah kita kerana datang lambat, tetapi hati kita tetap menanamkan
perasaan benci terhadap bos yang memarahi kita tadi.

Tukar keadaan itu, bos kita panggil kita masuk ke bilik, pintu bilik di tutup. Bos
menghulurkan secawan kopi. Bos kita kemudiannya bertanya dengan lembut akan
sebab mengapa kita terlewat datang ke pejabat. Kita memberikan alasan. Bos
menerima alasan tersebut. Bos kemudiannya bercerita dengan lembut akan kesan

10
Rahsia Anak Soleh & Solehah
http://www.rahsiaanaksoleh.com

kedatangan kita yang lambat ke pejabat terhadap syarikat dan motivasi kawan-
kawan kita yang lain. Bos kemudiannya meminta kita agar cuba sedaya-upaya
untuk datang awal pada hari-hari berikutnya.

Bagaimana perasaan anda jika bos anda melakukan yang demikian?

“Serulah manusia ke jalan tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang baik dan
bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik…” (an-nahl:125)

Ajak anak kepada perubahan diri menggunakan kaedah yang berhikmah dan
nasihat yang baik. Sehingga anak terdidik dengan rasional, sopan santun, akhlak,
budi pekerti, dan semangat berbuat baik yang datang dari dalam diri, bukannya
perlu dipaksa-paksa dan dimarah-marah.

“Pergilah kamu berdua kepada Fir’aun, sesungguhnya dia telah melampaui batas,
maka berbicaralah kalian kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut,
mudah-mudahan ia ingat atau takut” (thaha:43-44)

Kepada Firaun yang begitu zalim pun Allah menyuruh Nabi Musa dan Harun untuk
berbicara dengan lemah lembut, apatah lagi dengan anak sendiri? Bagaimana
Musa berkata kepada Fir’aun?

“Dan katakanlah (kepada Firaun), “Adakah kamu mempunyai keinginan


membersihkan diri dan aku akan menunjukkan padamu jalan menuju kepada
Tuhanmu supaya engkau takut kepadanya.”" (an-Naziat:18-19)

11
Rahsia Anak Soleh & Solehah
http://www.rahsiaanaksoleh.com

Begitulah yang diajarkan di dalam Islam. Memang caranya lebih susah berbanding
menggunakan kuasa marah, akan tetapi sangat menyenangkan untuk jangka masa
yang panjang di hadapan.

“Serulah manusia ke jalan tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang


baik dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik…” (An-
Nahl:125)

Pendidikan Anak Bermula dari Sebuah Keluarga

Keluarga merupakan satu kilang “penghasilan biologi” yang terbentuk atas


perkahwinan antara dua insan. Natijah perkahwinan, pada hakikatnya
menghasilkan anak-anak. Dari sinilah keluarga menjadi satu kumpulan masyarakat
di mana anak-anak mula berinteraksi dengan ahli keluarga yang lain dan juga ibu
bapa.

Biasanya perhubungan kanak-kanak dengan kedua ibu bapanya berlaku dalam


lingkungan keluarga. Maka inilah yang dikatakan bahawa keluarga mempunyai
tugas kemasyarakatan yang penting kerana keluargalah yang pertama sekali
mencelup tingkah laku anak dengan celupan kemasyarakatan/sosial.

Kanak-kanak yang berada dalam lingkungan keluarga ini belajar bagaimana dia
hidup dan di dalam lingkungan itu juga ia matang dengan membentuk personaliti,
adat, kecenderungan dan tujuan hidupnya. Bagi memastikan anak-anak dapat
hidup dan berkembang dengan baik, maka dalam sesebuah keluarga itu
hendaklah mempunyai ciri-ciri yang dinyatakan di bawah ini;

12
Rahsia Anak Soleh & Solehah
http://www.rahsiaanaksoleh.com

1. Kanak-kanak merasai dirinya dikasihi. Tugas ini adalah tugas ibu bapa dan ahli
keluarga yang lain. Pelaksanaan terhadap kehendak jiwa ini merupakan tiang
utama bagi menguatkan ikatan kekeluargaan. Kanak-kanak yang hidup dalam
lingkungan takut, benci atau sentiasa terdedah dengan kekerasan akan mudah
terbentuk pada dirinya sikap permusuhan.

2. Keluarga adalah pentas pertama bagi anak-anak menyubur dan


mengembangkan potensi-potensi mereka. Perlumbaan atau pertandingan-
pertandingan yang dapat mencetus satu lonjakan pada anak sangatlah baik untuk
perkembangannya. Namun, elok juga sekiranya ibu bapa tidak membiarkan
kanak-kanak itu menghadapi perkara-perkara yang tidak difahaminya ataupun
sukar untuk dilakukan supaya jiwanya tidak terdidik dengan perasaan putus asa.

3. Anak-anak mempelajari bagaimana jika hak-hak abang, kakak, adik atau


ibubapanya tidak ditunaikan. Dalam perkara ini anak-anak belajar menghormati
ahli keluarga yang lain, kaum kerabat juga penjaganya sekiranya ada

4. Dalam keluarga, kanak-kanak mempelajari dasar-dasar yang pertama untuk dia


berjalan dalam masyarakat. Cuba lihat tingkah laku anak-anak, ada yang suka buat
kerja tapi cakapnya kurang. Ada yang suka cakap lebih, kerja tak jalan pun, ada
juga yang suka mengugut untuk mendapatkan sesuatu dan banyak lagi.

5. Dalam usia mentah ini, anak-anak membentuk pendiriannya dengan cara yang
tidak disedari. Antaranya adalah pendiriannya terhadap kedua ibu bapa. Pada
pandangan sesetengah anak, bapa ialah simbol bagi kekuasaan.

13
Rahsia Anak Soleh & Solehah
http://www.rahsiaanaksoleh.com

“Sekiranya pendirian-pendirian yang terbentuk semasa kecil itu adalah perasaan


benci, maka ia akan membenci masyarakat umumnya. Begitu juga dengan
jenayah-jenayah kanak-kanak itu pada asalnya berpunca daripada kebencian
mereka terhadap kekuasaan.” (Flugel)

6. Ransangan dan kebiasaan dalam keluarga juga membentuk adat-adat atau cara
hidup anak seperti makan, minum, cara berjalan dan bercakap, cara berbicara,
mandi, tidur dan sebagainya.

7. Dalam keluarga, anak-anak mempelajari kepercayaan-kepercayaan, ketakutan-


ketakutan, pemikiran-pemikiran.

Maka, perhalusilah setiap perkara ini dan bertindaklah membentuk keluarga yang
positif, berkasih sayang dan harmoni. Wallahua’lam.

Bilakah Masa yang Sesuai Untuk Mendidik Anak

“Sekiranya anak anda sudah berusia 2 tahun tetapi anda masih belum
lagi mula mendidik mereka secara serius, lupakanlah dia dan dapatkan
anak yang baru!” (Pakar Kanak-Kanak)

Ada satu soalan menarik, “Bilakah sepatutnya kita mula mendidik anak? Adakah
selepas 5-6 tahun? Atau 2 tahun? Atau ketika mengandung lagi?”

Teringat kata-kata suami saya sewaktu mula-mula mengandung dulu, “Mendidik


anak ni langkah paling penting adalah ketika memilih ibu kepada anak kita, dan
abang dah pilih ibu yang sangat baik…”

14
Rahsia Anak Soleh & Solehah
http://www.rahsiaanaksoleh.com

Sebenarnya, anak di dalam kandungan sudah mula mendengar, berfikir, merasa


dan sebagainya. Di antara perkara yang sangat mempengaruhi anak adalah emosi.
Anak di dalam kandungan sangat peka terhadap emosi ibunya, jadi ketika
mengandung kita perlu menjaga emosi. Kajian mendapati seorang ibu yang selalu
murung ketika mengandung akan melahirkan anak yang juga tidak stabil
emosinya, berbanding bayi yang dilahirkan oleh ibu yang selalu ceria ketika
mengandung.

Makanan ketika mengandung juga perlu diperhatikan, kajian mendapati di antara


makanan yang baik dimakan ketika mengandung adalah badam, gajus dan
kacang-kacang lainnya. Selain itu, ibu mengandung juga digalakkan makan ikan
yang dimasak tanpa kepala dan minum susu kacang soya.

Cuma nak ditekankan disini bahawa orang yahudi yang cuma bilangannya di dunia
dalam 15 juta boleh mengusai dunia berbanding 1.6 billion ummat Islam di
saluruh dunia? Mereka bersungguh-sungguh dalam mendidik anak mereka.
Education is the first bussines!

Pernah kira tak berapa banyak duit yang kita sanggup keluarkan untuk
menyekolahkan anak kita seumur hidupnya nanti? Bagaimana kalau saya katakan
bahawa kalau anda mengeluarkan duit itu lebih awal sedikit, lalu belanjakan ia
untuk mendidik anak anda sejak kecil lagi, faedahnya jauh lebih besar dari
menghabiskan beratus ribu ringgit mengahantar dia ke universiti?

Otak seorang bayi apabila dia baru lahir sudah mencapai 50% perkembangannya,
mencapai 80% pada usia 2 tahun dan 90% pada usia 5 tahun. Seorang bayi adalah

15
Rahsia Anak Soleh & Solehah
http://www.rahsiaanaksoleh.com

sangat-sangat genius kerana perkembangan otak mereka yang sangat pesat,


mampu menyerap begitu banyak ilmu dan berkembang menjadi pemikiran yang
tajam akan mula terhenti apabila usianya mencecah 5 tahun.

Pakar pendidikan awal kanak-kanak barat menyatakan “sekiranya anak anda


sudah berusia 2 tahun tetapi anda masih belum lagi mula mendidik mereka secara
serius, lupakanlah dia dan dapatkan anak yang baru!” 10 minit mendidik anak
pada ketika usia di bawah 2 tahun lebih bermanfaat dari 10 bulan yang dihabiskan
untuk mendidik anak selepas usia mereka 8 tahun.

Kajian juga mendapati bahawa keperibadian anak akan mula terbentuk setelah
usia mereka 8 tahun. Pada ketika ini, sudah amat sukar untuk merubah
keperibadian mereka lagi.

Kanak-kanak Masa Kini ‘Berkulit Nipis’

Ibu bapa merupakan ‘designer’ buat anak mereka. ‘Designer’ yang mencorakkan
batik pasti menghasilkan batik, yang melukis alam cakerawala, pastilah itu juga
hasil akhirnya. Tidak mungkin akan menghasilkan sulaman atau pemandangan
laut.

Anak juga adalah cerminan ibu bapa. Setuju atau tidak? Sekiranya ditolak dengan
faktor persekitaran, sosial, dan apa saja di sekelilingnya, maka benar, anak adalah
cerminan ibu bapa. Kanak-kanak zaman sekarang ‘berkulit nipis’ berbanding
kanak-kanak zaman lampau. Lihat saja bagaimana ayah atau ibu kita dibesarkan.
Dari kecil diperkenalkan dengan rotan, ancaman dan hukuman. Sekiranya tidak
pulang sebelum jam 7 malam selepas keluar bermain, pasti dihukum samada

16
Rahsia Anak Soleh & Solehah
http://www.rahsiaanaksoleh.com

ditinggalkan di luar rumah, dikunci, ataupun dirotan. Dan mungkin juga anak itu
dimarah habis-habisan. Maka, anak akan ingat, sebelum gelap, pasti balik, jika
tidak ayah atau ibu pasti melakukan tindakan yang mngerikan itu. Kulit mereka
tebal, hati mereka kental. Dengan persekitaran yang tidak seperti sekarang, ibu
bapa zaman lampau lebih mudah mengendalikan anak mereka dengan ancaman
dan hukuman.

Namun, zaman sekarang begitu berbeza. Sistem demokrasi diperjuangkan habis-


habisan. Sekiranya ada hak yang tidak ditunaikan, maka tuntutan yang dibuat
amatlah bersungguh-sungguh. Menolak terus penindasan merupakan sikap
masyarakat sosial masa kini. Maka, kanak-kanak zaman sekarang lebih mudah
memberontak sekiranya digertak. Apabila dimarahi, pasti bertindak agresif atau
terus pasif.

Maka, keadaan ini harus kita terima sebagai ibu yang inginkan anaknya tercorak
dengan baik. Bukan mudah memahami karakter kanak-kanak yang unik ini.
Sesuatu masalah yang timbul pasti berpunca di rumah dan penyelesaiannya juga
pasti di rumah.

Anak-anak yang sentiasa diancam hukuman dan ancaman, pasti merasa tidadk
tenang ketika bersama ibu bapa di rumah. Lihat saja anak kecil yang sedang
berkembang. Umur dua tahun sudah mula melompat sana-sini. Apabila lompat
dari katil ke lantai, dari sofa ke karpet, dari anak tangga ke anak tangga, para ibu
terutamanya, pasti memarahi dengan sungguh sekali. Kerana takut anaknya
tercedera. Takut anaknya jatuh. Sehingga larangan itu akhirnya disusuli dengan
ancaman sekiranya kanak-kanak tersebut masih meneruskan aktivitinya.

17
Rahsia Anak Soleh & Solehah
http://www.rahsiaanaksoleh.com

BAB 2 : ASYIKNYA MEREKA BELAJAR

[Dapatkan Ebook Rahsia Anak Soleh Untuk


Membaca Sepenuhnya]

http://www.rahsiaanaksoleh.com

18

Anda mungkin juga menyukai