Anda di halaman 1dari 3

Allah SWT berfirman:

َ َ‫ۖ وإِ ًذا اَّل يَ ْلبَثُونَ ِخ ٰلف‬


‫ك إِاَّل قَلِياًل‬ َ   ‫ك ِم ْنهَا‬ ِ ْ‫َوإِ ْن كَادُوا لَيَ ْستَفِ ُّزونَكَ ِمنَ اأْل َر‬
َ ‫ض لِي ُْخ ِرجُو‬

wa ing kaaduu layastafizzuunaka minal-ardhi liyukhrijuuka min-haa wa izal laa yalbasuuna khilaafaka
illaa qoliilaa

"Dan sesungguhnya mereka hampir-hampir berjaya mengganggumu daripada tinggal aman di bumi
(Makkah) dengan tujuan mereka dapat mengusirmu dari negeri itu; dan jika berlaku demikian, maka
mereka tidak akan tinggal di situ sesudahmu melainkan sedikit masa sahaja."

(QS. Al-Isra' 17: Ayat 76)

* Via Al-Qur'an Melayu http://quranmelayu.com

Allah SWT berfirman:

‫ۖ واَل تَ ِج ُد لِ ُسنَّتِنَا تَحْ ِوياًل‬ َ َ‫ُسنَّةَ َم ْن قَ ْد أَرْ َس ْلنَا قَ ْبل‬


َ   ‫ك ِم ْن رُّ ُسلِنَا‬

sunnata mang qod arsalnaa qoblaka mir rusulinaa wa laa tajidu lisunnatinaa tahwiilaa

"(Demikianlah) peraturan (Kami yang tetap mengenai) orang-orang yang telah Kami utuskan sebelummu
dari Rasul-rasul Kami; dan engkau tidak akan dapati sebarang perubahan bagi peraturan Kami yang tetap
itu."

(QS. Al-Isra' 17: Ayat 77)

* Via Al-Qur'an Melayu http://quranmelayu.com

Allah SWT berfirman:

‫ض هَّللا ُ لَهُۥ  ۖ  ُسنَّةَ هَّللا ِ فِى الَّ ِذينَ َخلَوْ ا ِم ْن قَ ْبلُ  ۚ  َو َكانَ أَ ْم ُر هَّللا ِ قَ َدرًا َّم ْقدُورًا‬ ٍ ‫َّما َكانَ َعلَى النَّبِ ِّى ِم ْن َح َر‬
َ ‫ج فِي َما فَ َر‬

maa kaana 'alan-nabiyyi min harojin fiimaa farodhollaahu lah, sunnatallohi fillaziina kholau ming qobl,
wa kaana amrullohi qodarom maqduuroo
"Tidaklah ada sebarang keberatan yang ditanggung oleh Nabi dalam melaksanakan perkara yang telah
ditetapkan Allah baginya. (Yang demikian itu) adalah menurut peraturan Allah yang tetap, yang berlaku
juga kepada Nabi-nabi yang telah lalu. Dan (ingatlah) perintah Allah itu adalah satu ketetapan yang
ditentukan berlakunya."

(QS. Al-Ahzab 33: Ayat 38)

* Via Al-Qur'an Melayu http://quranmelayu.com

Allah SWT berfirman:

‫ُسنَّةَ هَّللا ِ فِى الَّ ِذينَ خَ لَوْ ا ِم ْن قَ ْبلُ  ۖ  َولَ ْن تَ ِج َد لِ ُسنَّ ِة هَّللا ِ تَ ْب ِدياًل‬

sunnatallohi fillaziina kholau ming qobl, wa lan tajida lisunnatillaahi tabdiilaa

"Yang demikian adalah menurut Sunnatullah (undang-undang peraturan Allah yang telah lalu; dan
engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang perubahan bagi Sunnatullah itu."

(QS. Al-Ahzab 33: Ayat 62)

* Via Al-Qur'an Melayu http://quranmelayu.com

Allah SWT berfirman:

ِ َّ‫ق ْال َم ْك ُر ال َّسيِّ ُئ إِاَّل بِأ َ ْهلِ ِهۦ  ۚ فَهَلْ يَ ْنظُرُونَ إِاَّل ُسنَّتَ اأْل َ َّولِينَ   ۚ فَلَ ْن تَ ِج َد لِ ُسن‬
َ    ‫ت هَّللا ِ تَ ْب ِدياًل‬
‫ۖ ولَ ْن تَ ِج َد‬ ِ ْ‫ا ْستِ ْكبَارًا فِى اأْل َر‬
ُ ‫ض َو َم ْك َر ال َّسي ِِّئ  ۚ  َواَل يَ ِحي‬
‫ت هَّللا ِ تَحْ ِوياًل‬ َّ
ِ ‫لِ ُسن‬

istikbaaron fil-ardhi wa makros-sayyi`, wa laa yahiiqul-makrus-sayyi`u illaa bi`ahlih, fa hal yanzhuruuna


illaa sunnatal-awwaliin, fa lan tajida lisunnatillaahi tabdiilaa, wa lan tajida lisunnatillaahi tahwiilaa

"Sambil bersikap sombong takbur di muka bumi dan berusaha merancangkan rancangan-rancangan
jahat (terhadap Rasul itu), sedang rancangan yang jahat itu tidak menimpa melainkan orang yang
menjalankannya. (Dengan keadaan yang demikian, maka) tidak ada yang mereka tunggu selain daripada
berlakunya kebinasaan menimpa mereka (sebagaimana yang telah menimpa) orang-orang kafir yang
telah lalu. Kerana engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang perubahan bagi Sunnatullah
(undang-undang peraturan Allah), dan engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang penukaran bagi
perjalanan Sunnatullah itu."

(QS. Fatir 35: Ayat 43)

* Via Al-Qur'an Melayu http://quranmelayu.com

Anda mungkin juga menyukai