Anda di halaman 1dari 2

Pengenalan Hipertensi

Tekanan darah adalah tekanan yang dikenakan terhadap pembuluh arteri


semasa peredaran darah yang disebabkan oleh denyutan jantung (Felman, 2019).
Darah tinggi atau Hipertensi (Inggeris = Hypertension) merujuk kepada tahap
tekanan darah yang meningkat lebih tinggi dari tahap biasa secara kronik.
Hipertenso juga dikenali sebagai gangguan sistem peredaran darah yang
menyebabkan kenaikan tekanan darah berlebihi nilai normal nadi (Yeoh, 2016).

Kadar tekanan darah tidak sama sepanjang masa. Ia sering berubah-ubah


mengikut keperluan badan kita. Jika tekanan darah tinggi, doktor akan memeriksa
semula tekanan darah untuk beberapa kali bagi menentukan kadar tekanan darah
anda yang sebenar.

Tekanan darah ada dua ukuran dan biasanya diukur seperti contoh 120 /80
mmHg. Nombor atas (120) menunjukkan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat
denyutan jantung dan dipanggil tekanan sistolik. Nombor bawah (80) menunjukkan
tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman, ia dipanggil tekanan
diastolik. Masa yang paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah semasa
rehat dan dalam keadaan duduk atau baring.
Rujukan

Felman,A. (2019). Everthing you need to know about hypertension. Retrieved from
https://www.medicalnewstoday.com/articles/150109.php on 12 Januari 2020.

Ismai, F. (2012). Tekanan Darah Tinggi/ Hipertensi. Retrieved from


http://www.myhealth.gov.my/tekanan-darah-tinggi-hipertensi/ on 12 January
2020.

Jasiman, A. (2006). Amalan pemakanan sihat. Melaka: Associated Educational


Distributors.

Yeoh, (2016). Pendidikan Pesakit MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia.


Retrieved from http://pendidikanpesakit.myhealth.gov.my/klasifikasi-hipertensi/
on 12 January 2020.

Anda mungkin juga menyukai