Anda di halaman 1dari 7

SOALAN-SOALAN LAZIM (FAQ)

MENGENAI APLIKASI MUDAH ALIH GERAK MALAYSIA –


PERJALANAN ANTARA NEGERI
SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA

Dokumen FAQ ini adalah keterangan yang telah dikemaskini pada 7 Mei 2020 dan
bertujuan untuk mengganti keterangan terdahulu yang telah dikeluarkan pada 4 Mei
2020.

Dokumen ini mengandungi perubahan-perubahan berikut:

i. Keperluan untuk memuat turun versi terkini (versi 2.5) applikasi mudah alih
Gerak Malaysia;
ii. Kaedah mendapatkan kod QR; dan
iii. Memaparkan kod QR apabila diminta oleh pihak berkuasa.

A. GARIS MASA APLIKASI MUDAH ALIH GERAK MALAYSIA VERSI 2.5

NO. TARIKH PERKARA


1 7 Mei 2020 Kemaskini aplikasi mudah alih Gerak Malaysia dan
jana kod QR
2 7-10 Mei 2020 “Perjalanan Antara Negeri”

1/7
B. “PERJALANAN ANTARA NEGERI”

1. Jika saya masih menggunakan versi lama (sama ada 1.0 / 2.0) aplikasi mudah
alih Gerak Malaysia, adakah ia akan menjana kod QR bagi tempoh kebenaran
perjalan yang telah ditetapkan?
Bagi memastikan aplikasi ini boleh menjana kod QR sebagai bukti kelulusan
perjalanan, pengguna diminta memuat turun aplikasi versi yang terkini (versi 2.5).
Untuk makluman, kod QR diperlukan bagi tujuan penyemakan oleh pihak PDRM
jika terdapatnya sekatan jalan raya dalam perjalanan pulang ke rumah masing-
masing.
Bagi pengguna iOS pula, versi terbaharu di Apple App Store (versi 2.5) boleh
dimuat turun pada 7 Mei 2020. Oleh itu, pengguna iOS diminta mendaftar
permohonan mereka pada 7 Mei 2020 sebelum memulakan perjalanan.

2. Adakah kod QR akan digunakan semasa Perintah Kawalan Pergerakan


Bersyarat (PKPB)?
Ya, ia akan terpakai dalam tempoh PKPB.
Buat masa ini kod QR hanya digunakan bagi tujuan “Perjalanan Antara Negeri” (7-
10 Mei 2020). Pada masa akan datang, tujuan-tujuan lain seperti yang tertera
dalam aplikasi ini akan diaktifkan tertakluk kepada pengumuman oleh pihak
berkuasa.

3. Bagaimana saya boleh memohon untuk “Perjalanan Antara Negeri”


menggunakan aplikasi mudah alih Gerak Malaysia?
Berikut adalah langkah-langkah mudah untuk memohon “Perjalanan Antara
Negeri” dan menjana kod QR (setiap kod QR hanya terpakai untuk perjalanan satu
hala):
i. Pilih “Perjalanan Antara Negeri” sebagai permulaan untuk mendaftar dan tekan
butang “Seterusnya”;
ii. Isikan Alamat Asal anda dan tekan butang “Seterusnya”;
iii. Isikan Alamat Destinasi dan tekan butang “Jana Kod QR”; dan
iv. Anda akan menerima maklumat "Permohonan Diluluskan" (dengan ini proses
permohonan anda telah lengkap).

2/7
4. Terdapat persoalan mengenai perbezaan di antara Alamat Asal dan Alamat
Destinasi dalam aplikasi mudah alih Gerak Malaysia.
Senario Pertama: Saya terperangkap di kampung dan ingin pulang ke rumah di
kawasan saya bertugas:

ALAMAT ASAL Alamat kampung di mana anda berada

ALAMAT Alamat rumah di kawasan bertugas


DESTINASI

Senario Kedua: Saya ingin mengambil ahli keluarga yang terperangkap di


kampung:

ALAMAT ASAL Alamat semasa di mana anda berada

ALAMAT Alamat lokasi yang ingin dituju (contoh: kampung,


DESTINASI asrama, dsb.)

5. Bilakah saya boleh melakukan “Perjalanan Antara Negeri”?


Pergerakan akan dibenarkan pada 7-10 Mei 2020 bagi tujuan menyelaraskan
aliran trafik dan juga menyenangkan pengesanan kontak sewaktu perjalanan.
Jadual perjalanan adalah seperti berikut:

TARIKH LOKASI ASAL (DARIPADA)


7 Mei 2020 Kuala Lumpur

8 Mei 2020 Perak, Johor & Kelantan

9 Mei 2020 Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka & Pahang

10 Mei 2020 Selangor, Negeri Sembilan &Terengganu

6. Keserasian telefon pintar bagi memastikan aplikasi mudah alih Gerak


Malaysia berfungsi.
Telefon pintar yang telah diubahsuai (rooted) perisian operasi (firmware) didapati
tidak boleh menggunakan aplikasi mudah alih Gerak Malaysia.
Untuk menggunakan aplikasi mudah alih Gerak Malaysia, anda memerlukan
peranti yang memenuhi keperluan sistem dan keserasian kandungan yang
berkaitan, akses Internet dan perisian operasi yang serasi.
Bagi pengguna peranti Android, aplikasi mudah alih ini boleh dimuat turun dan
digunakan dengan perisian operasi 5.0 (Lollipop) ke atas. Bagi pengguna iOS pula,
peranti perisian operasi iPhone tersebut mestilah iOS 11 ke atas.

3/7
7. Saya telah mengisi alamat yang salah dalam ruangan alamat asal dan alamat
destinasi, bolehkah saya membuat pembetulan dalam aplikasi mudah alih
Gerak Malaysia?
Boleh, sekiranya terdapat kesilapan ketika mengisi maklumat dalam aplikasi
mudah alih Gerak Malaysia, anda boleh membuat pembetulan bila-bila masa
sahaja dalam aplikasi tersebut.

8. Saya ingin mengambil keluarga saya yang kini berada di kampung. Perlukah
semua ahli keluarga membuat permohonan di dalam aplikasi mudah alih
Gerak Malaysia?
Semua ahli keluarga yang berusia 16 tahun ke atas dan mempunyai telefon pintar
mestilah mendaftar dalam aplikasi mudah alih Gerak Malaysia. Ini termasuk
pasangan suami isteri dan anak-anak yang ingin membuat perjalanan pulang ke
kediaman masing-masing. Kanak-kanak berumur 15 tahun ke bawah tidak perlu
didaftarkan dan boleh di bawa bersama semasa perjalanan.

9. Senario yang dibenarkan untuk memohon perjalanan dalam aplikasi mudah


alih Gerak Malaysia?

i. Ahli keluarga (Ibu, bapa dan saudara-mara) yang terperangkap di rumah saya
yang ingin pulang ke kampung.
ii. Saya ingin menghantar ahli keluarga (Ibu, bapa dan saudara-mara) yang
terperangkap ketika berlangsungnya Perintah Kawalan perjalanan (PKP).
iii. Saya ingin mengambil isteri dan anak yang terperangkap di Gerik. Saya akan
membuat perjalanan dua hala ke Gerik dan pulang ke Petaling Jaya.
iv. Saya merupakan penduduk asal Batu Pahat, Johor yang kini bekerja sambilan
di Putrajaya sambil menunggu keputusan SPM 2019. Saya berhasrat untuk
pulang ke rumah keluarga dan untuk makluman, ayah saya akan mengambil
saya di Putrajaya dan membawa saya pulang ke Batu Pahat.
v. Anak-anak saya pergi bercuti di rumah atoknya di Senai sebelum PKP dan
saya ingin mengambil mereka pulang ke Klang.
vi. Saya terperangkap di rumah mertua dan ingin membuat perjalanan pulang ke
kediaman sendiri.
vii. Muatan kenderaan adalah 1 pemandu dan 3 penumpang. Maksima sebanyak
4 orang dalam kenderaan.
viii. Sekiranya penumpang adalah lebih dan terdiri daripada budak kecil, orang uzur
atau orang kurang upaya; anggota polis bolehlah menggunakan kuasa
budibicaranya untuk membenar atau tidak membenarkan pergerakan tersebut.

4/7
10. Senario yang tidak dibenarkan untuk memohon perjalanan dalam aplikasi
mudah alih Gerak Malaysia?

i. Perjalanan dengan aplikasi mudah alih Gerak Malaysia hanya diguna pakai
bagi senario terperangkap sahaja dan senario berikut adalah contoh-contoh
perjalanan yang tidak dibenarkan:
ii. Pensyarah atau tenaga pengajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang ingin
pulang ke kampung.
iii. Menggunakan tempoh perjalanan ini untuk bercuti atau balik kampung.
iv. Pulang ke kampung untuk mengambil peralatan yang diperlukan untuk tujuan
kerja.
v. Keluarga yang menetap di sebuah negeri ingin pergi ke negeri lain untuk
bersama ahli keluarga yang berkerja di negeri tersebut.
vi. Apa-apa tujuan merentas sempadan atas urusan peribadi dan tidak melibatkan
senario terperangkap.

11. Senario yang belum mendapat kelulusan bagi memohon perjalanan dalam
aplikasi mudah alih Gerak Malaysia?

i. Perjalanan di antara Semenanjung Malaysia dan Sabah/Sarawak.


ii. Perkhidmatan bas ekspres dan keretapi dalam waktu perjalanan dengan
aplikasi mudah alih Gerak Malaysia.

12. Jika saya ditahan dalam sekatan jalan raya, bagaimanakah caranya untuk
saya menunjukkan kelulusan yang telah diterima?
Ini adalah kaedah untuk mempamerkan kod QR sekiranya anda ditahan:
i. Lancarkan aplikasi Gerak Malaysia;
ii. Pilih “Pamerkan Kod QR”; dan
iii. Pilih kod QR yang ingin dipamer.

Jika anda membawa kelulusan bertulis yang dikeluarkan oleh pihak PDRM, sila
tunjukkan surat tersebut kepada pegawai yang bertugas.

5/7
13. Apa akan berlaku jika saya terpaksa melakukan perjalanan diantara dua
negeri yang berkongsi hari perjalanan yang sama dan tidak sempat kembali
ke rumah pada hari perjalanan?
Bagi mereka mempunyai perjalanan dari jadual yang sama, sebagai contoh di
bawah:

Alamat Asal Alamat Destinasi Alamat Asal

Senario 1 Johor Kelantan Johor


8 Mei 2020 8 Mei 2020 9 Mei 2020

Senario 2 Perlis Pahang Perlis


9 Mei 2020 9 Mei 2020 10 Mei 2020

Senario 3 Negeri Sembilan Terengganu Negeri Sembilan


10 Mei 2020 10 Mei 2020 11 Mei 2020

Sekiranya anda ditahan ketika sekatan jalan raya:


i. Kod QR yang dijanakan untuk perjalanan pergi, boleh digunakan sebagai
bukti sokongan perjalanan pulang pada keesokan harinya;
ii. Perjalanan tersebut mestilah dibuat dengan kadar segera; dan
iii. Sila tunjukkan kod QR kepada pegawai bertugas untuk pertimbangan,
perkara ini tertakluk kepada budi bicara pegawai Polis Diraja Malaysia
(PDRM).

Jika anda membawa kelulusan bertulis yang dikeluarkan oleh pihak PDRM, sila
tunjukkan surat tersebut kepada pegawai yang bertugas.

14. Sekiranya saya tidak memiliki telefon pintar atau berada di lokasi yang tiada
rangkaian perkhidmatan, bagaimanakah saya perlu memohon untuk
perjalanan pulang ke rumah saya?
Jika tidak memiliki telefon pintar atau berada di lokasi tiada rangkaian sila
membuat permohonan di balai polis berdekatan secara manual.

6/7
15. Saya memiliki telefon pintar, tetapi saya tidak mahir menggunakan aplikasi
digital?
Bagi individu yang menghadapi masalah untuk mengguna aplikasi dalam telefon
pintar, dinasihatkan agar mendapat bantuan dari saudara mara, jiran atau rakan
berdekatan untuk membuat permohonan.

16. Apakah jenis kenderaan yang dibenarkan dalam tempoh perjalanan.


Hanya kenderaan persendirian dan kenderaan e-hailing/teksi dibenarkan untuk
perjalanan, namun kenderaan persendirian tidak termasuk semua jenis motosikal.

Gerak Malaysia berhak untuk mengubah dan mengemas kini Soalan-Soalan


Lazim berkenaan, sebagaimana difikirkan sesuai. Maklumat adalah tepat pada
masa ia disiarkan.

SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA (MCMC)


7 MEI 2020

7/7

Anda mungkin juga menyukai