Anda di halaman 1dari 2

Ibrah kepada pengguna jalanraya.

Setiap hari kita pasti menerima berita kemalangan jalanraya. Tidak kira melibatkan kenderaan bersaiz
kecil, sederhana atau berat terutama pada musim-musim perayaan. Apabila melihat kepada statistik
kemalangan jalanraya yang berlaku jelas memperlihatkan angka yang masih besar dan
membimbangkan. Walaupun pelbagai usaha dan ikhtiar oleh pihak berwajib tetapi bilangan kemalangan
jalanraya masih besar dengan nisbah kematian. Hal ini berlaku dengan pelbagai factor. Benar jika takdir
itu ditetapkan berlaku maka tetap akan berlaku namun kefahaman ini telah disalah tafsirkan sehingga
membawa kepada fahaman aqidah yang sesat seperti aqidah jabariyah yang mana fahaman aqidah ini
meletakkan segalanya adalah takdir sedangkan takdir itu terbahagi kepada dua jenis iaitu takdir mubram
dan takdir muallaq. Kemalangan jalanraya ini juga termasuk kepada takdir muallaq kerana tidak
semestinya berlaku sesuatu kemalangan itu. Oleh sebab yang demikian, kemalangan yang berlaku boleh
dilihat dari sudut pelbagai faktor seperti sikap pemandu, tahap penyelenggaraan kereta, tahap kesihatan
pemandu, keadaan jalan yang dilalui, persekitaran perjalanan dan cuaca. Faktor-faktor yang saya
sebutkan ini adalah faktor terbesar yang sentiasa menjadi nisbah penyumbang kepada berlakunya
jalanraya. InsyaAllah saya akan menghuraikan serba sedikit dan langkah yang boleh diambil sebagai
ikhtiar kita semua dalam menambah keselamatan jalanraya.

1. Sikap pemandu.
Sikap pemandu menjadi penyumbang terbesar bagi saya berlakunya kemalangan jalanraya. Hal
ini berdasarkan pemerhatian saya malah tidak melampau jika saya katakan bahawa anda semua
juga melihat perkara ini sehari-hari. Sikap pemandu yang terburu-buru dan gelojoh diatas jalan
ini boleh dilihat dimana-mana jalanraya di Malaysia. Memotong dikawasan berbahaya,
memandu laju di jalan sempit, memandu melebihi had kelajuan ketika kadar trafik tinggi dan
pelbagai lagi ibarat pemandu-pemandu sebegini tidak memikirkan tentang keselamatan diri dan
orang lain. Berdasarkan temubual secara rambang yang saya lakukan dan hasilnya sangat
mengejutkan kerana pemandu yang kebiasaannya memandu laju sebegini memang memiliki
sifat pentingkan diri dan tidak bertanggungjawab kepada insan lain malah sikap ini juga boleh
dilihat dalam kehidupan seharian mereka. Pemikiran dan perspektif yang mereka miliki sangat
sempit malah mereka suka untuk memberikan pelbagai alasan-alasan yang nampak munasabah
tetapi sebenarnya tidak seperti mahu cepat pulang, banyak urusan yang perlu diselesaikan,
kepenatan dan lain-lain yang mana jika diikuti kehidupan mereka setiap sebab itu hanya
penipuan semata-mata untuk melepaskan diri. Ingatlah pesan Baginda ‫ ﷺ‬dalam
hadis yang bermaksud
“Diriwayatkan oleh Anas ibn Malik ra., sesungguhnya Rasulullah ‫ ﷺ‬Bersabda  :
Demi yang jiwaku di tangan-Nya, tidaklah beriman seseorang hamba sehingga dia mencintai
tetangganya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.
HR. Muslim: dan Abu Ya’la: 2967.

Dalam konteks hadis ini jelas menunjukkan tetangga maka maksud yang boleh diinterpretasikan
tetangga ini ialah masyarakat sekeliling kita. Dicintai dalam hadis ini bermaksud berbuat baik
dan bersifat dengan sifat kasih sayang dan berlembut dengan masyarakat sekeliling kita maka
tidak salah pada pandangan saya jika hadis ini juga menjadi panduan kepada kita dalam
mengubah persepsi kehidupan kita supaya menjadi bertolak ansur dan memikirkan pengguna
jalan raya yang lain. Tanpa sifat kasih sayang dan sikap tolenrasi inilah yang membawa pelbagai
bencara kepada pengguna jalanraya, bukan sahaja kepada diri sendiri malah orang lain.

Kesabaran juga perlu dikuatkan oleh pengguna jalanraya. Kesabaran bukan sahaja diaplikasikan dalam
kehidupan seharian tanpa mengira tempoh perjalanan. Ingatlah sabar itu kunci kejayaan dan sabar itu
besar hikmahnya. Allah dan Rasul menuntut kita untuk sabar.

Dalam hadis Baginda ‫ ﷺ‬yang bermaksud Daripada Shuhaib RA berkata, Rasulullah SAW
bersabda : “Amat menakjubkan urusan seorang Mukmin kerana setiap urusannya adalah baik dan
itu tidak akan berlaku kepada seorang pun kecuali kepada seorang Mukmin (yang sempurna
keimanannya). Jika dia mendapat sesuatu yang mengembirakan dia bersyukur, maka itu adalah
kebaikan baginya. Jika dia ditimpa kesusahan dia bersabar, maka itu adalah kebaikan baginya.”

(Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 2999)

Anda mungkin juga menyukai