Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN TEMU BUAL ISU REVOLUSI INDUSTRI 4.

0 DALAM PENDIDIKAN

Pada 3 Mac 2020, saya telah menjalankan satu temu bual dengan guru besar SJKT Ladang
Selborne mengenai isu Revolusi Industri 4.0 dalam pendidikan. Perkara tersebut bertepatan
dengan tugasan kursus asas pendidikan iaitu (EDUP3083) Asas Kepemimpinan Dan
Pembangunan Profesionalisme Guru yang mana mengkehendaki saya menjalankan sesi
temu bual dengan kepimpinan sekolah pilihan saya menjalani Internship. Hasil daripada
temu bual tersebut saya mendapati pendapat guru besar amat selaras dengan PPPM 2013-
2025 dan Falsafah Pendidikan Malaysia. Menurutnya, Revolusi Industri 4.0 merupakan
pemerkasaan struktur ekonomi dalam aspek pengurusan, industri dan komersil yang
menekankan pembangunan teknologi digital (realiti maya) bagi mengurangkan kos
penggunaan tenaga manusia. Kelestarian akademik harus ditambahbaik dengan
menyerapkan elemen digitalisasi dalam ‘mainstream’ pembelajaran. Ia pastinya membantu
pencapaian murid disamping mendidik minda mereka agar lebih bersedia terhadap
persaingan kerjaya dan kehidupan.

Menurut pandangannya, kesediaan sekolah dan guru dalam menerima revolusi


industri 4.0 dalam pendidikan ini sudah dapat dilaksanakan sepenuhnya. Hal ini kerana,
cara penyampaian pengajaran melibatkan papan putih dengan menyalin nota dan sesi
kuliah atau kelas yang panjang sudah lapuk serta mungkin kurang berkesan terutamanya
dengan kewujudan teknologi baharu yang menjadi gaya hidup generasi kini. Sistem
pendidikan negara perlu mengorak langkah ke arah pengajian yang dipandu teknologi digital
yang lebih bersifat interaktif dan fleksibel. Oleh itu, warga pendidik terutamanya perlulah
melengkapkan diri dengan pengetahuan teknologi maklumat serta komunikasi (ICT) bagi
membolehkan mereka mendepani cabaran Revolusi Perindustrian 4.0. pihak kementerian
berperanan untuk menyediakan tenaga pengajar dengan memberi pendedahan kepada
teknologi-teknologi semasa serta menawarkan kursus-kursus yang relevan dengan teknik
pembelajaran selaras dengan Revolusi Industri 4.0. Selain itu juga, pihak kementerian perlu
memilih teknologi yang terbaik dan praktikal untuk melengkapi proses P&P dan tidak
menyukarkan para pendidik untuk menggunakan teknologi tersebut.

Jika dilihat dari segi kesediaan sekolah memang disediakan dengan semua
kemudahan seperti bilik ICT, bilik RBT dan sebagainya. Pertama, dari segi penyelenggaraan
ICT dimana hampir semua sekolah menyediakan komputer secukupnya dengan rangkaian
internet baik tetapi terdapat kurang juruteknik komputer, kos pembaikkan dan juga kurang
kepakaran. Kedua, dari segi peruntukan perbelanjaan di mana sekolah menyediakan kos
untuk melaksanakan revolusi industri ini tetapi perlukan peruntukkan tambahan dimana
pihak sekolah perlu bergantung bantuan kewangan untuk mengaplikasikan di sekolah
masing-masing. Selain itu, capaian jalur internet juga memainkan peranan dalam revolusi
ini. Di segelintir sekolah tidak ada rangkaian internet yang laju. Hal ini menyebabkan pihak
sekolah tidak dapat melaksanakan revolusi. Jika dilihat dari segi kesediaan guru pula,
kemahiran guru perlu dipertingkatkan dari segi penggunaan teknologi dalam pembelajaran.
Misalnya, penggunaan Frog VLE, Google Clasroom, dan sebagainya. Hal ini kerana, masih
terdapat segelintir tidak menguasai teknologi secara sepenuhnya dan mereka tidak dapat
menyampaikan pdp dalam kaedah berbentuk teknologi. Seterusnya, persepsi guru yang
terlalu berada dalam zon selesa. Teradapat segelintir guru yang tidak menerima revolusi
industri dalam pendidikan sepenuhnya dan ini sebab persepsi mereka terhadap revolusi
tidak betul.

Beliau juga menyatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran kini perlu penekanan
kepada aspek kreatif dan inovatif. Pembelajaran aktif, pembelajaran berasaskan projek,
penyelesaian masalah dan inkuiri dengan peluang untuk terlibat dengan dunia sebenar perlu
menjadi amalan. Murid kini diberi kebebasan untuk menyesuaikan proses pembelajaran
mereka melalui Pembelajaran Teradun (Blended Learning), Kelas Berbalik (Flipped
Classroom) dan Membawa Peranti Anda Sendiri (BYOD, Bring Your Own Device).
Pembelajaran juga diperibadikan (Personalised Learning) iaitu pembelajaran disesuaikan
dengan kehendak murid kerana mereka juga mempunyai kepelbagaian dalam
pembelajaran. Oleh itu, dalam konteks pelatihan guru, program-program latihan guru di
pelbagai institusi perlu seiring dengan perkembangan masa kini dan sangat mendesak untuk
dikemaskini bagi menghadapi revolusi baru ini. Revolusi Industri 4.0 ini secara automatik
meningkatkan kecekapan pengurusan dan sistem penyampaian kerana semua urusan
dijalankan secara secara digital. Pembelajaran berteknologi tinggi termasuklah sekolah
robot, drone untuk STEM dan teknologi realiti maya.

Dalam sesi temu bual yang dijalankan, beliau menyatakan bahawa guru berperanan
sebagai fasilitator, mentor dan kaunselor di sepanjang proses pembelajaran dan pengajaran
berlangsung. Pembelajaran tidak lagi hanya berpusatkan guru sahaja tanpa penglibatan
murid dan masih menggunakan kaedah konvensional contohnya “chalk and talk”. Oleh itu,
pendidik harus meningkatkan kemahiran pedagogi iaitu memiliki kemahiran pembelajaran
dan inovasi, maklumat, kemahiran hidup, kemahiran kerjaya dan kemahiran teknologi. Guru
sentiasa bersedia menyampaikan bahan pengajaran. Oleh itu, guru harus mengetahui isi
kandungan kurikulum agar dapat menyususn idea dan maklumat tentang sesuatu tajuk
dalam matapelajaran. Kedua, guru seharusnya meingkatkan kemahiran berfikir secara
konstruktif dan kemahiran berfikir yang tinggi. Oleh itu, pendidik harus menguasai elemen
pemikiran yang kritikal atau KBAT dalam pembelajaran dan pengajaran kerana ia dapat
meransang penglibatan dan pemikiran murid.
Ketiga pula, guru perlu mahir menyampaikan ilmu dengan menggunakan teknologi
semasa atau celik IT. Kemudahan-kemudahan peralatan ICT yang terdapat di dalam kelas
harus dimanfaatkan sepenuhnya bagi membantu sesi pengajaran dan pembelajaran agar
lebih menarik minat murid. Pembelajaran secara online boleh diakses di mana sahaja
seperti di rumah yang dapat membantu murid tidak hadir ke kelas dengan menggunakan
pelbagai kaedah contohnya, aplikasi Whatsapp, VLE Frog, Skype. Guru juga perlu celik IT
terutama dalam membimbing murid melayari internet, mencari laman web dan memilih
perisian yang sesuai. Keempat adalah, guru juga berperanan menerapkan nilai-nilai murni
dalam diri murid ketika proses pembelajaran dan pengajaran berlansung. Untuk itu, guru
perlu berdedikasi sedikit demi murid dan sekolah untuk mewujudkan PdPc yang berkualiti
yang selaras dengan Revolusi Industri

Kesimpulannya, kemajuan teknologi Revolusi Industri 4.0 tidak akan berhenti dan
kesannya di dalam kehidupan manusia tidak dapat dielakkan. Perubahan teknologi dalam
pendidikan yang berlaku dengan pantas ini memerlukan pelan perancangan yang mampan
dan menyeluruh oleh penggubal dasar negara supaya perkembangan ekonomi berasaskan
Revolusi Industri 4.0 dapat dimanfaatkan sebaiknya. Kesan positif dan manfaatnya
hendaklah bersifat inklusif agar dapat dirasai oleh segenap lapisan masyarakat. Jika tidak
ditangani dengan baik, Malaysia akan ketinggalan dan perkembangan Revolusi 4.0 boleh
memberi kesan buruk kepada negara. Untuk tidak ketinggalan revolusi ini, guru perlu
mempertingkatkan kemahiran diri sebagai pendidik supaya dapat menyaingi perkembangan
ini. Saya berharap semua guru dan sekolah dapat melaksanakan perubahan revolusi dalam
pendidikan untuk mewujudkan sistem pendidikan yang sistematik dan berkualiti pada masa
hadapan.

Disediakan oleh, 29 Mac 2020

………………………………………..

(SHARMILAH A/P AMBUALAGAN)

Pelajar PISMP Bahasa Melayu (SJKT) Ambilan Jun 2016

IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan

Anda mungkin juga menyukai