Anda di halaman 1dari 2

SEMPADAN TEMBOK C19 YANG MEMISAHKAN

Dulu

Teman seperjuangan

Saling berpimpin tangan

Kini hanya bertatap wajah di kejauhan

Dulu

Aku bersarapan pagi

Lantas menunggu ayah menghantar ke sekolah

Kini

Kelasku hanya di hujung jari

Bermain papan kekunci

Teman akrabku bernama “ALAM MAYA”

Kini

Bertukar hiba

Bersua muka bukan perkara biasa

Dekat tapi jauh

Walau jiran hanya di sebelah rumah


Aku mulai percaya

Benar kata orang

Tembok ini mewujudkan rumah yang kosong

Bukan kerana tiada isinya

Tetapi kerana jiwa yang masih belum sebati

Jiwa yang masih kosong penghayatannya

Keadaan norma baharu ini

Janggal bagi aku seorang anak desa

Namun aku percaya

Tembok ini hanya sementara

Jika

Aku lebih akur serta patuh

Bukan ingkar dan mencemuh

Tahniah semua wira barisan hadapan

Yang kental jiwa dan jasadnya

Tinggalkan keluarga, tinggalkan harta

Demi merawat nusa dan bangsa

Ayuh teman bersama pecahkan tembok ini

Kita pasti menang!!

Anda mungkin juga menyukai