Anda di halaman 1dari 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

Bilangan jurnal :2

Minggu praktikum : Kedua

Tarikh peristiwa : 06 April sehingga 10 April 2014

Tajuk jurnal : Pengurusan Masa

MASALAH
Minggu ini merupakan minggu kedua saya berada di Sekolah Kebangsaan
Kampong Pasir. Minggu ini merupakan minggu yang pertama saya mengajar murid-
murid di kelas Pendidikan Khas. Saya juga sudah dapat menyesuaikan diri dengan
persekitaran kelas pendidikan khas serta sekolah ini.
Namun begitu, saya telah menghadapi masalah dalam pengurusan masa di
mana saya selalu tidak mempunyai masa yang cukup dalam melaksanakan proses
pengajaran dan pembelajaran di kelas pendidikan khas tersebut. Hal ini
menyebabkan saya tidak dapat menjalankan aktiviti pembelajaran yang telah saya
rancang. Seterusnya, situasi seumpama ini menyebabkan saya sukar untuk
mencapai objektif pembelajaran yang telah saya tetapkan bagi sesuatu proses
pengajaran dan pembelajaran.
Masa amat penting untuk semua mahkluk di dunia. Di dalam al Quran banyak
ayat yang menyentuh tentang pentingnya mengurus masa. Salah satu ayat al Quran
yang menyentuh kepentingan masa adalah berikut :

“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian. Kecuali


mereka yang berpesan dengan kesabaran” ( Al Asr)

Menyedari hakikat di atas, sebagai seorang guru, saya perlu mengatasi


masalah ini agar masa yang dirancang bagi sesuatu aktiviti pengajaran dapat
dijalankan seperti yang dikehendaki. Hal ini kerana sesuatu pencapaian pelajar-
pelajar itu lazimnya ditentukan dengan tahap objektif yang ingin dicapai oleh
kumpulan sasaran.
ANALISIS MASALAH
Secara umumnya, masa dapat didefinisikan sebahagian daripada struktur
intelek asas (bersama dengan ruang nombor) yang dapat kita rangkaikan peristiwa
dalamnya, kuantitikan tempoh peristiwa dan hentian antara mereka, dan bandingkan
gerakan jasad. Oleh sebab itu, masa tidak merujuk kepada sebarang entiti yang
“mengalir” yakni jasad “bergerak melalui” atau suatu “kontena” untuk peristiwa.
Oleh hal yang sedemikian, masalah pengurusan masa ini timbul apabila
akiviti pengukuhan yang saya berikan kepada pelajar ada kalanya melebihi masa
yang telah saya rancangkan. Misalnya, aktiviti pengukuhan bagi kumpulan 1 yang
saya rancang sudah acap kali terlebih masa daripada yang dirancangkan. Hal ini
kerana, saya mendapati bahawa terdapat beberapa orang murid mengambil masa
yang agak lama untuk menyelesaikan suatu tugasan yang telah saya berikan.
Seterusnya hal ini memberikan impak terhadap proses pengajaran dan
pembelajaran yang telah saya rancangkan. Misalnya, saya perlu meninggalkan sesi
penutup pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini tentu
menyebabkan saya kurang pasti tentang pencapaian hasil pembelajaran yang telah
saya tetapkan.

1. Adakah guru mengabaikan kepentingan pengurusan masa?


2. Adakah murid ke tempat lain dahulu sebelum ke kelas yang seterusnya?
3. Bagaimanakah saya mengatasi masalah ini?
4. Kenapakah ini berlaku di sekolah?
5. Apakah yang menjadi punca berlakunya masalah ini?
6. Bolehkah faktor-faktor lain yang terlibat dalam hal ini?

Oleh itu, guru perlu mengadaptasi sesuatu keperluan mengikut situasi.


Sesuatu perubahan skema hendaklah selaras dengan keperluan situasi. Proses
adaptasi yang berlaku adalah kerana kehilangan keseimbangan buat sementara di
antara individu dengan alam sekitar. Untuk mengekalkan keseimbangan ini, individu
hendaklah mengubahsuai diri melalui proses adaptasi. Di dalam proses ini,
keseimbangan adalah sama dengan sesuatu kuasa penggerak dalaman, iaitu di
bawah konteks psikologi.
CADANGAN
Justeru, bagi mengatasi masalah ini, saya mendapati bahawa saya perlu
memperluaskan lagi bacaan saya mengenai pengurusan masa terutamanya dalam
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran agar dapat menguruskan masa
dengan lebih teratur. Hal ini menggalakkan lagi setiap perancangan dilaksanakan
secara lebih bersistematik dan hasil pembelajaran murid dapat dicapai sepenuhnya.
Selain itu, saya perlulah menyediakan aktiviti pengukuhan yang sesuai
dengan masa yang telah diperuntukkan serta memastikan bahawa latihan tersebut
adalah bersesuaian dengan kebolehan murid. Hal ini kerana jika aktiviti tersebut di
luar kemampuan murid maka mereka akan mengambil masa yang agak lama untuk
menyelesaikan tugasan yang diberikan. Secara tidak langsungnya, hal ini akan
menyebabkan perancangan pengajaran harian tersasar daripada landasan yang
telah dirancangkan.
Selain itu juga, saya perlu banyak bertanya kepada mereka yang lebih mahir
dan berpengalaman terutamanya guru pembimbing, pensyarah pembimbing, rakan-
rakan agar saya dapat input yang berguna terutamanya berkaitan dengan
pengurusan masa sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.
Dengan adanya bimbingan ini, saya akan boleh merancang masa dengan lebih
efektif lagi.

TEMPOH PENYELESAIAN
13 April sehingga 17 April 2014

TINDAKAN SUSULAN
Seterusnya, sebagai tindakan susulan daripada masalah ini saya akan
merancang aktiviti-aktiviti yang lebih mudah dan menarik kepada murid-murid. Hal
ini akan membantu proses pengajaran dan pembelajaran saya menjadi lebih
sistematik dan efektif. Selain itu juga, murid-murid akan dapat mencapai objektif
pembelajaran yang telah ditetapkan.
Oleh sebab itu, pengurusan masa ini akan lebih tepat dan akan berjalan
lancar seperti yang telah disusun dan dirancang dengan teliti di samping
memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran tidak terganggu dan murid-murid
dapat memberikan tumpuan dan semangat untuk belajar. Selain itu juga, guru perlu
melaksanakan pengajaran dengsn lancar tanpa mengabaikan mana-mana
kumpulan.
Selain itu, saya perlu menyediakan pelan B bagi mengatasi masalah ini. Hal
yang sedemikian membolehkan saya menjalankan proses pengajaran dan
pembelajaran mengikut jadual yang telah diamanahkan.

KESIMPULAN
Konklusinya, pengurusan masa yang baik adalah penggunaan masa yang
yang berkualiti. Hal ini kerana kualiti masa dicapai dengan adanya prinsip asas bagi
kita menguruskan masa. Justeru itu, aktiviti pembelajaran akan menjadi lebih
berkesan dan penuh bermakna di samping membantu mendisiplinkan diri guru
dalam menyediakan jadual waktu untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran
dengan lebih teratur dan sistematik.
Oleh sebab itu, sebagai guru yang memainkan peranan yang besar dalam
membentuk peribadi murid, kita juga perlu mengurus masa sewaktu sesi pengajaran
dan pembelajaran berlangsung agar objektif pembelajaran yang disasarkan berjaya
dicapai.

Anda mungkin juga menyukai