Anda di halaman 1dari 4

ARAHAH : LATIHAN BM PKP 5

1. SALIN FORMULA
2. SALIN SEMULA KARANGAN MENGIKUT SUSUNAN YANG BETUL SEPERTI DALAM JADUAL.
3. SALIN CONTOH DI PERENGGAN PENDAHULUAN
4. PELAJAR PERLU MENULIS SEMULA PERENGGAN KARANGAN DALAM JADUAL YANG DISEDIAKAN. BOLEH
RUJUK CONTOH PERENGGAN PENDAHULUAN

AKTIVITI 1: MEMPERKENALKAN FORMULA

1. PENDAHULUAN

A1: ISU SEMASA


A2: HURAIAN (MENGAPA)
A3: HURAIAN (BAGAIMANA KESAN)
A4: KEHENDAK SOALAN

2. PERENGGAN ISI

A1: IDEA UTAMA


A2: HURAIAN (MENGAPA)
A3: HURAIAN (BAGAIMANA KESAN)
A4: CONTOH
A5: RUMUSAN

3. PENUTUP

A1: KESIMPULAN
A2: CADANGAN
A3: HARAPAN
A4: PERIBAHASA / COGAN KATA

AKTIVITI 2 : MENYUSUN AYAT


Arahan: Susun ayat-ayat di bawah di bawah menjadi satu perenggan pendahuluan, isi dan
penutup yang tepat.
CONTOH :
Pendahuluan:
Justeru, ibu bapa memainkan peranan penting dalam mendidik dan membentuk anak-anak mereka
menjadi manusia yang mempunyai budi pekerti yang baik, beradab, dan pemimpin yang berwawasan.
Fenomena ini bukanlah keajaiban, sebaliknya merupakan hasil titik peluh dan usaha berterusan
masyarakat Malaysia sendiri.
Malaysia antara negara yang paling pesat membangun.
Namun begitu, di sebalik pembangunan ini wujud masalah yang serius dalam kalangan masyarakat
kita, iaitu akan mendapat impak yang negatif pada masa akan datang kerana golongan muda
merupakan pemimpin dan peneraju pembangunan negara pada masa depan.

A1 Malaysia antara negara yang paling pesat membangun.

A2 Fenomena ini bukanlah keajaiban, sebaliknya merupakan hasil titik peluh dan usaha berterusan
masyarakat Malaysia sendiri.

A3 Namun begitu, di sebalik pembangunan ini wujud masalah yang serius dalam kalangan masyarakat kita,
iaitu akan mendapat impak yang negatif pada masa akan datang kerana golongan muda merupakan
pemimpin dan peneraju pembangunan negara pada masa depan.

A4 Justeru, ibu bapa memainkan peranan penting dalam mendidik dan membentuk anak-anak mereka
menjadi manusia yang mempunyai budi pekerti yang baik, beradab, dan pemimpin yang berwawasan.

A4

Isi 1
Ibu bapa memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak kerana mereka lebih banyak
menghabiskan masa bersama-sama anak-anak.
Apabila menyebut tentang didikan anak-anak, tentunya ramai yang menuding jari ke arah ibu bapa
kerana merekalah yang bertanggungjawab menjaga anak-anak.
Malahan, ibu bapa juga yang menjaga anak-anak dari mereka kecil sehinggalah dewasa.
A1

A2

A3

A4

A4

Isi 2
Ibu bapa merupakan contoh utama anak-anak sebelum mereka mengenali dunia luar.
Hal ini demikian kerana anakanak lebih mudah mendengar kata ibu bapa kerana mereka belum lagi
terpengaruh oleh budaya negatif.
Sejak kecil lagi anak-anak harus disemai dan dibentuk dengan nilai-nilai murni seperti bersikap
amanah, bekerjasama, dan saling membantu.
Bak kata pepatah , “melentur buluh biarlah daripada rebungnya”.

A1

A2

A3

A4

A4

Isi 3
Selain itu, ibu bapa perlu membuat pemerhatian dan pemantauan terhadap tingkah laku anak-anak.
Sebaliknya, apabila anak-anak melakukan perubahan positif, berilah pujian agar mereka berasa
terdorong untuk mengekalkan atau meningkatkan tingkah laku mereka.
Apabila anak-anak diberikan perhatian, mereka akan berasa diri dihargai dan mudah mendengar kata.
Apabila berlaku perubahan negatif terhadap tingkah laku anak-anak, ibu bapa perlulah mengambil
langkah segera bagi mengatasinya.

A1

A2

A3

A4

A4

Penutup
Kesimpulannya, ibu bapa memainkan peranan penting dalam mendidik dan membentuk anak-anak
agar mempunyai peribadi yang mulia.
Anak-anak yang terdidik dengan nilai-nilai murni bakal menjadi generasi muda yang memberikan
manfaat yang baik kepada negara.
Ibu bapalah yang akan mencorakkan mereka agar menjadi generasi yang dipandang mulia.
Keadaan ini bertepatan dengan perumpamaan yang mengatakan bahawa anak-anak umpama kain
putih
Mereka jugalah yang akan menerajui pembangunan negara pada masa hadapan.

A1

A2

A3

A4

A4

Anda mungkin juga menyukai