Nota Bab 22
Nota Bab 22
BAB 2
NILAI-NILAI UNIVERSAL DALAM TAMADUN
1. Pendahuluan
1. Persamaan dan perbezaan nilai sesebuah tamadun bergantung kepada perkara yang menjadi pegangan
secara menyeluruh dalam tamadun tersebut.
2. Tamadun Islam berpaksi kepada sumber wahyu yang mengarahkan semua perkara yang dilakukan oleh
umatnya perlu berada pada landasan wahyu. Manakala tamadun selain Islam menjadikan manusia sebagai
objeknya. Ini termasuk batas keupayaan, pemikiran, siapa yang kuat maka dialah yang berkuasa.
3. Selain itu, faktor yang menjadi punca persamaan dan perbezaan antara tamadun ialah doktrin, amalan
agama, ciri keturunan dan budaya.
2. Konsep Nilai
1. Menurut Kamus Dewan, nilai bermaksud darjah, kualiti, mutu, taraf dan sifat ketinggian.
2. Identiti tidak boleh dipisahkan daripada nilai-nilai. Nilai-nilai yang diamalkan atau dihayati oleh sesuatu kaum
atau tamadun itu secara tidak langsung menggambarkan identiti kaum atau tamadun tersebut.
3. Terdapat perbezaan antara tamadun yang muncul disebabkan setiap tamadun muncul sebagai manifestasi
budaya, falsafah hidup atau penghayatan agama masyarakatnya. Tamadun Islam misalnya lahir daripada
manifestasi tauhid (kepercayaan), tamadun India banyak dipengaruhi konsep ketuhanan Hinduisme,
tamadun Greek dengan falsafah dan keseniannya.1
4. Dalam tamadun Islam, nilai-nilai ketamadunannya merangkumi nilai kebendaan dan kerohanian.
5. Kemunculan setiap tamadun mempunyai nilai-nilainya tersendiri yang membezakan antara satu tamadun
dengan tamadun lain namun terdapat persamaan nilai-nilai antara tamadun, itulah nilai universal tamadun.
6. Nilai universal diertikan sebagai nilai yang diterima umum dalam semua masyarakat. 2 Terdapat beberapa
nilai universal tamadun yang akan dibincangkan yang mewujudkan persamaan dan perbezaan.
1
Zulkifli Dahalan et. al, 2009, Sejarah Pemikiran dan Tamadun Islam, Shah Alam: UiTM, hlm. 49.
2
Mohd Nasir Ayub et. al, 2011, Pengenalan Tamadun Islam & Pemikiran Islam Kontemporari, Kedah: UiTM, hlm. 54.
3
http://treebuilder.blogspot.com/2010/12/nilai-nilai-universal-antara-tamadun.html
4
Zulkifli Dahalan et. al, op.cit, hlm. 51.
1
CTU151/Tamadun dan Pemikiran Islam
ﯨﯩﯪﯫﯬﯭﯮﯯﯰﯱﯲﯳﯴﯵﯶﯷﯸﯹﯺﯻﯼﯽﯾﯿﰀﰁﰂﰃ
ﰄﰅ
"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan
kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan
bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah
berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah
engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang
yang berbuat kerosakan "5
1. Justeru, amalan-amalan ekonomi seperti riba, menipu, menyorok barang, rasuah dan sebagainya
adalah diharamkan dalam Islam.
2. Aktiviti ekonomi yang berteraskan syariat Islam bukan sahaja mampu mewujudkan hubungan
perpaduan sosial menerusi konsep nikmat sama dirasai malah meningkatkan ekonomi negara dan
mengurangkan aras kemiskinan.
3. Tanpa kekuatan ekonomi, umat Islam akan berada di bawah paras kemiskinan dan ditakuti dengan
kemiskinan akan membawa kepada kekufuran seperti yang diingatkan oleh Rasulullah.
4. Pengalaman dan penglibatan Rasulullah dan para sahabat terlibat secara aktif dalam bidang
perniagaan dan penternakan serta pertanian telah menyumbang kepada kegemilangan tamadun Islam
di Madinah dan sebagai model bagi umat Islam menguasai ekonomi untuk melahirkan tamadun Islam
yang hebat bagi mengimbangi penguasan ekonomi Barat.
5
Al-Quran, Surah al-Qasas: 77
6
Mohd Nasir Ayub et. al, Op.cit, hlm. 56.
2
CTU151/Tamadun dan Pemikiran Islam
1. Nilai kemanusiaan merupakan nilai yang mementingkan penghormatan terhadap hak-hak asasi dan
kemuliaan manusia. Nilai ini tidak akan wujud melainkan sebuah kelompok masyarakat itu memahami
hakikat kejadian manusia secara menyeluruh.7
2. Nilai kemanusiaan dalam Islam merupakan yang perlu dipupuk dan nilai kebendaan hanya sebagai nilai
tambah.
3. Tamadun Islam adalah diasaskan atas dasar masyarakat yang meletakkan nilai kemanusiaan yang
mengamalkan sifat bertimbangrasa, lemah lembut, kasih sayang, adil dan sebagainya.
4. Kasih sayang merupakan nilai kemanusiaan yang paling murni. Tanpa kasih sayang, segala urusan
akan pincang. Maksud sabda Rasulullah s.a.w: “Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga ia
suka saudaranya mendapat (kebaikan seperti) apa yang ia sendiri suka mendapatnya”
5. Orang yang dikasihi Allah s.w.t dan disukai masyarakat ialah orang yang hidup untuk dirinya dan untuk
orang lain serta memikirkan kebaikan ummah. Kasih sayang sesama manusia menguatkan hubungan
sesama manusia walaupun berlainan agama dan bangsa.
6. Bagi menjamin keamanan sejagat Islam melarang manusia melakukan angkara dan pencerobohan
terhadap hak orang lain sama ada dengan lidah, tangan atau apa-apa jua sekali pun.
7. Dalam Tamadun China pula terdapat konsep Ren yang bermaksud kasih sayang. Konsep ini merujuk
kepada sifat perikemanusiaan yang dianggap “ekspresi jantung manusia”.
8. Dalam Tamadun Hindu terdapat konsep Ahimsa iaitu belas kasihan yang boleh membawa kepada
tiadanya kekejaman terhadap sebarang makhluk sama ada manusia ataupun binatang. 8
4. Tiada lagi bangsa yang maju dan berjaya tanpa penguasaan ilmu. Begitu juga keimanan seseorang
tidak dapat ditegakkan dengan kukuh dan mantap, serta amalan seseorang tidak diterima tanpa ilmu.
5. Konsep mencari ilmu dalam Islam berbeza dengan tamadun-tamadun lain di mana perolehan ilmu
hemdaklah berlandaskan konsep tauhid. Proses transformasi tidak akan berhasil jika tujuan ilmu tidak
mensasarkan Allah s.w.t sebagai matlamat utama, maka akan berlakulah pegawai yang meminta
rasuah, doktor yang menipu dan sebagainya.10
6. Sejarah telah merakamkan bagaimana umat Islam dahulu telah berjaya mengembangkan ilmu
pengetahuan dalam berbagai bidang hingga melahirkan peradaban yang gemilang seperti di Andalus
dan di Baghdad yang kemudiannya menjadi penyumbang kepada kebangkitan tamadun Eropah.
7
Ibid., hlm 56.
8
http://treebuilder.blogspot.com/2010/12/nilai-nilai-universal-antara-tamadun.html
9
Al-Quran, al-Baqarah: 143
10
Mohd Nasir Ayub et. al, Op.cit, hlm. 62-63.
3
CTU151/Tamadun dan Pemikiran Islam
1. Akhlak dalam Islam merupakan sistem nilai yang menjamin kehidupan yang beretika. Tanpa akhlak
mulia kehidupan manusia akan menjadi lebih huru-hara dan mementingkan diri. Justeru, perutusan
Rasulullah adalah untuk menyempurnakan akhlak manusia, sebagaimana maksud hadis Rasulullah
s.a.w:
“Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia”
2. Antara faktor perutusan Nabi Muhammad s.a.w sebagai seorang rasul ialah untuk memperelok akhlak
manusia.
3. Akhlak Islam bersifat syumul iaitu merangkumi hubungan manusia dengan Allah s.w.t, sesama manusia
dan makhluk lain termasuk alam persekitaran.
4. Dalam tamadun Cina, terdapat konsep dao (jalan) dan li (tatasusila) dalam ajaran Konfusius yang
menekankan peraturan akhlak dan kehidupan berasaskan tiga perhubungan – manusia dengan Tuhan,
sesama manusia dan perhubungan politik.
5. Dalam ajaran Konfusius juga menekankan konsep zhong yong iaitu kesederhanaan di mana manusia
perlu hidup bersederhana dan elakkan kekerasan sebagai jalan penyelesaian.
6. Dalam tamadun India, ajaran Hindu menekankan konsep Dharma (jalan kehdupan berlandaskan
kebenaran)11 dan karma (apa yang dialami manusia adalah hasil perbuatan yang lalu atau sekarang);
perbuatan baik akan mendapat balasan baik dan perbuatan buruk akan mendapat balasan buruk.
Menurut ajaran ini, manusia perlu mencapai mokhsa iaitu kebebasan dari rantian kelahiran semula.12
1. Walaupun setiap tamadun mempunyai keistimewaan tersendiri, sifat sebenar sesebuah tamadun tidak
tertutup. Sesungguhnya wujud saling hubungan atau interaksi 17 antara tamadun sama ada diperingkat
perkongsian nilai, pemikiran, institusi dan keinsanan yang berlaku sepanjang sejarah. 18
2. Kewujudan interaksi antara tamadun disebabkan oleh semangat toleransi serta sikap saling menghormati
antara sebuah tamadun dengan sebuah tamadun lain.
3. Sebagai contoh hubungan antara pelbagai tamadun yang berjiran sejak beberapa dekad silam dan terbukti
dapat terjalin dengan harmoni hubungan antara tamadun Cina dan tamadun Islam, antara tamadun India
dan tamadun Melayu melalui hubungan perdagangan.
4. Saling berinteraksi antara tamadun sebenarnya akan melahirkan kesan-kesan positif dan terdapat juga
kesan-kesan negatif. Sama ada kesan yang lahir bersifat positif ataupun negatif, apa yang pasti ia
disebabkan wujudnya interaksi antara tamadun dan ianya bergantung sejauhmana bentuk interaksi itu
dijalinkan.19
5. Proses interaksi boleh berlaku dengan pelbagai cara antaranya melalui kehidupan bersama, pedagangan,
peperangan, pejelajahan, penjajahan dan media. Ia boleh dilihat dalam proses rentesan persempadanan
akibat pertembungan agama, bahasa, adat, makanan, pakaian dan sebagainya. Akibatnya menyaksikan
peradaban yang besar akan mendominasi peradaban yang kecil. 20
6. Pada umumnya, terdapat empat jenis interaksi berlaku antara tamadun, iaitu:
a. Interaksi fizikal. Seperti yang berlaku di Alam Melayu di mana pedagang Arab mengahwini penduduk
tempatan dan membina petempatan khas di kawasan pantai timur dan barat Sumatera.
b. Interaksi teologi atau agama. Sebagai contoh proses asimilasi beberapa ajaran Buddha ke dalam
ajaran Shinto di Jepun tentang nilai etika dan moral.
c. Interaksi sains dan teknologi. Seperti Jepun mempelajari sains dan teknologi dari Eropah dan Amerika
Syarikat ekoran hubungan yang terjalin.
d. Interaksi budaya. Ia merupakan interaksi yang paling ketara berlaku pada mana-mana tamadun yang
meliputi pelbagai aspek seperti makanan, pakaian, seni bina, muzik dan sebagainya. 21
16
Ibid, hlm.13
17
Interaksi diertikan sebagai tindakan atau perhubungan aktif antara satu sama lain, tindak balas antara dua atau beberapa pihak.
Lihat Kamus Dewan, Edisi Ketiga, 1996, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 496.
18
Chandra Muzaffar et.al, op.cit, hlm. 10
19
Zulkifli Dahalan et.al, op.cit, hlm. 54
20
Mohd Nasir Ayub et. al, op.cit, hlm. 66
21
Zulkifli Dahalan et.al, op.cit, hlm. 55-56
5
CTU151/Tamadun dan Pemikiran Islam
2. Faktor lokasi ini adalah merujuk pada kesesuaian faktor geografi yang dilihat menggalakkan
kemunculan tamadun Cina di lembah Hwang Ho, tamadun Mesopotamia di lembah Tigris,
tamadun Mesir di lembah sungai Nil dan tamadun Melayu Melaka di pinggiran selat Melaka.
3. Kebiasaannya kawasan yang terbuka bentuk kawasan geografi seperti kawasan yang menjadi
laluan perdagangan bersifat lebih terbuka dalam orientasi ketamadunannya. Ini menyebabkan
sesebuah tamadun itu terdedah kepada tamadun luar.
4. Sebagai contoh melalui jalan laut orang Arab merentasi laut Arab ke benua India, kepulauan
Melayu hingga ke Canton, Cina.22
b. Faktor Perdagangan
1. Interaksi antara tamadun turut berlaku menerusi aktiviti perdagangan. Misalnya, hubungan
perdagangan yang berlaku antara Arab dan Cina melalui jalan darat dan laut. Hubungan ini terjalin
sejak abad ke 3 Masehi. Pedagang Arab dan Parsi telah membina penempatan mereka di Canton
malah mereka turut membina masjid di Guangzhou. Ini membuktikan berlakunya proses Islamisasi
di wilayah tersebut.
2. Hubungan pedagangan juga berlaku antara pedagang Arab dengan penduduk Alam Melayu
apabila mereka singgah di beberapa pelabuhan penting di kepulauan Melayu seperti Melaka
sebelum meneruskan perjalanan ke Cina.23
c. Faktor Keagamaan
1. Kemunculan sesebuah tamadun juga boleh dikaitkan dengan rangsangan keagamaan dan
kerohanian. Ajaran agama mendorong manusia supaya menghayati dan mengamalkan nilai-nilai
murni dalam kehidupan.
2. Islam merupakan agama yang bersifat terbuka iaitu menerima kebaikan daripada agama lain
selagi tidak bercanggah dengan syariat Islam. Sebagai contoh, walaupun kerajaan Islam dapat
mengekalkan kuasanya selama 7 abad di Andalusia tetapi tidak pernah mendiskriminasi 24
penduduknya yang beragama Kristian dan Yahudi malah diberi peluang turut serta
membangunkan ekonomi, ilmu pengetahuan dan perdagangan.
d. Faktor Pemerintah
1. Sikap pemerintah menunjukkan sikap terbuka dan toleransi dengan mewujudkan hubungan
dengan tamadun lain. Misalnya, pemerintah Islam pada zaman kegemilangan tamdun Islam
mengamalkan sikap terbuka dengan menerima sumber ilmu daripada tamadun Yunani, India dan
Cina.25
4.2 Faktor Penghalang Interaksi
1. Antara faktor penghalang interaksi antara tamadun ialah:
a. Kedudukan geografi atau daerah yang membataskan perhubungan antara satu tamadun dengan
tamadun lain.
b. Semangat nasionalisme (kebangsaan) yang menebal sehingga melahirkan sikap perasaan
kebencian dan permusuhan terhadap bangsa atau warga negara lain.
22
Ibid., hlm. 55
23
Ibid., hlm. 56
24
Diskriminasi bermaksud perlakuan membeza-bezakan warna kulit, keturunan, layanan dan sebagainya. Lihat Kamus Dewan,
hlm. 309. Lihat juga http://ms.wikipedia.org/wiki/Diskriminasi
25
Zulkifli Dahalan et.al, op.cit, hlm. 57.
6
CTU151/Tamadun dan Pemikiran Islam
c. Tiada sikap toleransi atau tolak ansur di kalangan kaum migran dan bukan migran. Perkara ini
menyebabkan masing-masing membawa haluan sendiri dan tiada semangat perpaduan dan
bekerjasama.
d. Penggunaan bahasa yang berbeza
e. Pegangan agama yang berbeza di mana masyarakat akan sentiasa berpegang teguh pada
kepercayaan yang menjadi pegangan sejak turun menurun.
f. Golongan yang mengamalkan cara hidup tradisional dengan golongan moden terutama yang
terpengaruh dengan pemikiran Barat.26
26
Mohd Nasir Ayub et. al, op.cit, hlm. 68
7
CTU151/Tamadun dan Pemikiran Islam
2. Faktor-faktor perbezaan agama, ekonomi dan politik juga telah mencetuskan ketegangan dan
peperangan antara orang-orang Islam dengan Kristian yang dikenali sebagai Perang Salib.
3. Di India, hubungan antara penganut Islam dengan Hindu sentiasa dalam keadaan tegang di mana
ada orang-orang Islam dibunuh dan masjid-masjid dimusnahkan oleh raja-raja India yang
beragama Hindu dan begitu juga sebaliknya. Contohnya, raja-raja Islam dalam kesultanan Delhi
telah mengharamkan pembinaan kuil-kuil dan mengharamkan beberapa upacara keagamaan
Hindu.
4. Permusuhan antara orang-orang Islam dengan orang China juga berlaku di negara China kerana
rasa tidak puas hati terhadap pencapaian ekonomi pihak yang bertentangan khususnya yang
dinikmati oleh orang Islam. Pada tahun-tahun 758M dan 876M telah berlaku pemberontakan-
pemberontakan yang menyebabkan ramai orang Islam dibunuh dan melarikan diri dari Canton dan
berhijrah ke Asia Tenggara terutamanya di Palembang dan Kedah.
5. Semasa pemerintahan Dinasti Ching yang memberi keutamaan kepada pengukuhan ajaran
Konfusianisme telah tidak berlaku adil kepada penganut-penganut Islam sehingga berlakunya siri
pemberontakan seperti pemberontakan Sinking I (1756M), pemberontakan Kansu (1781M),
pemberontakan Jehangir (1820-27M) dan sebagainya.
Disediakan oleh: