Anda di halaman 1dari 1

Cara Solat Sunat Gerhana


Bulan (Khusuf) Yang
Lengkap
! Facebook # Twitter & Google+

Menurut FalakOnline, kejadian Gerhana Bulan berlaku


apabila jasad Bulan memasuki kawasan bayang-
bayang bumi yang berada di angkasa lepas.

Fenomena ini hanya boleh berlaku ketika Bulan berada


di dalam Fasa Purnama (Bulan Penuh) sahaja. Ketika ini,
Matahari, Bumi dan Bulan berada di dalam satu garisan
lurus yang sempurna. Yang terbaru, kita dimaklumkan
bahawa rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan
fenomena ini pada 31 Januari 2018, seperti yang
dilaporkan oleh ANGKASA Malaysia.

Subhanallah, ia merupakan antara tanda kebesaran


Allah yang ditunjukkan kepada kita.

Oleh yang demikian, kita sebagai umat Islam


dianjurkan untuk melakukan beberapa amalan
sunat ketika berlakunya kejadian ini. Solat Sunat
Gerhana Bulan adalah salah satu ibadah yang amat
digalakkan.

CARA SOLAT SUNAT GERHANA BULAN


(KHUSUF) YANG LENGKAP

Berikut adalah beberapa perkara tentang Solat Sunat


Gerhana Bulan yang boleh dijadikan panduan dan
rujukan.

1. HUKUM SOLAT GERHANA

Hukum menunaikan Solat Sunat Gerhana Bulan


(Khusuf) ini adalah sunat muakkad.

Ianya boleh ditunaikan secara berjemaah di


Masjid/Surau atau boleh juga dilakukan secara
bersendirian.

2. DALIL TENTANG SOLAT SUNAT GERHANA

Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim dari Aisyah


r.a. bahawa Nabi SAW bersabda:

‫ فَ ِإذَا‬،‫ات ِه‬
ِ َ‫َ لِ َحي‬.‫َوت ِ أ َ َح ٍد َو‬6ِ ِ ‫سفَان‬
ِ ‫خ‬ ِ َ‫ان ِم ْن اي‬
ْ َ‫َي‬. ِ=‫ات ا‬ ِ َ ‫س َوال َق َمر َ آيَت‬ F ‫ن‬F ِ‫إ‬
َ ‫الش ْم‬
‫َرأَيْت ُ ْم‬
‫لوا‬L ‫ص‬ َ َ‫ ُروا َوت‬Q‫ذلِ َك فَا ْد ُعوا ا=َ َو َكب‬
َ ‫د ُقوا َو‬F ‫ص‬

Maksud: “Sesungguhnya matahari dan bulan adalah


dua macam tanda dari tanda-tanda kekuasaan Allah.
Terjadinya gerhana matahari atau bulan itu bukanlah
kerana kematian seseorang atau kehidupannya. Maka
jikalau kamu melihatnya, berdoalah kepada Allah,
bertakbirlah, bersedekahlah serta bersembahyanglah”

3. WAKTU SOLAT SUNAT GERHANA BULAN

Solat Sunat Gerhana Bulan boleh dilakukan antara


waktu bermulanya gerhana sehinggalah selesai
fenomena tersebut.

Biasanya ahli falak akan menganggarkan waktu


tersebut dengan tepat. Jadi, bolehlah kita bersedia
untuk mendirikan solat sunat ini sama ada di rumah
atau secara berjemaah.

4. LAFAZ NIAT
ِ ‫س‬
‫ِ =ِ تَ َعا َلى‬Yَ‫وف َر ْك َعت‬ ُ ‫ َة ال‬F ‫سن‬
ُ ‫خ‬ ُ ‫لى‬Q ‫ص‬
َ ُ‫أ‬

“Sahaja aku Solat Sunat Gerhana Bulan dua rakaat


kerana Allah Taala.”

5. CARA SOLAT SUNAT GERHANA BULAN

Solat Sunat Gerhana Bulan didirikan sebanyak 2 rakaat


seperti solat sunat yang lain. Apa yang
membezakannya adalah ia mempunyai 4 al-Fatihah , 4
Ruku’ dan 4 sujuddalam 2 rakaat tersebut.

Berikut adalah cara Solat Sunat Gerhana Bulan yang


lengkap mengikut rakaat.

Rakaat Pertama

1. Takbiratul Ihram
2. Membaca doa Iftitah
3. Membaca surah al-Fatihah
4. Membaca surah al-Baqarah (atau mana-mana surah)
5. Ruku’ dan membaca tasbih (kira-kira 100 ayat)
6. lktidal serta membaca surah al-Fatihah.
7. Membaca surah Ali-lmran (atau mana-mana surah)
8. Ruku’ dan membaca tasbih (kira-kira 90 ayat)
9. Iktidal
0. Sujud dan membaca tasbih
1. Duduk antara dua sujud
2. Sujud kembali
3. Berdiri untuk rakaat kedua

Rakaat Kedua

1. Membaca surah al-Fatihah


2. Membaca surah al-Nisa’ (atau mana-mana surah)
3. Ruku’ dan membaca tasbih (kira-kira 70 ayat)
4. lktidal serta membaca surah al-Fatihah.
5. Membaca surah al-Maidah (atau mana-mana surah)
6. Ruku dan membaca tasbih (kira-kira 50 ayat)
7. Iktidal
8. Sujud dan membaca tasbih
9. Duduk antara dua sujud
0. Sujud kembali
1. Membaca tasyahud akhir
2. Memberi salam

*Sunat membaca 2 khutbah selepas solat sunat


gerhana sebagaimana dua khutbah Jumaat dari segi
rukun dan syarat-syaratnya.

NOTA TAMBAHAN

i) Jika solat berjemaah – Apabila makmum tertinggal


ruku’ yang pertama sama ada dalam rakaat pertama
atau rakaat kedua, dia dikira tidak mendapat rakaat itu.
Maka, dia hendaklah menyempurnakan rakaat yang
luput itu selepas Imam memberi salam.

ii) Menurut laman web Mufti Wilayah Persekutuan,


Solat Sunat Gerhana Bulan juga boleh dilakukan
seperti biasa (hanya sekali ruku’ dalam setiap rakaat)
seperti solat biasa tanpa memanjangkannya.
Walaupun sah, namun cara ini tidak digalakkan kerana
berlainan daripada perbuatan Nabi.

Sumber: SirapLimau

MENARIK

Tak Suka Orang Makan Berbunyi, Tanda


Anda Genius

16/03/2018

Andrian Ang, Tun Ameerul hadiahkan


emas kedua negara

03/12/2018

Tumit kaki retak? Hilangkan dengan


menggunakan 10 cara ini.

19/02/2019

0.5

Ikuti kami :

! " # $ %

Hak Cipta Terpelihara © 2018 Husa Network Sdn Bhd

Husa Network Sdn Bhd (464366),


No 18, Tingkat 1 & 2, Pusat Komersial Chabang Tiga,
21000 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.​

Tel : 09 – 6262255(Pejabat) | Fax : 09-6262266


Email : admin@manis.fm
Tel Konti : 09-6241008

Anda mungkin juga menyukai