Anda di halaman 1dari 15

Explain what leadership is. Terangkan apakah kepimpinan.

1.0 Pengenalan

Konsep kepimpinan mempunyai erti yang luas dan ia merangkumi


pelbagai aspek. Di antaranya ialah dari segi status atau kedudukannya,
peranannya sebagai pengurus, perancang dan juga keperibadiannya sebagai
seorang yang diberi kuasa. Kepimpinan adalah satu konsep yang sukar dan
kompleks kerana ia tidak terikat dengan penghasilan dan pengekalan arahan
tetapi ia menghasilkan perubahan. Ramai pengkaji kepimpinan berpendapat
bahawa kepimpinan adalah salah satu fenomena proses manusia yang paling
banyak diperhatikan tetapi juga satu fenomena yang sukar difahami. Pemimpin
sejak dari dahulu lagi didapati berjaya mencipta perubahan dalam pelbagai
cara dengan tujuan bagi mempengaruhi orang lain dan melaksanakan sesuatu.
Kepimpinan merangkumi segala bentuk aktiviti yang bertujuan mempengaruhi
pengetahuan, amalan dan motivasi ahli-ahli. Banyak kajian menunjukkan
kejayaan sesebuah organisasi disebabkan oleh pucuk kepimpinannya.
Contohnya, sekolah yang berkesan dapat diwujudkan dengan terdapatnya
seseorang pemimpin yang berwibawa.

Sebenarnya terdapat banyak penulisan yang ditulis berhubung dengan


pemimpin dan kepimpinan ini. Mengikut Bass (1981) di dalam bukunya “Bass’s
Handbook of Leadership” (dalam Scherr dan Jensen, 2007) menyatakan
terdapat 4,500 kajian tentang kepimpinan sehingga tahun 1981 tahun buku itu
diterbitkan. Manakala Rost (1993) (ibid) telah menyemak sebanyak 312 buah
buku dan bab berkaitan kepimpinan dalam tahun 1980 – 89. Malah, dalam
internet melalui enjin pencari Amazon.com untuk perkara berkaitan dengan
kepimpinan terdapat 191,530 tajuk. Joseph Rost (1993) (ibid) telah melakukan
tugas yang baik menulis buku cemerlang bertajuk “Leadership for the Twenty-
First Century”. Dalam penulisannya, Rost menyatakan pada tahun 1990’an,
konsep kepimpinan masih belum sempurna kerana para sarjana dan pengamal
kepimpinan tidak mempunyai definisi kepimpinan untuk dipegang. Para sarjana
tidak tahu apa yang dikajinya dan para pengamal tidak tahu apa yang sedang
mereka lakukan. Ramai sarjana telah mengkaji pemimpin dan kepimpinan
2

bertahun-tahun tetapi masih belum ada idea yang jelas mengenai kepimpinan
dan siapa pemimpin.

2.0 Definisi Kepimpinan

Definisi kepimpinan ditafsirkan di dalam pelbagai maksud. Mengikut


Kamus Dewan, kepimpinan bermaksud keupayaan memimpin. Antaranya ialah
melalui teladan. Pemimpin adalah model kepada orang yang dipimpinnya.
Segala perbuatan dan tindakannya menjadi perhatian masyarakat. Menurut
Stodgill (1948), dalam bukunya bertajuk “Handbook of Leadership” didapati
hampir 5,000 makna kepimpinan didefinisikan dalam pelbagai bentuk (Abdul
Ghani Abdullah, Abd. Rahman Abd. Aziz & Mohammed Zohir Ahmad, 2010).
Misalnya, proses pengaruh kumpulan dan sosial, pertukaran perhubungan, ciri-
ciri personaliti, bentuk-bentuk perlakuan dan sebagai makna kepada
pencapaian matlamat. Istilah kepimpinan turut juga digunakan dalam istilah-
istilah lain sebagai kuasa, autoriti, pengurusan, pentadbiran, kawalan dan
pemantauan.

Menurut Stodgill (1951) (dalam Mohd Salleh Lebar, 2000), “There are
almost as many definitions as there are theoreticians in the field”. Maksudnya
ialah terdapat sama banyaknya definisi dengan banyaknya orang yang cuba
mendefinisikannya. Mengikut Amitai Etzioni (dalam Robiah Sidin, 1988),
mentakrifkan kepimpinan sebagai kuasa berasaskan terutamanya kepada ciri-
ciri peribadi, biasanya bercorak normatif. Sementara Fred E. Fiedler (Mohd
Salleh Lebar, op. cit), menyatakan pemimpin ialah ketua di dalam kumpulan
yang ditugaskan untuk memandu dan menyelaraskan kegiatan-kegiatan yang
berkaitan dengan tugas-tugas kumpulan. Stodgill (1958) (Robiah Sidin, op. cit)
menyatakan bahawa kepimpinan ialah proses mempengaruhi kegiatan sesuatu
kumpulan yang tersusun ke arah menentukan dan memenuhi matlamatnya.
Sementara itu, Hodgets (1975) (ibid), memberikan definisi yang hampir sama
dengan Stodgill, yakni sebagai satu proses untuk mengarah daya usaha
kakitangan supaya dapat mencapai matlamat organisasi. Campbell (1983)
(Azman Che Omar, 2003) pula, menyatakan bahawa kepimpinan sebagai satu
3

proses bagi seseorang ketua mendapatkan kerjasama orang bawah ke arah


penyempurnaan matlamat tertentu.

Menurut pendapat Koontz dan O’Donnel (1976) (dalam Razali Mat Zin,
1996), kepimpinan secara amnya adalah semata-mata bermakna pengaruh;
satu seni atau proses mempengaruhi orang supaya mereka dapat berusaha
secara sukarela ke arah pencapaian matlamat bersama. Manakala Thomas
Gordon (1955) (ibid), memberi definisi, kepimpinan dapat dilihat sebagai
proses interaksi di antara individu dengan keseluruhan ahli-ahli yang
menganggotai kumpulan. Setiap yang terlibat dalam proses interaksi ini boleh
dianggap memegang watak-watak tertentu yang berbeza di antara satu dengan
yang lain. Asas yang membezakan tadi ialah pengaruh, iaitu pemimpin
mempengaruhi dan pengikut mematuhi atau akur. Manakala Robert Fulmer
(1976) (dalam Al-Ramaiah (2009), menjelaskan kepimpinan melibatkan kedua-
dua keupayaan atau kekuatan untuk menyakinkan orang lain bagi bekerja
keras ke arah sesuatu matlamat, dan kemahiran atau kebolehan untuk
membantu mereka mencapainya.

Seterusnya Edwin Hollander (1978) (ibid), menyatakan kepimpinan


adalah satu proses pengaruh-mempengaruhi di antara pemimpin dengan
pengikut. Walaupun pemimpin mempunyai kuasa tetapi kekuatan pengaruh
lebih bergantung kepada pujukan daripada paksaan. Proses kepimpinan
selalunya melibatkan pertalian pengaruh yang bersifat dua arah dan tujuan
utama ialah untuk mencapai matlamat bersama. Jadi, kepimpinan bukan hanya
tanggungjawab pemimpin tetapi memerlukan usaha kerjasama daripada
pengikut-pengikutnya”. Manakala James Gribben (1972) (Razali Mat Zin, op.
cit) seorang ahli pengurusan mendefinisi kepimpinan dapat dijelaskan sebagai
satu proses mempengaruhi ke atas kumpulan dalam situasi dan masa yang
khusus yang dapat merangsang mereka untuk berusaha secara sukarela bagi
mencapai matlamat bersama. Robbins (2005) (dalam Ab. Aziz Yusof, 2010)
pula, mendefinisikan kepemimpinan sebagai kemampuan seseorang
mempengaruhi pasukan kerja ke arah pencapaian matlamat sesebuah
organisasi.
4

Robert Dubin (1956) (Al-Ramaiah, op. cit), mendefinisikan kepimpinan


“Leadership in organizations involves the exercise of authority and the making
of decisions”. Berdasarkan kepada definisi tersebut secara ringkasnya
kepimpinan merujuk kepada keupayaan serta kebijaksanaan seseorang ketua
dalam menguruskan kakitangan bawahannya dan sumber yang ada. Ia juga
bermaksud sesuatu kuasa yang ada pada seseorang pemimpin untuk
menggerakkan anggota kumpulannya untuk mencapai matlamat tertentu.
Bukan sahaja setakat menggerakkan kakitangan tetapi juga mempengaruhi
mereka terhadap sesuatu perkara yang dikehendaki oleh seseorang pemimpin.
Pemimpin yang berpengaruh maka ramailah pengikut yang menyokongnya.
Dalam mendefinisi pemimpin, terdapat tiga garis panduan yang boleh
digunakan. Pertama, pemimpin adalah seorang yang boleh mendorong
pengikutnya untuk bekerja dengan lebih gigih dalam menghasilkan sesuatu
yang terbaik. Kedua, seorang pemimpin itu dipercayai boleh membantu orang
lain dari segi memberi semangat dan motivasi kepada pengikutnya ataupun
dalam hal mengarah sesuatu. Ketiga, mempunyai gabungan kesemua ciri yang
disebutkan seperti sifat pengarah, pendorong dan penasihat.

Kepimpinan melibatkan pengaruh iaitu kebolehan mengubah sikap dan


tindakan subordinat dengan menggunakan pelbagai teknik dalam
mempengaruhi individu lain (Koontz & Weilhrivh, 1992) dalam Yahya Don
(2005). Ini bermaksud, kepimpinan tidak dapat diasingkan daripada subordinat
dan perlu dilihat daripada sudut pandangan subordinat. Pemimpin mempunyai
pelbagai jenis seperti pemimpin politik, pemimpin pendidikan, pemimpin
kumpulan, pemimpin pelajar, pemimpin korporat, pemimpin masyarakat dan
pemimpin kumpulan kecil. Pada dasarnya, kesemua pemimpin tersebut
mempunyai peranan yang hampir sama dalam merancang dan mentadbir
organisasinya. Kebanyakan pemimpin ditentukan oleh peranan dan bukannya
oleh kedudukan.

Definisi kepimpinan pada masa kini cenderung mengaitkannya


dengan perbezaan kuasa dan perbezaan peranan. Beberapa pihak melihat
kepimpinan sebagai fokus proses-proses kumpulan. Manakala ada pula yang
melihat kepimpinan sebagai satu seni memperoleh persetujuan, pematuhan
5

dan mendapat kerjasama. Kepimpinan juga dilihat sebagai kebolehan


mempengaruhi orang lain atau mempengaruhi aktiviti-aktiviti kumpulan. Stodgill
(1959) dan Fiedler (1967) (Al-Ramaiah, op. cit), melihat kepimpinan sebagai
satu corak tingkah laku mengarah, menyelaras kerja dan aktiviti anggota
kumpulan. Ada yang berpendapat bahawa kepimpinan adalah mengurus orang
dengan cara memujuk dan menginspirasi tanpa mengugut. French (1956) dan
Bass (1960) (ibid) melihat kepimpinan sebagai satu fungsi berkaitan kuasa.
Misalnya, kuasa mendenda, kuasa pakar dan kuasa sah untuk mengawal,
mengubah dan mempengaruhi tingkah laku, aktiviti dan persepsi pengikut.
Jennings (1945) (ibid), melihat konsep kepimpinan dengan merujuk kepada
peranan yang dimainkan oleh pemimpin. Mengikut Katz dan Khan (1978)
(Mohd Salleh Lebar, op. cit), mengatakan terdapat tiga perkara yang
ditekankan dalam konteks kepimpinan , iaitu kedudukan atau jawatan, sebagai
peribadi seorang individu dan sebagai satu rangkaian tingkah laku yang
tertentu. Untuk mempengaruhi orang bawah biasanya seseorang pemimpin
menggunakan pelbagai cara seperti memberi pujian, semangat, sokongan,
ganjaran, menunjukkan model yang baik, menjelaskan matlamat yang
dikehendaki dan hala tuju yang hendak dibawa.

Pengkaji bidang sosiologi dan politik lebih menekankan pujukan sebagai


satu alat kepimpinan. Bass (1981) dan Barret et. al. (1980) (Al-Ramaiah, op.
cit) berpendapat bahawa pujukan adalah satu bentuk kepimpinan. Dalam
pengurusan pendidikan, konsep kepimpinan menyerupai satu perbuatan
mempengaruhi. Stodgill (1958) (ibid), mengatakan kepimpinan ialah proses
mempengaruhi aktiviti-aktiviti sekumpulan orang dalam organisasi ke arah
penentuan dan pencapaian matlamat organisasi. Terry (1960) (Al-Ramaiah,
ibid), mendefinisikan kepimpinan sebagai aktiviti mempengaruhi orang supaya
mereka berusaha secara sukarela ke arah mencapai matlamat kumpulan.
Menurut Boles (1979) (Al-Ramaiah, op. cit), apa juga kaedah digunakan untuk
mempengaruhi orang atau pengikut (sama ada secara memuji, memujuk,
mengugut, menipu, memaksa) sekiranya matlamat organisasi tercapai hasil
dari proses pengaruh itu, proses kepimpinan telah berlaku.
6

Jadi, ternyatalah bahawa kepimpinan merujuk kepada kebolehan untuk


mempengaruhi orang bawah ke arah pencapaian matlamat organisasi.
Kepimpinan sebagai tindakan mempengaruhi orang lain untuk melaksanakan
aktiviti-aktiviti berkaitan tugas di kalangan ahli-ahli kumpulan. Pemimpin
dengan sedaya upaya cuba mempengaruhi orang bawah untuk bertindak
mengikut cara atau hala tuju yang dikehendaki olehnya. Para pemimpin ini
berusaha mendapat bantuan orang lain dalam melaksanakan dan menyiapkan
sesuatu tugas. Peranan para pemimpin ini sangat penting untuk memastikan
organisasi yang dipimpinnya dapat beroleh kejayaan. Kepimpinan amat
diperlukan bagi memandu dan mengawal gelagat atau perlakuan orang-orang
bawah dalam organisasi ke arah matlamat yang telah ditetapkan. Kepimpinan
merupakan proses membentuk wawasan, menimbulkan inspirasi ke arah
komitmen yang lebih tinggi dan mengarah usaha sumber manusia ke arah
pencapaian matlamat organisasi.

3.0 Elemen Kepimpinan

Elemen asas proses kepimpinan ialah pengikut (followers). Proses


kepimpinan tidak boleh berlaku dengan seorang diri sahaja tetapi proses
kepimpinan ini memerlukan sekurang-kurangnya dua orang, seorang yang
memimpin dan seorang lagi mengikut. Kalau tidak ada pengikut maka tidak ada
pemimpin. Selain itu, kesetiaan pengikut kepada pemimpin adalah penting.
Kemahiran pemimpin membuat keputusan tidak bermakna sekiranya maklumat
yang disampaikan oleh pengikut kepada pemimpin tidak tepat, keputusan
pemimpin diperkecil oleh pengikut dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti dilemahkan
oleh pengikut yang tidak setia. Kejayaan proses kepimpinan bergantung dan
berkaitan dengan kesetiaan pengikut kepada pemimpin. Pengikut yang setia
menjamin kejayaan proses kepimpinan.

Pemimpin dalam usaha mengekalkan kesetiaan pengikut, perlu


mempunyai visi dan misi yang jelas. Pemimpin hendaklah berkebolehan
menyampaikan misi itu kepada pengikut-pengikut. Kenyataan visi bagaikan
satu petanda hala tuju. Hal ini boleh menimbulkan perasaan dan semangat
kesetiaan pengikut terhadap pemimpin. Kenyataan visi yang jelas penting
7

dalam menghidupkan semangat dan memfokuskan tenaga dan sumber kepada


pencapaian objektif organisasi, dan kesetiaan pengikut kepada pemimpin.
Sejarah telah membuktikan tentang perkara tersebut. Contohnya, John F.
Kennedy, Konosuke Matsushita dan Mao Tze Tung. Kejayaan mereka sebagai
pemimpin banyak bergantung kepada keupayaan mereka menyampaikan
kenyataan visi yang jelas kepada pengikut mereka.

4.0 Jenis Kepimpinan

Dalam sesebuah organisasi, kepimpinan boleh wujud dalam dua bentuk


Pertama, kepimpinan formal dan kedua, kepimpinan tidak formal (Aizzat Mohd
Nasurdin, Intan Osman dan Zainal Ariffin Ahmad (2006). Kepimpinan formal
dikatakan wujud apabila seseorang individu atau kumpulan memainkan
peranan kepimpinan ke atas pengikutnya mengikut autoriti formal yang
diperolehi lanjutan daripada posisi beliau dalam hierarki organisasi.
Kepimpinan formal ini merujuk kepada pemimpin yang dilantik secara rasmi
memegang sesuatu jawatan atau tugas. Kepimpinan formal ini boleh dilihat
dengan jelas dalam konteks sekolah. Dalam konteks sekolah, kepimpinan
adalah satu aspek tingkah laku pengetua dan juga sejenis pengaruh.
Kepimpinan pengetua adalah bergantung kepada kedudukan formal dalam
struktur organisasi sekolah, maka ia disifatkan sebagai pemimpin formal.
Jawatan pengetua diberi pengiktirafan dan status yang berwibawa dalam
kedudukan organisasi sekolah. Bertindak sebagai seorang ketua, beliau
mempunyai kuasa atas segala aspek pengurusan sekolah. Dengan itu, beliau
menjadi pemimpin secara automatik. Apabila beliau meninggalkan jawatan
tersebut, status kepimpinan turut lenyap. Kepimpinan formal adalah ciri penting
sesebuah organisasi kerana tanpa kepimpinan formal, pelaksanaan dasar akan
menjadi sukar. Menurut Steward (1979) (Aizzat Mohd Nasurdin, Intan Osman
dan Zainal Ariffin Ahmad (2006), kepimpinan formal dalam kedudukan
kewibawaan adalah satu ciri penting birokrasi dan ia menjamin keberkesanan
sesebuah organisasi.

Pemimpin tidak formal pula dikatakan wujud dalam sesuatu situasi


apabila seseorang individu tanpa sebarang autoriti formal berjaya
8

mempengaruhi orang lain. Penghormatan dan seterusnya ikutan yang


diberikan oleh orang lain kepada pemimpin tidak formal mungkin disebabkan
oleh tarikan karisma yang beliau miliki atau kerana sesuatu tindakan yang telah
beliau tunjukkan. Pemimpin jenis ini berpengaruh kerana kebolehan,
kemahiran dan ciri-ciri personalitinya yang membolehkan beliau memenuhi
permintaan unit kerja atau anggota dalam kumpulan. Kepimpinan tidak formal
kadang kala dijeniskan kepada kepimpinan fungsional dan kepimpinan
simbolik. Kepimpinan fungsional merupakan pemimpin yang mempunyai
kelebihan daripada segi kemahiran dan pengetahuan untuk menyempurnakan
peranan atau fungsi kumpulan yang membolehkan beliau mempengaruhi
anggota-anggota lain dalam kumpulan. Walaupun seseorang menduduki
kedudukan berwibawa dan sekiranya dia tidak dapat menyempurnakan salah
satu atau lebih daripada satu peranan atau fungsi kumpulan, beliau tidak boleh
jadi pemimpin fungsional.

Manakala kepimpinan simbolik pula adalah seseorang pemimpin itu


“dilahirkan dan bukan dicipta”. Hal ini bermakna bahawa pemimpin simbolik
merupakan pemimpin yang mempunyai ciri-ciri personaliti yang penting seperti
saiz badan dan ketinggian, kebolehpercayaan, peramah dan konsisten.
Konsep kepimpinan simbolik adalah satu konsep romantik di mana pemimpin
biasanya disifatkan sebagai seseorang individu yang mempunyai kebolehan
luar biasa seperti kuasa ajaib, tidak mempunyai kekurangan seperti manusia
biasa.

5.0 Ciri-ciri Kepimpinan

Kepimpinan mempunyai ciri-cirinya tersendiri. Para pengkaji telah


mengemukakan beberapa ciri kepimpinan. Pertama, kepimpinan wujud dalam
apa jua aktiviti yang disusun secara rapi dan bersistematik. Kepimpinan ini
berkaitan secara langsung atau tidak langsung dengan aktiviti dalam
organisasi. Kedua, kepimpinan mempunyai pertalian yang rapat dengan kuasa.
Kuasa merujuk kepada keupayaan atau kekuatan yang seseorang individu
atau kumpulan untuk menjadikan individu atau kumpulan lain berubah
mengikut haluan tertentu. Ketiga, fungsi kepimpinan mengandungi tugas-tugas
9

menetapkan matlamat dan menyusun, mengarah serta menyelaras usaha-


usaha untuk mencapai matlamat yang ditetapkan. Keempat, kepimpinan
adalah satu proses mempengaruhi. Sekiranya tanpa pengaruh, maka tidak
wujud konsep kepimpinan. Ia adalah satu proses berterusan, bukan hanya
dilaksanakan atau diamalkan apabila keadaan terdesak atau apabila berlaku
krisis.

Seterusnya, kelima, setiap keadaan memerlukan corak gelagat


kepimpinan yang tertentu kerana gelagat yang bersesuaian untuk sesuatu
keadaan mungkin tidak sesuai untuk keadaan yang lain. Jadi, kepimpinan
adalah fungsi terkhusus, bukan bersifat umum. Keenam, sesiapa pun tidak
boleh memaksa orang lain membuat sesuatu yang mereka tidak mempunyai
minat terhadapnya. Kepimpinan berkait rapat dengan pengaruh yang
bergantung kuat kepada keupayaan memujuk. Mendorong pengikut berusaha
ke arah pencapaian matlamat organisasi adalah ciri utama dalam proses
kepimpinan. Ketujuh, kepimpinan yang berkesan memberi kepuasan kepada
pengikut dan ini menghasilkan prestasi kerja yang cemerlang.

Menurut Wan Azmi Ramli (2001), menjelaskan bahawa ciri kepimpinan


berhubung kait dengan kemahiran yang ada pada pemimpin yang mahir dalam
seni kepimpinan. Ciri-ciri utama tersebut ialah pertama, kemampuan untuk
menggunakan kuasa dengan berkesan dan dengan cara yang
bertanggungjawab. Kedua, kemampuan untuk memahami bahawa manusia
mempunyai kuasa dorongan yang berlainan pada masa-masa yang berlainan
dan dalam situasi yang berlainan. Ketiga, kemampuan untuk memberi inspirasi.
Keempat, kemampuan untuk bertindak mengikut cara yang akan mencipta
ilham yang dapat memberikan gerak balas dan merangsang motivasi atau
pendorongan.

Pemimpin menjalankan tugas mendorong orang bawahan untuk


mencapai matlamat organisasi yang telah ditetapkannya. Seseorang pemimpin
perlu menjadi seorang yang mudah disukai oleh orang bawahannya. Ciri
mudah diterima disukai oleh orang bawahan adalah perkara penting kerana
seseorang pemimpin ini hanya dapat mempengaruhi mereka yang dipimpinnya
10

supaya mengubah sikap, pemikiran dan tingkah lakunya apabila mereka


menyukai pemimpin. Sebagai pemimpin yang mahu memiliki daya pengaruh
yang tinggi maka pemimpin perlu mempunyai ciri-ciri yang disukai oleh orang
bawah. Antaranya, beri kerjasama tanpa diminta, bersikap baik hati, sabar
mendengar, murah dengan penghargaan, menggunakan bahasa positif,
berminat pada orang lain, mudah bersetuju, bersikap positif dan bersikap
afirmatif.

Menurut McGregor (dalam Abdullah Hassan dan Ainon Mohd, 2007),


kepimpinan bukannya ciri-ciri yang ada pada diri seseorang individu, melainkan
ia suatu perhubungan yang rumit dan kompleks antara keempat-empat faktor
di atas. Kouzes dan Posner pernah membuat kajian di tiga puluh buah negara
di mana mereka bertanya, “Ciri-ciri yang bagaimanakah yang mesti ada pada
seseorang pemimpin yang kepimpinannya sanggup mereka sokong dan patuhi
dengan sukarela”. Menurut kedua-dua penyelidik itu jawapan yang sentiasa
mereka terima ialah, mereka mahukan pemimpin yang mempunyai empat sifat:
mereka itu jujur, berwawasan, mampu mencetuskan ilham dan semangat
perjuangan serta memiliki kemahiran memimpin. Mereka mahukan pemimpin
yang mempunyai integriti dan amanah, mempunyai arah perjuangan yang
jelas, yakin dan bersemangat, dan terbukti dapat melaksanakan apa yang
dirancangkan.

6.0 Dimensi Kepimpinan

Ramai yang menganggap bahawa para pemimpin adalah orang


dilahirkan sebagai pemimpin, bukan hasil daripada latihan. Ungkapan Inggeris
yang popular apabila kita bercakap tentang kepimpinan, “Leaders are born, not
made” (Razali Mat Zin, op. cit). Kepimpinan ialah ciri-ciri peribadi dan
personaliti yang diwarisi melalui keturunan. Mereka berpendapat bahawa
pemimpin dilahirkan dengan bakat semulajadi sebagai pemimpin, bukan dapat
diasuh dan dilatih. Namun demikian, pendapat ini tidak tepat. Ini kerana
memang ada ciri-ciri pemimpin yang berupa bakat semulajadi tetapi bakat-
bakat seperti itu masih perlu diasah dan ditambah dengan ilmu pengetahuan
dan latihan. Kepimpinan adalah suatu ilmu dan kemahiran yang dapat
11

dipelajari, dilatih dan dipertingkatkan dari masa ke masa. Dipercayai bahawa


sesiapa sahaja dapat menjadi pemimpin asalkan dia percaya pada dirinya
sendiri dan mahu belajar.

Scherr dan Jensen (2007), mengatakan bahawa kepimpinan boleh


dinilai atau diterangkan dalam empat dimensi: skel, skop, keberkesanan dan
nilai normatif. Skel merujuk skel mengukur “the magnitude of the vision”.
Contohnya, hasil yang akan dikeluarkan. Tidak kira sekecil mana visi hinggalah
sebesar-besarnya visi, perbezaannya hanya terletak kepada saiz visi atau
cabaran seseorang atau kumpulan memilih untuk diambil. Skop pula, merujuk
kepada ukuran “the magnitude of the effort”, yakni sumber-sumber yang
diperlukan untuk mengeluarkan hasil yang boleh “satisfy the vision”.
Keberkesanan pula merujuk kepada pengukuran keputusan sebenar bila
dibandingkan hasil yang diharapkan, dan sumber sebenar diperlukan bagi
menghasilkan keputusan tersebut. Manakala nilai normatif pula adalah dapat
diterima visi atau keputusan yang sepatutnya dihasilkan dan hasil sebenar
telah dikeluarkan. Dengan kata lain, hasil sebenar yang dikeluarkan telah
dicapai atau tidak.

7.0 Kepentingan Kepimpinan

Kepimpinan amat penting untuk kejayaan sesebuah organisasi.


Pengurus amat diperlukan untuk merancang, mengelola atur, mengarah dan
mengawal kerja dan perjalanan sesebuah organisasi. Namun begitu, peranan
utama pengurus adalah untuk mempengaruhi orang bawahannya bekerja
untuk mencapai objektif organisasi. Seseorang pengurus yang bijak sekalipun
tidak akan berjaya sekiranya beliau tidak dapat mempengaruhi orang
bawahannya mengikuti arahannya dalam menjalankan kerja masing-masing
untuk mencapai objektif kerja mereka yang tersendiri. Dengan kata lain
pengurus ialah pemimpin bagi para pekerjanya.

Pemimpin merupakan orang yang bertanggungjawab untuk


memberitahu kakitangan orang bawah tentang rancangan yang akan
dilaksanakan dan strategi untuk mencapainya. Pemimpin hendaklah membuat
senarai tugas, yang telah dipersetujui dan kemudian memberitahu dengan jelas
12

fungsi-fungsi mereka. Pemimpin juga perlu mengubahsuai perancangan jika


perlu apabila terdapat konflik, menilaikan hasil, menyesuaikan rancangan
dengan keadaan semasa dan melalui proses-proses ini, pastikan kepuasan
individu dan matlamat organisasi tercapai. Pemimpin berperanan membantu
pekerja melalui peranan-peranan seperti memberi kepuasan bekerja,
menyelesaikan masalah, memuji dan mengkritik, memberi bimbingan dan
tunjuk ajar, memberi sokongan moral, menentukan kriteria dan piawai prestasi
serta mendorong ke arah pencapaian matlamat. Dalam konteks Islam pula,
kepimpinan merupakan satu amanah. Ia tanggungjawab yang terbit daripada
autoriti yang sahih. Seorang pengurus yang memimpin sesebuah unit, jabatan
atau organisasi merupakan individu yang diberi amanah dan bukannya diberi
peluang untuk mencipta atau memperluaskan pengaruh kuasa yang sedia ada.

8.0 Fungsi Kepimpinan

Fungsi utama seseorang pemimpin ialah menggubal cipta visi dan misi
organisasi yang dipimpinnya serta mencipta strategi-strategi bagi
mencapainya. Jadi, para pemimpin menentukan tuju-arah masa depan
organisasinya. Cabaran utama yang dihadapi bagaimana hendak
mempengaruhi individu-individu yang dipimpinnya supaya menyokong visi, misi
dan strategi-strategi yang digubalnya itu. Pemimpin wujud untuk mencipta dan
menangani perubahan. Bennis dan Nanus dalam Abdullah Hassan dan Ainon
Mohd (2007), mengatakan para pemimpin adalah individu-individu yang
membuat perkara-perkara yang betul sahaja. Pemimpin mementingkan
perkara. Pemimpin sibuk dengan urusan manusia. Mereka sangat sibuk
mendorong, menggalak, merangsang, membina dan melatih manusia. Mereka
juga sibuk menilai dan memberi ganjaran kepada manusia-manusia itu.
Memimpin bermakna menjadikan diri mereka sumber ilham dan sumber
semangat bagi manusia-manusia lain. Pemimpin mempunyai keupayaan
memberi dorongan dan mempengaruhi individu-individu lain.

John Adair (ibid) telah mengemukakan teorinya “action-centered


leadership”. Dalam setiap kumpulan tentu ada seseorang yang memainkan
peranan pemimpin. Fungsi dan tanggungjawab kepimpinan, apa sebenarnya
13

yang dilakukan oleh para pemimpin dan apa ciri-ciri yang ada pada kumpulan
yang dipimpinnya. Menurut McGregor (ibid), terdapat empat faktor yang
mempengaruhi perhubungan antara seseorang pemimpin dengan mereka
yang dipimpinnya: pertama, ciri-ciri peribadi pemimpin. Kedua, sikap, keperluan
dan ciri-ciri peribadi mereka yang dipimpin. Ketiga, sifat-sifat organisasi yang
dipimpinnya, seperti matlamat penubuhannya, struktur dan tugas-tugas yang
perlu dilaksanakan. Keempat, persekitaran sosial, ekonomi dan politik yang
ada.

9.0 Kesimpulan

Kepimpinan ialah proses di mana seseorang individu mempengaruhi


anggota-anggota lain di dalam kumpulannya ke arah mencapai tujuan dan
matlamat kumpulan itu. Dengan kata lain, kepimpinan ialah proses yang sangat
berkaitan dengan pengaruh, yang mana seseorang pemimpin itu berjaya
mempengaruhi orang bawah yang dipimpin supaya mengubah sikap dan
tingkah laku mereka. Seseorang pemimpin mempunyai teknik-teknik yang
dapat digunakannya bagi mengubah sikap dan tingkah laku orang-orang lain.
Teknik-teknik yang digunakan tidak perlu memaksa orang bawah supaya
berubah. Mereka yang dipengaruhi supaya berubah masih dapat memilih sama
ada mahu berubah atau tidak mahu berubah.

Kepimpinan tidak dapat lari daripada konsep pemimpin dan pengikut.


Tanpa pengikut maka tidak berlaku kepimpinan. Setiap pemimpin ada
pengikutnya yang memberi taat setianya kepada pemimpin mereka. Hal ini
berkait secara langsung dengan ciri-ciri pemimpin yang mudah diterima oleh
pengikut. Pemimpin yang mempunyai ciri-ciri mudah disukai oleh orang
bawahan memudahkan mereka mempengaruhi orang bawah mengubah sikap,
pemikiran dan tingkah laku mereka. Peranan pemimpin ini sangat besar
kepada sesebuah organisasi atau kumpulan. Pemimpin ini berfungsi mengubal
visi dan misi organisasi serta mencipta strategi-strategi bagi mencapainya.
Para pemimpin ini menentukan tuju-arah masa depan organisasinya.

Bibliografi
14

Abdul Ghani Abdullah, Abd. Rahman Abd. Aziz dan Mohammed Zohir Ahmad.
(2010). Gaya-gaya Kepimpinan dalam Pendidikan. Batu Caves: PTS
Professional Publishing Sdn. Bhd.

Ab. Aziz Yusof. (2010). Gelagat Organisasi Satu Pendekatan Strategik. Sintok:
Universiti Utara Malaysia.

Ainon Mohd dan Abdullah Hassan. (2007) Teori dan Teknik Kepimpinan
Panduan Aplikasi di Tempat Kerja. Batu Caves: PTS Professional
Publishing Sdn. Bhd.

Aizzat Mohd Nasurdin, Intan Osman dan Zainal Ariffin Ahmad. (2006).
Pengantar Pengurusan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors
Sdn. Bhd dan Universiti Sains Malaysia.

Ainon Mohd dan Abdullah Hassan. (2011). Gaya Kepimpinan di Tempat Kerja.
Batu Caves: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Al. Ramaiah. (2009). Kepimpinan Pendidikan Cabaran Masa Kini. Petaling


Jaya: IBS Buku Sdn. Bhd.

Azman Che Omar. (2003). Pengurusan di Malaysia dari Perspektif Islam. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hussein Mahmood. (1993). Kepimpinan dan Keberkesanan Sekolah. Kuala


Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Salleh Lebar. (2000). Pentadbiran Pendidikan dan Pendidikan di


Malaysia. Petaling Jaya: Addison Wesley Longman Malaysia Sdn. Bhd.

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying dan Wong Kiet Wah. (2010). Asas
Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru. Shah Alam: Oxford
Fajar Sdn. Bhd.

Razali Mat Zin. (1996). Kepimpinan dan Pengurusan. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Robiah Sidin. (1988). Asas Pentadbiran. Petaling Jaya: Cipta Sdn. Bhd.

Scherr, A. L. dan Jensen, M. C. (2007). A New Model of Leadership. Harvard


NOM Research Paper No. 06-10 dan Barbados Group Working Paper No.
06-02.

Wan Azmi Ramli. (2001). Pengurusan Terkini. Kuala Lumpur: Golden Books
Centre Sdn. Bhd.

Yahya Don. (2005). Kepimpinan Pendidikan di Malaysia. Batu Caves: PTS


Professional Publishing Sdn. Bhd.
15

Zaidatol Akmaliah Lope Pihie. (1990). Pentadbiran Pendidikan. Shah Alam:


Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Nota-nota kuliah.

Anda mungkin juga menyukai