Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI MENGHULU, JALAN BATU ASAH, 07000 LANGKAWI KEDAH.

SKRIP CERITA PERTANDINGAN ambillah buku yang lain,” rayu Aisyah


BERCERITA BAHASA MELAYU bersungguh-sungguh.

TAJUK CERITA : AIRMATA KEINSAFAN “Ambil buku lain ? Emm, baiklah.

Naemah melihat jam di tangan Aku ambil semua buku ini. Terima kasih

kanannya. Sudah menunjukkan pukul 12.30 kerana memberi aku buku-buku cerita ini.

tengah malam. Aku amat menghargainya,” kata Naemah


tersenyum sambil merampas koleksi buku
“Ahh, hari sudah lewat malam. cerita di tangan Aisyah dan sahabatnya
Mengapa mataku masih belum mahu Khadijah.
terlelap dan perasaanku terasa aneh.?”.
keluh Naemah lantas membuka lampu “Tetapi kak, pulangkanlah buku

biliknya. cerita yang kak ambil tadi. Saya


sayangkan buku itu,” rayu Aisyah lagi.
“Sungguh usang rumah nenek dan
tok wan ini. Andai ibu bapaku masih hidup, “Kau anak orang kaya. Belilah lain!

pasti hidup aku tidak sesukar sekarang. Marah Naemah. Dia langsung tidak

Aku pasti sedang memakai pakaian yang menghiraukan tangisan air mata yang

indah dan makan makanan yang lazat. Aku membasahi di pipi Aisyah.

akan dilayan bagai seorang puteri kerana “Tetapi kak, buku itu hadiah
ibuku seorang yang kaya,” kata Naemah daripada ibu saya,” kata Aisyah lagi.
sambil melihat sekeliling rumah papan
yang serba kekurangan. Jika hujan, akan “Ah! Apa aku kisah!” kata Naemah
banjirlah rantai rumah ini kerana bumbung dan berlalu setelah menolak Aisyah jatuh
rumah sudah banyak yang bocor. tersungkur. Naemah terkenal di
sekolahnya sebagai seorang pelajar yang
“Emm, sementara mataku tidak kaki buli dan nakal. Walaupun dia seorang
mahu lelap, lebih baik aku habiskan perempuan, namun tingkah lakunya seperti
membaca buku yang aku ambil daripada seorang lelaki. Tambahan pula dia mahir
Aisyah,” fikir Naemah yang terus dalam seni persilatan. Dia akan belajar
mencapai beg sekolahnya dan mengambil silat setiap petang dengan tok wannya.
buku ceritanya. Dia tersenyum sendirian
mengingati wajah masam Aisyah. Tangisan RUMAH TERBAKAR
Aisyah masih terngiang-ngiang di
Mata Naemah kian mengantuk
telinganya.
setelah membaca beberapa helaian
“Kak, janganlah ambil buku cerita daripada buku cerita yang dipegangnya.
itu. Itu buku pemberian ibu saya. Kak Namun, Naemah bertekad untuk
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI MENGHULU, JALAN BATU ASAH, 07000 LANGKAWI KEDAH.

menghabiskan membacanya malam itu Naemah memikirkan dirinya yang


juga. Naemah bergegas ke dapur untuk selalu menyakiti hati orang di
menjerang air dan membancuh kopi agar sekelilingnya terutamanya neneknya.
matanya kembali segar. Sengaja Naemah Neneklah insan yang bersusah payah
membesarkan api agar air yang membesarkan dirinya setelah ditinggalkan
dijerangnya cepat mendidih. Naemah oleh bapanya. Dia suka mencuri, merampas
kembali menyambung membaca buku dan mengambil hak orang lain. Dosa,
sementara menunggu air mendidih. Mata pahala tidak pernah dia fikirkan. Perkara
Naemah kian mengantuk dan tersengguk - yang paling teruk adalah dia jarang
sengguk. Dia segera kembali ke dalam bersolat, berpuasa dan membaca al-
bilik. Quran. Boleh dihitung dengan jari dalam
setahun berapa kali dia mengadap Allah.
Tiba-tiba badannya terasa bahang
dan terlalu panas. Kedengaran suara riuh- Naemah menjerit lagi. Namun,
rendah. Naemah dapat menangkap jeritannya tiada siapa yang dengar kerana
beberapa suara yang memanggil namanya. suaranya tersekat di kerongkong.
Nafasnya terasa sesak. Bajunya basah Tubuhnya menggeletar memandang api
bermandikan peluh. yang kian marak. Matanya liar memandang
sekeliling berharap agar ada insan yang
Naemah membuka matanya
akan datang membantunya.
perlahan-lahan. Dia melihat ke kiri dan ke
kanan. Matanya terasa pedih dan berair “Naemah jika kamu berada dalam
apabila dimasuki asap. Dia terbatuk-batuk kesusahan dan memerlukan bantuan,
akibat terhidu asap yang memenuhi ruang mohonlah kepada Allah. Allah akan
rumah papan yang sedang dijilat api. membantu hamba-Nya apabila berada
dalam kesusahan”. Terngiang-ngiang
“Tolong!!! Tolong!!! Nenek !!! Tok
pesanan tok wan ditelinganya.
Wan tolong saya,” jerit Naemah sekuat
hatinya. Jantungnya berdegup kencang. “Ya Allah, aku menyesal atas segala
Terbayang difikirannya hanya mati sahaja. dosa-dosaku. Ampunilah dosaku kerana
Hatinya diserang rasa sedih dan pilu. Rasa telah melupakanMu ketika aku senang. Ya
menyesal meliputi hatinya. Dia dapat Allah selamatkanlah hambaMu ini.
merasakan kepanasan yang bakal dirinya Tolonglah aku ya Allah,” kata Naemah
terima jika dia dihumbankan ke dalam sambil memeluk erat al-Qurannya.
neraka kerana dosa-dosa yang
Air mata keinsafan bercucuran
dilakukannya.
membasahi pipinya. Nafasnya kian sesak
akibat terlalu banyak menyedut asap. Dia
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI MENGHULU, JALAN BATU ASAH, 07000 LANGKAWI KEDAH.

sudah tidak berdaya untuk bertahan


dalam kebakaran tersebut. Dunianya
menjadi gelap sebelum rebah di sebelah
kayu yang telah jatuh dijilat api yang
sedang marak dari bumbung biliknya.

“Naemah, Alhamdulillah kamu


terselamat mungkin disebabkan kamu
memeluk al-Quran itu sekuat hati.
Sungguh, kami tidak dapat mengambil al-
Quran yang berada dalam pelukan kamu
itu,” kata Syikin anak jiran sebelah
rumahnya. Naemah lantas mengangkat
tangannya. Memang benar, al-Quran itu
masih lagi dalam pelukannya.

“Syukur Alhamdulillah kerana Allah


telah menyelamatkanku dan
memanjangkan umurku serta memberi
kesempatan kepadaku untuk bertaubat
dan sujud kepadaMu, Ya Allah”. “Mulai
saat ini aku berjanji pada diriku sendiri,
aku mahu berubah menjadi insan yang
berguna,” bisik Naemah pada dirinya
sendiri.

PENGAJARAN / NILAI-NILAI MURNI

1. Bersabar dengan dugaan hidup


2. Jangan membuli insan yang lemah.
3. Taat perintah agama.
4. Menghormati orang yang lebih tua.

Anda mungkin juga menyukai