Anda di halaman 1dari 9

CARA MUDAH

MENGUASAI
TATABAHASA

latihan
berbentu
k
i-Think

MUHAMMAD NORRUDIN ABDUL AZIZ


MAT ARIFFIN ISMAIL

i
CARA MUDAH
MENGUASAI
TATABAHASA

ii
CARA MUDAH
MENGUASAI
TATABAHASA

MUHAMMAD NORRUDIN ABDUL AZIZ


MAT ARIFFIN ISMAIL

Dewan Bahasa dan Pustaka


Kuala Lumpur
2016

iii
Cetakan Pertama 2016
© Muhammad Norrudin Abdul Aziz dan Mat Ariffin Ismail 2016

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana

bahagian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa-apa juga

bentuk dan dengan cara apa-apa juga sama ada secara elektronik, fotokopi,

mekanik, rakaman, atau cara lain sebelum mendapatkan izin bertulis daripada

Ketua Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 Kuala

Lumpur, Malaysia. Perundingan tertakluk kepada perkiraan royalti atau

honorarium.

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

iv
KANDUNGAN
Kata Nama Am 1

Kata Nama Khas 6

Kata Ganti Nama 12

Kata Kerja Tak Transitif 17

Kata Kerja Transitif 21

Kata kerja Pasif 26

Kata Adjektif 31

Kata Sendi Nama 37

Kata Hubung 44

Kata Seru 49

Kata Tanya 54

Kata Perintah 59

Kata Pangkal Ayat 65

Kata Bantu 71

Kata Penegas 76

Kata Penguat 81

Kata Nafi 87

Kata Pemeri 91

Kata Pembenar 96

Kata Bilangan 99
v
Kata Arah 105

Kata Penekan dan Pembenda 111

Kata Adverba 116

Awalan Kata Nama 122

Awalan Kata Kerja 28

Awalan Kata Adjektif 34

Akhiran Kata Nama 139

Akhiran Kata Kerja 146

Sisipan Kata Nama dan Sisipan Kata Adjektif 151

Apitan Kata Nama 157

Apitan Kata Kerja 162

Pemajmukan 169

Penggandaan 174

Jenis Kata 180

Peribahasa 186

Penjodoh Bilangan 193

Ejaan 200

Jenis Frasa 205

Binaan Ayat 212

Jenis Ayat 218

vi
Ragam Ayat 225

Susunan Ayat 232

Ayat Cakap Ajuk dan Cakap Pindah 238

Ayat Sama Maksud 244

Ayat Tergantung 251

vii
PRAKATA

Assalamualaikum. Segala pujian dan syukur kepada Allah SWT kerana dengan limpah
kurnia-Nya, dapat kami hasilkan buku bertajuk Cara Mudah Menguasai Tatabahasa ini.

Buku ini secara amnya menghuraikan konsep asas setiap unit tatabahasa melalui
nota, rajah, contoh, dan peta i-Think serta latihan berbentuk praktis. Buku ini
mengandungi 45 unit yang mudah difahami, bahkan kandungannya sesuai untuk
pembaca tahap rendah, khususnya murid sekolah rendah. Dalam pada itu, buku ini juga
dapat membantu guru untuk memudahkan pemahaman murid tentang tatabahasa.

Penerangan tentang tatabahasa dibuat secara ringkas tetapi padat. Setiap contoh
yang dikemukakan merupakan contoh yang lazim digunakan dalam pembelajaran
murid. Penekanan diberi pada latihan tatabahasa yang berkonsepkan i-Think. Konsep
pembelajaran yang berteraskan i-Think ini melibatkan proses pengetahuan,
kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Contoh-contoh yang diberi bagi
proses pembelajaran tatabahasa ini juga amat sesuai dan mudah untuk diaplikasikan
semula.

Terdapat juga latihan yang dikenali sebagai praktis untuk menguji aspek
tatabahasa. Setiap praktis ditentukan arasnya untuk membantu murid-murid agar dapat
menguasai tatabahasa dengan baiknya. Arahan soalan setiap praktis bersesuaian
dengan peringkat aras, iaitu Kemahiran Berfikir Aras Rendah (KBAR) dan Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Seterusnya, latihan berbentuk format peperiksaan
sebanyak 15 soalan turut disediakan untuk memantapkan konsep tatabahasa.

Pada kesempatan ini, kami mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga
kepada Encik Abdul Ghalib bin Yunus, Allahyarham Mohd Ali bin Syed Abu Tahir,
semua guru Bahasa Melayu, dan ahli bahasa yang karyanya menjadi rujukan kami.
Terima kasih juga kami ucapkan kepada semua pihak yang banyak membantu kami,
terutamanya Dewan Bahasa dan Pustaka dalam penerbitan buku ini.

viii
Akhir kata, kami berharap agar buku ini dapat menjadi pedoman dan rujukan bagi
pengguna untuk memahami tatabahasa. Segala teguran, saranan dan komen daripada
pembaca amat kami harapkan untuk penambahbaikan buku ini kelak.
Wassalam.

MUHAMMAD NORRUDIN ABDUL AZIZ


MAT ARIFFIN ISMAIL

ix

Anda mungkin juga menyukai