Anda di halaman 1dari 8

SEKOLAH KEBANGSAAN AYER MOLEK

KM 10 AYER MOLEK, 75460 MELAKA


No. Tel : 06 26801691
No. Tel Faks : 06 26801270

KERTAS KERJA

PROGRAM
CAKNA LITERASI
PERMATAKU
TAHUN 2019
1.0 Pendahuluan

Program ini dijalankan adalah untuk membantu 11 orang murid Tahun 3 yang belum
menguasai kemahiran membaca dalam konstruk 1 hingga konstruk 12.Program ini bertujuan
untuk memberi bimbingan tambahan kepada murid-murid ini melalui sokongan ibubapa dan
,guru-guru dan murid-murid tahun 5 yang berperanan sebagai mentor.Program ini merupakan
salah satu daripada inisiatif pihak sekolah untuk meningkatkan prestasi penguasaan
kemahiran membaca murid-murid tahun 3 dan mensasarkan semua murid tahun 3 Tahun 2019
akan menguasai semua kemahiran membaca menjelang tahun 2020 apabila mereka
memasuki ke tahun 4. Program ini terbahagi kepada tiga aktiviti iaitu i) Program Cakna Literasi
Permataku bersama Ibubapa ii) Klinik Cakna Literasi Permataku iii) Hari Apresiasi
Permataku.Program ini menggarapkan pendekatan perjumpaan bersama bubapa, penglibatan
murid tahun 5 sebagai mentor dan peranan guru sebagai fasilitator serta memberi
penghargaan atas pencapaian atau peningkatan murid dan peranan mentor dalam Hari
Apresiasi. Diharapkan pendekatan ini dapat mewujudkan semangat kolaborasi untuk sama-
sama bertanggungjawab memastikan kejayaan anak-anak didik Sekolah Kebangsaan Ayer
Molek. Justeru, kelangsungan program ini akan menambahkan keyakinan murid-murid untuk
terus meningkatkan kemahiran membaca dan berjuang demi kejayaan yang cemerlang.
Pihak sekolah berharap dengan usaha yang murni ini akan melahirkan murid yang
sedar akan potensi diri dan lebih terarah untuk mencapai kecemerlangan dalam hidup.
Hasilnya nanti diharap mampu meningkatkan keputusan Bahasa Melayu UPSR dari segi kualiti
dan kuantiti pada tahun 2022.

2.0 RASIONAL

2.1 Murid-murid mempunyai motivasi yang tinggi untuk berjaya jika diberi dorongan
dan bimbingan secara berterusan oleh ibubapa ,guru-guru dan rakan sebaya .
2.2 Percaya bahawa murid-murid mampu menguasai kemahiran membaca jika
dibimbing dan dipantau khususnya oleh ibubapa, guru-guru dan rakan sebaya.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Meningkatkan peratus pencapaian literasi 100% .


3.2 Memberi kesedaran kepada ibu bapa tentang hala tuju dan matlamat yang ingin
dicapai oleh pihak sekolah.
3.3 Majlis ini dapat mewujudkan hubungan silaturahim antara pelajar, ibubapa ,guru
dan AJK PIBG.
3.4 Menyuntik semangat ibubapa, guru dan rakan sebaya untuk bersama-sama
memacu dan membimbing mereka untuk menjadi murid yang cemerlang.

4.0 PELAKSANAAN

4.1 Program Cakna Literasi Permataku Bersama Ibubapa ( LAMPIRAN 1 )


4.2 Klinik Cakna Literasi Permataku bersama Guru dan Mentor Mantee ( LAMPIRAN 2 )
4.3 Hari Apresiasi Permataku ( LAMPIRAN 3 )
5.0 TARIKH / MASA

5.1 Program Cakna Literasi Bersama Ibubapa (Taklimat )


Tarikh : 17.04.2019 (Rabu) / 11.30 pagi – 12.30 tengah hari
5.2 Klinik Cakna Literasi Permataku Bersama guru dan mentor ( Ceramah )
Tarikh : 22.04.2019 (Isnin ) / 11.30 – 12.30 tengah hari
Kelas Pemulihan (Mentor dan Mantee)
Setiap hari Selasa, Rabu dan Khamis ( 7.20 pagi hingga 7.40 pagi )
5.3 Hari Apresiasi Permataku
Tarikh : 13 Mei 2019 (Isnin) / 11.30 pagi – 12.30 tengah hari

6.0 TEMPAT

Makmal Komputer / Bilik Mesyuarat S K Ayer Molek

7.0 SASARAN

Ibubapa murid Tahun 3 - 22 orang


Murid Tahun 3 - 11 orang
Murid Tahun 5 (Mentor) - 11 orang
Guru Bahasa Melayu - 18 orang

8.0 SUMBER KEWANGAN

Sumbangan Syarikat Swasta / PIBG

Anggaran Perbelanjaan :

Bayaran Penceramah : RM 120.00


Kain Rentang : RM 140.00
Sijil & Cenderamata : RM 110.00
Jamuan : RM 250.00
Jumlah Perbelanjaan : RM 620.00

9.0 AHLI JAWATANKUASA :

Pengerusi : En. Zulkifli bin Bakar (Guru Besar)

Naib Pengerusi : Pn. Rogayah bt Mohamad (Penolong Kanan Pentadbiran)


Pn. Paredah bt Yon (Penolong Kanan HEM)
Pn. Safina bt Sulaiman ( Penolong Kanan Kokurikulum)
Pn. Nor Sufiana bt Saupian ( Penolong Kanan PPKI )

Penyelaras : En. Mohd Hanafiah bin Zainuddin

Setiausaha : Tn. Hj. Zamri bin Samsuri

Penolong Setiausaha : Pn Aida Suriana bt Mohamad Athar


Bendahari : Pn Zuati bt Ghani

Sambutan / Protokol : En. Mohd Najib bin Mashkor

Jemputan : Pn. Fazelina bt Mat Lui


Pn. Tuan Norsaliza bt Tuan Long

Juruacara : Pn. Hjh.Siti Suhaimah bt Kumari

Bacaan Doa : Tn. Hj. Zambri bin Samsuri

Buku Program : Pn. Hjh. Masmiyah bt Harun


Pn. Siti Nor Aminah bt Hassan

Siaraya : En. Muhammad Hafis bin Abd Rahman

Dokumentasi : Pn. Nur Asilah bt Jusoh


Cik Norliyana bt Sarip

Hadiah & Cenderamata : Pn. Hasnuraini bt Abu Hassan


Pn. Siti Maheran bt Abd Salil

Pencatat : Pn. Nordhafikah bt Ibrahim

Fotografi : En. Abdul Halim bin Shahril

Persiapan Dewan & : Pn. Maslina bt Omar


Pentas Pn. Marina bt Abdul Wahab
Pekerja Sekolah

Pendaftaran Ibubapa : Pn. Yusni bt. Abu Bakar


Pn. Nor Shuhada bt Ibrahim

Kain Rentang : Tn. Hj Zamri bin Samsuri

JAWATANKUASA BIDANG TUGAS


Sambutan 1. Menyambut tetamu di tempat upacara
dengan sopan & teratur
Jemputan 1. Menyediakan surat makluman kepada ibubapa berserta
borang jawapan kehadiran.
2. Mengedarkan surat jemputan ahli jawatankuasa PIBG
3. Menjemput penceramah motivasi

Juruacara 1. Menyediakan teks pengacara


2. Mengendalikan majlis dengan lancar & teratur
Bacaan Doa 1. Menyediakan teks bacaandoa yang sesuai dengan majlis.
2. Membaca doa dengan tertib & lancar
Buku Program 1. Menyediakan buku program dengan kemas dan cantik
2. Mengedarkan buku program kepada tetamu & ibubapa
Siaraya 1. Memastikan kelengkapan PA System berfungsi dengan
baik
2. LCD & Lap Top untuk penceramah disediakan
3. Mikrofon untuk ibubapa semasa Majlis Konsultasi
Pendaftaran 1. Menyediakan borang pendaftaran mengikut kelas
2. Menyediakan dua buah meja untuk pendaftaran
3. Menyerahkan senarai kehadiran ibubapa kepada AJK
Dokumentasi.
Dokumentasi & Laporan 1. Menyediakan laporan penuh majlis dalam masa seminggu
2. Menyediakan laporan program kepada Guru Besar
Fotografi 1. Mengambil gambar majlis yang diadakan.
2. Menyerahkan gambar kepada JK Dokumentasi
Hadiah & Cenderamata 1. Menyediakan dan menguruskan sijil-sijil bagi peserta-peserta
pada semua peringkat.
2. Menguruskan sumbangan daripada penaja-penaja.
3. Mengawas kesempurnaan hadiah dan cenderamata.
4. Mempastikan penyampaian hadiah dan cenderamata
berjalan dengan lancar.
Persiapan Dewan & 1. Menyediakan bilangan kerusi yang mencukupi untuk
Pentas ibubapa, guru dan murid tahun 3
2. Menyediakan sofa untuk VIP
3. Menghias pentas & menyediakan rostrum

Kain Rentang 1. Menyediakan kain rentang untukmajlis


2. Memasang kain rentang di pentas

Kesimpulannya

Dengan pelaksanaan Program Cakna Literasi Permataku ini diharapkan dapat mempertingkatkan
kerjasama antara ibubapa, guru-guru dan murid-murid serta dapat meningkatkan penguasaan
kemahiran asas membaca dalam kalangan murid Tahun 3 ke tahap 100% penguasaan literasi pada
akhir Tahun 2019.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

……………………………………. ………………………………………
(MOHD HANAFIAH BIN ZAINUDDIN)
Guru Perantisan 2
S K Ayer Molek
LAMPIRAN 1

PROGRAM CAKNA LITERASI PERMATAKU BERSAMA IBUBAPA


Tarikh : 22 APRIL 2019
Hari : Rabu
Masa : 11.30 pagi hingga 12.30 tengah hari
Tempat : Bilik Mesyuarat

ATURCARA MAJLIS

11.00 pagi - Pendaftaran

11.30 pagi - Bacaan Doa

- Ucapan alu-aluan Guru Besar

- Sesi Taklimat
Ketua Panitia Bahasa Melayu (Guru Cemerlang )

Tajuk – “ PROGRAM CAKNA LITERASI PERMATAKU”

- Majlis Bersurai
LAMPIRAN 2

KLINIK CAKNA LITERASI PERMATAKU


Tarikh : 22 APRIL 2019
Hari : Isnin
Masa : 11.30 pagi hingga 12.30 tengah hari
Tempat : Makmal Komputer

ATURCARA MAJLIS

11.00 pagi - Pendaftaran (Mentor / Mantee/ Guru)

11.30 pagi - Bacaan Doa

- Ucapan alu-aluan Guru Besar

- Sesi Ceramah (Guru.mentor/Mantee)


Guru Pemulihan Khas S K Pantai Kundor
(Jurulatih Utama Pemulihan Khas )

Tajuk – “ KLINIK CAKNA LITERASI PERMATAKU”

- Jamuan

- Majlis bersurai

JADUAL WAKTU KLINIK CAKNA LITERASI PERMATAKU

TEMPAT : BILIK MESYUARAT (SETIAP MINGGU )

TARIKH PROGRAM BERMULA : 23 APRIL 2019 (SELASA)

Kelas Pemulihan
BIL HARI MASA

1 SELASA 7.20 pagi - 7.40 pagi

2 RABU 7.20 pagi - 7.40 pagi

3 KHAMIS 7.20 pagi -7.40 pagi


LAMPIRAN 3

PROGRAM HARI APRESIASI PERMATAKU


Tarikh : 11 MEI 2019
Hari : Isnin
Masa : 11.30 pagi hingga 12.30 tengah hari
Tempat : Makmal Komputer

ATURCARA MAJLIS

11.00 pagi - Pendaftaran (Mentor / Mantee / Ibubapa/ Guru)

11.30 pagi - Bacaan Doa

- Ucapan alu-aluan Guru Besar

- Majlis Penyampaian sijil penghargaan dan


Cenderamata
Mantee
Mentor
Guru

- Majlis perasmian penutupan

- Jamuan

- Bersurai

Anda mungkin juga menyukai