Anda di halaman 1dari 7

Hidup Ini

Indah

Disusun semula oleh :


Cikgu Norhanimah
SK Taman Kota Jaya,
Kota Tinggi, Johor
Pada suatu hari,
seorang petani membeli
dua biji botol kaca
untuk mengisi air.
Malangnya, satu daripada botol
tersebut mempunyai satu
lubang yang besar
di bawahnya.
Petani itu menggunakan
botol-botol kaca tersebut
untuk mengisi air
dan membawanya ke bandar.
Tetapi,
botol yang sudah pecah itu
berasa sangat sedih
kerana
air sentiasa meleleh keluar
daripada lubang di badannya.
Dia berasa sangat kecewa
dan tidak berguna.
Manakala,
botol lagi satu itu
berasa sangat bangga
dengan dirinya.
Dia akan mengejek
dan mentertawakan
botol yang pecah itu
setiap kali airnya tumpah.
Apabila mereka pulang
kembali ke kampung, mereka li-
hat terdapat banyak
pokok bunga yang cantik
di sepanjang jalan.
“ Cuba kamu lihat. ”
Air yang keluar daripada botol
kamu yang berlubang itu telah
membantu pokok-pokok bunga
ini untuk hidup.
Walaupun kita ada kekurangan,
kita tidak perlu berasa sedih
dan kecewa sepanjang masa.
Kita juga sebenarnya mampu
untuk menolong orang lain dan
membuat mereka gembira.
Bergembiralah! Berusaha!
Hidup ini indah!

Anda mungkin juga menyukai