Anda di halaman 1dari 4

Ahad, 13 Mei 2012

Keratan akhbar.....

Published On: Sat, May 12th, 2012


Perak Hari Ini | By Sharifah Adelia
Penyokong UMNO jaga adab, berhimpun cara baik dalam stadium

Kehadiran lebih 100,000


penyokong di perhimpunan Sambutan Ulangtahun UMNO ke-66  yang diadakan di Stadium Bukit
Jalil pada Jumaat lalu menunjukkan UMNO masih utuh dihati penyokongnya.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, perhimpunan tersebut menunjukkan
penyokong UMNO terdiri daripada golongan yang menjaga tatasusila dan menghormati
kedaulatan undang-undang yang telah ditetapkan oleh kerajaan dengan berhimpun cara aman.
“Kita berkumpul dengan cara yang  baik di dalam stadium ketika itu tanpa melakukan apa-apa
perkara di luar batasan,” katanya.
Jelasnya, penyokong UMNO tidak perlu berhimpun atau berdemonstrasi di jalanan semata-mata
ingin menunjukkan sokongan terhadap parti.
“Jika ingin membalas reaksi kekuatan UMNO kepada pihak pembangkang dengan mengadakan
perhimpunan dan berarak di  jalanraya sekitar  ibu kota, sudah tentu gelombangnya lebih besar.
“Seperti yang dikatakan oleh Perdana Menteri, penyokong-penyokong UMNO telah didik untuk
menjadi golongan yang beradab dan menghormati peraturan,” jelasnya.
Katanya, keengganan pihak pembangkang mengadakan perhimpunan di dalam stadium
merupakan helah supaya perhimpunan pada 28 April lalu tidak dilihat sebagai gagal.
“Jika ia dibuat di dalam stadium, sudah tentu kiraan penyokong yang hadir dapat diambil dengan
tepat jadi ia tidak akan selari dengan anggaran mereka yang kononnya boleh mengumpulkan
sehingga 500,000 penyokong,” katanya.
Dalam pada itu, beliau turut mengulas mengenai kenyataan segelintir pihak yang mengatakan
UMNO membayar orang ramai untuk hadir ke perhimpunan tersebut.
“Setiap apa yang dilakukan UMNO, pembangkang akan kata penyokong yang hadir dibayar.
“Mereka tidak sedar perkara ia turut dilakukan oleh salah seorang ketua pemimpin mereka yang
mengakui membayar penyokong untuk hadir di perhimpunan Bersih 3.0 yang lalu,” kata Zambry.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan sambutan Hari Belia Negara
Peringkat Negeri Perak di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) dekat Tanjung Malim.
Majlis itu turut dihadiri Exco Belia dan Sukan, Datuk Zainol Fadzi Paharudin dan Pengerusi Majlis
Belia, Khairul Anwar El Syazalli Musa.

Sambutan Hari Belia Peringkat Negeri 11-13


Mei Di UPSI
SHARE THIS



TAGS

Bagi
menghargai peranan dan sumbangan golongan belia, kerajaan negeri akan menganjurkan
sambutan Hari Belia peringkat negeri Perak pada 11 hingga 13 Mei di Universiti Pendidikan
Sultan Idris (UPSI),  Tanjung Malim.
Exco Belia dan Sukan negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharudin, berkata sambutan tersebut sangat
penting kerana golongan belia berperanan besar dalam menentukan hala tuju dan masa depan
negara.

“Sambutah Hari Belia diperkenalkan untuk menghargai peranan dan sumbangan golongan belia,”
jelasnya.

Katanya, dengan adanya sambutan tersebut,  ia sekaligus membuktikan bahawa kerajaan


mengiktiraf golongan belia sebagai aset negara yang tidak ternilai.

“Mereka adalah penentu kepada kekuatan pembangunan sosial, politik dan ekonomi negara di
masa hadapan,” ujarnya.

Jelasnya, sambutan tersebut akan dipenuhi dengan pelbagai program yang bermanfaat kepada
golongan belia yang dianjurkan dengan kerjasama antara beberapa agensi kerajaan, swasta
serta badan-badan bukan kerajaan (NGO).

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena sambutan Hari Belia Negara 2012 di
perkarangan RTM Ipoh, sebentar tadi.
Dengan tema “Belia Pemangkin Transformasi Negara,” sambutan Hari Belia peringkat negeri
katanya, mensasarkan kehadiran lebih  20,000 pengunjung.

“Jika tahun lepas sambutan dihadiri 10,000 pengunjung tetapi kita jangka jumlahnya akan
bertambah ramai kerana pada tahun ini ia berlangsung dalam tempoh dua hari,” katanya lagi.

Majlis perasmian katanya, akan disempurnakan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry
Abdul Kadir pada 12 Mei, jam 3  petang.

Antara aktiviti menarik yang bakal berlangsung ialah persembahan kebudayaan, senamrobik
perdana dan konvoi motosikal 1Malaysia.

20,000 dijangka sertai sambutan Hari Belia Negara


3 Mei 2012
IPOH - Seramai 20,000 orang dijangka menyertai Sambutan Hari Belia Negara 2012 (HBN) peringkat
negeri Perak yang akan diadakan di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) di Tanjong Malim selama
tiga hari mulai 11 Mei ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri, Datuk Zainol Fadzi
Paharuddin berkata sasaran itu adalah berdasarkan sambutan luar biasa pada program yang sama
tahun lepas.
"Pada sambutan tahun lalu, kehadiran adalah di luar jangkaan dan berdasarkan penganjuran secara
besar-besaran tahun ini yang menyediakan lebih 45 program, kita mensasarkan jumlah besar itu.
"Program kali ini juga turut memuatkan pertandingan silat terbuka antarabangsa yang akan disertai
pelajar universiti dari negara Asia Tenggara," katanya kepada pemberita selepas program wawancara
bersama Perak FM hari ini.
Zainol berkata program belia yang berkonsepkan pemimpin bersama rakyat itu akan dirasmikan
Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir pada pukul 3 petang pada 12 Mei.
Zainol berkata ia diadakan bagi menghargai golongan belia yang berperanan penting dalam
pembangunan negara pada masa hadapan.
"Terdapat lebih 11.9 juta belia di negara ini dan ianya merupakan angka yang besar, jadi kita
mengambil inisiatif menjadikan program ini lebih menarik dan interaktif kepada golongan ini," katanya.
Antara program yang akan diadakan adalah merakyatkan seni budaya, pertandingan Muay-Thai,
larian, konvensyen dan program agama.
Selain itu, turut diadakan ialah konvoi bermotosikal, pertandingan paintball, kempen keselamatan jalan
raya dan forum.
Zainol berkata program kali ini juga tidak hanya tertumpu kepada golongan belia sahaja tetapi turut
melibatkan pengunjung pelbagai peringkat usia termasuk kanak-kanak dan orang dewasa. - Bernama

Anda mungkin juga menyukai