Anda di halaman 1dari 2

"Kita perlu mengambil kira unsur kerohanian dalam menentukan kayu pengukur

pencapaian sesebuah tamadun."

Ulaskan pernyataan tersebut.

Tamadun berasal dari perkataan Arab iaitu maddana,mudun, madain yang


bererti pembukaan Bandar atau masyarakat yang mempunyai kemajuan dari segi
lahiriah dan rohaniah. Perkataan tamadun dapat diertikan kepada keadaan hidup
bermasyarakat yang bertambah maju. Menurut Kamus Dewan pula tamadun
bermaksud keadaan masyarakat manusia yang bercirikan atau didasari pada taraf
kemajuaan kebendaan serta perkembangan pemikiran, sosial, budaya, politik yang
tinggi peradabannya. manusia diciptakan oleh Tuhan dengan potensi-potensi semula
jadi yang memang bertujuan membawa kepada kelahiran tamadun. Ini bermakna
kelahiran tamadun hanya bermula apabila manusia berupaya mengembangkan
potensinya dan seterusnya memainkan peranannya sebagai khalifah yang
memakmurkan bumi ini.

Nilai kerohanian pula bermaksud keesaan Tuhan, kesepaduan faham alam


tentang alam bukan benda dan yang kebendaan, dunia dan akhirat, hidup ibadat dan
hidup ‘adat , agama dan sains, hukum dan moral atau etika, hidup kekeluargaan dan
masyarakat serta umat, mentafsirkan, kegiataan jasmani dan akal manusia agama dan
tamadun serta budaya, akal fikiran dan pengalaman rohani.

Menurut Islam, tamadun mestilah merangkumi pembangunan lahiriah dan


rohaniah. Oleh itu,Islam menekankan pembangunan lahiriah dan rohaniah.Kedua-dua
unsur ini penting untuk mengukur tahap ketamadunan sesebuah masyarakat. Mengikut
pandangan Syed Naquib al-Attas,tamadun ialah pencapaian tahap tatasusila yang
tinggi dan kebudayaan yang luhur oleh sesebuah masyarakat.Pandangan sarjana Islam
ini turut disokong oleh sarjana Barat seperti Richard Sullivan yang mengakui bahawa
unsur rohaniah sangat penting dalam konsep tamadun.Secara umumnya, konsep
tamadun tidak hanya mementingkan pencapaian berbentuk lahiriah seperti kesenian
dan pembinaan kota semata-mata tetapi juga mestilah diiringi dengan pencapaian
dalam aspek rohaniah, tatasusila dan moral. Usaha manusia untuk menyesuaikan
kehidupan mereka dengan alam sekeliling telah menjadikan manusia lebih kreatif dan
inovatif. Kreativiti dan inovasi manusia bergantung kepada pencapaian pemikiran dan
kekuatan rohaniah mereka. Oleh itu, proses pembentukan tamadun merupakan
manifestasi kepada pencapaian manusia dalam kedua-dua aspek ini.

Anda mungkin juga menyukai