Anda di halaman 1dari 3

PROGRAM KECEMERLANGAN PENDIDIKAN PRASEKOLAH

SYARAT-SYARAT ACARA YANG DIPERTANDINGKAN


DALAM
PROGRAM KECEMERLANGAN PENDIDIKAN
PRASEKOLAH
KARNIVAL BAKAT
PERINGKAT ZON TENGGARA
TAHUN 2018

BERCERITA
BAHASA INGGERIS

KARNIVAL BAKAT PERINGKAT ZON TENGGARA 1


PROGRAM KECEMERLANGAN PENDIDIKAN PRASEKOLAH

1.0 PENYERTAAN

1.1 Terbuka kepada murid-murid prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.

1.2 Setiap daerah dikehendaki menghantar seorang peserta sahaja tidak mengikut jantina :

1.2.1 Bercerita Bahasa Melayu : 1 Orang

1.2.2 Bercerita Bahasa Inggeris : 1 Orang

2.0 PEMILIHAN CERITA

2.1 Buku cerita yang terdapat di pasaran

2.2 Mempunyai unsur pengajaran

2.3 Mesej cerita hendaklah sesuai dengan tahap murid.

2.4 Cerita tidak menyentuh isu-isu negatif mengenai agama, ras atau keturunan mana-mana
kaum di negara ini.

3.0 MASA

3.1 Masa persembahan bagi setiap peserta tidak melebihi 10 minit.

3.2 Loceng akan dibunyi pada minit ke 10 menandakan masa tamat.

3.3 Markah tidak akan dikira bagi peserta yang melebihi tempoh masa yang ditetapkan

3.4 Masa pergerakan masuk dan keluar tidak diambil kira.

4.0 PERSEMBAHAN

4.1 Markah penyampaian akan lebih berfokus kepada kelancaran berbahasa.

4.2 Penggunaan kostum, props dan muzik boleh digunakan.

4.3 Pakaian hendaklah bersesuaian dengan tajuk yang dipilih.

KARNIVAL BAKAT PERINGKAT ZON TENGGARA 2


PROGRAM KECEMERLANGAN PENDIDIKAN PRASEKOLAH

5.0 PEMARKAHAN

5.1 Gaya Bahasa : 20%

5.2 Sebutan jelas (Tatabahasa betul) : 20%

5.3 Pengajaran cerita : 10%

5.4 Petah / kelancaran : 15%

5.5 Variasi dan kreativiti : 10%

5.6 Intonansi suara : 10%

5.7 Penghayatan (mimik muka) : 10%

5.8 Kostum : 5%

6.0 PENGHAKIMAN

6.1 Dihakimi oleh 4 orang juri.

6.2 Keputusan rasmi akan dibuat secara persidangan hakim

6.3 Keputusan hakim adalah muktamad

6.4 Pemenang :

6.4.1 Johan

6.4.2 Naib Johan

6.4.3 Ketiga

6.4.4 Hadiah Saguhati

7.0 PERATURAN AM

7.1 Jika didapati 2 atau lebih peserta yang mendapat markah yang sama, pemenang akan
ditentukan dengan mengambil kira siapa yang mendapat markah tertinggi dalam kombinasi
sebutan jelas dan kepetahan.

7.2 Keputusan hakim adalah muktamad dan markah tidak akan diumumkan.

7.3 Para hakim akan dilantik oleh Jawatankuasa Induk.

7.4 Skrip penceritaan hendaklah disediakan dan diberikan kepada barisan hakim.

KARNIVAL BAKAT PERINGKAT ZON TENGGARA 3

Anda mungkin juga menyukai