Anda di halaman 1dari 25

Hubungan Etnik WAJ 3106 2013

1.0 Sejarah Dusun Lotud Sejarah asal usul Dusun Lotud mempunyai banyak sumber dan hasil kajian yang berbeza beza. Hal ini kerana sejarah etnik ini pada asalnya ialah di bawah satu rumpun yang besar iaitu Dusun dan sekarang lebih dikenali sebagai Kadazandusun. Kadazandusun merupakan kumpulan etnik peribumi yang terbesar di Sabah . Panggilan Dusun atau Kadazan pernah menjadi isu politik kontroversial di kalangan suku Kadazan di Penampang, Papar, dan Kimanis dan suku Dusun di Tuaran, Keningau, Ranau dan Tambunan dan tempat tempat lain di pedalaman Sabah. Terdapat beberapa pendapat yang masih menganggap Dusun dan Kadazan tidak boleh disamakan. Pada 24 Januari 1995, wakil wakil United Sabah Dusun Association dan Kadazan Dusun Cultural Association bersetuju untuk menggabungkan kata Kadazan dan Dusun sebagai Kadazandusun (Jeannet Stephen, 2002:7). Asal usul etnik Dusun Lotud dapat dibahagikan kepada beberapa sumber iaitu sumber lisan, sumber kajian dan sumber bertulis. Pada asalnya, Dusun Lotud ialah di bawah rumpun Dusun. Sehingga kini ada yang mengatakan kadazan dan dusun berbeza dan ada yang mengatakan mereka adalah rumpun yang

sama. Dusun Lotud lebih dikenali di daerah Tuaran. Sejarah asal usul Dusun Lotud lebih kurang sama dengan semua sub suku Dusun tetapi ada sedikit perbezaan kepercayaan mengenai asal usul mereka. Walaupun mitos dan lagenda merupakan cerita lisan yang dianggap oleh sesetengah pengkaji sebagai cerita fantasi namun kedua - duanya sering digunakan oleh ahli antropologi dan sesetengah ahli sejarah. Harrison dan Harrison ( 1971:24) yang mengkaji hal hal zaman prasejarah Sabah seumpamanya, telah menegaskan pentingnya bidang sastera rakyat ( tradisi lisan ) dalam mengenal pasti hubungan masa silam Sabah dengan tempat tempat lain. Didapati mitos dan legenda sememangnya amat dipelihara oleh anggota masyarakat yang mendukungnya. Pencerita mitos dan legenda mempercayai bahawa kisah yang disampaikan adalah benar ( Knappert: 1980 : 25-26). Hal ini lebih dititikberatkan oleh anggota masyarakat yang mendukung cerita mitos dan legenda. Disebabkan mitos menceritakan mengenai perwatakan Tuhan, dewadewi dan makhluk luar biasa, maka mitos juga dianggap sebagai suci. Watak yang muncul dalam cerita tersebut akan diserapkan ke dalam upacara ritual kepercayaan masa lampau. Mitos dan legenda juga mengandungi data data budaya, pengetahuan dan pemikiran masa lampau ( Ho Ting Jui 1971: 261). Campbell (1988) seorang pengkaji mitos perbandingan menjelaskan bahawa mitos mengandungi banyak kebijaksanaan, rahsia dan falsafah anggota masyarakat masa silam yang memilikinya. Jelas bahawa mitos dan

Nur Nadrah Hasfnie Hasanuddin

Hubungan Etnik WAJ 3106 2013


legenda yang dipandang serius, suci dan dipercayai benar oleh anggota masyarakat zaman silam. Dalam kajian pada 1998, terdapat kira kira 610 000 orang atau 60 % jumlah penduduk Sabah ialah Dusun . Lokasi tempat tinggal mereka tertumpu kawasan pantai barat, utara dan kawasan pedalaman Sabah seperti Tambunan, Tuaran , Kudat dan Ranau. Dusun Lotud menetap di Tuaran , mereka pada asalnya hanya berasal daripada satu rumpun iaitu Dusun atau lebih dikenali sekarang ialah Kadazandusun tetapi disebabkan budaya, kawasan tempat tinggal dan bahasa berbeza dan akhirnya mereka menubuhkan etnik yang lebih kecil mengikut tempat. Maka sejarah awal Dusun Lotud ialah sama dengan sejarah kewujudan Dusun. Topin ( 1981 , 11) menyatakan bahawa teori berkenaan asal usul keturunan Dusun selama ini telah dibentuk oleh saintis sosial. Anggaran pada kira kira 15 000 hingga 20 000 tahun dahulu telah berlakunya satu siri penghijrahan Indo Malayan. Penghijrahan ini bermula dari selatan China ke arah Asia Tengara. Didapati kebanyakan peribumi di Borneo pada masa kini terdiri daripada keturunan kumpulan penghijrahan Indo Malayan. Whelan (1970, 24 27 ) turut mengandaikan bahawa kira kira 15 000 tahun dahulu, nenek moyang Dusun mula berhijrah dari China Selatan ke Vietnam, dari Vietnam ke Filipina dan akhirnya sampai ke Borneo Utara. Whelan (1970, 27 ) seterusnya menyatakan terdapat cerita rakyat yang membayangkan cara orang Dusun berhijrah dari arah utara ke tempat tempat lain di Borneo Utara. Salah satu cerita yang disebut Whelan adalah berkenaan sekumpulan nenek moyang Dusun , yang mula berhijrah dari sungai Sugut. Pada suatu ketika, mereka beristirahat di bawah pohon pokok besar di Kaingaran, dari Kaingaran mereka pun berpisah dan satu kumpulan menuju ke selatan, satu kumpulan menuju ke barat dan satu kumpulan lagi menuju ke timur. William ( 1969,6 ) yang mengemukakan teori asal usul orang Kadazandusun yang hampir sama dengan Topin ( 1981) dan Whelan (1970 ). Menurut Williams (1969,6), nenek moyang orang Dusun yang pertama tiba di Borneo Utara pada 1500 S.M hingga 1000S.M . Mereka berasal daripada rumpun Indo Malayan yang mempunyai bentuk fizikal pendek, iaitu lelaki di bawah lima kaki enam inci dan perempuan lima kaki tiga inci. Selain istilah Indo Malayan, pengkaji lain seperti Bellwood (1984, 103 ) dan Collins (1998, 3-4) menggunakan istilah Melayu Proto untuk merujuk kepada nenek moyang awal orang Dusun. Charuruks dan Padasian (1992,1) mengandaikan rumpun Astronesia telah menetap di bumi Borneo sejak 4000 S.M, dan mereka inilah nenek moyang kepada orang Nur Nadrah Hasfnie Hasanuddin 2

Hubungan Etnik WAJ 3106 2013


Dusun , Murut dan Paitan yang ada di Sabah pada hari ini. Sebagai satu istilah khusus, Austronesia bermaksud Pulau Selatan. Istilah ini berasal daripada dua tradisi budaya yang berlainan, yakni daripada bahasa Latin Austro bermaksud Selatan dan dalam bahasa Yunani Neso yang bermaksud Pulau (Noor Aina Dani 2000,6). Dalam Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu (1999,683) mencatatkan bahawa orang Dusun merupakan rumpun Mongol ( Mongloid Stock) yang berkulit kuning langsat dan mempunyai bentuk fizikal yang kecil dan pendek. Hujah ini disokong melalui penemuan sejarah dan arkeologi yang mencatatkan bahawa sejak 250 000 tahun dahulu, kepulauan Borneo telah didiami penduduk keturunan Mongol dari selatan China ( Timur Himalaya ) . dicatatkan bahawa kehadiran penghijrah Mongol secara berperingkat peringkat ke Borneo telah membentuk pelbagai Dusun, yang berbeza dari segi dialek. Beberapa orang pengkaji lain mengandaikan ada kemungkinan nenek moyang Dusun ialah orang Cina. Harrison dan Harrison ( 1971,25 ) mengemukakan satu lagi bukti sejarah melalui nama Sungai Kinabatangan, ialah salah satu sungai terbesar di Sabah. Perkataan Kina bermaksud Cina dan batangan yang bermaksud sungai, Hugh Low seorang pentadbir British mengaitkan Kinabatangan dengan kegagalan ekspedisi yang dihantar oleh Maharaja Kublai Khan dari China pada tahun 1292 T.M. Tambahan pula , cerita dongeng tentang Ong Soon Peng iaitu putera Cina yang mendaki Gunung Kinabalu untuk mencari mutiara naga. Harrison dan Harrison (1971 , 26 ) berpendapat bahawa Mutiara naga dalam cerita legenda ini melambangkan kedatangan orang Cina ke Borneo untuk mencari kekayaan dan harta benda. Dalam merumuskan teori nenek moyang orang Dusun berasal dari China. Evans (dalam Topin , 1981,12) seorang lagi pengkaji asal usul orang Dusun turut menyokong teori yang menyatakan bahawa nenek moyang orang Dusun ialah orang Cina. Dalam kajiannya Evan mencatatkan beberapa bukti untuk menyokong teori yang dimaksudkan ini. Antara bukti bukti yang dikemukakan ialah petani Dusun memakai topi dan menggunakan alat penanam padi yang sama dengan orang Cina. Orang Dusun kelihatan mirip kepada orang Cina. Sabah kaya dengan pasu dan tempayan buatan China kuno. Terdapat nama - nama tempat yang bermula dengan Kina bermaksud cina seperti Gunung Kinabalu dan Sungai Kinabatangan. Terdapat juga beberapa catatan sejarah yang merekodkan kedatangan rombongan dari China yang dihantar ke Brunei. Terdapat juga kisah lagenda kedatangan putera Cina ke Sabah untuk mendapatkan mutiara naga di Gunung Kinabalu.

Nur Nadrah Hasfnie Hasanuddin

Hubungan Etnik WAJ 3106 2013


Selain mengaitkan keturunan orang Dusun dengan orang Cina, terdapat juga kaitan lain yang menghubungkan asal usul orang Dusun dengan suku peribumi lain di Asia Tenggara. Enriquez (1927,122-123) mengaitkan asal usul Dusun sebagai imigran dari Annam. Bukti tentang perkaitan orang Dusun dengan orang Kachin dan Annam ialah mempunyai rumah panjang, mengerjakan tanaman di bukit. Perempuan Dusun dan Kachin menggunakan gelang yang dikilatkan di keliling pinggang. Kepercayaan animisme iaitu kepercayaan kepada pokok dan gunung menyerupai Kachin. Selain itu, ketua dusun juga dipanggil Orang Tua manakala Kachin dipanggil Duwa. Kedua dua bangsa ini mempunyai persamaan dari segi kepercayaan dan adat resam. Secara keseluruhannya , jelas terdapat dua teori yang dicapai oleh sejarawan dan saintis sosial berkenaan asal usul orang Dusun . Pertama teori penghijrahan rumpun Indo Malayan dari selatan China ke negara negara di Asia Tenggara. Dalam kajian mereka, saintis sosial dan ahli sejarah mengambil kira aspek fizikal, bahasa pertuturan, kumpulan darah dan bahan hasil kesenian yang dicipta oleh Orang Dusun. Kedua ialah asal usul orang Dusun dikaitkan dengan penghijrahan orang Mongol, orang Cina atau orang Kachi dan orang Annam dari Myanmar. Kajian di atas menunjukkan variasti teori yang telah menunjukkan sejarah asal usul orang Kadazandusun dari segi kajian antropologi atau sejarah. 1.1 Suku dan Sub suku Orang Kadazandusun Lotud ialah etnik Sabah yang asli Suku dan sub suku Kadazandusun memiliki ciri ciri persamaan dari segi bahasa percakapan , kepercayaan dan adat resam ( Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu Jil.2, 1998,954). Luping (1985,6) mencatatkan bahawa setiap suku dan sub suku orang Kadazandusun menuturkan dialek yang sama walaupun sedikit perbezaan dari segi gaya dan sebutannya. Dari segi fizikal, mereka memiliki tubuh badan yang tegap dan kebanyakan daripada mereka tidak begitu tinggi. Warna kulit mereka serupa dengan warna kulit orang Cina, iaitu berwarna kulit langsat. Mengikut sejarah, masyarakat itu mendapat panggilan sebagai Dusun Lotud, selepas melihat wanita etnik terbabit yang gemar berpakaian hingga paras lutut. Dalam bahasa Dusun Lotud, lutut disebut otud, manakala perkataan Dusun pula adalah panggilan orang Brunei bagi golongan itu yang mempunyai kebun pertanian. Berikutan itu, kerajaan British yang memerintah Borneo pada 1881-1941, menggunakan perkataan Dusun sebagai merujuk kepada golongan Dusun Lotud yang kemudiannya turut dikenali sebagai Suang Lotud.

Nur Nadrah Hasfnie Hasanuddin

Hubungan Etnik WAJ 3106 2013


Menurut responden Encik Saniban menceritakan, asal-usul Dusun Lotud kurang diketahui tetapi mengikut cerita mulut, kaum itu dipercayai berasal dari Nunuk Ragang di Kampung Tampias, Ranau. "Mereka berpecah dan menjadi pelbagai suku serta puak tetapi dari sudut etnologi, besar kemungkinan masyarakat Dusun adalah rumpun Mongol dari China, Shan dan Kaohin, Burma atau Paiwan, Taiwan," katanya. Dari segi kawasan penempatan pula, sejak zaman berzaman orang Dusun mendiami di sebahagian besar kawasan di Borneo Utara. Di persisiran pantai dari Sugut dan Sungai Labuk ke Membakut , dan dari Kudat sehingga ke Tambunan. Oleh sebab orang Dusub terbahagi kepada banyak suku dan sub suku yang berlainan, maka perbincangan mengenai penempatan mereka juga harus dilihat berdasarkan suku dan sub suku yang berlainan. Kadazan Persisiran Pantai yang dianggarkan sejumlah 60 000 orang tertumpu kawasan Penampang, Papar dan Membakut, Kadazan Labuk Kinabatangan dalam lingkungan 21 000 hingga 24 000 orang tinggal di bahagian timur laut Sabah, khususnya di daerah Sandakan, Labuk Sugut di daerah Kinabatangan. Suku Kimarangan ( 10 000 orang ) tinggal di daerah Pitas dan Kota Marudu, suku Kuijau ( kira kira 6000 orang ) pula tinggal di daerah Keningau, Suku Lotud ( 5000 orang ) tinggal di daerah Tuaran dan Dusun Tatana ( 5500 orang ) tertumpu di daerah Kuala Penyu. Jika ditelusuri lebih teliti, pada tahun tahun sebelum 1960-an, semua suku dan sub suku Kadazandusun yang dinyatakan di atas dikenali sebagai orang Dusun. Kemudian selepas 1960 an , suku Tenggara di Penampang dan Papar mula memanggil mereka sebagai orang Kadazan, manakala suku dan sub suku lain masih menganggap diri mereka sebagai orang Dusun. Menurut Reid ( 1997,120 ) dalam operasi bancian penduduk yang dikendalikan di Sabah sehingga tahun 1960, istilah Dusun digunakan untuk mewakili semua suku dan sub suku Kadazandusun. Istilah Kadazan hanya muncul dalam operasi bancian penduduk di Sabah pada tahun 1970. Kawasan penempatan Suku dan Sub suku Kadazandusun di Ranau iaitu Dusun Ranau di Ranau dan mempunyai sub suku yang terdiri daripada Tegudong, Keranaan, Randagong dan Tuhawon. Dusun Bundu di Ranau dan mempunyai sub suku iaitu Toboh dan Tiong. Dusun Kota Belud yang dikenali sebagai Dusun Tindal. Dusun Lotud dikenali di Tuaran yang merupakan kajian yang lebih dititikberatkan dan dikaji dengan lebih mendalam. Seperti yang diketahui sekarang, semua orang memanggil Dusun sebagai Dusun walaupun mempunyai perbezaan nama mengikut tempat dan bahasa. Selain itu, perbalahan

Nur Nadrah Hasfnie Hasanuddin

Hubungan Etnik WAJ 3106 2013


juga berlaku dalam kalangan orang Kadazan dan Dusun tentang panggilan yang mana harus digunakan untuk mewakili rumpun mereka. Penggunaan istilah Kadazan untuk mewakili semua suku dan sub suku Kadazandusun mula disarankan oleh Donald Stephen, pemimpin United Kadazan Organization ( UNKO) pada tahun 1961. Bagi beliau dan penyokongnya yang tinggal di sekitar daerah Penampang, Putatan, dan Papar, perkataan Dusun dalam Bahasa Melayu yang bermaksud kebun membawa konotasi negatif. Mengikut Reid ( 1997, 126-127) pula mengandaikan Kadazan berasal daripada perkataan kadazan yang membawa maksud pekan. Ada sesetengah pengkaji yang menyatakan bahawa perkataan Kadazan bermaksud orang kita. UNKO telah menganjurkan satu persidangan pada bulan Ogos 1961, yang

dihadiri oleh dua puluh lima orang wakil keturunan Kadazandusun , untuk mencapai kata putus sama ada panggilan Dusun atau Kadazan. Dalam persidangan tersebut panggilan Kadazan diluluskan dengan undian terbanyak. Akan tetapi, isu ini tidak berhenti apabila 6 orang wakil yang mewakili kawasan seperti Ranau, Tuaran , Kiulu dan tiga kawasan lain tidak bersetuju dengan keputusan undi kerana majoriti wakil persidangan berasal dari Penampang dan Papar. Ketidakpuasan hati keenam enam wakil yang masih mengakui diri mereka sebagai Dusun menyebabkan perpecahan mula berlaku dalam kalangan orang Kadazan dan Dusun. Pada 24 Januari 1995, masyarakat Kadazandusun telah menyaksikan satu peristiwa bersejarah yang cukup bermakna untuk diri mereka. Pada hari itulah pertama kali wakil wakil USDA dan KDCA telah bersetuju, bahawa rumpun mereka dikenali sebagai Kadazandusun sehingga masa kini masih menggunakan panggilan yang asal seperti Dusun Lotud, Dusun Tatana, Dusun Tindal, Kadazan Penampang, Kadazan Papar, Rungus dan Orang Sungai untuk kalangan sesetengah pengkaji lain pula ada yang berpendapat bahawa oleh sebab istilah Dusun muncul terlebih dahulu daripada Kadazan, maka istilah Dusun Kadazan harus digunakan. Sebagaimana dengan kebanyakan suku dan bangsa lain, orang Dusun Lotud juga memiliki mitos yang menonjolkan persepsi mereka terhadap asal usul mereka. Mitos yang pertama ialah menonjolkan unsur batu sebagai lambang kelahiran. Konsep kelahiran tuhan atau dewa daripada batu menjadikan batu sebagai simbol kudus dalam kalangan orang Dusun Lotud. Batu gergasi yang dimaksudkan terapung apung di angkasa. Kedudukan batu yang terapung apung di angkasa merupakan satu kedudukan yang tinggi seusia sebagai tempat asal tuhan atau dewa. Sememangnya dalam semua kepercayaan dan doktrin agama, Tuhan itu suci. Akibatnya sesetengah orang Dusun Lotud percaya

Nur Nadrah Hasfnie Hasanuddin

Hubungan Etnik WAJ 3106 2013


bahawa batu besar didiami oleh semangat yang dapat melindungi mereka. Unsur alam lain yang dikaitkan dengan asal usul kejadian manusia ialah pokok. Dalam kepercayaan Dusun Lotud, pokok juga dilihat sebagai simbol kehidupan. Kepercayaan mereka kepada

Kinohiringan iaitu Komborogoh berkait rapat dengan sejenis pokok suci orang Dusun Lotud yang dikenali sebagai Pokok Nunuk Ragang. Mereka mempercayai bahawa orang Nunuk Ragang ialah manusia awal merupakan nenek moyang kepada orang Dusun Lotud. Menurut responden Banawa Andikar yang berketurunan Dusun Lotud dan berasal dari Kampung Dungun, Tuaran. Pekerjaan beliau sebagai seorang petani. Beliau menceritakan bahawa asal usul Dusun Lotud mempunyai perkaitan dengan Nunuk Ragang. Menurut penceritaan nenek moyang, Nunuk Ragang bermula daripada generasi sebelum manusia wujud lagi. Kejadian ini bermakna kewujudan Nunuk Ragang sebelum kewujudan dunia lagi. Pada masa dahulu, mengikut Dusun Lotud di Tuaran dalam dunia ini belum wujud , dunia masih gelap dan langsung tidak ada apa apa. Tetapi dalam kegelapan dan kekosongan tersebut terdapat satu biji batu besar. Lama kelamaan batu tersebut pecah dan mengeluarkan bunyi yang sangat kuat. Batu tersebut mengeluarkan bunyi seakan akan ingin menghancurkan bumi dan mengeluarkan cahaya yang sangat terang. Cahaya tersebut yang dipanggil matahari. Masyarakat zaman dahulu mengatakan daripada batu muncul satu matahari selepas batu tersebut pecah, lama kelamaan batu tersebut bercantum semula. Apabila batu tersebut bersambung, muncul seorang budak lelaki dan perempuan. Lelaki tersebut dipanggil Kinohiringan yang dipercayai sebagai Tuhan. Budak perempuan tersebut dipanggil Umunsumundu yang dikenali sebagai isteri Tuhan. Semakin mereka membesar, lama kelamaan sifat mereka mirip seperti manusia zaman sekarang. Muncullah perasaan suka dan sayang- menyayangi dan akhirnya mereka berkahwin. Selepas pasangan tersebut berkahwin, mereka perasan badan mempunyai banyak daki. Mereka pergi ke perigi yang terdapat batu besar. Mereka bersama sama membuat perigi dan mereka menggunakan perigi tersebut untuk keperluan asas iaitu mandi. Kinohiringan dan Umunsumundu mandi di perigi menggunakan batu tersebut. Mereka menggunakan batu untuk gosok badan, dan akhirnya daki tersebut dijadikan tanah. Tanah dibuat bintang, bulan semuanya menggunakan daki mereka. Selepas mereka berkahwin mempunyai anak seramai 3 orang. Anak pertama bernama Komborongoh, anak kedua bernama Gusi dan anak ketiga bernama Pambayah bayah. Pembayah bayah terhasil bukan daripada anak Tuhan tetapi dicipta melalui daki yang diambil daripada

Nur Nadrah Hasfnie Hasanuddin

Hubungan Etnik WAJ 3106 2013


Tuhan. Dengan daki daki Tuhan, daki diambil untuk membuat manusia dan disimpan ke dalam gusi. Komborongoh ini dipercayai mempunyai kaitan dengan Nunuk Ragang. Komborongoh lebih kurang bersifat seperti pokok. Pokok tersebut boleh menghalau hantu dan halau orang jahat. Gusi ialah anak kedua iaitu tempat untuk simpan semangat, puja semangat , tempat manusia puja semangat. Anak yang ketiga iaitu Pembayah bayah iaitu Rogon, syaitan dan iblis. Anak ketiga ini dicipta oleh Tuhan, manusia dicipta melalui dakinya. Anak keduanya sama seperti tajau, dia letakkan manusia tersebut ke dalam gusi. Komborongoh ditanam ke dalam gusi akhirnya dikenali sebagai Nunuk Ragang. Gusi tersebut dimasukkan anak ketiganya iaitu Pembayah bayah. Itu adalah anaknya yang paling nakal dan jahat semenjak terlalu dimanjakan oleh Umunsumundu. Anaknya ini menutup gusi tersebut sehingga manusia terjadi lama kelamaan kedengaran suara manusia. Akhirnya gusi dibuka dan terdapat manusia di dalamnya. Mereka mempercayai Tuhan lebih besar daripada gusi besar dan manusia dalam gusi tersebutlah dipanggil manusia dalam bumi sekarang. Menurut penceritaan zaman dahulu, pokok Nunuk Ragang ini hanya wujud satu satunya di dunia. Dipercayai yang dahulunya Nunuk Ragang ada di Kudat tapi terdapat percanggahan kerana ada yang mengatakan Nunuk Ragang berada di kawasan Kota Marudu. Di kawasan Kota Marudu, pokok tersebut wujud tetapi tidak pasti kesahihannya. Mereka mempercayai dalam pokok Nunuk Ragang mempunyai semangat dan mereka puja pokok tersebut. Nunuk Ragang ini mempunyai semangat untuk menghalau Pambayah bayah. Pambayah bayah gemar mengganggu manusia dan mereka menggunakan buah Nunuk Ragang untuk halau hantu tersebut pambayah bayah ini juga ada dalam golongan manusia dan salah satu kaum di Kudat Marudu yang dipanggil kaum Nunuk Ragang.

Nur Nadrah Hasfnie Hasanuddin

Hubungan Etnik WAJ 3106 2013

Nunuk Ragang ini boleh dikatakan menggunakan bahasa yang lebih kurang sama dengan bahasa Rungus. Rungus hampir sama bahasanya dengan Dusun. Menurut mempunyai

kepercayaan mereka, kaum Nunuk Ragang wujud pada generasi pertama

kuasa dalam sumpahan. Apa yang disumpahkan pasti akan terjadi. Sekiranya kaum ini menyumpah kepada kematian maka kematian akan berlaku. Kaum ini juga menguasai ilmu ilmu dahulu. Nunuk Ragang ini yang muncul sebagai kuasa yang diberikan kepada nenek moyang, Bobolian dan perkataan daripada bahasa bahasa sihir mereka melalui pokok Nunuk Ragang tersebut. Mereka mempunyai doa doa bomoh dan menghalau hantu syaitan menggunakan Komborongoh. Nunuk Ragang juga dipercayai sebagai satu tempat. Keturunan Nunuk Ragang mengikut daerah, sebagai contoh keningau ( Timugon ), Kudat (Rungus), Tuaran (Lotud) tapi asal sebenar tempat Nunuk Ragang ialah Ranau.

Nur Nadrah Hasfnie Hasanuddin

Hubungan Etnik WAJ 3106 2013

Maklumat mengenai asal usul Kaum Lotud diteruskan dengan responden seterusnya iaitu Setia Sugara yang berketurunan Dusun Lotud dan berasal dari kampung Tambalagu Tuaran. Beliau berumur 68 tahun dan salah seorang ketua kampung di kampung ini pada masa dahulu. Menurut penceritaan beliau, suku dan sub suku Kadazandusun sebenarnya berasal daripada Kampung Indai di Tuaran yang dikenali sebagai Dusun Lotud. Terdapat sebuah kampung yang tidak ramai penduduk dan hanya terdapat rumah panjang sahaja dalam kampung tersebut. Kampung tersebut dinamakan Kampung Indai. Dalam kampung tersebut tiba tiba tumbuh satu pokok. Pokok tersebut boleh menghasilkan gong, kulintangan dan semua alatan melalui buah emas tersebut. Lama kelamaan kampung tersebut menjadi kaya disebabkan pokok emas tersebut. Ramai orang menjadi dengki disebabkan kampung ini menjadi kaya. Suku di tempat lain dipercayai iri hati dengan

kekayaan yang ada pada Dusun Tuaran. Sekali lagi lagenda penghijrahan ini didapati memiliki ciri persaingan dan peperangan yang menyebabkan berlakunya penghijrahan Dusun ke tempat tempat lain. Mereka yang dengki menghantar amalan hantu yang

dihantar ke kampung tersebut. Amalan tersebut boleh menghantar penyakit kepada penduduk kampung tersebut.

Nur Nadrah Hasfnie Hasanuddin

10

Hubungan Etnik WAJ 3106 2013

Beberapa lama kemudian, muncullah seekor ular yang besar. Ular tersebut membuat lubang dan mempunyai lidah yang banyak. Apabila kanak kanak bermain berhampiran dengan ular tersebut, ular akan keluarkan lidah dan akan memakan kanak kanak tersebut. Orang kampung mula mencari ikhtiar untuk hapuskan ular tersebut. Akhirnya mereka pergi ke tempat ular tersebut. Mereka membunuh ular tersebut dan mengambil kulitnya. Kulit tersebut dikeringkan dan dijadikan gendang. Gong yang diperbuat daripada pokok emas tersebut tidak tahu berada dengan siapa tetapi kampung tersebut masih wujud iaitu Kampung Inai. Tuaran. Akibat daripada peperangan antara orang Dusun dengan sub suku lain dan hal inilah yang menyebabkan berhijrah ke serata tempat di Sabah dan membentuk suku dan sub suku mereka di serata tempat. Setelah dikumpul maklumat mengenai sejarah Dusun Lotud, terdapat banyak pendapat yang berlainan dan beberapa kajian yang telah dijalankan untuk membuktikan kewujudan Dusun Lotud dan beberapa cerita mitos yang menjadi buah mulut oleh semua penduduk di Sabah. Tetapi etnik ini lebih mempercayai cerita mitos berbanding kajian yang dilaksanakan. Sejarah inilah yang masih dipercayai oleh etnik Dusun Lotud bagaimana asal usul etnik ini wujud.

Nur Nadrah Hasfnie Hasanuddin

11

Hubungan Etnik WAJ 3106 2013


2.0 Kepercayaan , adat resam dan agama Etnik Dusun Lotud Jeya Letchai Muniady (1987,1) menjelaskan cerita mitos mengandungi unsur kepercayaan dan keagamaan. Hal ini disebabkan kebanyakan mitos merupakan cerita berkenaan dengan dewi dewi anggota masyarakat masa silam . Durkheim (1976) pula menggolongkan mitos sebagai cerita keagamaan yang berkait rapat dengan sesuatu yang bersifat suci. Sehingga kini, pengkaji seperti Whelan (1970) , Rutter (1985) dan banyak lagi telah menggunakan istilah Pagan atau Animisme atas kepercayaan tradisional orang Dusun Lotud. Istilah pagan digunakan kepada mereka yang tidak menganut agama. Animisme pula merujuk kepada kepercayaan yang berkisar kepada semangat dan kuasa ghaib yang ada di sekeliling alam. Penganut animisme percaya bahawa pokok, sungai , batu, gua dan objek objek alam lain mempunyai semangat yang harus didamaikan oleh mereka. Mereka mempercayai sungai di mana pakaian yang sudah koyak pada pokok manakala pokok Banyan adalah untuk memburu semangat. Kebanyakan etnik di Sabah adalah Pagan tetapi upacara dan kepercayaan mereka berbeza dengan Dusun Lotud. Dusun Lotud lebih banyak upacara yang hanya etnik mereka sahaja yang menjalankannya. Dusun Lotud pada awalnya beragama Pagan tetapi lebih daripada separuh mempunyai agama masing masing dan kepercayaan animisme.

Etnik Dusun Lotud mempercayai Kinohiringan ialah Tuhan dan isteri Tuhan ialah Umunsumundu. Mereka mempercayai tuhan atau dewa mereka bersifat manusia seperti berjantina dan berkahwin. Selain mempunyai isteri, etnik Dusun Lotud juga mempercayai

Nur Nadrah Hasfnie Hasanuddin

12

Hubungan Etnik WAJ 3106 2013


pasangan tuhan atau dewa mereka mempunyai 3 orang anak.Anak anak mereka yang dikenali sebagai Komborongoh, Pembayah bayah dan Roluh roluh. Etnik Dusun Lotud mempunyai tanggapan yang tersendiri mengenai rupa dan sifat Tuhan mereka. Menurut responden etnik Dusun Lotud menceritakan tentang kejadian seketul batu gergasi pecah dengan sendiri dengan bunyi yang sangat kuat , lalu muncul cahaya sebelum kemunculan Kinohiringan. Kejadian sedemikian membawa implikasi bahawa terdapat kuasa misteri di sebalik kejadian kemunculan Kinohiringan yang tidak dapat dijelaskan dengan terperinci. Kinohiringan dan Umunsumundu berperanan sebagai dewa dewi yang muncul akibat daripada kuasa misteri yang tidak dapat dijelaskan. Mereka mempercayai Kinohiringan dan Umunsumundu membesar dengan sendiri tanpa perlu makan dan minum. Hal ini menunjukkan Dusun Lotud mempercayai bahawa Tuhan masa silam mempunyai ciri ciri yang luar biasa. Mereka juga mempercayai tuhan mereka tidak akan mati. Selain itu, dipercayai juga Kinohiringan yang tinggal di langit sentiasa memandang ke bumi untuk meninjau masalah yang dihadapi oleh manusia. Sifat yang ada pada tuhan Dusun Lotud sedemikian menepati apa yang pernah dicatatkan oleh Syed Hussin al Attas (1972) bahawa agama boleh dilihat sebagai satu cara hidup berpusat kepada tanggapan yang ghaib dan suci, iaitu manusia memohon pertolongan daripada Tuhan. Dalam konteks ini mereka percaya bahawa Kinohiringan menolong manusia dalam berbagai-bagai aspek hidupnya, termasuk apabila diserang oleh penyakit. Sesetengah golongan Dusun Lotud yang sakit masih berjumpa dengan bobolian ( bomoh) sebagai orang tengah untuk memohon perlindungan daripada Kinohiringan. Gidah (2001) memberitahu bahawa sebelum seseorang bobolian melawat si pesakit, dia akan meminta nasihat daripada Susukuon iaitu semangat kenalannya terlebih dahulu. Semangat kenalannya kemudian akan memberitahu bobolian jenis mantera yang harus digunakan dalam upacara menyembuhkan penyakitnya. Mantera yang dibaca ini berhubung rapat dengan pesan Kinohiringan agar manusia membaca doa apabila mereka diserang oleh penyakit. Menurut persepsi Dusun Lotud, Kinohiringan juga menetapkan berapa panjangnya umur seseorang. Leong (1968) memberitahu bahawa orang Dusun Lotud percaya bahawa setiap kali seseorang bayi dilahirkan, Kinohiringan akan membuat ikatan tertentu di seutas tali. Ikatan yang ada pada bayi itulah yang menentukan panjang atau pendeknya umur bayi yang dilahirkan itu. Umunsumundu merupakan isteri Kinohiringan juga dilihat sebagai tuhan dan dewi yang banyak membantu manusia. Ada sesetengah orang mempercayai Umunsumundu mencipta matahari untuk menerangi kehidupan manusia. Tanggapan orang tua tua, matahari menyerupai sebiji bola api gergasi yang sangat panas dan kedudukannya agak berhampiran dengan bumi. Manusia yang tidak tahan panas akan Nur Nadrah Hasfnie Hasanuddin 13

Hubungan Etnik WAJ 3106 2013


berdoa pada Umunsumundu. Akhirnya isteri Tuhan menembak matahari tersebut dan lokasi matahari sekarang sesuai dengan manusia. Kaulung juga salah satu dewa yang turut diberikan peranan dalam kehidupan manusia. Orang Dusun Lotud mempercayai bahawa dewa ini selalu memerhati ke bawah untuk meneliti, sama ada manusia yang melakukan kesalahan seperti perkahwinan ala sumbang. Jika terdapat orang yang melakukan kesilapan ini, Kaulung akan menuntut denda kepanasan sumbang daripada suami isteri yang terbabit dalam perkahwinan sumbang itu. Huraian mengenai tuhan dan isteri tuhan memainkan peranan mereka yang tersendiri dalam kehidupan seharian mereka. Kinohiringan iaitu ketua Dewa berperanan dari segi mencipta manusia dan alam semesta, dan menjaga kesejahteraan manusia. Isteri Tuhan pula berperanan sebagai pembantu suami yang sempurna sifatnya manakala anak anak tuhan ada yang memimpin manusia ke jalan yang benar manakala ada pula yang menyesatkan perbuatan manusia. Dalam kepercayaan umum, etnik ini juga percaya bahawa manusia mempunyai pelbagai jenis roh. Satu daripada rohnya sudah berada bersama dengan Kinohiringan. Roh ini dikenali sebagai Lumag ( lelaki) dan Diwatoh ( perempuan ). Gayohh Sadaan pula merupakan roh manusia yang akan pergi ke syurga apabila terdapat orang meninggal dunia. Apabila roh ini sampai ke syurga, Kinohiringan akan mengambungkannya dengan Lumaag atau Diwatoh. Roh tersebut akan menuju ke Gunung Kinabalu. Dengan ini mereka yang pagan akan menamakan Gunung Kinabalu sebagai Aki Nabalu. Aki yang bermaksud nenek moyang dan Nabalu ertinya tempat roh. Roh orang yang mati tidak menetap tetap di Gunung Kinabalu kerana akan pergi ke tempat jauh di seberang dunia untuk masuk ke syurga dan neraka. Sehubungan itu, orang Dusun Lotud juga mempercayai pelbagai jenis roh jahat dan roh baik di dunia ini. Satu daripada kepercayaan terhadap asal usul roh jahat dalam kalangan orang Dusun Lotud, dicatatkan oleh Williams (1965) adalah roh yang dilahirkan daripada perbuatan sumbang kadim antara Kemperas dan adik perempuannya Saneran. Memandangkan kedua duanya tidak membayar sogit untuk menebus dosa yang telah dilakukan oleh mereka, maka keturunannya bersifat seperti binatang liar. Mereka hidup di alam syaitan, melahirkan anak anak tanpa sebab dan tatasusila. Roh jahat ini sangat iri hati terhadap manusia biasa yang patuh kepada ajaran tuhan atau dewa. Jadi mereka sentiasa berusaha membuat manusia sakit dan membawa nasib malang kepada manusia. Mereka mempercayai roh jahat yang dikenali sebagai Pembayah bayah dengan Logon,

Nur Nadrah Hasfnie Hasanuddin

14

Hubungan Etnik WAJ 3106 2013


syaitan dan iblis. Sesetengah Dusun Lotud juga percaya pada asalnya Logon ialah anak sulung dan dihantar ke bumi untuk memimpin manusia ke jalan yang baik. Tetapi logon ini berbuat jahat di dunia, tidak ikut cakap Kinoroningan, jadi Logon membuat kejahatan pada manusia dan telah membuatkan manusia menjadi jahat. Kinohiringan menghantar anaknya kedua sahaja dunia ini untuk membetulkan keadaan, tetapi kerana pengaruh Logon yang begitu kuat dan ramai orang yang sudah mempercayainya, jadi anaknya yang kedua tidak mampu dan berdaya untuk menghapuskan kejahatan dalam diri manusia. Kepercayaan orang Dusun Lotud terhadap semangat dan roh ini didapati sangat mendalam. Seperti Tuhan, keturunan dewa dewi, dipercayai setiap semangat ini seperti Dahau dipercayai oleh Dusun Lotud bahawa Dahau ialah pelindung kepada semangat di alam roh manusia. Dahau juga membantu bobolian (bomoh) dalam segala upacara memuja tuhan untuk memulihkan orang sakit. Dahau juga merupakan pembantu Komburongon (sejenis roh baik) untuk menjauhkan malapetaka yang akan menimpa manusia. Pada asalnya kesemua suku etnik Sabah adalah Pagan. Etnik Dusun Lotud juga salah satu etnik yang tidak mempunyai sebarang agama. Etnik ini lebih dikenali sebagai pagan iaitu tidak mempunyai apa apa pegangan agama. Menurut (Sunarti Sunardi) iaitu responden yang ditemu ramah salah seorang Dusun Lotud, etnik ini lebih mempercayai pokok pokok dan mempercayai itu adalah Tuhan mereka. Sesetengah orang ada juga yang mempercayai Gusi , gong dan sungai. Mereka menganggap sungai ini tidak pernah putus dan hal ini bermakna kepercayaan mereka akan sentiasa berterusan. Salah satu kepercayaan mereka ialah membakar kulit langsat semasa hujan kilat agar tidak terkena panahan kilat yang berbahaya ke dalam rumah mereka. Mereka bakar belangkas atau kulit langsat tersebut di dapur mereka .

Belangkas

Nur Nadrah Hasfnie Hasanuddin

15

Hubungan Etnik WAJ 3106 2013

Gambar di atas menunjukkan balang balang yang disebut gusi. Gusi ialah kelengkapan utama bagi Dusun Lotud. Komuniti Dusun Lotud mempercayai bahawa Gusi ialah tempat bagi nenek moyang mereka bersemadi dan hanya etnik Dusun Lotud yang asli sahaja yang boleh mempunyai Gusi. Upacara keagamaan dipersembahkan dan mempunyai perkaitan antara Gusi dengan Mangahau. Pada kemuncak upacara dalam 7 hari 7 malam dan melibatkan Tantagas. Semasa upacara berlangsung, persembahan akan dilakukan dan sembahyang untuk kematian dalam tempoh Mangahau. Gusi turut menjadi Nur Nadrah Hasfnie Hasanuddin 16

Hubungan Etnik WAJ 3106 2013


simbol kekayaan iaitu semakin besar saiz Gusi tersebut maka kekayaan mereka juga banyak . Gusi ini berasal daripada China yang dibawa oleh pedagang pedagang masa dahulu. Setiap gusi mempunyai nama masing masing. Gusi juga dipercayai mempunyai nama seperti montison. Setiap balang gusi ada nama tersendiri. Tantagas ialah pakar upacara atau lebih dikenali Tantagas yang kebiasaannya perempuan dan mempunyai kemahiran menghafal mantera ,lagu upacara keagamaan dan sembahyang mengikut kepercayaan Dusun Lotud. Dalam kalangan etnik Dusun, mantera ialah sajak yang unik mengandungi bahasa pertuturan setiap hari . Tantagas mempunyai hierarki sendiri, nenek moyang mempunyai pengetahuan yang lebih banyak. Wanita muda boleh mempelajari mantera daripada Tantagas.

Tantagas

Gambar di atas ialah prosedur upacara Mangahau dijalankan pada tahun 2007 . Upacara ini yang terakhir dibuat sehingga kini kerana kekurangan Tantagas yang boleh menjadi ketua dalam upacara ini. Gambar yang paling atas dipanggil Tantagas. Tantagas

bermaksud ketua adat. Pada masa kini, Tantagas lebih dikenali sebagai perempuan tetapi masa dahulu, Tantagas juga golongan lelaki. Upacara ini dijalankan selama 7 hari 7 malam dan menggunakan perbelanjaan yang besar sehingga mencecah ribuan. Mangahau ialah memuja semangat Gusi. Etnik Dusun Lotud memperoleh Gusi dengan harga RM 10 000 sehingga RM 11 000 atau pertukaran semasa berian apabila berkahwin. Setiap ahli

keluarga mempunyai bahagian dalam pemilikan Gusi. Gusi hendaklah diwariskan kepada Nur Nadrah Hasfnie Hasanuddin 17

Hubungan Etnik WAJ 3106 2013


ahli keluarga yang mempunyai agama dan kepercayaan yang sama. Gusi yang diperbuat daripada bahan porselin yang lut sinar berwarna coklat kehijauan, pada badan Gusi mempunyai retakan dan diperbuat daripada perkilangan China. Bentuk yang berbeza beza. Gusi biasanya disimpan dalam satu bilik yang bertutup dalam rumah. Upacara Mangahau dibuat setiap tahun dengan menjalankan Menghadji di persembahkan pada Gusi. Tantagas akan lap pada mulut dan badan Gusi menggunakan minyak pada masa yang sama mengatakan Jangan marah dengan kami, kami sudah bagi makan. Upacara ini akan berakhir apabila semua Gusi sudah dibersihkan menggunakan minyak kelapa atau minyak masak dan kadang kadang setiap upacara dilakukan sehingga 20 ke 30 Gusi di sekeliling kampung tersebut. Upacara seterusnya ialah upacara Mansalud iaitu Menghadji untuk padi. Upacara ini akan dilakukan selepas padi dihantar ke sawah dari tapak semaian. Tantagas akan ambil alih tugas Ketua Kampung dalam upacara ini dan diiringi dengan pukulan gong. Daging yang dikorbankan dan gambaran burung yang diperbuat daripada bulu burung akan di susun dengan daun dan beberapa daun dibelakangnya. Air akan direnjiskan pada padi tersebut.

Nur Nadrah Hasfnie Hasanuddin

18

Hubungan Etnik WAJ 3106 2013

Upacara seterusnya ialah upacara Ropuhan. Rolun ini akan dihanyutkan ke sungai. Rohun ini mempunyai bendera untuk menandakan simbol simbol bala atau benda benda yang tidak baik yang ada dalam keluarga mereka. Mereka hanyutkan ke sungai kerana mempercayai sungai tidak ada penghujungnya. Bendera ialah simbolik kepada

benda yang mereka ingin hilangkan dan hanyutkan di sungai.

Nur Nadrah Hasfnie Hasanuddin

19

Hubungan Etnik WAJ 3106 2013

Kepercayaan seterusnya ialah semasa berlaku kematian mereka melakukan beberapa upacara. Orang orang (Manolbabow) seperti yang dalam gambar tersebut dibuat oleh tuan rumah di mana berlakunya kematian. Orang orang ini menjadi orang perantaraan dan berhubung dengan yang sudah meninggal. Dengan adanya orang orang ini, tuan rumah akan tahu bagaimana kehidupan si mati di dalam lain. Upacara ini dilakukan selama 7 hari. Tetapi terdapat perbezaan kedudukan orang orang ini, contohnya sesetengah orang Dusun Lotud menyusun orang orang ini menghadap ke dinding. Lampu akan dimatikan selama 30 minit dan sediakan air di hadapan orang orang tersebut. Apabila lampu dimatikan mereka mempercayai roh tersebut akan datang. Sekiranya ada percikan air daripada air yang disediakan bermakna roh tersebut telah datang ke dalam bilik ini. Semasa upacara ini juga mereka akan membaca mantera dan disebut seperti menghadji dan membunyikan gong. Semasa memukul gong tersebut diwajibkan janda atau balu. Upacara memukul gong lebih baik sekiranya dilakukan oleh balu. Orang yang belum berkahwin dilarang untuk memukul gong ini dan bagi yang sudah berkahwin tidak boleh kerana ibarat menyumpah agar pasangan mereka untuk mati .

Nur Nadrah Hasfnie Hasanuddin

20

Hubungan Etnik WAJ 3106 2013


Bahagian ini adalah untuk orang yang telah dimasuki roh. Apabila roh tersebut masuk ke dalam badan mereka, mereka akan lemah dan kehilangan tenaga akan tidur selama 2 atau 3 jam. Apabila semangat roh itu keluar, mereka akan rehat. Pada asalnya memang sukar dipercayai tetapi responden yang ditemu bual telah melihat sendiri upacara ini dijalankan dan memang berlaku seperti yang diceritakan oleh nenek nenek moyang. Sekiranya Tantagas yang meninggal dunia memang memerlukan dana yang banyak kerana membuat banyak upacara. Tuan Rumah akan sediakan beras dan makanan sebagai pengeras. Tantagas yang masih berada dalam kampung tersebut mula berkurangan dan tidak mencecah 10 orang kerana banyak yang telah memeluk agama Islam atau Kristian.

Nur Nadrah Hasfnie Hasanuddin

21

Hubungan Etnik WAJ 3106 2013

Terdapat 3 benda penting yang wajib disediakan semasa Dusun Lotud membuat upacara keagamaan iaitu Pilamong, Tutubit dan Giring. Tutubit dipercayai sebagai lampu suluh mereka apabila membuat upacara kerana mereka mempercayai orang yang sudah meninggal dunia jalan mereka adalah gelap dan tidak ada lampu.

Nur Nadrah Hasfnie Hasanuddin

22

Hubungan Etnik WAJ 3106 2013

Nur Nadrah Hasfnie Hasanuddin

23

Hubungan Etnik WAJ 3106 2013

Gambar di atas menunjukkan senjata yang digunakan oleh

etnik Dusun

Lotud .Sarung pada pedang ini dilekatkan rambut bagi musuh yang telah dipotong kepala. Setiap musuh yang dipenggal kepala akan diambil rambutnya dan menunjukkan kekuatan dan kebanggaan mereka sudah menumpaskan ramai musuh. Mengikut kepercayaan etnik ini, semakin banyak rambut musuh berada di pedang tersebut maknanya kuasa mereka semakin meningkat. Tengkorak manusia dianggap trofi sebagai kayu pengukur untuk menunjukkan bahawa seseorang telah membunuh musuhnya dan dianggap menjadi pemerintah . Maka dengan itu, kenyataan mengenai adat memotong kepala ini dapat disimpulkan sebagai tindak balas manusia terhadap persekitarannya untuk kepentingan sendiri serta kepentingan keberanian dan kekuatan untuk melindungi komuniti mereka sendiri daripada serangan musuh-musuh mereka masalah perkauman, terutamanya dari perampasan tanah dan kepentingan hidup bermasyarakat.

Setelah dikaji dengan teliti, agama etnik ini ialah Pagan dan Animisme. Walaupun sekarang lebih ramai yang sudah masuk agama Kristian atau Islam tetapi masih menjalankan upacara yang dibenarkan dalam agama yang mereka anuti sekarang. Upacara Nur Nadrah Hasfnie Hasanuddin 24

Hubungan Etnik WAJ 3106 2013


dan kepercayaan mereka lebih kepada Tuhan yang bernama Kinohiringan dan Umunsumundu manakala upacara yang sering mereka jalankan ialah Mengahau Ropuhan, Mogob, Monumbui dan sebagainya. Upacara sedemikian hanya dilakukan oleh etnik mereka sahaja dan sangat unik. Upacara bagi etnik lain cukup berbeza dengan etnik Dusun Lotud.

Nur Nadrah Hasfnie Hasanuddin

25

Anda mungkin juga menyukai