Anda di halaman 1dari 2

WAJ3106 HUBUNGAN ETNIK

Sejarah Asal Usul Kadazan Kajian Saintifik. Kajian saintifik telah menunjukkan bahawa orang Kadazandusun berasal dari utara China. Mereka berhijrah ke selatan melalui selatan China, Indo-China ( Laos), Vietnam dan Thailand seterusnya ke Taiwan. Dari Taiwan, mereka berhijrah pula ke Filipina dan dari sini mereka berpecah, ada yang ke Celebs dikenali sebagai Torajah, ke Sumatra yang dikenali sebagai Batak dan Borneo dan dikenali sebagai Dayak dan Kadazandusun. Bukti kajian saintifik tentang asal usul Kadazandusun adalah kesamaan pada corak atau bentuk tulang, jenis darah, DNA, pakaian dan kepercayaan dalam penyembahan baling kaca. Malah, Bayi Kadazandusun lahir dengan tanda lahir berupa tanda bewrna biru pada bbahagian punggung Tanda lahir ini dikatakan tanda perkaitan darah dengan orang Mongolia. Menurut Dokumen saintifik oleh Rhys Williams (The Dusun; A North Borneo Society, Holt, Rinehart and Winston, California, 1965). Menurutnya, 10 000 tahun lalu, Borneo adalah sebahagian daripada Tanah besar Asia. Oleh itu, apabila Pulau ini terpisah dari Tanah Besar, asalnya telah ada penghuni yang mendiami Pulau Borneo ini. Seribu tahun lalu pula terdapat siri penghijraan atau migrasi berlaku dari China ke Borneo. Satu Kajian yang diadakan oleh National Geographic Program yang bertajuk The Search for Adams DNA menunjukkan kebanyakan orang Asia termasuk Sabah mempunyai DNA Genghis Khan. Tanda bewrna Biru yang ada pada bayi orang KAdazandusun mengesahkan hubungan Mongolia dan China dalam asal usul masyarakat Kadazandusun. Kebudayaan Kadazandusun juga mempunyai kesamaan dengan Etnik Miao dari Indi-China (Laos). Kajian arkeologi juga menjumpai penempatan awal di kawasan seperti Gua Madai, Gua Baturung, Bukit Tengkorak, Gua Tapadong dan Hutan Tingkayu

PISMP BM SJKC

WAJ3106 HUBUNGAN ETNIK


Lagenda Terdapat juga lagenda yang dikaitkan dengan asal usul Kadazandusun. Mitos ini menyatakan bahawa Kadzandusun berasal dari Nunuk Ragang di Tampias , Telupid. Menurut lagenda, terdapat batu yang besar dibawah Pokok Nunuk. Pokok Nunuk ini berada di sebuah tebing sungai di Tampias. Pokok ini bewarna merah apabila dilihat dari jauh. Oleh itu istilah Nunuk Ragang digunakan iaitu Nunuk bermaksud Pokok Nunuk dan Ragang bermaksud merah. Batu Besar tersebut terbuka dan timbul 2 makhluk suci iaitu Kinoingan dan Suminundu Menurut Bahasa Kadazandusun sekarang, Konoingan bermaksud Tuhan dan Simunundu bermaksu suci dan mempunyai kuasa mistik. Anak mereka yang pertama ialah Huminodun. Terdapat ramai anak yang lahir dan mereka adalah nenek moyang kepada orang-orang Kadazandusun sekarang. Mereka semakin ramai dan berpindah ke merata tempat seperti lembah-lembah sungai, dan lama kelamaan mereka menggelarkan diri mereka mengikut kawasan penempatan mereka. Oleh itu, kita boleh lihat sekarang, Kadazandusun Penampang dan Papar menggelar suku mereka sebagai Tangaah atau tengah. Suku Liwan di Ranau dan Tambunan pula menamakan suku mereka juga berdasarkan tempat tinggla mereka. Liwan atau Hivan bermaksud dilupakan mereka menamakan sedemikian kerana mereka berfikir bahawa mereka adalah golongan anak Konoingan yang dilupakan. Semua anak kepada Konoingan dan Suminundu memanggil diri mereka Kadazan yang bermaksud Rakyat. Panggilan ini juga untuk membezakandiri mereka dengan haiwan-haiwan terutamanya Orang Utan dan makhlus separa suci yang ada di sekeliling mereka. Sehubngan dengan perbezaan kawasan tempat tinggal mereka, mereka mengidentitikan diri mereka mengikut nama atau suku.

PISMP BM SJKC

Anda mungkin juga menyukai