Anda di halaman 1dari 1

9.

0 PERANAN KPTM DALAM ASPEK PERHUBUNGAN AWAM

Menurut Cutlips dan Center (1999), perhubungan awam adalah satu usaha yang
dirancang untuk mempengaruhi pendapat melalui karakter yang baik dan tanggungjawab
berdasarkan kepuasan bersama komunikasi dua hala. Perhubungan awam sering dilihat
sebagai satu seni dan sains yang menguruskan komunikasi antara organisasi dan publiknya
bertujuan membina, mengurus dan mengekalkan imej yang positif. Dalam sesetengah
keadaan, perhubungan awam juga dilihat sebagai satu proses membetulkan tanggapan publik
terhadap realiti semasa yang melibatkan organisasi. Ringkasnya perhubungan awam adalah
berkaitan dengan membina perhubungan dengan publik oleh sesebuah organisasi. Peranan
KPTM mengadakan program kempen ini khususnya bertujuan untuk membina hubungan baik
dan mewujudkan kerjasama erat antara pihak KPTM, pensyarah, pelajar-pelajar, komuniti
penduduk setempat dan orang awam disamping menyahut saranan kerajaan untuk bersama-
sama menjaga keselamatan dan penjagaan diri di musim pandemik Covid-19. KPTM
merupakan organisasi yang menyampaikan mesej melalui perhubungan awam dan
dilaksanakan menerusi komunikasi dua hala dengan khalayak sasaran bagi memastikan
keberkesanan program yang dirancang.

Peranan perhubungan awam secara umumnya adalah sama bagi setiap organisasi.
Bagaimanapun, peranan ini dibezakan oleh matlamat dan objektif organisasi sama ada yang
berorientasikan komersil atau bukan komersil. Oleh itu, fungsi perhubungan awam yang paling asas
akan dibentuk mengikut matlamat organisasi bagi mencapai objektifnya. Bagi KPTM, peranannya
dalam perhubungan awam bukanlah berbentuk komersial namun lebih kepada mencapai
visinya iaitu menerajui pendidikan holistik melalui penerimaan dan pengiktirafan global.
Penglibatan pelajar-pelajar melalui program kempen kesihatan yang dianjurkan ini KPTM
secara tidak langsung ke arah mencapai matlamat dan objektif organisasinya. Antara objektif
yang dimaksudkan ialah melahirkan graduan yang boleh berdaya saing, seimbang dan
mampu merealisasikan aspirasi negara, menyediakan warga kejra yang professional dan
berintegriti tinggi serta komited dan mengamalkan budaya kerja yang berkualiti.

Anda mungkin juga menyukai