Anda di halaman 1dari 1

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TATAU

KM 60 Jalan Bintulu - Sibu


97200 Tatau, Bintulu
Sarawak.
Tel : 086 - 584616
Faks : 086 - 584251
E-mel: smktatau97200@gmail.com

Kepada, No Rujukan: JPS (W)/ SMKT (Pent)/ 153/07/05/06 jid.7 (06)

SKM Daerah Bintulu, Tarikh : 26 Ogos 2019


Tingkat 1,
Bangunan Wisma Persekutuan
Batu 1 ½ Jalan Bintulu/ Miri
97000, Bintulu Sarawak

UP: Pengerusi/ Setiausaha Koperasi SKM Dearah Bintulu

Tuan,

JEMPUTAN KE HARI KOPERASI SMK TATAU 2019


Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa SMK Tatau ingin menjemput SKM Daerah Bintulu untuk bersama
memeriahkan Hari Koperasi SMK Tatau 2019 dengan bertemakan Koperasi Sekolah Membentuk
Kemenjadian Murid. Dengan itu juga segala hormatnya akan mempersilakan wakil dari SKM Daerah Bintulu
sebagai tetamu kehormat pada hari tersebut untuk menyampaikan perutusan Hari Koperasi. Berikut adalah
perincian:

3. Program ini akan diadakan seperti berikut:


Tarikh : 31 Ogos 2019 (Sabtu)
Masa : 0630-1200 tengah hari
Tempat: Dewan Terbuka, SMK Tatau

4. Program ini melibatkan 1769 orang murid dari Tingkatan Peralihan hingga Tingkatan 6 dengan
pengisian bermanfaat seperti pameran akademik, karnival kokurikulum dan ekspo jualan koperasi. Tujuan
progam ini dijalankan adalah untuk memupuk kemenjadian pelajar dalam semangat bersatu padu bekerja
dalam satu pertubuhan kelab. Untuk pengetahuan pihak Tuan juga, pihak Penyelaras Ekspo Koperasi telah
menyediakan tapak gerai jualan bagi pihak Tuan. Namun, segala kos makanan, minuman dan pengangkutan
berada di bawah tanggungan koperasi sekolah masing-masing.
5. Besar harapan pihak sekolah dan juga koperasi yang merupakan koperasi berdaftar di bawah SKM
agar pihak Tuan dapat hadir sekaligus menjayakan program ini. Sebarang pertanyaan, sila hubungi En.
Jesmine Jabu selaku Naib Pengerusi Koperasi SMK Tatau Berhad di talian 0198393959. Pertimbangan dan
kerjasama dari pihak Tuan kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA “

Saya yang menjalankan amanah,

_____________________________
(WONG SU CHUI)
Penolong Kanan Pentadbiran (PK1)
b/p Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan Tatau,
Bintulu.

s.k fail Surat Keluar (Unit Koperasi)

‟MENJULANG PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK”


‟FLY KENYALANG FLY,FLY HIGH”

Anda mungkin juga menyukai